Merokok punca perangai rosak, pembaziran wang

Oleh Dr Ahmad Redzuwan Mohd Yunus

MEROKOK adalah satu tabiat yang digemari sebahagian manusia pada zaman serba moden ini, malah ia menjadi keperluan kepada golongan muda yang beranggapan merokok kononnya melambangkan kedewasaan dan kematangan.

Di Malaysia, berdasarkan maklumat Kementerian Kesihatan, 24 peratus daripada 3.1 juta perokok tegar di kalangan rakyat Malaysia adalah remaja termasuk pelajar sekolah rendah.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendefinisikan merokok sebagai satu aktiviti ketagihan. Merokok secara tidak langsung boleh menyebabkan seseorang itu terbabit dengan najis dadah kerana rokok bunga kepada dadah.

Ia digambarkan sebagai permulaan untuk menjinakkan diri dengan bahan tidak mendatangkan manfaat dalam kehidupan. Oleh itu, amalan menghisap rokok wajar dihentikan segera oleh individu yang menagihnya kerana ada banyak kesan negatif.

Perbuatan membeli rokok jelas satu pembaziran sedangkan wang itu boleh dibelanjakan untuk keperluan keluarga. Ia menunjukkan merokok sebagai punca merosakkan perangai dan membuang harta tanpa kewajarannya.

Mereka tidak sedar tindakan merokok boleh menimbulkan krisis dalaman keluarga kerana masalah kewangan untuk menyara keluarga. Mereka terpaksa memperuntukkan sebahagian besar wang untuk membeli rokok, sedangkan keperluan keluarga dipinggirkan.

Berdasarkan Ahmad Shalabi, rokok bagi golongan miskin tidak mengenyangkan, malah mereka terpaksa menanggung bebanan hutang. Begitu juga golongan pelajar yang sanggup menghabiskan dan membelanjakan wang untuk membeli rokok kerana ketagihan, sedangkan keperluan untuk pelajaran diabaikan.

Merokok boleh menyebabkan masalah kepada sistem peredaran darah. Apabila seseorang itu merokok, pergerakan jantungnya bertambah, lama-kelamaan degupan jantung menjadi tidak teratur dan menyebabkan sakit dada.

Selain itu, merokok boleh menyebabkan perokok kehilangan deria bau dan rasa serta kesan kekuningan pada gigi perokok disebabkan tar tembakau yang ada pada rokok. Tar tembakau juga menyebabkan keadaan mulut perokok berbau busuk, menghilangkan selera makan, menyebabkan ketagihan berpanjangan dan mengalami masalah penghadaman makanan.

Malah, merokok juga akan meninggalkan ketidakselesaan kepada mereka yang berdampingan dengan perokok seperti anak, isteri dan orang awam lain melalui asap rokok dihembus perokok.

Penyelidik mengesahkan merokok menyebabkan barah paru-paru, barah peti suara, mulut dan kerongkong. Malah, asap rokok yang dihembuskan perokok boleh mendatangkan penyakit kepada penghidunya, manakala perokok di kalangan wanita hamil pula boleh mendatangkan masalah kepada bayi dalam kandungannya kerana racun tembakau dan asap rokok akan meresap ke uri. Hal ini menyebabkan anak dalam kandungan kekurangan oksigen dan zat dalam darahnya. Secara tidak langsung, apabila anak itu lahir kemungkinan besar kekurangan berat badan dan mudah terkena jangkitan penyakit.

Kajian sarjana Barat, C Everentt Koop, menjelaskan perokok kebanyakannya mati pada usia muda berbanding mereka yang tidak merokok.

Berdasarkan kepada banyaknya kesan negatif daripada amalan merokok, mereka yang menghisap rokok seolah-olah mahu merosakkan tubuh dan membinasakan diri.

Untuk membanteras tabiat ini, amat wajar kerajaan melancarkan kempen ‘Tak Nak Merokok dan Cara Hidup Sihat’ pada 2005. Malah, baru-baru ini kerajaan dengan tegas menaikkan harga rokok sebagai usaha menghentikan amalan negatif di kalangan rakyat Malaysia.

Namun, kempen itu perlu disusuli kesedaran perokok dan mereka yang ingin merokok kerana setiap perubahan terletak pada diri mereka.

Hal ini dijelaskan Allah menerusi firman-Nya bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (Surah ar-Ra’d, ayat 11)

Penulis adalah Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM.

4 Responses to Merokok punca perangai rosak, pembaziran wang

  1. bebypooh berkata:

    saya bersetuju sgt2 dgn artikel ini kerana saya mmg anti rokok.saya tak suka tgk,bau,dgr atau ape2 yg b’kaitan dgn rkk.bg saya org yg mrkk ni mmg xhrgai nyawa sndri dan org2 yg menyayangi dri org2..saya xsuke perokok..t’lalu m’bzir dan mendatangkn bahaya pd dri sndri..

  2. BDAK NNJUNG berkata:

    saya stuju…….dengn artikel yng dipaparkan…..saya mempunyai kawan yng merokok mereka cakap janglah merokok membazir..kawan saya sudah ketagih

  3. fiza berkata:

    A’kum…merokok memang tidak baik untuk kita…dan saya pernah menderita sakit kerana rokok..jangan lupa lawati blog fiza juga di http://tidakpadarokok.blogspot.com
    Sekarang ni fiza berminat untuk mengadakan kempen anti merokok pada perokok-perokok semua.

  4. amy zahra berkata:

    sye lgi s2ju dngan artikel ni sbb my uncle is smoker. But dye dah dpt hdayah.dya dah ada penyakit jntung disbb kan rokok.and kna msk ICU.But Alhamdulilah dye slamat.dye nyaris2 koma tapi dya kuat mlawan penyakit itu.and this is a lesson to SMOKER.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 349 other followers

%d bloggers like this: