Fibroid masalah biasa wanita berusia 30an

WANITA mudah panik jika diberitahu bahawa ada fibroid tumbuh dalam uterusnya. Fibroid mungkin boleh tumbuh di dalam, di luar atau di dinding rahim. Bagaimanapun, jika anda lebih mengenali apa itu fibroid, anda mungkin lebih tenang.

Ada pelbagai nama digunakan merujuk pada fibroid dalam rahim, tetapi apa yang perlu anda tahu fibroid bukan barah. Fibroid memang masalah biasa di kalangan wanita berusia antara 30 dan 40 tahun. Fibroid selalunya tidak memberi banyak masalah malah kebanyakan wanita tidak tahu dia berhadapan dengan ketumbuhan dalam rahim itu.

Apa yang menyebabkan fibroid?

Tiada jawapan khusus untuk soalan ini, tetapi hormon wanita, estrogen dan progesteron boleh menyebabkan ia tumbuh. Tubuh menghasilkan tahap tertinggi kedua-dua hormon ini sepanjang usia kesuburan.

Penghasilan hormon ini mungkin berkurangan selepas wanita putus haid. Fibroid akan mengecut ketika itu dan tiada simptom yang akan ditunjukkan.

Mengenali simptom fibroid

Lazimnya, fibroid tidak menunjukkan sebarang simptom. Bagaimanapun, ada beberapa simptom yang agak ‘lemah’ boleh dikaitkan dengan fibroid. Antaranya, darah haid keluar dengan banyak berbanding normal. Jika fibroid berdarah atau menekan organ lain simptom juga akan muncul iaitu;

  • Haid yang lama dan anda kerap berasa kejang.
  • Rasa perut ditekan atau penuh.
  • Sakit bahagian bawah belakang.
  • Sakit ketika hubungan kelamin.
  • Kerap membuang air yang tidak boleh ditahan.
  • Anemia (disebabkan darah haid yang banyak), berasa lemah dan letih.

    Kadangkala fibroid menyukarkan seseorang wanita itu untuk hamil. Fibroid juga boleh mendatangkan masalah jika wanita itu hamil seperti keguguran atau kelahiran bayi pra matang.

    Diagnosis

    Biasanya, untuk memastikan anda berhadapan dengan fibroid, doktor akan bertanya mengenai simptom yang anda alami. Selain itu, pemeriksaan bahagian pelvis akan dibuat. Cara paling mudah menggunakan mesin ultrasound yang boleh menunjukkan anda ruang rahim. Dengan imbasan, doktor juga boleh mengukur saiz fibraoid dan di mana ia tumbuh.

    Rawatan

    Anda tidak perlu tertekan jika alami fibroid. Anda hanya perlu jalani pemeriksaan bulanan bagi memudahkan doktor membuat rawatan.

    Simptom seperti sakit dan pendarahan yang teruk boleh ditangani dengan pil yang dibekalkan doktor. Biasanya, ubat yang diberi adalah pil perancang keluarga. Ubat ini dapat mengurangkan jumlah darah haid yang banyak.

    Jika anda berhadapan dengan anemia, biasanya doktor menyarankan anda mengambil pil zat besi atau memakan makanan mengandungi zat besi yang tinggi seperti daging, kacang dan sayur-sayuran hijau.

    Jika simptom fibroid terlalu menyakitkan, anda mungkin boleh berjumpa doktor bedah. Selalunya fibroid tumbuh dengan perlahan, jadi anda masih ada masa untuk membuat keputusan. Ada dua jenis pembedahan untuk fibroid. Lazimnya ia bergantung pada saiz fibroid, di mana kedudukannya dan adakah anda masih mahukan anak.

    Fibroid yang kecil boleh ditangani dengan pembedahan dinamakan ‘myomectomy’. Anda masih boleh mempunyai anak tetapi fibroid masih berisiko untuk tumbuh kembali.

    Pembedahan untuk mengeluarkan rahim disebut ‘hysterectomy’. Ia pembedahan yang biasa bagi fibroid dan satu-satunya cara untuk memastikan fibroid tidak menyerang kembali. Bagaimanapun, anda tidak boleh hamil dan pembedahan pula bukan satu-satunya rawatan penyakit itu. Ada pelbagai lagi termasuk mengecilkan fibroid. Apapun, semuanya bergantung pada anda ~ MDweb.com

  • 5 Responses to Fibroid masalah biasa wanita berusia 30an

    1. aina berkata:

      Berapa lama wanita akan hamil selepas pembendahan fibroid, sebelum ni saya ada membuat pembedahan fibroid pada 25/10/2008, saya amat berharap agar cepat hamil, dan melalui pemeriksaan doktor saya tak mempunyai sebarang penyakit begitu juga suami.

    2. Stop Fibroids berkata:

      Thanks for this great post Im pretty sure that many people are searching informative post like yours .

    3. saya amat tertarik mengenai artikel ni…saya tengah mwngandung kira2 dua bulan…fiboid saya kini membesar 8 cm…saya juga menerima rawatan dr hospital..apakah yang selalunya yang terjadi pada saya dan kandungan saya…apakah saya akan mengalami keguguran @ sebagainya

    4. buat bacaan dan rujukan mereka yang mengidap penyakit ini..memang baik sbg info pd pesakit mahupun wanita yang ingin mengetahui apa itu febroid..terimakasih..

    5. ctie danial berkata:

      hai ,
      cuba masuk ke web ini http://availherbs-ctiebiz.webs.com/fcbiosanitarypad.htm . Ianya mungkin dapat membantu mencegah fibroid yg kerapkali dihadapi oleh kebanyakkan wanita.

    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s

    Ikut

    Get every new post delivered to your Inbox.

    Join 350 other followers

    %d bloggers like this: