Suami kena ilmu hitam hasil buatan isteri durjana

TIDAK ada perkara mustahil berlaku di dunia hari ini, baik yang boleh diterima akal atau tidak. Pokoknya manusia akan melakukan apa sahaja untuk memenuhi hajat dan impian yang mereka ingini.

Begitulah sedikit gambaran yang ingin saya paparkan mengenai kisah seorang lelaki bangsa asing yang hidup dikongkong oleh isteri (rakyat tempatan) selama tujuh tahun.

Sepanjang tujuh tahun itu jiwanya menderita, hatinya terseksa dek perbuatan isteri yang menggunakan ilmu hitam untuk mengawal pergerakannya.

Si suami yang kerap berurusan di luar negara akhirnya sedar dirinya dipergunakan oleh isteri yang ingin hidup mewah tetapi tidak menghormatinya sebagai suami walaupun dia telah dapat menyesuaikan diri dengan cara hidup masyarakat tempatan.

Kisah ini diceritakan oleh kenalan lama saya yang juga telah berkahwin dengan lelaki Eropah dan kini menetap di Stockholm, Sweden.

“Kak Nor, ini pengalaman dan kisah benar yang saya saksikan sendiri bersama suami, malah kami telah berusaha mengubatnya hingga sembuh dan pulih seperti sedia kala,” kata J dalam e-melnya.

Saya paparkan kisah ini buat renungan kita bersama.

“M, adalah seorang warga asing, bercerai lima tahun lalu dengan bekas isterinya yang berasal dari utara. Pertama kali datang ke Malaysia, M bertemu dengan Z, bekas isterinya yang sewaktu itu bekerja di sebuah resort.

“M seorang yang kuat bekerja, namun setiap kali berpergian, dia tidak tahu aktiviti bekas isterinya. Z memang seorang wanita yang pandai memanipulasikan orang lain, termasuklah M dan teman-temannya sendiri. M tidak pernah menaruh buruk sangka walaupun dia tidak suka gaya hidup baru Z yang sentiasa keluar seperti anak dara.

“M pernah memberitahu suami saya, setiap kali dia ingin menyatakan sesuatu, dia terasa yang dia tidak dapat meneruskan kata-kata apabila Z memandang ke matanya. Dia merasakan seolah-olah ada kuasa ajaib yang menghalangnya, lidah menjadi kelu dan segala yang bermain didalam fikirannya sebelum ini, semuanya hilang!

“Dan dia juga tidak dapat menghalang mahupun berkata apa-apa sekiranya bekas isterinya keluar malam mahupun tidak pulang ke rumah dua atau tiga hari. Semuanya tidak masuk akal, kata dia, namun itulah yang berlaku. Peliknya bila dia ke luar negara semula, dia boleh berbicara selancar yang boleh di telefon! Bila berhadapan empat mata, dia kehilangan arah dan seperti di pukau.

Menurutnya, makanannya juga sentiasa dijamu, baik oleh Z atau pembantu rumahnya. Peliknya anaknya juga berperangai macam itu.

Walaupun berumur lebih enam tahun, anaknya tidak dapat menjawap malah sentiasa memberitahu M betapa sayangnya dia pada mamanya. Air minumannya sentiasa berbotol-botol disediakan oleh pembantu rumah kerana dia tidak diizinkan minum air selain dari yang di bawa dari rumah.

“Peliknya kata M, bila dia ke luar negara semula, semua perasaan dungu itu telah hilang, ini membuatkan dia terasa seolah-olah memang ada sesuatu yang telah dilakukan kepadanya di rumahnya sendiri. Dia tidak pernah menceritakannya kepada sesiapa baik kepada keluarganya sendiri, ataupun teman-teman rapatnya. Ini kerana kebanyakkan orang asing tidak percayakan hal-hal sebegini. Namun, sewaktu suami saya bertugas dengannya di Timur Tengah dan mengetahui saya berasal dari negara isterinya, dia mula menceritakannya kepada kami satu persatu.

“Suami saya yang juga orang asing agak tergamam, namun dia juga kurang percaya. Mereka bertanya lebih lanjut, namun saya juga tidak dapat memberikan gambaran yang jelas, sebabnya saya memang tidak mempercayai hal berkaitan bomoh dan ilmu hitam ini.

“Saya cuba bertanya dengan teman-teman dari Malaysia, jawapan yang saya terima, ya dan ada berlaku dan biasanya untuk mengunakannya bagi menganiaya orang lain.

“Saya juga bertanya banyak hal mengenai bomoh siam, ilmu dan bomoh hitam kepada kaum keluarga, hinggakan mereka terperanjat, difikir saya sudah kena ilmu guna-guna.

Hilang daya fikiran

“Saya dan suami kemudian bertanya M lagi, apakah yang dirasakan setiap kali tidur sebilik berada di samping isterinya? Dia menjawap, dia tidak tahu, yang dia tahu Z akan berjam-jam lamanya di bilik air, dan bila dia melihat sahaja wajahnya, dia seolah-olah hilang daya fikiran dan tidak dapat tahu apa yang berlaku.

“Sejak tinggal di Malaysia, kata M, kamar tidurnya sentiasa ada air mineral dan sentiasa harum semerbak, tetapi adakalanya dia terasa sangat berbau busuk namun hanya untuk sementara kemudian bertukar wangi semula.

“Menurut M, jika Z meminta wang dengan senangnya dia akan memberi beberapa sahaja jumlah yang diminta tanpa banyak soal malah menyerahkan kad ATMnya sekali.

“Bimbang ditimpa sakit, M berjumpa doktor sayangnya diberitahu dia hanya stres dan tidak cukup tidur, itu sahaja.

“Satu hari kerana kasihankan M, kerana sejak pulang dari Malaysia, keadaannya semakin tidak terurus, suami saya dan teman-temannya yang lain dari Malaysia membawa M berjumpa seorang ustaz yang juga bekerja di Timur Tengah.

“Dengan izin Allah, air Yasin yang diminum oleh M membuatnya muntah sehingga lembik seluruh badan. Apa yang dilihat oleh teman-teman dan suami yang membawa M, amat memeranjatkan!

“Dari muntahnya terkeluar semua helaian rambut dan benang berwarna-warni, tulang haiwan (rangka kecil), darah, kaca dan bermacam-macam lagi yang kita sendiri akan berkata memang tidak percaya, ini semua magik! Semuanya berbau busuk, hapak dan hanyir.. percaya atau tidak, namun, itulah hakikatnya muntah yang dikeluarkan dari mulut M.

“Menurut Ustaz itu lagi, M telah ditakluki oleh ilmu hitam yang diambil dari bomoh oleh Z termasuklah mengenakan nasi tanggas pada M. Ustaz menjaga M selama tiga hari, dan selama tiga hari itulah Ustaz ‘bertarung’ dengan bomoh berkenaan,’’ tambah J.

Selesai berubat, M sangat trauma untuk pulang ke Malaysia. Walau rindu dengan anaknya sekalipun, M tidak mahu menelefon malah tidak pernah menziarahi anaknya sejak lima tahun yang lalu.

“Dia menjadi seorang yang pembenci dan pendendam pada bekas isterinya. Sementara Z pula menjadi gelabah dan hilang punca kerana M tinggalkan dia begitu sahaja. Lalu dia memohon cerai. Dia berpura-pura baik dengan berbaju kurung dan bertudung ketika ke mahkamah. Mulutnya kumat kamit membaca entah apa untuk meraih simpati Mahkamah Syariah.

“Malangnya nasib menyebelahi M apabila mahkamah meragui tindak tanduk Z. Mereka disahkan bercerai. Namun Z tidak mahu mengaku kalah, Z rasa dirinya masih kuat, dan sekali lagi M cuba disantau secara jauh. Namun kali ini Allah maha mengetahui, entah dimana silapnya santau itu terkena pada ibunya sendiri. Ibunya mati dalam keaiban kerana rupa-rupanya ibu Z lah yang menjadi dalang mengenakan ilmu hitam kepada anak menantunya sendiri. Kata M ramai wanita seperti Z di luar sana, jadi hati-hatilah wahai lelaki apabila memilih kawan untuk di jadikan teman hidup,” tulis J mengakhiri kisah.

Tidak terkecuali di akhir tulisan ini M meminta kepada semua, baik lelaki mahupun wanita supaya tidak menodai kesetiaan dan kejujuran, dan sayangilah pasangan anda seikhlas dan sejujur yang boleh, dan jangan mengkhianati mereka dengan cara yang kotor.

Menurut M, dia ikhlas berkahwin dan memberikan Z satu kehidupan yang jauh lebih baik kerana Z datang dari keluarga miskin, namun dia tidak menyangka yang dia akan dikhianati sedemikian rupa!

Seperti dijangka saya juga terkejut dengan kisah ini. Pertama sebab yang melakukannya adalah wanita Melayu. Kedua, saya masih tidak sangka masih ada wanita yang sanggup menggunakan ilmu hitam untuk menundukkan suami dengan begitu kejam. Ketiga, kerana pasangannya lelaki asing. Bagaimana pandangan mereka terhadap wanita tempatan?

Apa pun ingatlah jangan terpengaruh dengan perkara khurafat kerana ia salah disisi agama.

Bukan hak saya untuk mengulas dan memberi pandangan. Soal jodoh, maut dan pertemuan itu ketentuan Allah s.w.t. Kita hanya merancang.

Pesanan saya dalam mencari pasangan, lihatlah dulu siapa keluarganya, latar belakang mereka termasuk tingkah laku ibu bapa dan adik-beradiknya.

Mengundur diri hayatilah kisah ini. Iktibar yang kita dapat daripad kejadian ini, kasih sayang antara pasangan suami isteri ibarat tanaman yang sedang tumbuh. Perlu dibaja dan disiram setiap hari..Jika nampak layu segeralah membelainya agar ia kembali segar dan cantik dipandang.

Salam.

Petikan: Ruangan Kak Nor, Utusan Malaysia

7 Responses to Suami kena ilmu hitam hasil buatan isteri durjana

  1. naga berkata:

    setiap kehidupan itu telah di tentukan oleh yang maha kuasa walau ape yang berlaku mintalah dengan tawaduk dan taqwa kepada die,jauhi lah segala larangan dan hindarilah segala godaan syaitan…………………….

    dari naga merah

  2. Wahai kaum wanita, ingatlah bahwa tuhan yang nyata bagimu didunia ini setelah engkau menikah adalah suamimu, oleh karena itu patuh dan taatlah engkau kepada suamimu niscaya surgalah tempatmu.

  3. xman berkata:

    aku pun …cakap macam demo dulu ..kata haji x.. ahkir nya aku hilang seban di tengah malam…..aku kata kat dia….kita selau tangkap anka orang berkhalwat dgn gah nya..serta tmah.. akhir nya anak kita yg tertangkap..dek orang…aku pun takut akn dugaan drp allah..wallahuallam

  4. ain berkata:

    saye pulak terbaliknye keadaan…malas nak citer panjang sebab sampai skrg sakit lagi…teman lelaki yg dikenali 4 thn..curang!penipu n hbngan semata2 dengki..eeeeeeee!!!!

  5. ain berkata:

    aa kalo ade sape tau care nak berubatkan ilmu hitam cara siam kafir pls tel me saya sakit sangat tak tahan sakit kena cucuk tikan n ntah ape

  6. fatin berkata:

    kenapa ye kebanyakannya yg buat ilmu sihir ni semua berakal pendek, pendendam? adakah hati busuk…….?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: