Remaja Dan Jerawat

Doktor,
SAYA tertarik untuk menanyakan soalan mengenai jerawat. Hal ini kerana saya mengalami masalah jerawat sejak di tingkatan empat iaitu pada tahun 1997. Sekarang saya berumur 25 tahun belum berkahwin dan masih belajar. Sejak itu pelbagai produk telah saya gunakan tetapi tidak berhasil.

Sehinggalah pada tahun lepas saya menemui pakar sakit kulit. Doktor telah memberikan saya krim pagi dan malam serta antibiotik dan juga pil hormon. Katanya, jerawat saya adalah disebabkan oleh ketidakstabilan hormon. Bukannya jangkitan bakteria atau sebagainya. Pil hormon ini perlu diambil pada malam hari pertama haid.

Memang menakjubkan. Jerawat di muka saya termasuk parut tidak kelihatan. Kulit pula terasa lembap. Saya terlalu gembira dengan keadaan ini. Tetapi, apabila habis sahaja pil antibiotik dan juga pil hormon, jerawat mula tumbuh. Dan saya terpaksa mengambil ubat-ubatan tersebut setiap bulan daripada pakar kulit berkenaan.

Memang masalah ini boleh diatasi. Tetapi saya takut terjadi kesan sampingan kepada sistem tubuh saya. Sejak datang ke New Zealand dua bulan lalu, saya telah berhenti daripada mengambil ubatan tersebut dan kesannya muka saya sekarang dipenuhi jerawat.

Soalan saya, apakah kesan sampingan daripada pengambilan pil antibiotik dan hormon setiap bulan padahal saya masih belum berkahwin. Apakah yang harus saya lakukan untuk menstabilkan hormon saya ini supaya jerawat tidak akan tumbuh lagi.

Perlukah saya terus mengambil pil hormon setiap kali datang haid untuk mengatasi masalah ini. Saya takut tidak berpeluang mendapat anak apabila saya berkahwin nanti sekiranya selalu mengambil pil-pil ini. Terima kasih doktor.

– GADIS RUNSING, Wellington

——————————

Gadis Runsing

Jerawat atau akne vulgaris adalah penyakit kulit yang paling biasa di kalangan remaja. Keadaan ini disebabkan oleh peningkatan aktiviti kelenjar sebum. Pengeluaran sebum bergantung kepada hormon testosteron, oleh itu jerawat biasanya mula timbul apabila memasuki alam remaja.

Faktor-faktor yang mempengaruhi akne vulgaris adalah seborea, perubahan corak pengkeratinan berfolikel dan inflamasi berkaitan mikroflora. Terdapat satu kaitan yang jelas di antara peringkat usia remaja, paras hormon androgen dan keseriusan jerawat.

Gadis remaja yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur dan jika melibatkan keadaan yang mempunyai paras androgen yang tinggi, menunjukkan kekerapan yang lebih tinggi untuk mempunyai jerawat. Gadis-gadis yang mengalami sindrom ovari polisistik juga mempunyai kadar insiden yang lebih tinggi di samping jerawat yang teruk.

Untuk penyakit akne vulgaris yang teruk di mana terdapat nodul-nodul/bengkak kecil, antibiotik tetracycline digunakan secara tunggal atau digabungkan dengan benzoyl peroxide lima peratus mahupun tretinoin secara luaran. Di samping tindakan antimikrobial, tetracycline boleh mengurangkan inflamasi dengan cara membebaskan spesies oksigen reaktif dari neutrofil.

Ubat sapuan untuk jerawat adalah seperti erythromycin, clindamycin dan tetracycline. Selain antibiotik, antiandrogen cyproterone acetate 2mg juga digunakan sebagai rawatan untuk jerawat. Ia mempunyai kesan pada kelenjar hipotalamus-pituitari (kawasan pada otak), bertindak dengan mencegah produksi gonadotrofin di samping menghalang secara kompetitif pengikatan androgen dengan kelenjar sebum.

Kombinasi cyproterone acetate dengan ethinyl estradiol 0.035mg mengakibatkan kitaran haid teratur, kulit yang licin dan kontrasepsi/pencegah hamil kepada wanita yang memerlukan. Gabungan ini meredakan jerawat selepas tiga hingga empat kitaran dan selepas enam bulan, kulit akan bebas jerawat dalam 60 peratus kes.

Jerawat yang sangat teruk mungkin memerlukan 12 bulan untuk pulih. Walau bagaimanapun keadaan ini boleh berulang dan rawatan jangka pendek selepas pulih mungkin diperlukan supaya jerawat tidak timbul lagi.

Jika rawatan ini diambil mengikut arahan pakar, tidak ada kesan sampingan yang serius. Kesan minor seperti peningkatan selera makan, loya yang tidak teruk dan ketidakselesaan payudara boleh berlaku. Mengelakkan persekitaran atau situasi yang menyebabkan tekanan boleh membantu.

Apabila wanita yang mengambil rawatan ingin mengandung, rawatan boleh dihentikan dan kesuburan akan kembali kepada normal, kecuali jika terdapat keadaan lain yang mungkin menyukarkannya untuk hamil.

Glosari

Sebum: Bahan berminyak yang dirembeskan oleh kelenjar sebum

Seborea: Rembesan sebum yang berlebihan oleh kelenjar sebum

Pengkeratinan: Proses sel-sel menjadi keras akibat pengendapan keratin di dalamnya

Jawapan disediakan oleh Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr. Kamsuraini Ibrahim.
 

30 Responses to Remaja Dan Jerawat

  1. khairina abdul halimi berkata:

    soalan saya

    saya berumur 33 tahun tapi masih mempunyai jerawat, saya risau bermacam produck saya cube tapi tak mendatang kn hasil
    saya pun pergi ke klinik pakar yang berdekatan . saya membeli skin care , di klinik pakar tersebut yang membuat saya curiga sabun pencuci yang saya beli tuh same macam yg terjual d pasaran berwane hitam. kulit saya amat sensitif pebila saya mencube saya dapati muke saya d naiki jerawat rasa nye lebih teruk selepas memakai produck dri klinik pakar tersebut.
    saya harap doctor dapat menyelesai kna masalah saya

  2. RINA A/P MURUGAIAH berkata:

    doktor muka saya jerawat dan bertompok hitam sejak saya berumur 18 tahun.. sekarang saya berumur 20 tahun,, apakah saya harus buat untuk hilangkan jerawat?

  3. exta berkata:

    saya merupakan remaja putri yang punya jerawat saya berumur 14 tahun jerawat saya lumayan banyak sudah beberapa csra saya cobva tapi tetap saja tolong kasih tahu saya soal gmana cara ngilangin jerawat dan saya i8ngin obat dari luar atau cosmetic apa? saya mohon bantu saya……..

  4. BestB berkata:

    dinamakah boley saya mendapatkannya pil itu…

  5. yana berkata:

    kulit muka saya dulu bersih dan licin selepas tamat tingkatan 5 jerawat mula menganggu wajah saya.setiap kali jerawat yang tubuh ianya akan meninggalkan parut sedangkan saya tidak memicitnya.berbagai2 cara dah saya cuba tapi hasilnya xde.saya seperti hilang semangat untuk ke tempat kerja,bertemu kawan2 kerana masalah wajah saya yg ditumbuhi dengan jerawat..tolong saya untuk atasi masalah ni…saya dah xsanggup hidup ditumbuhi dgn jerawat

  6. yazid berkata:

    biasaye jerawat dikaitkn dgn resdung.betul ke?

  7. Quintas berkata:

    ala…nanti naek umur 18-20 thn hilang la smue jerawat tu.. mcm saye dulu tme darjah 6 penah muke jerawat..naek tingkatan 2 and seterusnyer, makin sket la jerawat, bulu muke plak ganti jerawat tu plak haha

  8. ira berkata:

    doktor, adakah antibiotic ‘doxy’ mengeluarkan semua jerawat dan akan berkurangan pada masa tertentu?

  9. tina berkata:

    bagaimanakah untuk mencegah jerawat dan menghilang bekas jerawat? apakah ubat @ krim yang sesuai untuk menghilang jerawat?

  10. ju berkata:

    apakah nama pil untuk menormalkan balik hormon, and mengatasi jerawat?

  11. saya mimi berumur 18 tahun..masalnhya di muka saya dipenuhi dengan jerawat..saya tidak pasti apakah puncanya,,samada masalah hormon,pencuci muka yang tak sesuai,or lain..tolonglah say..

  12. ateyn berkata:

    doktor,sy ada msalah berkaitan dgn jerawat..adakah jerawat berpunca drpd resdung?..d pp sy dtumbuhi dgn jerawat..dan ia merebak secara selari d pp..sy sgt rsau akn ksannya trhdp mka sy..sy bmmbng jika ia akn mngglkan ksan parut di mka sy..jd sy hrp doktor dpt mmbntu sy dlm hal ini..self confident mla mnurun utk brhdapn dgn tman2 akibt msalah jrawat sy ini..terima kasih~

  13. mawar berkata:

    Saye pun ade masalah yang same.sejak darjah 6 sampailah umur 20 tahun,masalah jerawat x pernah hilang.Klu dlu mmg malu sgt nak bersosial, tpi skrg da open mind. Kadang-kale rse gak cam nak nangis klu ade org tegur pasl muke banyak jrawt. Tpi tu seme normal.X de manusie yang x nak jdi cantik.secantik ratu balqis.Syukur jugak ar sebab ade lagi manusie yang lebih teruk masalah jerawatnyer dr saye. Ini seme ujian dr Allah bwt kite semue. Sy yakin lambat laun kite akan jumpe penawar bagi masalah jerawat ni. Sbb Allah da kate, setiap penyakit ade ubatnyer.(tenang hati) Maybe kite still lg tidak berkesempatan tuk sembuh,tpi yakinlah pd Allah. Sesungguhnya tanpa izin dr nya penyakit apa pun tak kan sembuh event ubat yang paling mahal kite makan. Jd ksimplanya di samping berusaha tuk cari penwar, dekatkan diri pada Allah. Sesungguhnya Dialah yang maha berkuasa terhadap sesuatu perkare.

  14. x. berkata:

    darah kotoe..low class biasa menyebab tumbohan di badan

  15. x. berkata:

    Batangkali sebab darah kotor
    keturunan
    low class medication wont helps
    Tuhan dah kasi

  16. bibie berkata:

    salam…sy juga mengalami masalh yang sama..sy sudah tak tahan dengan jerawat saya ini..saya malu dengan kawan2 bila mereka perkata kan tentang muka sy..malahan bukan jerawat saja yg ada d wajah sy..tapi muka sy juga berminyak..arghh..sy malu sgt apa yg sy harus lakukan..

  17. ima berkata:

    saya mengalami jerawat di sekitar kemaluan,rasa tdak selesa, kadang kala pada satu tahap ia menjadi bisul, dan haid saya juga tidak teratur, adakah ini satu masalah yang serius? tolong bagi saya pendapat atau cara untuk memulihkannya.

  18. syue berkata:

    salam..doktr,,skrg sy bru brumur 15 thn..dlu sewktu sy brumur 14 thn,sy kne demm cmpk dan selps smbuh demm cmpk 2,mke sy tlh dtumbuhi jerwt..blh dktakn agk trk juga la..sy mlu utk keluar ngan kwn2..now,alhmdulillah,jerwt di mke sy smkin kurng stelh menggunakn krim ‘nixoderm’..but mslh sy skrg,stelh jerwt hilng,parut pula yg tnggl..doktor de ppe petua x utk mnghilngknnye?? erm,,sblm 2 sy ingn mengesyorkn kpd akk2 kt luar cne 2 yg mmpunyai mslh jerwt,gnelh krim ‘nixoderm’…insyaallah smbuh..krim 2 blh didpti di kdai2 jamu..salam…..

  19. linda berkata:

    salam doktor..sy jue mempunyai msalah jerawat..umur sy sudah 25 thn..sy mempunyai mslh jerawat sejak sekolah lg…n sy xboleyh mengikuti aktiviti luar yg berkaitan dgn panas..slpas itu, mesti kuar jerawat satu dua..pastu sy nie kuat sgt berpeluh di muke..kdg2 malu dgn kwn2 n org sekeliling..sy tinggal di kota tinggi,johor..boleyh doktor suggestkan dmana sy perlu berjumpa doktor yang pakar dlm hal ini..skrg sy menggunakan sabun eumora,sebulan sudah..n jerwat msih ade..sy hrp sgt mendapat feedback drd doktor..tq

  20. hfz8626 berkata:

    pcahkn je jrwat 2..
    nti dy da tkot nk tmbuh..
    jgn bg mka.. :)

  21. Catherine berkata:

    Salam Doctor,

    Sya juga mempunyai masalah jerawat di muka..bahkan umur sya skg pn hampir 38thn, tapi sya hairan kenapa sya masi ditumbuhi jerawat malah makin teruk..dah byk product cuba tapi masi lagi ada..kdg2 ia tumbuh jerawat batu dan membuat muka sya rasa sakit bila d sentuh…harap dpt feedback dr doctor..

    sekian dan terima kasih

  22. bie berkata:

    Pembersih wajah semulajadi yang dirumus dari ekstrak asam jawa merupakan pembersih muka yang sesuai digunakan oleh lelaki & wanita, serta tua mahupun muda. Ia bukan sahaja boleh menghilangkan jerawat tetapi juga boleh menghilangkan sel-sel kulit mati dan bintik hitam (blackhead)serta sesuai untuk kulit yg berminyak..

  23. bie berkata:

    http://www.bie-asfirstfacialcleanser.blogspot.com

    Pembersih wajah semulajadi yang dirumus dari ekstrak asam jawa merupakan pembersih muka yang sesuai digunakan oleh lelaki & wanita, serta tua mahupun muda. Ia bukan sahaja boleh menghilangkan jerawat tetapi juga boleh menghilangkan sel-sel kulit mati dan bintik hitam (blackhead)serta sesuai untuk kulit yg berminyak..

  24. zarra berkata:

    Saya berumur 26 tahun dan baru mendirikan rumahtangga.Sebelum sy berkahwin,muka sy licin dan putih,and susah nak nampak jerawat tumbuh.Parut pun tak de.Tp, lpas berkahwin, jerawat mula tumbuh, di merata muka termasuk bahagian badan sy n muke sy tak secerah dulu.Mcm2 dah sy mkn, EPO, vitamin c, collagen, tp tak berkesan. Any adea tak ape lg yg harus sy buat sbb muke sy semakin hari semakin berjerawat sgt2…

  25. Jimmy berkata:

    I every time spent my half an hour to read this weblog’s content daily along with a mug of coffee.

  26. facelift sydney berkata:

    Remarkable! Its truly awesome paragraph, I have got much clear idea on
    the topic of from this piece of writing.

  27. Have you ever considered about including a little bit more than just your articles?
    I mean, what you say is fundamental and all. Nevertheless just imagine if you added some
    great photos or videos to give your posts more, “pop”!
    Your content is excellent but with pics and video clips, this blog could undeniably be
    one of the greatest in its niche. Great blog!

  28. Hi there, for all time i used to check web site
    posts here early in the break of day, as i love to learn more and more.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 350 other followers

%d bloggers like this: