10 kategori dikecuali PLKN

Oleh Saiful Haizan Hasam

Terdapat 10 kategori remaja akan diberi pengecualian daripada menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) walaupun mereka sudah menerima surat arahan untuk berbuat demikian.

Kategori tersebut yang termaktub dalam dalam Sub-Seksyen 4(1) Akta Latihan Khidmat Negara 2003.

Sehubungan itu, Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Tan Sri Lee Lam Thye meminta ibu bapa yang mempunyai anak yang tergolong dalam 10 kategori itu tidak panik, sebaliknya mengisi borang pengecualian.

Katanya, calon pelatih atau penjaga perlu mengemukakan dokumen sokongan yang membolehkan mereka dikecualikan.

“Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) tidak ada niat untuk menyusahkan mana-mana pihak. Ini kerana pemilihan pelatih dilakukan secara rawak berdasarkan tarikh lahir yang diperoleh daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Jadi apabila pemilihan dibuat secara rawak, memang JLKN tidak tahu orang yang dipilih adalah Orang Kurang Upaya (OKU) atau sebaliknya,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyerahkan sijil pengecualian menyertai PLKN kepada remaja OKU, Mohd. Taufik Daud, 17, di Taman Tuanku Ampuan Najihah di sini hari ini.

Menurut Lam Thye, 10 kategori tersebut ialah:

* Orang yang bercelaru mental.

* Orang yang telah diperakukan oleh pegawai perubatan kerajaan mengalami kecacatan fizikal.

* Orang yang menjalani hukuman penjara.

* Orang yang menjalani rawatan pencegahan.

* Orang yang menjalani rawatan dan pemulihan dadah.

* Orang yang menjalani tahanan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

* Orang yang menghidap penyakit yang boleh membawa maut yang diperakukan oleh pegawai perubatan.

* Orang yang menghidap penyakit berjangkit.

* Orang yang mengikuti program sepenuh masa di institusi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Penjara.

* Wanita yang mempunyai anak kandung.

Sebuah akhbar pada Jumaat lepas melaporkan keluhan seorang bapa, Daud Yakin, 53, berhubung arahan menyertai PLKN di Kem Warisan, Masjid Tanah Melaka walaupun anaknya itu mengalami kecacatan anggota badan sejak berusia dua tahun.
 

3 Responses to 10 kategori dikecuali PLKN

  1. Neuroneuster berkata:

    Erm, pemilihan secara rawak?
    Bukan pemilihan dari guru sekolah ke.
    Ja.

  2. Huzaifah berkata:

    ini amat menyusahkan. saya mempunyai penyakit gastrik yang teruk pun kena pergi jugak ker?

  3. Javier berkata:

    Boleh admin senaraikan antara penyakit berjangkit yang dimaksudkan??

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 350 other followers

%d bloggers like this: