Seks bebas di kalangan remaja membimbangkan

Wanita JIM anjur kempen perangi zina bagi mencegah gejala sosial daripada terus berleluasa

HUBUNGAN seks membabitkan pasangan yang tiada ikatan perkahwinan atau zina termasuk dalam perbuatan keji yang melanggar hukum agama.

Malah, Islam memandang berat kesalahan zina kerana mendatangkan pelbagai keburukan kepada pelakunya dan masyarakat.

Kesannya ditanggung dalam tempoh lama, sedangkan nikmatnya sekejap. Pakar psikologi dan sosiologi turut berpendapat, punca keruntuhan nilai kehidupan manusia ialah apabila melakukan seks bebas tanpa ikatan perkahwinan.

Ketua Wanita Pertubuhan Jamaah Islam Malaysia, Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj berkata sedihnya gejala zina pada masa kini dilihat seolah-olah semakin berleluasa.

Katanya, ada antara pelaku melakukannya tanpa segan silu serta seakan tidak takut dengan hukuman atau balasan terhadap perbuatan keji itu.

Dr Harlina berkata, walaupun zina dilakukan dengan kerelaan pasangan terbabit, perbuatan itu adalah salah dan lebih buruk, perbuatan itu membawa banyak kesan negatif dalam masyarakat dan keluarga serta individu itu sendiri.

Katanya, Islam sendiri melarang keras zina melalui, firman Allah bermaksud: ‘Dan janganlah kamu mendekati zina, kerana sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.’ – (Surah al-Israk, ayat 32).

“Zina bukan hanya dilihat haram dari sudut hukum agama, tetapi juga kesan yang akan dibawanya pada masa depan. Ini seperti kita melihat kejadian tsunami yang tidak nampak bila akan berlakunya, tetapi jelas sekali selepas peristiwa itu banyak benda musnah dan binasa.

“Bencana itu turut menghapuskan populasi dan kita terharu serta sebak apabila melihat mayat bertaburan di sana sini. Keadaan itu sebenarnya samalah yang dibawa gelombang maksiat perzinaan, malah lebih teruk lagi kerana membabitkan nasab manusia, hukum Tuhan dan dosa serta kesihatan sama ada bagi wanita mahupun lelaki,” katanya ketika ditemui Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dr Harlina berkata, dari sudut kesihatan sudah tentu membabitkan kesan reproduktif khususnya bagi wanita termasuk, berlakunya kehamilan yang tidak dirancang dan di luar perkahwinan serta terpaksa disembunyikan.

Keadaan lebih teruk apabila ada wanita berkenaan mengambil jalan silap dengan melakukan pengguguran haram sama ada melalui kaedah selamat atau tradisional yang tanpa disedari, mendedahkannya kepada risiko tinggi kematian akibat pendarahan dan jangkitan pada rahim.

Pengguguran haram turut membuatkan seseorang itu terdedah kepada kesakitan pada saluran pembiakan sekali gus boleh mengakibatkan kemandulan.

Katanya, kesan perzinaan juga menyebabkan masalah kesihatan yang lain seperti masalah mental. Kesan psikologi tidak mampu diatasi dengan baik boleh mengakibatkan tekanan mendalam, terutama bagi mereka sering dilanda ketakutan dan perasaan bersalah terhadap perbuatannya yang bertentangan dengan fitrah manusia.

“Saya juga bimbang lahirnya anak yang tidak mendapat perhatian ketika kehamilan kerana ini boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi sama ada pada bayi dikandung, mahupun wanita itu sendiri.

“Selain itu, kehamilan luar nikah akibat perzinaan turut membawa pelbagai masalah sosial lain seperti kes buang bayi dan sebagainya,” katanya.

Dr Harlina berkata, kesan perzinaan tidak hanya pada wanita semata-mata, tetapi juga lelaki yang melakukan perbuatan terkutuk itu.

Antaranya ialah jangkitan penyakit kelamin dan peningkatan kes jangkitan berjangkit seperti HIV/Aids.

Beliau berkata, bagi memupuk kesedaran di kalangan masyarakat mengenai bahaya zina, khususnya remaja, JIM akan melancarkan kempen ‘Anda Bijak Jauhi Zina’. Kempen ini juga memupuk sikap prihatin ibu bapa terhadap anak di dalam menangani permasalahan gejala sosial.

“Kempen menghindari zina ini dilihat sebagai satu usaha bersepadu yang mendapat perhatian ramai dan JIM melihat keperluan mengadakannya adalah sangat penting kerana gejala sosial membabitkan seks di luar nikah amat ketara di negara ini, terutama di kalangan remaja dan tidak terkecuali wanita atau lelaki yang sudah berkahwin,” katanya.

Beliau berkata, perkataan ‘zina’ sengaja digunakan dalam kempen kerana ia adalah bahasa di dalam al-Quran bagi menerangkan makna hubungan seks yang membabitkan pasangan tiada ikatan perkahwinan dan setiap umat Islam dilarang keras mendekati atau melakukan perbuatan keji itu.

Justeru, dengan menggunakan pendekatan secara berterus terang, termasuk menggunakan perkataan ‘zina’ di dalam kempen, ia seolah-olah memberi peringatan kepada masyarakat bahawa perbuatan itu sememangnya terkutuk dan dilaknati.

Jadi, adalah tanggungjawab semua untuk menghindarkan diri dan ahli keluarga daripada terjerumus dalam kemelut perzinaan yang membawa kepada kepada kerosakan diri dan masyarakat.

“Selain definisi seks bebas, seks rambang, seks luar nikah dan perbuatan terlanjur, hakikatnya semua itu adalah perlakuan zina. Apa yang dibimbangkan, perkataan itu tidak memberikan impak dan kesedaran tinggi sehingga ada menganggap, perlakuan salah dan haram itu sesuatu yang sudah biasa.

“Sekurang-kurangnya, dengan perkataan zina ia mengingatkan kita semula betapa hukuman berat ke atas penzina oleh Allah termasuk, hukuman sebat dikenakan kepada yang belum pernah berkahwin dan rejam sehingga mati bagi yang pernah berkahwin.” katanya.

Dr Harlina berkata, kempen ‘Anda Bijak Jauhi Zina’ dilancarkan bersempena Malam Amal Raudhatus Sakinah yang akan diadakan di Dewan Wawasan Seri Cempaka Convention Centre, Bangunan PGRM Cheras pada 14 Julai ini.

Majlis amal yang eksklusif untuk wanita itu bakal diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.

INFO: Malam Amal Raudhatus Sakinah

  • Majlis akan diadakan pada 14 Julai 2007.
  • Acara berlangsung di Dewan Wawasan Seri Cempaka Convention Centre, Bangunan PGRM Cheras.
  • Antara matlamatnya ialah menjana dana bagi pengurusan dan pembangunan institusi kebajikan Raudhatus Sakinah di seluruh negara.
  • Tetamu malam itu akan dihiburkan dengan persembahan seni Islam dan pertunjukan fesyen busana Muslim.
  • Sebarang pertanyaan mengenai program dan jualan tiket boleh hubungi Sekretariat Malam Amal Raudhatus Sakinah Wanita JIM di talian 03-41073379/03-41089669 atau faks: 03-41071754.
  • Laman web http://www.jim.org.my/mars.
  • 16 Responses to Seks bebas di kalangan remaja membimbangkan

    1. m.u.h.a. berkata:

      boleh “nation” …. malaysia boleh

    2. malaysia baru berkata:

      mana boleh dapat poster “Aku Bijak Jauhi Zina”? Tq.

    3. aben berkata:

      sekali lg saya mnta maf, saya mw sarankan lebih baik jaganlah melakukan sbks dluar nikah…………dan saya minta tolong kepada pemerintah,tlng tegakkan UU yang menyankut msalah seks…dan dari segi agama jusa dilarang melakukan seks bebas dluar nikah,,,,,,,,,,,dan saya ingatkan bagi yang muslim,jika melakukan seks dluar nikah, maka hukumanya diakhirat dicambuk 100 kali…………..w….s….

    4. xman berkata:

      main yg haram ni sodap..enak raso nyo….tetek kental…kotat..ada ummmph lah…serban leh tergadai…tapi sendiri mahu ingat ..de kemudian hari…..wallahuallam

    5. eyka berkata:

      knape msti kte lakukn zina??
      apkah kte xpker ksan kt dunia aptah lg kt akhirat?
      kalau da nk sgt maen,knape xkwen jew??
      ni lar pyakit owg kte..
      makin d lrang,mken nk buat..
      lu pikir lar sndri..

    6. oghe_Barat berkata:

      biasala..mende yang haram biasanya lebih sedahp dari mende yang halal…..tapi mesti mau ingat la nanti hukuman tuhan….

    7. Pengelaman idup ku berkata:

      zaman muda nie, benda sentiasa tegak lagit..nak aje..alam semula jadi manusia..pantang melihat sentuh aje..2 kali sahari no problem..kalau baik punya boleh naik 5 ince..lame leh tahan..

    8. anti - zina boyz.. berkata:

      ini juga menghiraukan diri saya sendiri kerna saya sekarang mempunyai teman wanita.. saya risau 1 saaat nanti kami terlanjur melakukan zina… tapi saya akan cuma kawal diri saya…. KPDA sesiapa yg terasa, bertaubatlah anda sebelum terlambat.. SAY NO 2 ZINA!!!

    9. aderlaa berkata:

      zina-zina-zina aperlaa susah yg penting skali mak bapak tuu la kene nesihat anak dier tuuu , then yg pompuan tuu aq tengk aderrr keerr pakai pakaian dah laa ketat singkat lak tuuu ….. konon nyer nak ikut peredaran zamann… masyaallah/…kalo kiter nasiht dier marah ….. aperlaa.. Yg pompuan lak pakai laaa pakaian yg tutup aurat tuuu kan manis dipandang … huhu.. sy minta maaf laa kalo ader yg terase.. saye pon ader gak silap nyer tp same2 laa kiter nasihat.menasihati..

    10. ayu orked berkata:

      zina memberi kesan yg buruk kpd diri sndri,family & negara…kepada yg pernah mlakukn zina,jln terbaik adalh bertaubat tk x mgulngi pbuatan itu..sesungguhnya DIA Maha Pengampun lg Maha Mengasihani.
      Wallahualam..

    11. bibiSetia berkata:

      biasala budak2 skrg…..nak lebih adventured katakan.tp halal haram sendiri mau ingatlah…..

    12. zinnirah berkata:

      la taqrobu zina..

      jgn lah kamu menghampiri zina…

    13. insan biasa berkata:

      bagi saya zina mmg xptut brlaku sbb bnde ney da trang tang tang tang akn mningglkn ksan yg bruk pd individu itu sndiri, famly n msyarakat skitar.. kdg2 klu tgur 2 mmg kne maki tp asyarakat skeliling yg spatutnya yg hrus sgt2 mmain pranan. klu da trlanjur its ok. smua ade bwt silap tp brtaubat la.. ape yg sy tau llaki mmberi cinte sbb mahukn seks dan wnita plak mmberi seks sbb cinte.. butikn semua ini salah dgn tidak mlakukan zina wlaupun sdang brcinte.. salam..

    14. ramon berkata:

      seks bebas memang memberi kesan buruk pada diri sendiri.pengalaman aku dlm seks bebas ni memang byk.dan aku manjadi ketagih seks secara berkumpulan.hampir 2 thn aku amal kan seks demikian bersama 2 rakan perempuan aku.kami lakukan seks bertiga atas dasar suka sama suka.tiada perasaam malu.malahan rasa begitu seronok.lebih2 lagi bila dlm keadaan mabuk atau selepas balik dari disko.aku mula terjebak seks bertiga ini sewaktu aku membawa pulang perempuan yg aku kenal ini blk kerumah aku dlm keadaan mabuk.mereka begitu sosial sekali dgn pakaian menjolok mata.dan bila sampai dirumah aku melakukn seks dgn salah seorg dari pompuan ini.dgn cara yg x disangka salah seorg dr mereka juga mahukn seks daripada aku juga.dan sejak itu kami semakin rapat.dan kehidupan perempuan ltu seperti org barat.dari merokok, arak hinggalah cara berpakaian.setiap minggu kami akan melakukn seks bersama2 sambil menonton dvd lucah dan belajar teknik2 hubungan seks bertiga melalui dvd tersebut hingga bila aku kepenatan aku akan melihat mereka melakukn aksi lesbian.aku manjadi ketagih dgn seks begini.duit gaji aku sering x cukup kerana enjoy dan berikn pada teman2 seks aku ini krn mereka x bekerja.aku lah yg kena menyara mereka.duit rokok,minuman keras, pakaian aku terpaksa belikn.

    15. smoge sjje mrka msii d brii k smptan u/ brtaubt sblum tr lmbat ... aminnn* berkata:

      semoga allah mngampun kn mraka kla mreka brtaubat ..

    16. doni yansyah berkata:

      tidak pernah merasa puas dengan apa yang di milikinya ….

    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s

    Ikut

    Get every new post delivered to your Inbox.

    Join 351 other followers

    %d bloggers like this: