Haid tidak teratur dan talasemia

Doktor,
Saya berusia 32 tahun, masalah saya ialah kitaran darah haid saya tidak teratur sejak tiga tahun lalu. Ada kala sehingga tujuh bulan lamanya saya tidak didatangi haid. Adakah kerana hormon atau masalah-masalah lain seperti stres bekerja dan sebagainya?

Untuk pengetahuan doktor, saya juga telah ke klinik kerajaan dan swasta untuk mendapatkan kepastian tentang perkara ini. Tetapi jawapan yang saya peroleh dari klinik kerajaan mahupun swasta berlainan di antara satu sama lain.

Doktor swasta mengatakan itu adalah sesuatu yang normal manakala doktor kerajaan pula mengatakan ia mungkin disebabkan oleh berat badan saya yang mencecah 70 kg dan ketinggian 5 kaki 6 inci.

Saya juga mempunyai dua orang anak, masing-masing berumur 12 dan 9 tahun. Saya bercadang untuk menimang cahaya mata lagi. Doktor, adakah saya masih mempunyai peluang disebabkan oleh masalah haid yang tidak teratur ini? Terima kasih di atas perhatian doktor.

– LINDA

 —————–

Linda,
Puan berumur 32 tahun dan mendapati kitaran haid tidak teratur sejak tiga tahun lalu dengan berat badan yang melebihi daripada sepatutnya.

Berdasarkan latar belakang puan sebagaimana yang telah diterangkan, kemungkinan puan mengalami masalah hormon yang tidak seimbang seperti sindrom ovari polisistik.

Dalam keadaan ini, biasanya seseorang wanita itu akan mendapati beratnya bertam bah, diikuti dengan kitaran haid yang tidak menentu, iaitu haidnya mungkin datang beberapa bulan sekali.

Dalam keadaan sindrom ovari polisistik, telur tidak dikeluarkan setiap bulan dan ini menyebabkan kitaran haidnya terjejas dan sukar untuk mengandung. Hormon lelaki iaitu testosteron mungkin tinggi dan ini menyebabkan lebih jerawat dan rambut di bibir dan dagu.

Puan perlu menurunkan berat badan supaya hormon kembali seimbang. Sejenis ubat yang juga digunakan untuk kencing manis iaitu Glucophage (Metformin) boleh digunakan untuk merawat keadaan ini.

Saya nasihatkan agar puan berjumpa dengan doktor pakar. Ada beberapa pemeriksaan yang perlu puan jalani seperti ultrasound dan ujian darah untuk mengetahui tahap hormon-hormon tertentu yang mungkin tinggi dalam keadaan ini.

* Jawapan disediakan oleh Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr. Fatima Najla KM Muhd Jaafar

——————-

Lagi mengenai talasemia

Doktor,
SAYA telah melahirkan seorang bayi lelaki pada Oktober lalu melalui pembedahan kerana songsang. Sewaktu mengandung saya mengalami masalah tekanan darah rendah. Setiap kali pemeriksaan, bacaan tekanan darah saya tidak pernah lebih daripada 9.0.

Setelah ujian darah dilakukan, saya didapati pembawa talasemia (Beta Thalasssemia Trait). Walau bagaimanapun, suami saya tidak melakukan ujian darah. Apabila bayi saya dilahirkan, ujian darah dilakukan terhadap bayi saya dan keputusannya adalah negatif.

Soalan saya, sekiranya saya pembawa talasemia dan anak saya tidak membawa mahupun menghidap penyakit tersebut, adakah kemungkinan anak-anak saya yang seterusnya akan menghidap talasemia? Seperti yang kita tahu, sekiranya suami isteri adalah pembawa talasemia, satu daripada empat anak mereka akan menghidap penyakit tersebut.

Apakah yang tiga lagi hanya pembawa atau tidak membawa atau menghidap langsung. Saya risau kerana suami saya enggan menjalankan ujian tersebut dan dia begitu yakin dia bukan pembawa talasemia berdasarkan ujian negatif yang diperolehi daripada anak kami. Saya harap doktor dapat membantu.

– NORI

———————-

Nori,
Sekiranya cuma ibu pembawa dan ayah normal, setiap kali mengandung, risiko anak menjadi pembawa talasemia (thal-trait) adalah 50 peratus dan 50 peratus lagi kemungkinan anak adalah normal.

Sekiranya kedua ibu bapa adalah pembawa, risiko untuk anak adalah masing-masing 25 peratus normal dan talasemia major manakala 50 peratus lagi pembawa sihat. Risiko ini adalah untuk setiap kali mengandung dan bukannya satu atau dua daripada empat orang anak.

* Jawapan disediakan oleh Pakar Pediatrik, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, Selangor, Dr. Fadzillah Ghazalli

71 Responses to Haid tidak teratur dan talasemia

  1. nova berkata:

    dok sya kalo haid selalu banyak mengeluarkan gumpalan darah dan memang haid saya lancar saja. yang igin saya tanyakan apakah itu tidah berbahaya,,karena waktu keluar kadang membuat sakit

  2. arlene clare berkata:

    Doctor,
    Saya berumur 21 tahun dan mengalami ketidak datangan haid. Kadang-kadand ia tidak datang selama 4-5 bulan dan kadang-kadang ia datang 2 bulan sekali. Saya amat keliru dan risau. Apabila pergi ke hospital,doctor akan mengatakan ia perkara biasa bagi remaja. Akan tetapi,saya pernah mengambil pil pelangsing dan berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10kg semasa di tingkatan 3. Sejak hari itu,haid saya tidak konsisten. Adakah ia akan menyebabkan saya tidak dapat melahirkan zuriat selepas khawin…

    Arlene

  3. arlene clare berkata:

    Doctor,
    Saya berumur 21 tahun dan mengalami ketidak datangan haid. Kadang-kadand ia tidak datang selama 4-5 bulan dan kadang-kadang ia datang 2 bulan sekali. Saya amat keliru dan risau. Apabila pergi ke hospital,doctor akan mengatakan ia perkara biasa bagi remaja. Akan tetapi,saya pernah mengambil pil pelangsing dan berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10kg semasa di tingkatan 3. Sejak hari itu,haid saya tidak konsisten. Adakah ia akan menyebabkan saya tidak dapat melahirkan zuriat selepas khawin…Selain itu,apakah ubat yang baik untuk merawat peranakan sejuk??

    Arlene

  4. INTAN berkata:

    akum. doktor saya berumur 26 tahun, dan sudah mendirikan rumah tangga setahun lebih, dan mempunyai cahaya mata seorang. masalah saya sekarang haid saya sudah lewat 7 hari dari hari biasa. adakah kemungkinan saya mengandung. buat masa ini doktor menasihat kan saya supaya tidak mengandung dlm tempoh 5 kerana operate. sekiranya saya mengandung umur baby saya 7 bulan. adakah kemungkinan saya akan menangung risiko. bagaimana cara mengatasi.

  5. mia berkata:

    salam…saya berumur 24 tahun. mempunyai berat BMI yang normal dan masih bujang. Masalah saya adalah kitaran haid saya tidak teratur shingga mencecah 2 bulan…saya merasa risau dengan masalah ini dan ingin mengatasinya tetapi tidak pasti apa cara yang harus saya lakukan terlebih dahulu…saya juga mempunyai masalah jerawat dimuka yang agak serius. saya ingin tahu adakah masalah ini disebabkan kitaran haid saya yang tidak normal. saya ingin mengetahui cara untuk mengatasi kedua-dua masalah saya ini.

  6. Hana berkata:

    Saya berumur 19tahun..haid saya tidak teratur sehingga mencecah 6bulan walaupun sudah makan vitamin untuk mengimbangkan hormon..Saya ingin mengetahui apakah sebab2 tertentu terjadinya haid tidak teratur ini dan apakah cara untuk mengatasi masalah ini.Saya khuatir suatu hari nanti, ini akan memberi kesan sekiranya saya berumah tangga.

  7. nana berkata:

    Askm Dr…Saya berumur 25 thn. haid yang saya alami tidak teratur bermula umur 16thn..ketika itu haid datang sedikit2 hingga memakan masa berbulan2. Saya telah membuat rawatan di hospital pakar swasta dan kerajaan. Jawapan yg saya terima sama iaitu masalah hormon. Dan setiap kali itu juga saya diberikan pil hormon sebagai jalan penyelesaian. Saya mengamalkannya atas nasihat doktor. pada mulanya saya amalkan selama 3bulan.Dan haid saya menjadi normal ats pusingan dari pil hormon yang diambil.Selepas berhenti, masalah itu datang kembali. Saya kembali menggunakan pil hormon slama setahun. Setelah berhenti keadaan kembali tidak normal. Kini masalah saya bukan datang haid yang berpanjangan, tetapi bertukar kepada tidak datang sehinggalah saya mengambil pil itu kembali. Saya amat bimbang akan kesihatan dan perjalanan hidup saya selepas berumahtangga nanti..apa yang perlu saya lakukan?Perjalanan haid saya hanya akan normal selepas menggunakan pil hormon semata-mata. Tolonglah saya..pil hormon memualkan saya setiap pagi..

  8. eida berkata:

    Doktor,

    saya mengalami keputihan yang amat teruk ia keluar dgn banyak malahan berketul2 saya mula sedari semua ini sejak pulang dari khidmat negara pada tahun 2005. kitaran haid saya juga tidak teratur adakala 4 bulan tidak datang. perut saya juga semakin membuncit dengan berat badan 60kg dengan ketinggian 147cm.
    apakah yang sedang saya alami sekarang?

  9. liana berkata:

    doc,
    saya mempunyai haid yang tidak teratur dari umur 13 tahun..mula2 doc ckp itu pkara normal.tapi klau dh smpai 9 blan,itu bkn pkara biasa buat saya.skang ni sya bru mla mkn pil hormon,blum tau bkesan atau tak..doc,sya risau ia akn mpngruhi khidupan sya slpas brumah tangga.sya risau tdk dpt mlhrkn zuriat.

  10. khadijah berkata:

    akum doc, sy tidak di datangi haid selama 2bln
    dan perut sy semakin membuncit
    knp perkara ini terjadi
    adakah efek sbb sy menghidapi migrain?
    atau sy tertekan?

  11. kebayan berkata:

    Pusingan haid yang terhenti tiba tiba adalah perkara biasa.Keadaan ini dipanggil amenorea,dia akan terhenti untuk tempoh 4atau 5 bulan lepas itu dia akan kembali normal.Masaalah wanita ni..eloklah berjumpa dengan doktor pakar puan.Haid yang tidak teratur ni kadang kadang melibatkan hormon di otak iaitu hormon pituatri dan rawatan yang lebih mendalam diperlukan atau pun ovari yang tak berfungsi.Dapatkan bahan bacaan mengenainya.

  12. iza berkata:

    Saya baru mendirikan rumah tangga, saya mengalami masalah lwt dtg haid selama seminggu, saya telah membuat pregnant test tp saya dapati negative, apa kah masalah saya ini,

  13. ziela berkata:

    Masalah pusingan haid yg tidak menentu mahupun masalah kesihatan wanita yg lainnya..elok lah dirujuk kepada pakar sakit puan terlebih dahulu. Tapi…sekiranya rawatan serta pil2 hormon yg diberikan tidak dapat membantu, apalah salah nya jika kita cuba merawatnya dengan cara lain pula…saya juga pernah mengalami masalah yg sama seperti saudari2 semua…cuba amalkan memakan herba ataupun jamu. Setiap satu jenis herba yg allah jadikan itu ada khasiatnya tersendiri…beristiqamahlah apabila mengamalkanya….insyaallah!!

  14. ayu berkata:

    askum doktor,
    saya berumur 20 tahun. masalah saya sekarang adalah saya mengalami haid yang tidak menentu. setiap bulan tempoh haid saya akan lebih awal daripada bulan yang sebelumnya. kadang-kadang seminggu lebih awal. adakah ini disebabkan oleh tekanan ataupun saya terlalu aktif. adakah ini mengganggu kesihatan saya?

  15. Dayana berkata:

    sayaa berumur 17 tahun dan belum berkahwin. saya mengalami haid ketika berusia 14 tahun. namun yang menjadi kebimbangan saya ialah kitaran haid saya yang tidak seimbang semenjak pertama kali mengalami haid. Saya hanya kedatangan haid dalam 3 kali sahaj adalam setahun dan dalam jangka waktu yang panjang seperti dalam 4 hingga 6 bulan seakali. hal ini mebimbangkan saya kerana hal ini boleh menjejaskan kesuburan saya untuk mendapatkan anak kelak. apakah penyelesaian bagi masalah ini?apakah masalah sebegini menbolehkan seseorang itu menjadi mandul?

  16. Bernardette berkata:

    Sya berumur 31thn dan mempunyai seorang anak yg kini berumur 3 thn 4 bln..masaalahnya sekarang sya sudah mencoba untuk hamil llagi..sya sdh pun mencoba selama 2 thn tapi hasilnya tetap sama…sya ingin bertaya kepada doktor ada kah kitaran haid sya ini memangtidak teratur pada bln september 9hb, oct 7hb, nov 8hb dan tiba2 pada bln dis 16hb. Bagaimanakah caranya menggira waktu subur sya supaya sya blh hamil lg.

  17. ina3884 berkata:

    xsilap saya awk try masuk web ni..www.ratuhati.com.my klu xslh sy la..

  18. lyana berkata:

    saya dah 8 bulan berkahwin dan last period pada september 2009 tp tidak mengandung.perut saya semakin buncit

  19. Elizabeth Anne berkata:

    Salam Sejatera,

    saya berumur 24 tahun dan baka berkhawin, masalah saya adalah kedatangan haid saya cuma sekali dalam setahun,itu hanya sedikit. Saya bimbang kerana ada pendapat mengatakan jika keadaan ini berterusan maka kemungkinan besar saya tidak akan mengandung? Adakah itu benar? Terima Kasih

  20. siti berkata:

    askm saya ingin bertanya mengenai masalah haid datang lewat.saya sudah lewat 13 ari,selalu saya datang haid 15 hari bulan.jadi apakah faktor2 haid itu datang lewat.saya bimbang jika haid saya tidak datang.

  21. safiah berkata:

    doc,
    waktu haid sy tlh lwt slma 1 mgu, apakah punca kelewatan saya ini? Sblm ini sy prnah melakuka hubungan dgn suami sy, tapi dgn mggunakan kndom.adakah sy mengandung?sblm ini juga sy ada mengambil ubat th sakit, adakah ini juga merupakan punca kelewatan haid sy? sy blm mmbritahu kpd suami sy tntg ini kerana inginkan kepastian dahulu. kalau sy btl2 mengandung sdh tntu suami sy gmbira. tetapi skrg msh blum ad kepastian. Tlg jawab segera ye doc…. =)

  22. syarifah berkata:

    saya ada masalah tentang kitaran haid saya, saya sudah tidak datang bulan selama 3 bulan secara berturut-turut.saya merupakan seorang yang belum berkhawin jadi saya nak tahu bagaimana cara untuk mengatasinya

  23. tie berkata:

    saya ada masalah haid datang sebulan dua tiga kali datang adakah ia normal.umur sya 15 tahun…

  24. doc,
    saya berumur 31 tahun dan telah berumahtangga 2 tahun.
    saya tidak datangi haid selama 2 1/2 bulan. saya mempunyai masalah haid ini sejak berat badan saya naik dari 55 ke 63kg sebelum saya kahwin lagi. sekarang berat badan saya 65kg dan menghadapi masalah yang sama.bagaimanakah untuk menyelesaikan masalah ini. saya menerima rawatan daripada seorang pakar dan kitaran haid saya ok sekiranya mengambil pil.
    tolong saya.

  25. mimi ngu berkata:

    Doktor,
    saya mimi ngu berumur 23 tahun.Mempunyai seorang anak,umur anak saya 2 tahun.saya bercadang untuk menimang cahaya mata lagi.

    saya mempunyai masalah haid yang tidak teratur dalam 2 bulan.bulan june haid saya awal 10 hari.bulan ogos haid saya awal 5 hari.Haid saya cuma sikit sahaja.Adakah haid saya normal Doktor?

  26. KELLY BINTI SAFUAN berkata:

    adakah saya boleh hamil jaka hormon x seimbang

  27. Intan Suriana Zulkifli berkata:

    Dr,
    sy berumur 24thn dan akan berkahwin dl ms 3 bln lg.
    sy sering mngalami masalah gangguan haid, dimana kadangkala mngalami gangguan haid yg terlalu banyak dan berketul-berketul sehingga mncapai 12 hari lamanya..sy takut ini akan mengganggu kesuburan sy..
    adakah ianya normal?

  28. adirah berkata:

    salam..
    doktor sy berumur 21 tahun,,mula haid berusia 13 tahun..lepas tu 5 ,7,8 blan skali baru turun semula x teratur,,,sy jumpa doktor swasta chek x de pape pun,,,die bg pil hormon mkn…lepas tu haid turun semula…kalu sy x mkn x turun haid pula…jadi apa masalahnya sebenarnya doktor,,,bantulah sy

  29. hany berkata:

    dok,, saya 16 tahun…
    mau bertanya…
    haid yang tidak teratur itu disebab khn ap y????
    apakh ada penyakit yang akn timbul at yang sudah timbul???
    karena haid saya kurang lancar dok..
    terima kasih

    tolong dibalaz y dok

  30. yum berkata:

    salam..
    saya berumur 20tahaun,dan belum berkahwin lagi.saya mempunyai masalah kitaran haid yang tidak teratur.saya datang haid pada usia 12tahaun,tetapi saya jarang datang haid,kadang2 sampai 4,5,6 bulan..semasa umur saya 16tahun baru lah kitaran haid saya teratur sampai umur saya sekarang..tetapi doktor 2,3 bulan ni kitaran haid saya mula tidak teratur balik..saya tidak faham kenapa kitaran haid saya berubah-ubah..soalan saya.kenapa kitaran haid saya tidak teratur?dengan kitaran haid yang tidak teratur ni sampai la saya khwin nanti ade kah saya akan sukar mendapat anak nanti dok.?

  31. kebayan berkata:

    salam semua .. masaalah kitaran haid ni banyak bergantung pada hormon .Hormon yang seimbang akan mewujudkan kitaran haid yang normal .Pernah terbaca dalam satu sumber.. yang mengatakan jika kita ingin tahu keseimbangan hormon dalam badan ialah dengan cara melihat jari tangan .Kalau ada seperti bentuk bulan sabit terbalik .. menandakan hormon kita dalam keadaan baik atau stabil .Tak tahu lah pulak kesahihannya.
    p/s ..cuba tengok tangan anak dara aku ..memang terdapat banyak bentuk bulan sabit terbalik .. mungkin juga hormonnya berkeadaan baik .. maklumlah anak dara..tengok pulak kat tangan aku ..dah tak ada apa apa bentuk dah ..maklumlah dah kekurangan semuanya ..hehe..

  32. tulip berkata:

    saya berumur 21 tahun…sejak 2 tahun yang lepas kitar haid saya tidak teratur..sampai 3 – 4 bulan tidak mengalami haid…selain itu dok saya pernah melakukan hubungan dengan teman lelaki saya…malah masa kami menjalin hubungan tersebut saya sedang datang haid tapi haid saya hanya sedikit sahaja.pertanyaan saya di sini adakah saya boleh mengandung dan kenapa kitar haid saya tidak teratur?

  33. zuraida berkata:

    saya berumur 27 tahun dan belum berkahwin.haid tidak teratur sejak mula datang haid pada usia 13 tahun.jarang-jarang sangat ia datang pada tarikh yang sama pada setiap bulan berturut-turut.bulan puasa lalu saya didatangi haid hampir satu bulan dengan cuci haid 2-4 hari sahaja dan darah yang keluar amat sedikit.apa masalah saya sebenarnya?

  34. yanti berkata:

    Saya berumur 28 tahun dan sudah bekahwin.Dulu kitaran haid saya adalah normal iaitu 28 hari.Selepas melahirkan anak ke-4 secara pembedahan saya mengalami kitaran yang tidak teratur.Kadang-kadang cepat dan kadang-kadang lambat.Tempoh haid nya juga kadang-kadang singkat dan kadang-kadang mengambil masa 8 ke 10 hari baru behenti.Sejak akhir-akhir ini saya selalu mengalami sakit pinggang dan pening kepala sewaktu haid petama bemula.Apakah masalah sebenar saya?

  35. noor berkata:

    saya ader masalah tentang period…saya masih bujang.dulu kitaran haid sayer normal,tetapi sejak awal tahun,kitaran haid saye dalam 45-60 hari,saya pernah mengambil jamu teratur dan berkesan,namun apabila tidak mengambil ubatan tersebut,haid kembali tidak teratur.. macame yer??

  36. ika berkata:

    askum sy ad masalah period…sy msih bujang…umur sy bru nk msk 18 thn…sy x period dkt sbulan lbih..last period sy 27.1.2010…tp kesan2 nk dtng period 2 ad…cm senggut lh…dlu mse mula2 dtng period sy slalu lh period xnormal…cm 2 bln skali…lps umur sy msk 15 thn period sy dh normal…tiap2 bln sy period…tp skrng ni dh dkt sebuln lbih sy x period..sy rsau ni..

  37. su berkata:

    Salam,doktor..

    Adakah maslah keputihan mengganggu haid perempuan?Sebelum ni haid saya lancar…pada tiap-tiap bulan saya datang…tapi datang pon lewat bulan je ..tapi haid saya tak datang bulan ni?Adakah saya pregnant atau hadapi maslah keputihan..?tapi saya pegi scan tak mengandung pun untuk bulan ni..

  38. ann berkata:

    salam…sy remaja berumur22 thn masih belajar dan belum berkahwin,sy seorg yg suka bersenam dan menjaga kesihaatan diri tp sy mempunyai masalah haid jarang datang..haid pertama sy pada usia 12thn, ketika itu haid sy teratur,sy bermasalah ketika berumur15thn sehingga skrg..haid sy jarang datang dari 2 bln sekali sehingga menjadi setahun dua atau tiga kali. sy sgt bimbang dgn masalah ini..sy pernah menemui doktor sblm ini katanya itu normal dan biasa bg remaja..apakah itu benar??dan apa masalah atau penyakit sy sebenarnya??

  39. dewi berkata:

    Salam Dokter,
    Saya (39 tahun) ibu 3 orang anak,saya mempunyai masalah dengan haid saya, sehabis kehairan anak ke 2 (vacum extraction) saya pasang IUD, setiap saya mendapatkan haid hanya 3 hari, pada hari kedua sangat banyak, tapi hari pertama dan ketiga cuma sedikit, lalu sekarang setelah melahirkan ketiga saya tidak pasang IUD, tapi haid saya sama saja, cuma hari ke 2 saja yang banyak, dan datngnya haidnya kok mundur mundur terus, kira kira penyebabnya apa ya?
    saya pernah pap smer dengan hasil normal ke 2. mohon oenjelasannya, terimakasih

  40. ana berkata:

    doktar sy ingin bertanya kan pendapat,saya selalu nya period lacar tp sejak bln 5 yg lalu period sy mula tidak datang dan lewat beberapa ari drpd yg sepatutnya. tp sblm kedatangan period sy, sy ad menjalani rawatan di hospital di sebabkan sesak nafas..dan sy ingin thu adakah di sebabkan enject pd buntut n dktr i2 memberi tw sy ia nya utk menghilang kan sesak nafas boleh mempengaruhi perjalanan period sy pd ms skrng…selain dr i2 jgk sy mmg agak stress di sbb kan mslh peribadi, adakah i2 jgk mempengaruhi period sy yg tidak datang sekarng? sy benar2 rsau akan tidak datangan period sy kerana tidak lama lagi sy akan mendirikan rumah tangga, sy harap doktar dapat membantu sy…

  41. lisa berkata:

    sy mempunyai masalah haid yng tidk teratur…slpas sya berkwin….cth bln lps sye kuar haid 1aribln dan bln ni 14aribln mcm 2 la yng lps….kiraan sye da ngdung tp tbe2 haid kuar…sye pun xtw mslhnya sye ni da jmpa bberape kli jmp doktor semua pendapt sme…(da kwin sll mcm 2)skrng suami sye teringin sgt nk cahaya mata sendir..tp maslh sye skrng ssh nk ngandung ssb haid xtertur…sye da g urt peranakan pun ttp xmnjdi….doktor yg sye jmpa 2 ade bg pil kesuburan tp pun xmnjadi…pening kpla sye d watnya….sya berharpn dotok dpt membantu sye..dengan mslh sye ni….

  42. wan berkata:

    salam, sy remaja yg brusia yang mgalami masalah haid yang tidak tratur. sy pernah myatakan maslah ini kpd doktor sewktu berusia 19thn dan bliau mngatakan ini masalah biasa bagi remaja. tp kini usia sy sdah 22thn tapi masalah ini mash blarutan. apakah yang harus sy lakukan. sy bmbg masalah ini akn mnjejaskn sy untuk mendapatkan zuriat bila sudh berkahwin kelak…. harap dapt mmbntu sy,tq…

  43. linda berkata:

    salam..
    doktor..sy berumur 26 tahun dan beberapa bulan lagi sy akn mendirikan rumah tangga. tetapi masalah sy ketika ini adalah haid sy tidak teratur. sy amat risau jika sy tidak dapat memberikan zuriat kepada bakal suami sy itu. sy mengalami mslh ini sejak sy berumur 16 tahun lagi. sblm ini sy pernah pergi ke hospital kerajaan dan swasta. tp ubt yg diberikan hanya membantu buat seketika. mungkin berat badan sy yg naik mendadak menyebabkan haid sy tidak seimbang. apakah cara sy untuk mengatasi masalah ini doktor?

  44. nadia berkata:

    sy berumur 22 thun dan mengalami period yg berpanjagn shingga melebihi 2 minggu…untk pengetahuan dok, brt sy dlm 56kg dan tggi 147cm…sebelm ni sy tlh mengalami mslh ini ketika tingkatn 3…kini maslh itu berulang semula..sy amt risau jika masalh ini akan memberi kesn jika sy berkahwin nti…apakah yg perlu sy buat dan apakah kesan jika sy berkhwin nti.sy tidak menglami masalh senggugut ketika period..harap dok dpt memberikan penjelasn yg jelas kepada sy..tq

  45. elly berkata:

    saya nak tahu apa punca nya haid tidak datng dalam tempoh yg lama.dalam setahun hanya 2 kali saja haid datang dan kadang2 dalam setahun haid langsung tidak datang.kadang tu bila haid datang pun hanya kelihatan tompok kecil sahaja.

  46. ieda berkata:

    saya remaja berusia 20 tahun. masih belum berkahwin lagi. saya mengalami kerunsingan berkaitan kitaran haid saya sejak dua bulan terakhir ini. haid saya tidak teratur dimana hampir setiap hari pendarahan berlaku. adakalanya sedikit adalakanya banyak. tempoh darah tidak keluar hanya 2 3 hari sahaja, lepas itu, darah keluar lagi. boleh saya tahu penyebab berlaku dan cara atasi masalah saya kerana saya sedang dalam menduduki ujian semester akhir. terima ksih.

  47. kiera berkata:

    maaf sekiranya bertanya.. sy dah lame tak datang period… lbh kurang dalam 3 taun lebih… tp tiap bln, pentanda2 period mcm sengugut, lendir seblm period sy ada… cuma darah saje yg tak keluar… sy risau… takut jgk nk jumpa doctor… selain tu jugak, faktor utama sy tak period mungkin berat badan sy… saya baru mencecah 19 tahun dan masih bujang.. apa patut saya buat? saya takut sistem peranakan saya terjejas.. tolongla bantu saya…

  48. shikin berkata:

    salam..sye brumur 16 tahun bln 11 sye tak dtg haid langsung diikuti bln 12..sye dtg haid pd 3 ari bln tp tak dtg..berat bdn sye 82kg da tggi 160cm..sye mmg risau sgt..ni kali kedua ..sye uzur pd thn 2006 lepas setahun sye pernah tak dtg haid selame sebulan lepas tu sye minum madu dan dtg haid pd bln seterusnya..sekarang ni lagi skali tak dtg haid .. sye belum ke klinik lg..
    boleh tlg sye tak?? sye harap doc dpt bls secepat mgkn..

  49. Dieyhah berkata:

    Salam doktor..Sy nk tye ni..Knp dgn haid sy..Dlm sbln tu blh mri 2 kli ataupun 3 kli..itu pun haid dtg dlm msa 4 hri dn 5 hri..

  50. cHINTA berkata:

    salam,

    kini sy da berumur 24 thun dan telah berkahwin, masalah sy adalah kitaran haid sy x teratur.sejak sy di bangku sekolah lagi kitaran haid sy x menentu…sy ingin tahu apakah punca2 kitaran haid sy jd bgni?kerana sy da merujuk d hospital swasta dan krajaan tp smua mengatakan bahawa sy normal, lepasa tu ada doktor kata sy x blh stress, x kurang darah merah dan mcm2 lagi…kini sy amat risau sekali keran sy da berumah tangga selam setahun lebih tp belum lagi mempunyai zuriat . terima kasih puan/tuan

  51. Nirmalah berkata:

    salam..
    saya berumur 29tahaun,berat badan saya ialah 80kg dan belum berkahwin lagi, bulan 6 saya akan berkahwin, saya mempunyai masalah kitaran haid yang tidak teratur,kadang2 sampai 4,5,6 bulan..semasa umur saya 19tahun baru lah kitaran haid saya yang tidak teratur sampai umur saya sekarang..tetapi doktor saya mendapatkan haid hanya 3 hari, pada hari kedua sangat banyak, tapi hari pertama dan ketiga cuma sedikit,kenapa kitaran haid saya tidak teratur?dengan kitaran haid yang tidak teratur ni sampai la saya khwin nanti ade kah saya akan sukar mendapat anak nanti dok.?

  52. arien berkata:

    salam dr,umur sya 24 thn kiataran haid sya x menentu,sya ingin hamil tp smpai skarg sya blum hamil,adakah di sebabkan kitaran haid saya x menentu mengakibatkan sya sukar hamil?

    • zee berkata:

      slm…sya pn nk konsi msalah sya, sma la kta, bla haid dtg, x dtg, ovari kta ssh nk keluar kn telur setiap bln….. x normal……. jd kna la ke klnk pakar sakit puan….

  53. asasaa berkata:

    macam mane nak bagi isteri jadi kuat Seks..?

  54. cik qa berkata:

    doktor,saya berumur 20tahun,saya dah sebulan lebih tidak dtg haid dan saya amat risau sebab haid saya tidak teratur sebelum ni dan sekarang juga..saya nak tanye mcm mane caranya utk memulihkan kembali kitaran haid itu??dan adakah sebab tidak datang haid perut akan membuncit??

  55. eiya berkata:

    docter saya ingin bertanya mengapakah saya pnya haid x stabil.. umur sy 17 taun.. kdang2.. dia normal.. tp kdang2 dia x normal.. nie sy dh 2 bln x dtg haid.. mcm mne nk atasi mslh nie ye.. tlog la bg taw ye.. sy nk kpstian..

  56. zee berkata:

    salammualaikum…… zee menpunyai masalah haid sebulan datang, 5 tak datang, dan dah berkahwin selama 6bulan, dan dah ke kilnik kerajaan, n suwasta, tapi tak apa2 kesan pun… baru ni pi hsptl suwasta, n dr kata ovari zee tak ber pungsi…. zee sedih……suami, asyik esaiteq je nk anak… tapi hati wanita sedih sangat2…….

  57. Ayu berkata:

    salam 1 Malaysia.

    Doktor, saya mempunyai masalah mengenai kitaran haid saya. Masalah ini baru berlaku dua bulan kebelakangan ini. Saya telah di dtangan haid dua kali sebulan dan yang menjadi tanda tanya saya ialah…kitaran haid saya datang selepas seminggu haid yang pertama. saya mejadi risau kerana dulu tidak pula jadi mcm ni. boleh kah dr memberi penerangan tentang masalah ini.

  58. nor faizarun berkata:

    salam doktor..sy gadis yg baru berumur 19tahun dan sy msih bujang..sy ada msalah dtg haid tdak teratur..sejak sy mngalami kemalangan pd 22.01.2011, haid sy dh x dtg..skrg dh hmpir stahun haid sy x dtg..apa yg perlu sy buat utk menstabilkan kitaran haid sy doktor??

  59. dania berkata:

    salam doktor..saya 28 tahun,saya dah lewat seminggu tidak datang haid.apabila buat test pregn. masih negatif.tapi saya dapat merasakan payudara saya merasa sakit apabila disentuh.adakah saya hamil sedangkan saya buat urin test negatif.

  60. aishah berkata:

    doc..
    sy 18thn.. mslh sy ktrn haid sy tdk tratur sjk mula2 didtngi haid swktu brumur15 thn..
    ktran haid sy kdng2 dtng slame 1bln lbh dan mcecah ke2bln.. kdng2 lnsung xdtng..
    skrng dh nk msuk beberape bln xdtng..
    tlng doc mcm mane nk ubt..

  61. nor berkata:

    askum dktr,,sa nor,,doc saya nk tanya umur sys skrg 24 tahun,,,sjak umur 18tahun lagi saya telah mgalami masal datang bulan tidak teratur,,paling membimbgkan saya,,,sjak umur 23,24 haid stahun skali saja,,adakan ini blh menybab kan boleh mandul??bau juga kuat dr faraj,,,kekuningan ,keputuhan juga doc,,

  62. sharifah nor amirah berkata:

    aslkum doktor..sy mengalami masalah haid sejak berusia 15 tahun semasa berada di tingkatan 3. sekarang sy telah berusia 19 tahun. masalah haid saya ini telah berpanjangan selama 5 tahun. saya telah merujuk kepada doktor pakar sakit puan di hospital kerajaan. tetapi sehingga hari ini, masalah sy ini tiada jawapan yg pasti apakah punca dan bagaimana cara penyelesaian nya. saya telah datang haid ketika berusia 12 tahun. masalah sy bermula apabila ketika berusia 15 tahun, sy telah mengalami haid yg terlalu banyak hingga mengalami tekanan darah rendah. ketika itulah sy telah di masukkan ke hospital selama seminggu untuk di masukkan darah kerana homeglobin yg terlalu rendah. haid ketika itu terlalu banyak seperti keguguran sedangkan sy tidak pernah melakukan sebarang hubungan kelamin seperti yg dimaklumkan oleh doktor pakar yg merawat sy. selepas itu sy diberikan ubat hormon sehingga hari ini. tetapi haid sy tidak akan datang jika sy tidak mengambil ubat itu. skrg sy ingin bertanya akan adakah jalan penyelesaian untuk sakit sy ini? dan adakah sy ini perempuan normal yg mampu untuk melahirkan zuriat jika sy berkahwin suatu hari nnti. harap doktor dapat memberi penjelasan lanjut untuk masalah sy ini.

    terima kasih.

  63. siti khqzaifah berkata:

    sy bumr 28thn dan msh bjg..masalah sy ialah sdh bbrapa bln haid sy tdk dtg..dan kali terakhr dtg dlm 4@5 bln lepas..itupun tdk spti haid..krna sy x perlu pkai pad..just pkai pantylner je..dan bkn kua drh merah..tp kua wrna koko khtman tuk 2,3 hri..sdh hmpir 2 thn haid sy x normal n jrg kua drh mrh..kdg2 kua wrna koko..skrg plg lma haid sy x dtg..btkh tlg jelaskan nape sy jd mcm ni..

  64. zee berkata:

    salam doktor saya berumur 25thn n dah berkhwin 2thn tapi masih bl
    m ada anak , sy ada mslh haid tak teratur n berat berlebihan adakah dgn mslh sy ini sy msh blh mendapat zuriat?

  65. ila berkata:

    saya ingin bertanya mengapa haid adik sy berpanjangan tanpa henti

  66. Ipah berkata:

    salam,saya ingin bertanya….saya dan suami saya pembawa talasemia minor jenis alpha….saya ada 3 orang anak…ketiga-tiga anak saya pembawa talasemia minor jenis alpha juga…macamana saya nak elak anak terkena talasemia major sekiranya saya mengandung lagi…?

  67. adik berkata:

    salam ,saya nak tnye . sy brumur 17 thun ttapi mgalami haid yg tidak teratur . prnah bjumpa doktor kerajaan dn dia ckap sy mgalami stress blajar . sy tak sempat jumpe doktor pakar permpuan dsebabkan SPM mkin hampir . skrg haid sy mkin teruk . dalam sebulan kadang2 3 kali dtg dan ini mggu ibadat solat sy . harap bg khidmat nsihat

  68. dani berkata:

    slm doktor.sy nk tnya blh ka istri sy mrngandung klw haidnya cuma 1hari je..dia mengelurkan dara yg ckp bnyak..tau ka doktor apa msalahnya.sy risau lau istriku lambt mengandung.dan sy nk tnya.masalah air mani sy encer.tidak pekat..apakah yg blh sy buat.tolong doktok bg tau..mkasi.

  69. najiha berkata:

    Assalam,
    nama saya najiha dan berumur 19 tahun, awal tahun ni saya telah disahkan mengidap talasemia. Tapi saya masih tak tahu talasemia jenis apa. Menurut doktor yang merawat, saya ni pembawa dan bukan pengidap. Kesan talasemia ini tak ada pada saya, tapi pada bakal anak-anak saya. Soalan saya, adakah pembawa ni biasa dengan pening kepala dan muntah-muntah kemudian, memang biasakah darah haid datang tidak menentu? Darah haid saya tak keluar banyak kemudian tak menentu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 349 other followers

%d bloggers like this: