Teknik Parafin kurangkan masalah kaki berbau

KAKI juga perlu dibelai. Wanita kadangkala lupa kepada penjagaan anggota badan yang satu ini. Pengabaian kaki akan menyebabkan kulit kaki kelihatan tidak cantik, kusam dan lebih teruk lagi mengeluarkan bau tidak enak dan meloyakan orang sekeliling.

Pemilik Pusat Kecantikan Kakiku di Shah Alam, Nurul Hidayah Mustafa, berkata sebenarnya hampir semua manusia mengalami masalah kaki berbau. Katanya, masalah bau kaki berpunca daripada perpeluhan berlebihan yang menyebabkan pembiakan bakteria pada kaki.

Beliau yang sudah berkecimpung lebih empat tahun dalam bidang kecantikan tangan dan kaki berkata, setiap kaki manusia mempunyai 250,000 kelenjar peluh dan menghasilkan kira-kira 500 mililiter (atau satu cawan) peluh setiap hari.

“Masalah kaki berbau biasanya berlaku kepada individu yang kerap memakai kasut bertutup kerana persekitaran kaki tidak mendapat pengudaraan baik. Peluh pada kaki itu sebenarnya tidak berbau, tetapi ia menjadi busuk apabila bertindak balas dengan bakteria pada permukaan kulit.

“Tidak seperti anggota badan lain, kaki biasanya bertutup sepanjang masa dalam ruang sempit, menyebabkan peluh tidak dapat kering sepenuhnya, manakala bakteria pula terperangkap dalam kasut. Ini sebabnya bau kaki

lebih kuat berbanding anggota badan lain,” katanya.

Beliau berkata, antara rawatan yang baik untuk menghilangkan bau kaki selain membentuk kontur kulit yang licin, menghilangkan daki dan karat pada lapisan kulit seseorang adalah teknik Parafin iaitu sejenis rawatan menggunakan lilin cair panas yang membantu mengurangkan masalah kaki berbau.

“Rawatan ini bukan saja mengurangkan bau kaki tetapi memberikan kebersihan dan kesihatan pada tapak, tumit jari, kulit dan kuku kaki. Lilin cair panas yang bersuhu lebih kurang 80 darjah celsius juga mampu membunuh bakteria yang melekat di sekitar celahan jari serta tapak kaki,” katanya.

Beliau berkata, rawatan Parafin yang mengambil masa kira-kira 45 minit ini sesuai kepada remaja dan orang dewasa tanpa kesan sampingan kerana semua alatan yang digunakan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya yang boleh merosakkan tekstur kulit.

“Sebelum rawatan dimulakan, kaki individu akan dibasuh dengan air suam bersama perahan limau dan basuhan dilakukan lebih dua kali bagi memastikan kaki benar-benar terhindar daripada kotoran. Selepas bilasan terakhir kaki individu akan dilap dengan kain bersih dan urutan dilakukan selama 10 minit bagi melancarkan pengaliran darah serta urat kaki.

“Selepas urutan ringan, antiseptik akan disembur pada keseluruhan kaki sehingga paras buku lali. Semburan itu bertujuan membunuh bakteria dan hama halus yang melekat pada celahan jari, tapak kaki dan tumit seseorang.

“Kulit kaki akan dibiarkan antara dua hingga tiga minit bagi membolehkan antiseptik bertindak balas. Kemudian kaki digosok untuk mengeluarkan daki pada kulit kaki. Tumpuan gosokkan adalah sekitar tumit kerana bahagian ini sering merekah dan meninggalkan kesan kotoran menyebabkan kaki kelihatan hodoh,” katanya.

Nurul Hidayah berkata, selepas digosok, permukaan kaki akan disapu kolagen bertujuan menganjal, menghilangkan garis halus dan mencerahkan kulit. Katanya, sapuan kolagen ini bertindak balas dengan kulit dan secara tidak langsung kaki yang asalnya tidak berbau juga akan mengeluarkan bau tidak menyenangkan.

“Pada peringkat ini kebiasaannya kebanyakan kaki individu akan mengeluarkan gas berbau busuk terutama di bahagian tapak kaki celahan jari. Kemudian kaki akan celupkan berulang kali ke dalam takungan lilin cair panas iaitu antara lima hingga tujuh kali.

“Aktiviti celup ini dilakukan lima hingga tujuh kali dalam tempoh singkat antara 10 hingga 15 saat. Celupan di dalam lilin panas ini tidak boleh lebih daripada 15 saat bagi mengelak kulit kaki melecur kerana takungan lilin ini agak panas dan jika teknik celupan yang digunakan tidak tepat ia boleh menyebabkan kecederaan,” katanya.

Beliau berkata, selepas aktiviti mencelup, kaki akan dibalut dengan plastik khas bagi mengelakkan serpihan lilin keras yang membaluti kaki akan jatuh dan berselerak.

“Kaki yang disaluti lilin khas ini akan dibiarkan selama 20 hingga 30 minit ini. Akhir sekali, selepas salutan lilin itu benar-benar kering aktiviti mengupaskan dan meleraikan lilin yang melekat pada kaki dilakukan, semakin kering salutan lilin semakin mudah kerja melerai lilin dilakukan.

“Selepas rawatan ini kaki individu akan kelihatan lebih bersih, lembut dan halus. Rawatan ini juga mampu mengurangkan risiko tumit kaki pecah dan merekah kerana lilin cair panas mempunyai fungsi menyingkir sel kulit kaki yang mati,” katanya.

FAKTA: Kaki

  • Secara purata, setiap orang berjalan antara 8,000 hingga 10,000 langkah setiap hari.
  • Tindakan memakai kasut yang hilang keseimbangan (seperti tapak yang haus pada kiri atau kanan), tidak sesuai dengan aktiviti, uzur dan kotor boleh mencederakan otot kaki.
  • Risiko kaki berbau lebih besar kepada golongan yang gemar kasut tertutup kerana kulit kaki tidak dapat pengudaraan baik.
  • Kadangkala bau kaki boleh menjadi gejala kepada masalah lain. Individu mungkin mengalami masalah kaki dimakan air (jangkitan fungus pada kulit di celah jari kaki).

    Kaedah asas penjagaan kaki

  • Kaki perlu dibersihkan setiap hari (sebagaimana rutin kita menjaga muka) walaupun anda tidak mengalami masalah kaki berbau. Cuci kaki dengan sabun antibakteria dan dilap hingga kering, terutama pada celah jari kaki.
  • Pastikan kuku kaki sentiasa pendek bagi mengelakkan pembiakan bakteria.
  • Pakai stoking yang dapat menyerap peluh dengan baik jika mahu memakai kasut bertutup.
  • Pakai stoking yang dibuat daripada benang bulu dan elakkan stoking sintetik.
  • Tukar stoking dan kasut setiap hari (atau selang selikan dengan kasut lain). Memakai kasut sama setiap hari akan menyebabkan masalah bau bertambah teruk kerana kelembapan yang terperangkap dalam kasut tidak sempat kering.
  • Menabur bedak dalam kasut boleh membantu penyerapan peluh yang masih terperangkap dalam kasut.
  • 6 Responses to Teknik Parafin kurangkan masalah kaki berbau

    1. Suriaf berkata:

      salam…
      saya mempunyai masalah kaki berbau semenjak dua menjak ni…
      sebelum ni saya pakai kasut tertutup semasa kerja…
      lepas saya sedar kaki saya berbau…saya tak pakai kasut tertutup..
      saya tukar pakai sandal je…tapi still berbau jugak…
      tolong saya…tapi sekarang ni saya tak de di malaysia…
      saya di bahrain…it is because of the wheather here it cause that i have a foot odor?
      pls help me…..

      thanks for your concern

    2. lina berkata:

      saya juga mengalami masalah kaki berbau. saya tidak memakai kasut tertutup tapi masih mengalami masalah kaki berbau.. pa yang harus saya lakukan

    3. hanamichi berkata:

      salam.sy da masalah kaki berbau,kdg2 mmbuatkan sy rasa tdak slesa dgan kawan2 n family sy,

    4. Habibah Dahali berkata:

      Bleh saya tahu alamat penuh Pusat Kecantikan Kakiku di Shah Alam, Nurul Hidayah Mustafa….saya betul2 ingin membuat rawatan paraffin…sekian…

    5. hamdan berkata:

      bole sy tau alamat pusat kcantikan kakiku di mana. sy ada masalah dan ingin mdapatkan rawatan kaki

    6. rina berkata:

      Blh sy dapat kan alamat penuh cik nurul .. Tq

    Tinggalkan Jawapan

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s

    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.

    Join 343 other followers

    %d bloggers like this: