Tip menurunkan berat badan

Dr. Pakar,
BARU-BARU ini saya mengalami pertambahan berat badan yang amat ketara dan keadaan ini amat merunsingkan saya. Saya cuba mengawal berat badan dengan cara berdiet tetapi hasilnya sama seperti sediakala.Saya berusia 29 tahun dan berat badan saya sekarang mencecah 98 kilogram.

Masalahnya, saya tidak pasti dengan pemakanan yang sepatutnya saya ambil. Besar harapan saya agar doktor boleh memberikan menu yang sesuai sebagai diet saya selama seminggu. Apakah makanan yang perlu saya tambahkan ke dalam diet dan apakah pula makanan yang perlu dielakkan. Sekian, terima kasih.

– DEWASA BERAT

Dewasa Berat,

Bergantung kepada ketinggian tubuh anda (dan bukannya umur anda), doktor akan menentukan sama ada anda mempunyai berat badan yang berlebihan atau obes menggunakan pengiraan indeks jisim tubuh (BMI).

Saya anggarkan, dengan berat badan 98 kg, anda mungkin termasuk dalam kategori obes. Berikut adalah beberapa garis panduan yang boleh anda jadikan rujukan untuk mengurangkan berat badan.

l Bahagian utama hidangan anda hendaklah terdiri daripada makanan berasaskan kanji seperti roti, bijirin, kentang dan nasi; buah-buahan dan sayur-sayuran.

* Kurangkan sebanyak mungkin lemak daripada diet anda. Lemak mengandungi lebih banyak kalori – sehingga dua kali ganda berbanding makanan berkanji atau berprotein dalam kuantiti/berat yang sama.

Tip: Gunakan sapuan rendah lemak pada roti anda; apabila memasak kurangkan penggunaan minyak; panggang makanan di sebalik menggorengnya; buangkan lebihan lemak daripada daging dan pilih daging tanpa lemak dalam potongan yang lebih kecil.

Perhatikan juga lemak tersembunyi yang terdapat di dalam kek, biskut, coklat, kerepek dan pai.

l Ambil versi susu, keju, yogurt dan lain-lain yang rendah lemak. Ia mempunyai kandungan kalsium yang sama nilainya dengan versi lemak penuh tetapi kurang kalori.

l Umumnya, makanan lemak rendah adalah yang terbaik. Tetapi haruslah diingat, sesetengah makanan dan minuman rendah lemak mempunyai kandungan kalori yang tinggi seperti alkohol, minuman manis dan gula-gula. Jadikan air masak sebagai minuman utama anda berbanding minuman ringan.

* Makan sebanyak tiga hidangan sihat sehari termasuk bersarapan adalah yang terbaik. Makan setiap hidangan secara perlahan-lahan. Jangan melangkau hidangan anda kerana ia hanya akan membuatkan anda menjadi bertambah lapar.

Akibatnya, ia merangsang anda untuk lebih memikirkan tentang makanan, sekali gus menjadikan anda lebih cenderung untuk makan secara berlebihan pada waktu malam. Ini tidak baik untuk berat badan yang ideal. Elakkan mengudap snek/makanan ringan di antara waktu makan.

* Lakukan aktiviti fizikal sekerap yang boleh. Jiika anda tidak biasa melakukannya, mulakan dengan berjalan pantas lebih 30 minit setiap hari dan tingkatkannya dari situ.

Sebarang tambahan baik dari segi berjalan, menari, berenang, berbasikal dan sebagainya adalah digalakkan. Cuba tingkatkan jumlah aktiviti yang anda lakukan pada setiap minggu sehingga anda melakukan antara 60 hingga 90 minit, sekurang-kurangnya tiga kali/hari seminggu.

* Realistik. Anda tidak perlu menyasarkan berat badan yang sempurna. Sekiranya anda tergolong dalam kategori berat badan berlebihan atau obes, anda akan mendapat banyak faedah kesihatan daripada 5 hingga 10 peratus penurunan berat badan anda (biasanya 5 hingga 10kg).

* Yang terbaik adalah untuk tidak kehilangan berat badan dengan begitu cepat atau mendadak. Jiika berat anda turun lebih sekilogram seminggu, anda mungkin kehilangan tisu otot-otot dan bukannya lemak yang sepatutnya dihapuskan.

Penurunan berat badan antara setengah hingga 1 kilogram seminggu adalah paling baik. Untuk mencapainya, anda perlu kurangkan antara 500 hingga 1,000 kalori berbanding yang anda ambil sebelumnya. Anda akan kehilangan 6 ke 12kg jika mengekalkan amalan ini sehingga tiga bulan.

* Maklumkan kepada orang lain mengenai rancangan anda mengurangkan berat badan. Sokongan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan dapat membantu anda kekal bermotivasi. Anda juga boleh menimbangkan untuk menyertai pusat-pusat kecergasan berhampiran anda.

Untuk mengurangkan berat badan secara berterusan adalah lebih mencabar berbanding menurunkan sedikit berat badan. Sebaik sahaja anda berjaya mengurangkannya, anda mungkin dapat terus menurunkannya dengan lebih stabil dengan syarat, pilih diet sihat, tidak lupa bersenam secara konsisten dan menimbang berat badan seminggu sekali untuk memeriksa berat badan semasa anda. Semoga berjaya!

Jawapan disediakan oleh Pakar Perubatan dan Gasteroenterologi, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Petaling Jaya, Selangor, Dr. Abdul Malik Jamal Buhari.

47 Responses to Tip menurunkan berat badan

  1. honey berkata:

    kita seharusnaya rajin bersenam sekurangnya 3 kali seminggu

  2. ocha berkata:

    artikel tentang perubahan fisiologi ibu hamil trimester tiga

  3. lina devie novita berkata:

    i hate my body becouse’ my body so bad………

  4. dhiyah berkata:

    Nama saya dhiyah, umur saya 23thn tinggi saya 154cm dengan berat badan 50kg, saya ingin berat saya stabil ke 46kg. Saya sudah diet dengan hanya makan siang normal, makan pagi dan malam saya ganti dengan susu tanpa lemak, jika msh lapar saya menkonsumsi buah2an.. tapi, kok perubahannya tidak signifikan.. hal ini sudah saya lakukan selama 2bln.. tiap pagi saya selalu olahraga skipping selama 15-30menit.

  5. tsubasa berkata:

    jangan makan malam
    dan kalau ingin makan malam, usahakan makan malam 2 jam sebelum tidur

  6. l_ieza@streamyx.com berkata:

    Hi, saya kehilangan 4kg dalam masa sebulan..
    Saya tidak makan nasi dan roti..saya menghadkan pengambilan jumlah karbohidrat sebayak 20gram sehari. SAya makan ayam, daging, dan sayur seperti biasa..
    Tidak mengurangkan pengambilan lemak..malah saya boleh makan keju, mayonis dan mentega setiap hari..
    SAya juga bersenam selama 1 jam setiap hari..

  7. marteens berkata:

    makan buah saat ingin ngemil

  8. mamivogue berkata:

    7 thn yg lalu selepas melahirkan anak sulung badan saya jadi berat dengan lebihan lemak dan bonjol2 mcm spare tyre… mcm2 cara saya cuba untuk kembali ke bentuk asal sebelum kawin…selepas 2 thn anak kedua saya lahir, saya tekad untuk ke slimin center… saya ambil pakej paling murah, dan hasilnya wallaweih… sgt menakjubkan, selepas 3 bln saya dah dpt kembali bentuk seperti zaman anak dara dulu… tp mmg ketat dietnya… utk tdk membazir wang saya ikutkan saja syarat2 mereka… dan skarang saya hanya perlu untuk maintain kannya sahaja…

  9. syamilah berkata:

    saya tengah mengandung 7 bulan.
    ada tak petua untuk elak anak yg dilahirkan demam kuning.
    atau apa jenis makanan yg elak anak demam kuning

  10. ila berkata:

    salam kat mana yer nak dptkan pusat sliming center yg ader pakej yg paling murah…

  11. [...] November 19, 2007 CARA MENURUNKAN BERAT BADAN Posted by ibnuabbas under KESIHATAN | Tags: KESIHATAN |   Tip menurunkan berat badan [...]

  12. Nong andy berkata:

    syamilah, mengelakan anak lahir dpt penyakit kuning. rajin-rajin la kamu minum susu kambing.. mesti anak anda tidak kena penyakit kuning.

  13. Aishah berkata:

    untuk mengurangkan berat badan anda perlu makan pada waktu pagi dan tengah hari sahaja.manakala malam tidak perlu makan sebab ia boleh menyebabkan kegemukan.lagi satu makan makanan yang seimbang jang pakai redah jer…..love your body

  14. sabariah berkata:

    saya terlalu risau kerana saya memonyai berat badan yg tidak patut dengan ketinggian say..bagaimana hendak sy kurangkan berat bdn sy?

  15. Neyl berkata:

    berat bdn senang dikwl jika kita mengawal tabiat makan kita..selera perlu dikawal kerana nafsu mkn mnybbkan kita menggadaikan badan sendiri utk nafsu..susah nk diet kalau asyik berselera jer..so mind kena set dulu…cuba alihkan tumpuan kpd gambar2 model yg cantik dan amik ikhtibar dr mereka yg dulu gemuk n now dah kurus..manusia susah diubah tp cpt meniru…lagi satu rajin2 belek badan sendiri..mesti keinginan utk cantik & kurus utk meluap2 bila tgk bdn sendiri..:)

  16. wak min berkata:

    nak kawal berat badan bukan susah tak payah nak habiskan duit…. ikut cara Islam puasa sunat setiap hari isnin dan khamis…. solat 5 waktu wajib, tambah la dgn solat2 sunat… kajian telah membuktikan berpuasa adalah diet yg terbaik dan solat pula senamam yg terbaik untuk badan kita..(untuk pengetahuan anda pada otak kita tedapat satu bahagian dimana darah hanya dapat memasuki bahagian tersebut apabila kita melakukan sujud so sujud la lama2 sikit ) … haaa selamat mencuba…. semoga anda dapat apa yg diharapkan disamping beramal untuk bekalan akhirat…..

  17. nur athirah berkata:

    assalamualaikum..sy nur athirah..skng saya dlm proses utk menurunkan berat bdn..tinggi sy 156cm,berat antara 75kg-80kg..mmacamane utk saya men gamalkan diet yg berkesan..blh bg menu utk saya ambil setiap hari..sekarang sy tidak lg mkn mlm..saya hanya mengambil nasi separuh,ikan bakar,dan ulam2..roti yang saya ambil hanya roti wholemeal dan biskut wholemeal..batulah saya utk dapatkan berat badan ideal..

  18. seri berkata:

    saya berumur 23 tahun dan masih bujang.saya mempunyai ketinggian 173 manakala berat saya pula 67.5kg sy ingin dapatkan menu diet dalam seminggu

  19. Nurul berkata:

    salam…
    sy pelajar pemakanan di IPTA
    cra paling senang, beli baju yg sendat & tanamkan azam…suatu ari nanti sy mau pakai baju nie dalam keadaan cantik bl orang melihat….
    ikut flow…
    senam ari2….kawal diet…sabar..pup!! dah kurus rupanya. :-)

  20. dIANA berkata:

    Petua untuk kurus,amalkan minum OOLONG tEA..mURAH & BERKESAN
    ..Cuba surf website yang ade info pasal OOLONG TEA..Selamat Mencuba

    sAYA AMALKAN MINUM JASMINE OOLONG TEA DARI COSWAY..DAHLAH MURAH,PAS TU BERAT BADAN PUN MULA BERKURANGAN..AMALKAN MACAM MINUM AIR SUAM..INSYAALLAH..

    SEDIKIT INFO PASAL OOLONG TEA…
    ・Oolong tea enhances the function of fat metabolism.

    Polyphenol in oolong tea is effective in controlling obesity. Specifically speaking, it activates the enzyme that is responsible for dissolving triglyceride. It has been confirmed that the continuous intake of oolong tea contributes to enhancing the function of fat metabolism and to controlling obesity.

    Health benefit of oolong tea
    There are some functions of wu long tea are listed :

    Diabetes – wu long tea may be an effective adjunct to oral hypoglycemic agents in the treatment of type 2 diabetes.

    Eczema – Japanese researchers reported that patients with a form of eczema improved after drinking a liter of
    wu long tea daily.

    Allergies – Two catechin derivatives (C-1 and C-2) with potent antiallergic activity were isolated from wu long tea.

    Cavities – wu long tea polyphenolic compounds could be useful for controlling dental caries.

    Obesity – Consumption of wu long tea stimulates both EE and fat oxidation in normal weight men.

    Bacterial infections – wu long tea polyphenols strongly inhibited the enzyme activities of some types of streptococci.

    Cancer – wu long tea extract has a chemopreventive action against hepatocarcinogenesis.

  21. olive berkata:

    hi… saya ada byk pengalaman berdiet… saya adalah seorang yg begitu tertekan jika badan naik. selepas melahirkan anak yg kedua berat badan saya bertambah.. saya mengambil pelbagai pil diet , tea dan bermacam-macam ubat diet dan saya pernah ke pusat slimming yg terkemuka untuk menurunkan berat badan..nyata berkesan tetapi hanya untuk sementara, bila saya stop ambil pil tu atau stop programme slimming..badan saya naik 2 kali ganda..saya takut jadi saya terus ambil balik pil diet. tapi benda sama berlaku..turun sekejap…naik balik dengan lebih teruk… badan jadi mengelebeh dan lebih tua dari umur saya. sekarang saya masih berdiet tapi saya amalkan diet yg sihat tanpa pil, tanpa apa jua tea atau ubatan.. cuma kawal permakanan, makan ikut waktu dan bersenam..ternyata lebih sihat dan berkesan.. penurunannya lambat tapi maintain.. jadi jangan menghabiskan masa dan wang seperti saya. untuk kelihatan cantik tak payah keluar duit byk2, yg penting disaplin, azam dan sokongan org tersayang…

  22. icha berkata:

    saya ingin sekali menurunkan berat badan saya krn saat ini saya terlalu gendut.skrg berat badan saya 50kg dgn tinggi 160.saya sudah mencoba tips2 yang sanagt tradisional misalnya minum teh dan air jeruk nipis…tapi ko tidak turun juga ya berat badan saya?………….

  23. dara berkata:

    waktu melahirkan anak pertama sangat mudah menurunkan berat badan yang tadinya 80 kg ke angka 54 kg, tetapi skrg lahir anak kedua berat badan saya sangat sulit untuk turun dari 85 kg sekarang masih 65 kg, tulungin dong gmn agar berat badan saya sampai ke angka 55 kg aja dah syukroooon banget, senam, diet rendah lemak, sampai tak makan-makan selama 2 hari berturut turut dah di coba, tapi sy takut obat obatan karena ada riwayat penyakit jantung di keluarga saya

  24. julie berkata:

    salam,
    kps sesape yang tahu psl oolong tea ni…
    mana boleh saya dptkan Oolong Tea tu..?
    ader di kedai2 biasa je ker..? atau di pusat2 produk ..?
    brp harga tea tersebut..? adakah ia perlu diminum setiap hari..?

  25. nazrida berkata:

    adik2, hati2 dengan produk untuk menguruskan badan, samada pil langsing atau tea. Pastikan diambil yang ada kelulusan kementerisan kesihatan.

    Apa pun, cara nak kurus bukan susah kalau kuat semangat dan berdisiplin.

    Kak ida berat maintain 48 kg-50 kg (ideal weight) sejak beranak satu. Sekarang anak dah besar2. Caranya, jaga pemakanan dan bersenam secara konsisten. Selain dapat mengekalkan bentuk badan, kesihatan juga terjaga. Selain itu, kalau dapat ikuti kelas aerobik lagi bagus kerana dalam aerobik tu, ada senaman khas untuk bhg2 badan spt punggung, pinggang, lengan dan peha/kaki. Juga untuk kempiskan dan tegangkan perut.

    Pil2 untuk langsing hanya bersifat sementara kerana kesannya tidak kekal lama.

  26. Quintas berkata:

    nk ilang berat badan plig efektif? jgn makan nasik puteh or ape2 warne. jgn makan karbohidrat pe 2 pun, roti ke, mee ker pe2 yg berkaitan.

    jgn xmakan langsung, just kurang kn kuantiti itu. insyaallah berkesan punyer dlm mase terdekat.

  27. SITI ROHANI berkata:

    saya ingin menurunkan berat badan.terutama di bahagian lengan.bila berat badan naik pasti lemak banyak berkumpul pada lengan.ini menjadikan lengan saya tidak cantik.bagaimana caranya nak menghilangkan lemak berlebihan pada lengan?

  28. aida berkata:

    nazrida, kak aida punya berat badan 68 kg, tinggi 5 ‘ 3 ‘ … org kata badan kak aida mantap dan keras mcm volvo…keluarga kak aida pun badan mcm tu gak.. Abg long kak aida ahli bina badan PDRM…. adik kak aida pramugari 2 org… berat badan dia org pun boleh tahak gak…. walaupun nampak kurus, tp berat…

    kak aida kuat makan kalau bnyk fikir….. Suka makan nasi putih pagi2. bawa bekal dri rumah… malam kak aida x makan… tp kenapa x boleh kurus2 gak… mungkin kak aida ada amhil pil perancang keluarga kot.

    Kak aida minum teh langsing ORANG KAMPUNG. bukan pasal nak kurus aje, tp ada masalah pembuangan air besar…. kalau x minum teh tu, x buang ler…..

    apa2 pun , kak aida syukur sebab x ade penyakit serius setakat ni… mungkin sebab kak aida aktif bersukan, berkebun dan berpersatuan….

    kalau ada idea baik, share2 ler….

  29. alya berkata:

    Dr. Pakar, saya ingin pendapat Dr. Pakar dan apa yang harus saya lakukan kepada suami saya yang panas baran dan segala hasil saya kerja dia ambil duit simpanan tak pernah ambil tahu keperluan isteri macam makan minum pakaian dan sebagainya?Pada mula perkahwinan lagi sudah macam2 saya terima sehingga la sekarang kebuntuan selalu menghantui hidup harian saya.Pada awal saya mengandung saya dah di pukul hingga perut 6 bulan.Selepas itu saya rujuk ke pejabat agama tapi boleh buat apa sebab saya masih mengandung dan selepas itu saya pun berbaik semula sehaingga saya melahirkan bayi saya.Semasa dalam pantang pun saya menerima tekanan yang sama juga kecuali dai tak memukul saya sahaja.Selepas itu pulak mengugut saya nak ambil anak saya kalau tak nak dengar cakap saya.Saya harap Dr dapat menolong saya.Saya dah tau nak buat macam mana lagi…..

  30. me berkata:

    kalu kita gemuk dan tulang besar apa yg harus kita buat untuk kurus?

  31. azmi berkata:

    saya hilang 5kg dlm sebulan dengan program pengurusan berat badan yang sempurna dengan nutrien untuk badan..tanpa rasa lapar..kalau nak kongsi pengetahuan dan pengalaman mengenai penurunan berat badan boleh hubungi saya ditalian 0123001174..

  32. azmi berkata:

    mengenai tulang besar,sebenarnya tulang boleh besar dan mengecil,tetapi perlukan pemakanan yang seimbang dan nutrien yang cukup..kalau ME nak tau lebih lanjut boleh hubungi saya 0123001174.

  33. Lisa berkata:

    hi..
    saya tengah pening ni.. saya akan berumah tangga bulan disember.. now berat saya 64.. tinggi 163… masalah saya besar di bahagian bahu… bawah ok.. kira bentuk badan epple la… pe nk wat pun saya tak tau.. last year berat saya baru 50… tapi dah naik byk sangat ni.. pening.. pening… betul ke kata orang, bila kita aktif sukan, tetiba stop, berat akan naik mendadak????

    help me….

    tabiat makan saya, breakfast… minum petang je…
    malam tak makan dah… jogging setiap sabtu je.. hari lain tak sempat…

  34. madu berkata:

    ala lisa..cian nyer…nk jd pngantin lak tue..mek siti (slm pntai timo)xmkn nasi kaan..da kurus gile..i suggest u byk mkn buah..dulu sy pon penah kena kejutan nie..dr 41kg-58kg..sume ckp sy kurus..alih2 sy mkn B-complex..terus naek mendadak..padahal k jer..ngan tggi 168 sy nie..pastue sy krg kn mkn nasi..mkn buah..skang 48kg ..klu ley nk 50-52kg..br cun!…doktor ckp penat keje la nie..da 1thn msh kekal 48 je..
    sbnr nyer ..emosi u epi…bile epi>ati bunga girang>bdn pon ley naek tau..bkn takat mkn jer…ms 41-58 pon ati sy tgh epi…xmkn sgt pon..naek…

  35. eja de'gumuk berkata:

    diet,berjalan,jogging saya slalu buat berat badan tak juga turun tp alhamdulillahla rasa segar time beraktiviti… kalu ble tolong la ng cara2 senaman ringan untuk turunkan berat badan,mengempiskan perut saya yg boroi ni!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  36. inahamdan berkata:

    salam…memang susah nak berdiet dengan cara yang sihat sebabnya kite ni dah terbiasa dengan makanan yang sedap2 belaka. tapi, hakikatnya….untuk penurunan berat badan, semestilah dengan KAWAL MAKAN DENGAN MAKAN SEIMBANG DAN SENAMAN…itu lebih efektif walaupun memakan masa.

    nak tahu lebih lanjut tentang panduan diet,jumlah kalori dalam makanan,makan seimbang..dan macam2 lagi tentang kesihatan,..layarilah laman ini http://nutrition.moh.gov.my , http://www.myhealth.gov.my dan infosihat..
    banyak panduan diberikan mengikut Kementerian Kesihatan Malaysia..saya dah banyak membaca dan sekarang dalam proses penurunan berat badan…. selamat berjaya…salam

  37. eryn berkata:

    salam saya pun nak tau lebeh lanjut tuk kuruskan badan saya….kini berat melapau sampai over weight dr berat ideal hingga ker over weight, adakah selamat jika saya amalakan deit lemon cayenne tuk kurangkan berat badan saya.

  38. rini ika berkata:

    dalam 6 bln berat saya naik 16 kg .awal brat saya naik .karena saya minum obat cina smpat berhasil tapi ng lama kemudian saya sakit sya brhenti minum obat langsung nafsu makan kalu ng makan dalam 2 jam kpala saya pusing

  39. amoi berkata:

    salam semua, saya pon ada masalah berat badan jugak tapi apa yang saya lakukan sekarang saya berpuasa, kurang makan nasi dan berjalan laju 3x seminggu dlm 1/2jam. baru cuba seminggu memang sukar tapi saya kuatkan semangat kerana takut dgn cerita kawan2 yang ada pelbagai penyakit disebabkan x jaga berat badan..selamat mencuba

  40. gadis berkata:

    nk diet kurangkan makan nasi…senaman 5 kali seminggu kalau nk kesan yg cepat la…kalau minum kopi, atau milo ,nescafe ke ape ke elok letak serbuk kulit kayu manis…serbuk kulit kayu manis boleh pecahkan lemak..dan yg paling bagus boleh bakar lemak dekat jantung..boleh kurangkan kolestrol…kalau u all x percaya try la…

  41. amoi berkata:

    tq gadis…saya akan cuba letakkan serbuk kayu manis didalam setiap minuman n my friends kata lada hitam pun bagus untuk pecahkan lemak….cuba yea.

    • gadis berkata:

      ye ke amoi…lada itam tu awk makan setiap hari ke?..macam mne ye nk makan setiap hari?…letak dalam mknn ke?

  42. abud berkata:

    kepada wanita yang ingin menurunkan berat badan, rty lah pruduk nanapatch.ternyata ia memang berkesan.ade kwn saya dalam masa 3 minggu menggunakan produk ini berat badannya turun 5kg..

    PRODUK 1 (SLIMMING PATCH)

    * Mengandungi 100% herba Hoodia asli dari Gurun Kalahari di Afrika Selatan
    * Tiada kesan sampingan selain daripada perasaan kurang berselera
    * Boleh makan makanan kesukaan tanpa risau terlebih makan
    * Meningkatkan penggunaan lemak badan sehingga lebih 48%
    * Membakar lemak di bahagian perut, buntut, pinggang dan paha secara semulajadi.
    * Kelihatan lebih ramping dan bertenaga

    FAKTA HODIA

    *

    Hoodia adalah tumbuhan yang terlihat seperti kaktus. Ini telah di gambarkan sebagai rasa agak pahit-mentimun yang tumbuh subur di kawasan yang sangat panas, cuaca kering dan memakan masa 5-7 tahun untuk mencapai kematangan.
    *

    Hoodia tumbuh di kawasan Gurun Kalahari Afrika Selatan, serta negara-negara Botswana, Namibia dan Angola.
    *

    San Bushmen di Kalahari, salah satu puak yang tertua di dunia dan antara puak-puak yang paling primitif, telah makan Hoodia selama ribuan tahun untuk mencegah kelaparan pada masa berburu secara nomad.
    *

    Hoodia akan mengantar isyarat ke otak yang membuat otak percaya bahawa tubuh atau perut sudah penuh, tetapi hakikatnya tidak. Isyarat ini di yakini ribuan kali lebih kuat berbanding isyarat dari gula ke otak untuk alasan yang sama.
    *

    Sebagaimana dilaporkan oleh BBC News, ketika manusia pertama menjalani ujian klinikal, 2 kumpulan manusia gemuk tidak sehat telah diberi Hoodia 1 kumpulan dan 1 kumpulan diberi Plasebo … 15 hari kemudian, kumpulan Hoodia telah mengurangkan pengambilan kalori mereka sebanyak 1000 sehari .
    *

    Suatu molekul dalam Hoodia, P57, di yakini bertanggungjawab atas kemampuan Hoodia untuk mengawal nafsu makan, meningkatkan tahap tenaga dan membantu penurunan berat badan.

    untuk maklumat lanjut sila layari dan daftar disini

    Alamat url: http://www.nanopatch2u.net/?id=alhadi

  43. amoi berkata:

    gadis..bukan makan setiap hari. maksudnya masakan yang ada lada hitam. cth : daging/ayam masak lada hitam or kalu masak sup tambahlah serbuk lada hitam…he.he.he

  44. sshapeup london berkata:

    http://www.sshapeup.co.uk
    or
    1 300 88 9338(health consultant)
    “Secret to Quality Life”

  45. seera berkata:

    tips kurus ikut pengalaman saya:-
    tanamkan niat u kurus
    disiplin
    amalkan setiap hari
    apa y nak diamalkan setiap hari
    pagi:- sarapan cuma minum susu anlene + susu soya bioprotein kuaran cosway
    tenghari:- roti wholemeal+mentega kacang lady choice
    petang:- minum susu anlene+susu soya bio protein
    malam sebelom tido:-minum segelas air+1 sudu besar madu ok…kalo boleh amal macam tu setiap hari…insyaallahberat turun…semiggu sekilo mmg boleh…

  46. lilis berkata:

    umur saya 29th berat badan saya 55kg tinggi saya 150cm kalau ditimbang sudah ideal tapi kenapa perut saya masih kelihatan banyak sekali lemak sehingga terlihat buncit?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 344 other followers

%d bloggers like this: