Kontrasepsi darurat selepas seks

KONTRASEPSI darurat adalah satu cara untuk membantu seseorang wanita mengelakkan diri daripada hamil selepas hubungan seks tanpa perlindungan.

Dalam kata lain, ia diperlukan apabila pasangan suami isteri mengadakan hubungan kelamin tetapi tidak mengamalkan sebarang bentuk pengawalan mengandung sebelumnya.

Ia sebenarnya telah wujud sejak tiga puluh tahun yang lalu dan selamat digunakan serta dianggap sebagai satu rahsia perancangan keluarga yang telah disimpan dengan baik.

Penggunaannya tidak meluas di negara kita. Satu daripada sebab utamanya ialah kurangnya pengetahuan mengenai kontrasepsi darurat ini.

Apakah kontrasepsi darurat?

Kontrasepsi darurat melingkungi penggunaan ubat atau alat untuk mengelakkan kehamilan dalam masa lima hari selepas hubungan seks. Terdapat dua cara di Malaysia, iaitu ubat dalam bentuk pil atau alat kontraseptif di dalam rahim (IUCD).

Mengapakah kontrasepsi darurat penting?

Kontrasepsi darurat memberi seseorang wanita itu peluang terakhir untuk mengelakkan kehamilan yang tidak dikehendaki. Di Amerika Syarikat, statistik dari tahun 1994 hingga 2000 menunjukkan penggunaan kontrasepsi darurat telah mengurangkan jumlah kes menggugurkan kandungan yang tidak dikehendaki sebanyak 43 peratus.

Bilakah kontrasepsi darurat diperlukan?

Seseorang wanita itu memerlukan kontrasepsi darurat apabila:

- Kondom bocor atau terlucut dan berlaku pancutan air mani ke dalam faraj

- Lupa untuk makan dua atau lebih pil perancangan keluarga (untuk tujuh pil yang pertama pada pek tersebut)

- Salah kira waktu selamat

- Dipaksa melakukan seks seperti kes rogol

- Pasangan gagal mengeluarkan zakarnya dan terpancut air mani ke dalam faraj.

Kemungkinan mengandung selepas sekali hubungan seks tanpa perlindungan

Secara purata, 8 peratus tanpa mengira waktu pada sesuatu kitaran haid (lapan daripada 100 wanita akan hamil)

- 0 peratus sewaktu dua hari pertama haid

- 33 peratus pada hari ovulasi

- 10 peratus lima hari selepas ovulasi

- 1 peratus pada hari ke-25 haid

Bagaimanakah kontrasepsi darurat mencegah kehamilan?

Kontraseptif darurat bertindak dengan cara:

1. Melambatkan atau mengelakkan ovulasi (pelepasan ovum dari ovari)

2. Mengurangkan kemungkinan persenyawaan dengan mengganggu pergerakan ovum dan sperma

3. Membuatkan selaput dalam rahim (endometrium) tidak sesuai untuk implantasi (penyematan) Jadi, kontrasepsi darurat tidak menyebabkan keguguran kerana ia bertindak sebelum implantasi. Dari sudut perubatan, kehamilan dianggap berlaku selepas implantasi.

Kontrasepsi darurat yang terdapat di Malaysia

1. Morning-after pill, Postinor. Ia merupakan ubat hormon (progesteron) yang dipasarkan khas untuk tujuan ini. Cara menggunakannya:

Langkah 1: Makan sebiji pil dalam masa 72 jam selepas hubungan seks tanpa perlindungan. Hasil yang lebih baik jika ia digunakan dalam masa 24 jam selepas hubungan seks.

Langkah 2: Makan sebiji pil lagi 12 jam kemudian (jumlah dua biji pil).

Langkah 3: Perlu jumpa doktor jika haid tidak datang selepas tiga minggu untuk mengenal pasti sama ada kehamilan sudah berlaku atau tidak.

2. Pil perancangan keluarga

Langkah 1: Makan empat biji pil tersebut dalam masa 72 jam selepas hubungan seks.

Langkah 2: Makan lagi empat biji pil yang sama 12 jam kemudian (jumlah lapan biji pil).

Langkah 3: Berjumpa doktor jika haid tidak datang selepas tiga minggu.

3. Alat IUCD. Alat pencegah kehamilan yang dipasangkan ke dalam rahim oleh doktor terlatih.

Langkah 1: Pasang alat IUCD dalam masa 120 jam (lima hari) selepas hubungan seks.

Langkah 2: Jumpa doktor jika tiada haid selepas tiga minggu.

Kesan sampingan kontrasepsi darurat

Kesan sampingan yang biasa berlaku adalah rasa mual dan muntah selepas menelan pil tersebut. Biasanya kesan tersebut hanya berlarutan selama 24 jam.

Postinor lebih senang diambil kerana kemungkinan rasa mual adalah lebih rendah berbanding pil perancang keluarga. Separuh daripada wanita yang menelan pil perancang berasa mual berbanding lebih kurang satu daripada lima wanita yang menelan pil postinor.

Kejadian muntah selepas menelan postinor adalah 3 peratus berbanding 20 peratus dengan pil perancang. Jadi adalah baik seseorang itu mengambil ubat pencegah muntah satu jam lebih awal sebelum menelan pil kontrasepsi darurat.

Pil darurat perlu diambil semula sekiranya seseorang itu muntah dalam masa dua jam selepas menelan pil tersebut. Selain itu, rasa sakit pada payudara, pendarahan tidak betul, pening atau sakit kepala turut boleh berlaku.

Selepas menggunakan pil kontrasepsi darurat, haid yang akan datang boleh jadi awal atau lambat berbanding waktu biasa. Alat IUCD mungkin menyebabkan rasa sakit kejang selepas dipasang.

Keberkesanan kontrasepsi darurat

Kesemua berkesan untuk mengurangkan risiko kehamilan selepas hubungan seks tanpa perlindungan dengan peratus kegagalan:

- Postinor 0.8 peratus. Bermakna satu daripada 100 orang wanita mengandung selepas menggunakannya

- Pil perancang 2 peratus. Dua daripada 100 orang wanita mengandung

- Alat IUCD. Hanya satu daripada 879 kes yang mengandung (World Literature 1989). Ia mengurangkan risiko kehamilan sebanyak 99.9 peratus.

Siapakah yang tidak boleh menggunakan kontraseptif darurat?

- Wanita yang telah mengandung atau mengesyaki dia mungkin mengandung

- Untuk alat IUCD pula, wanita yang berisiko tinggi untuk menjangkiti penyakit tularan seks seperti mangsa rogol atau orang yang mempunyai ramai teman seks juga tidak sesuai untuk memasang alat IUCD sebagai kontrasepsi darurat.

Apa yang berlaku ketika berjumpa doktor untuk kontrasepsi darurat?

Doktor akan mendapatkan tarikh haid yang terakhir untuk membuat anggaran berapa tinggi risiko untuk hamil selepas hubungan seks tanpa perlindungan. Jika sesuai, ubat postinor atau pil perancang akan diberi bersama dengan ubat pencegah muntah.

Sekiranya hubungan seks telah berlaku lebih daripada 72 jam, alat IUCD boleh dipasang untuk tujuan yang sama. Untuk kesan terbaik, seseorang wanita itu harus mengambil pil kontrasepsi darurat secepat mungkin. Alat IUCD tersebut boleh dikeluarkan selepas datang haid.

Pada waktu yang sama ia boleh terus digunakan sebagai perancang keluarga selama tiga tahun jika seseorang wanita itu ingin meneruskannya sebagai cara perancangan keluarga. Kesempatan tersebut juga digunakan untuk memberikan keterangan kepada wanita tentang perancangan keluarga.

Seseorang wanita itu perlu berjumpa semula dengan doktor jika haidnya tidak datang seminggu selepas tarikh yang dijangkakan. Ujian air kencing akan dilakukan untuk mengenal pasti sama ada kehamilan telah berlaku.

Ingatan penting

Kontrasepsi darurat bertujuan mencegah kehamilan daripada hubungan kelamin tunggal, tanpa perlindungan. Ia tidak mencegah kehamilan untuk waktu yang lain jika hubungan seks tanpa perlindungan itu diteruskan. Ini bermakna cara perancangan keluarga yang lain mesti digunakan.

Ia juga tidak memberi perlindungan terhadap jangkitan penyakit tularan seks. Penggunaan yang kerap boleh menyebabkan haid menjadi tidak teratur. Pendek kata, ia merupakan satu cara sokongan yang berkesan untuk mencegah kehamilan.

Kesimpulan

Kontrasepsi darurat adalah selamat dan berkesan jika digunakan dalam masa 72 jam (tiga hari) untuk pil dan dalam masa 120 jam (lima hari) untuk alat IUCD. Ia memberi peluang kepada kaum wanita untuk mengelakkan kehamilan yang tidak dikehendaki. Pengetahuan dan penggunaan mengenainya haruslah diperluaskan untuk kesejahteraan dan kesihatan kaum wanita.

10 Responses to Kontrasepsi darurat selepas seks

  1. Mohon maaf kami nak tanye…encik ini seorang dokter juge ke..?
    Salam Kenal
    Post ini telah kami link kan dari blog kami..tks sebelumnye

  2. NOOR berkata:

    Sy makan postinor 2 setiap kali bersama namun selepas 4hari makan pil pasti akan didatangi period. Tapi sy masih tidak didatangi haid walaupun hari ini hari ke lapan. Apakah sy tidak makan ikut peraturan dan adakah sy berkemungkinan MENGANDUNG? Tolong jelaskan…

  3. nurul86 berkata:

    setiap kali bersama, saya akan mengambil pil postinor 2.tp kali ini…selepas ambil 1 biji pil yang pertama untuk 12 jam yang pertama…sy dan pasangan saya bersama semula sebelum mngambil pil yg kedua pada 12 jam yang berikutnye…jadi,saya nak tahu samada kemungkinan mengandung itu ada atau x?

  4. natasya berkata:

    bagaimana kalau saya terlambat 2 atau 3 minggu utk makan pil postinor itu?..adakah kehamilan boleh berlaku ?

  5. leez berkata:

    sy punye l.m.p pd 13/10..tp saya dh x dtg period 45hari..bile cek upt;positive pdhl mase kami bsame x panct dalam pn..bagaimana khmln boleh blaku ?dan adakah msh trlmbt utk m’gunakan postrinor bg mcgh khmln.?ape ksn pd beby jk msh m’gunakannye

  6. anne berkata:

    adakah berisiko untuk hamil sekiranya air mani pasangan terkena pada atas kemaluan wanita? sedangkan wanita itu belim pecah dara…

  7. Ani berkata:

    salam..boleh kah postinor 2 diambil untuk persetubuhan yg berlaku 3minggu selepasnya?

  8. rihanna berkata:

    salam,bole ke ambil pil ni if da pregnant dlm 2 or 3 week?

  9. fieza berkata:

    saya nk tanya,sy beli postinor kt farmasi,dan juruaual tu kata mkn sebiji je slpas atw sblm bsama..blh ke?

  10. a nis berkata:

    postinor 2…
    cara mkn nya..hanya wakt pagi sahaja?
    di mkn pil sblm hbgan seks or slps
    dlm msa bpa hari perl memkn pil trsbt?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 343 other followers

%d bloggers like this: