Kisah benar penghuni Sidim: Anak derhaka

Setiap kemahuan perlu dituruti, manakala bangkangan pula menyebabkan anak mengamuk dan bertindak ganas

Tidak cukup mengherdik ibunya dengan panggilan ‘anjing’ dan bapanya ‘babi’, seorang pelajar berusia 16 tahun menendang kepala bapanya ketika sujud di sejadah hanya kerana makanan tidak disediakan sekembalinya daripada berfoya-foya dengan rakan.

Seorang lagi anak kurang ajar mengugut untuk mengebom ibunya jika dihantar ke pusat pemulihan berikutan terjebak dengan satu kumpulan samseng yang cenderung kepada kegiatan hiburan dan dadah.

Manakala seorang penuntut universiti yang menghadapi masalah halusinasi akibat pembabitan dengan satu kumpulan muzik bawah tanah yang tidak mempercayai Tuhan dan dadah, ‘terlupa’ bahawa ibu bapanya masih hidup sehingga tidak menziarahi mereka untuk tempoh lama.

Ini bukan filem, sebaliknya kisah benar yang diceritakan tiga penghuni Rumah Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim) di Kuala Kubu Bharu, Selangor kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINATA YAACOB mengenai perlakuan derhaka mereka terhadap ibu bapa sendiri.

Kes 1(Azman, 16, Kedah)

“SYURGA di bawah tapak kaki ibu. Ayah pula ketua keluarga yang kita perlu hormati dan jaga perasaannya. Namun saya bukan saja derhaka, tetapi bersikap kurang ajar dengan insan yang melahir dan menjaga saya sejak lahir.

Akibat terpengaruh dengan sebuah kumpulan muzik bawah tanah dan kegiatan hidu gam, saya menjadi liar dan hilang akal. Setiap kemahuan saya perlu dituruti, manakala bangkangan pula menyebabkan saya mengamuk dan bertindak ganas.

Biasanya saya terbabit dengan pergaduhan berkumpulan di luar rumah, bukan bertindak ganas ke atas ibu bapa. Bagaimanapun, pada hari itu saya ‘lalok’ (khayal) akibat hidu gam berlebihan, menyebabkan saya bertindak di luar kawalan.

Apabila pulang ke rumah dalam keadaan lapar, saya terus menjadi berang apabila mendapati tiada makanan di bawah tudung saji lalu naik ke tingkat atas dan mendapati ibu bapa menunaikan solat Isyak berjemaah.

Melihat keadaan mereka menyebabkan marah saya membuak-buak lalu saya menjerit ‘anjing’ ke arah ibu dan ‘babi’ kepada bapa.

Namun mereka tidak membalas, sekali gus menjadikan saya lebih marah lalu terus menendang kepala bapa yang ketika itu sujud.

Akibat tendangan kuat, bapa tergolek daripada tikar sembahyang.

Ini menjadi titik tolak kepada kesabaran keluarga saya yang akhirnya mengambil keputusan menghubungi Ustaz Hanafi Abdul Malek (Pengerusi Yayasan Sidim) untuk bantuan.

Akhirnya saya ‘diangkut’ (dibawa pergi) dan ditempatkan di Rumah Sahabat Sidim untuk pemulihan.

Alhamdulillah, semua yang berlaku ada hikmahnya. Walaupun dosa saya terlalu besar kepada ibu bapa, mungkin berkat doa dan kasih sayang mereka, Allah SWT membuka hati saya untuk kembali ke jalan-Nya.

Saya berjanji akan menjadi anak yang lebih baik pada masa depan.

Semua yang berlaku akan menjadi kenangan paling pahit dalam hidup saya.

Mungkin ibu bapa saya dapat memaafkan, tetapi menendang kepala bapa sendiri, ia akan menjadi mimpi paling buruk dalam hidup saya. Saya sungguh kesal.”

Kes 2(Tahir, 18, Kuala Lumpur)

“IBU adalah ‘bank bergerak’ saya. Setiap kali perlukan wang, saya mendesak dan kadangkala mengugut ibu apabila dia sukar memberi apa yang saya hendak. Saya juga banyak mencuri dan menjual barangan kemas ibu.

Sekalipun tidak bekerja, akibat hidup mewah daripada aktiviti ‘memeras’ ibu, saya ada banyak masa untuk melepak dan mula bergaul dengan kumpulan samseng. Malah, saya menjadi ‘anak emas’ pemimpin kanan kumpulan kerana sering menaja mereka berhibur dan aktiviti dadah.

Bagaimanapun, satu hari ketika kami ingin berhibur ke Genting Highlands dan saya meminta wang daripada ibu, dia enggan memberinya. Puas saya menggertak dan mengganas, termasuk memecahkan barangan dalam rumah, tetapi ibu tetap berdegil.

Klimaks kepada perasaan marah saya, saya mengugut akan mengebom ibu jika tidak memberi wang. Malah, selepas jasad ibu berkecai dan saya menemui tengkorak kepalanya sekalipun, saya akan bom sekali lagi supaya hancur dan lumat.

Akhirnya ibu mengalah, tetapi pada masa sama dia menghubungi Rumah Sahabat Sidim tanpa pengetahuan saya. Mungkin ibu dapat melihat yang saya tidak dapat diinsafkan walaupun melalui kasih sayang yang cuba ditunjukkannya.

Sekembali saya, saya melihat Ustaz Hanafi menunggu. Saya menjadi berang terhadap ibu dan pada masa sama mengugut ustaz supaya tidak masuk campur.

Malah, saya mengugutnya dengan mengatakan dengan hanya satu panggilan, 200 geng saya akan datang ke rumah saya untuk membelasahnya.

Ustaz mempersilakan saya berbuat demikian (menghubungi geng). Beberapa minit kemudian beberapa ‘sahabat’ saya turun untuk membantu menghalang saya daripada dibawa pergi ke Rumah Sahabat Sidim.

Bagaimanapun, saya hairan kerana selepas bercakap sesuatu dengan ustaz, rakan saya berlalu pergi.

Rupa-rupanya dia bukan calang-calang orang dan terkenal dalam dunia persilatan dan kebajikan sosial.

Namun, tempoh tiga bulan menjalani pemulihan di Rumah Sahabat Sidim nyata memberi kehidupan baru kepada saya.

Saya mula mengenal agama dengan lebih mendalam dan menghargai hubungan kekeluargaan dan orang tua saya.”

Kes 3(Fauzi, 22, Kelantan)

“SAYA tidak ingat berapa lama saya tidak mencium tangan ibu bapa berikutan ada di dalam ‘dunia’ sendiri akibat pembabitan dalam kumpulan muzik bawah tanah yang tidak percaya wujudnya Tuhan, selain bergelumang dengan dadah.

Saya bukan saja tidak pulang ke kampung, tetapi ibu bapa juga tidak dapat mencari saya berikutan saya tidak lagi pergi ke kuliah akibat terlalu sibuk dengan dunia ciptaan syaitan.

Bagaimanapun, menurut ibu, dia terbaca mengenai kisah Rumah Sahabat Sidim di akhbar dan meminta pertolongan Ustaz Hanafi yang kemudian bersama beberapa rakannya berjaya menjejaki saya dan membawa ke sini (Rumah Sahabat Sidim).

Keadaan saya mula-mula memang kritikal. Saya membuang air besar dan kecil tanpa sedar. Malah, saya beberapa kali membuang air besar di atas sejadah ketika orang lain bersembahyang. Semuanya berlaku di luar kawalan.

Masalah halusinasi saya juga kritikal. Berikutan pernah terjebak dengan aktiviti memijak al-Quran, jari kaki saya menjadi sedikit terdengket.

Ramai pelik melihat cara saya berjalan, tetapi saya berdengket kerana melihat ada manusia kecil di bawah dan cuba mengelak memijaknya.

Mungkin ini balasan Allah SWT terhadap saya kerana menjauhi-Nya, agama dan ibu bapa saya. Kini saya menyesal. Perkara pertama yang saya akan lakukan selepas menjalani pemulihan adalah pulang ke kampung untuk memohon maaf daripada ibu bapa saya.

Ini kerana mereka berusaha keras, membanting tulang untuk menghantar saya belajar, tetapi saya hampakan mereka dengan menceburi kegiatan yang bukan saja tidak senonoh serta membahayakan diri, tetapi juga merosakkan akidah saya sebagai seorang Islam.

Saya pada mulanya tidak mahu terbabit dengan aktiviti underground (bawah tanah) ini.

Namun, bermula sebagai suka-suka daripada mengikut konsert gig, saya terjebak dengan aktiviti yang merosakkan masa depan saya.

Bagaimanapun, Allah SWT masih sayangkan saya kerana saya berjaya diselamatkan agak awal kerana saya tahu, masih ramai anak muda, terutama orang Islam, yang masih sesat di dalam dunia kumpulan bawah tanah dan dadah sekarang.

Yang menyedihkan, sebahagian besar daripada mereka masih terlalu muda, daripada di bangku sekolah menengah sehingga universiti.”

—————

Kepada pembaca yang ingin menghubungi Sahabat Insan Dan Iman Malaysia (SIDIM) bagi memulihkan anak-anak yang bermasalah, anda boleh menelefon Ustaz Ahmadi dan Ustaz Hanafi di 017-2238859/ 013-6682940

Untuk bacaan lanjut tentang SIDIM sila ke link di bawah:
http://intim.wordpress.com/2009/08/28/pertubuhan-kebajikan-sahabat-insan-dan-iman-malaysia-sidim/

33 Responses to Kisah benar penghuni Sidim: Anak derhaka

  1. Yusri berkata:

    Assalamualaikum wbt. Moga2 ini memberi pengajaran bagi aku juga dan kepada kita semua. Sungguh dahsyatnya cerita2 ini. Daripada dulu lagi aku memang anti sungguh budak2 gig ni. Ada kawan sorang, budak gig, explain pada aku tentang apa yg mereka amal semasa gig. Bunyi dari ceritanya pun dah ‘totally’ bukan cara hidup Islam. Masya-Allah! Islam sendiri mengatakan, sesudah kita Islam, hendaklah masuk dalam Islam secara keseluruhannya. Jadinya, kalau dah sekerat2 kita masuk Islam, anuti Islam, maka kita bukan dikira seorang Islam yang baik. Lebih2 lagi, secara tidak langsungnya, orang yang tidak mahu ikut Al-Quran, walaupun sepotong ayat, bererti dia tidak mahu ikut syariat Allah SWT dan ini juga bererti, bahawa, dia telah keluar dalam Islam. Ini kerana, sudah jelas di dalam Al-Quran, hendaklah kita (kamu) masuk dalam Islam secara keseluruhannya. Takde 50% dan takde 99.9%. Sudah Islam, kita kena ikut syariat Allah SWT, ikut al-Quran secara 100%, seiring dengan hadith. Insya-Allah. Mudah-mudahan, kita mati dalam Iman. Allahuakbar.
    p/s : Teringin aku nak serta sekali dengan Ustaz Hanafi. Aku kasihan hamba Allah SWT yang berhati mulia ini, hingga hampir membuatkan aku mengalirkan air mata.

  2. Zb berkata:

    Assalamuaikum..boleh dapatkan saya alamat Rumah Insan dan Iman (Sidim) di KKB .
    Tq

  3. Zb berkata:

    Boleh dapatkan saya alamat Rumah Sidim tu,kalau boleh nombor untuk di hubungi sekali.

  4. Kak Long berkata:

    Assalamaualaikum, adik angkat yg kami bela dari kecil ada semua sifat2 buruk seperti remaja 3 orang tu. Sekarang dah 20 tahun. Saya teringin nak masukkan dia ke pusat Didim tu, mudah2an dia berubah. Bagaimana nak hubungi?

  5. Kepada warga SIDIM,gua anytimes bleh turunn klu lu org panggil gua bila2 masa saje diperlukan!
    Yang pentig,lu org slalu igt ALLAH,bkn setakat zikir je,mcm tu,mak cik sebelah nenek jiran aku punya adik angkat pun bleh..
    lu org kne keluar DAKWAH,sebar seluruh alam..x kira sape,harta pangkat keturunan bkn kejayaan,bkn kamu doktok lawyer lu VIP kejayaan,KEJAYAAN HANYA DALAM AGAMA ISLAM!!!
    Lu org kne yakin dgn Kalimah LA ILAHAILLALLAH MUHAMMADURRASULULLAH
    kerana itu je lu punya harta dgn gua punya jiwa..
    lu org kne malu dgn gua,gua rock2 pun,lu mesti terkejut gak klu lu tgk gua punya imej asli beb..
    gua seumur hidup x pernah menyalahgunakan dadah,dari hisap ganja sampai lah dadah berat2 mcm pehun..
    tapi gua hisap rokok la..
    lps kahwin nanti gua berhenti hisap rokok sbb dapat hisap lain…
    gua x pernah minum arak,main judi nombor atau apa2 judi sekali pun gua x pernah..
    walaupun gua mmg pakar daun terup,tapi berjudi jauh sekali walau jos soros payung gua berjuta2 suruh main kat las vegas pun,gua x mau.. HARAM!!!
    gua teruna sejati lagi beb,gua masih suci!
    gua x pernah berzina yang melibatkan aksi diatas ranjang!
    walaupun dulu gua berada dizaman playboy,ramai sgt2 awek yg tergila-gilakan gua,tapi byk yg ajak ending atas katil tp gua tinggalkan aje!
    gua x ske menyalahgunakan kesempurnaan fizikal yang ALLAH kurniakan!
    ringan2 pun x pernah,apatah lagi yang berat2..
    zina mata memang selalu..
    lagi satu,kne yakin dgn bantuan dari ALLAH sbb lu org buat benda baik,sbg contoh lu buat kerja2 ni semata-mata krn ALLAH bkn memaksa budak2 dalam tu bayar yuran..
    itu kata Osama Laden yang gua online dgn dia 1/3 malam..ntah bila la dia blaja bahasa melayu,aku pun x tau..
    Yakin spt dlm AL-QURAN SURAH AL-IMRAN ayat 160:
    “JIKA ALLAH TOLONG KAMU,MAKA TIADA ORANG YANG BOLEH MENGALAHKAN KAMU”
    ok lah,gua hari ni puasa sunat bulan Syawal,so gua nak berbuka dulu beb..
    ada masa jmpa lagi..
    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada yang puasa je..
    yang x pose tu,x yah la berangan nak raya lebih2..
    Akhir kata,lu org doakan gua punya IMAN terpelihara sampai bila2..
    Doakan gua lekas2 nikah mendirikan Masjid tanpa penceraian,dan klu bleh gua nak nikah empat..
    HAHaHa!
    Dah…………………………………..
    miss you all………………………………………………
    tata…………………………………..

  6. sape nak ikut gua….
    Syaratnya keluar 4 bulan dulu,baru gua pimpin…..
    x yah bayar2…….

  7. Zubir ponteng pose…………………

    nama spt diatas xde kne mengena dgn ssape….
    sama ada masih hidup atau yg telah meninggalkan dunia………
    mintak maaf sume……

  8. kepada zb…

    tipon gua klu lu nak alamat SIDIM
    013-2733354
    password *TUAH 5444*

  9. DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG… Aku sebagai Hamba ALLAH yang telah dikurniakan mandat sebagai PANGLIMA PERANG ingin mempelawa kepada sesiapa yang berbuat jenayah yang memalukan Agama ISLAM,Bangsa mahupun Negara,silalah tampil,aku ada hadiah untuk kalian.. celakalah kalian yang ingkar dengan PERINTAH ALLAH!!! aku tidak peduli berapa ramai berdiri dibelakang kalian,jangan khuatir,aku tidak akan mempelawa “world mafia utk membinasakan kalian,cukuplah aku seorang dengan bantuan dari ALLAH,akan berentap dengan kalian..” Spt di dalam AL-QURAN Surah AL-IMRAN ayat 160: “JIKA ALLAH MENOLONG KAMU,MAKA TIADA ORANG YANG BOLEH MENGALAHKAN KAMU..” AKU HARAP KEPADA PIHAK YANG TELAH DIANIAYA OLEH GOLONGAN YANG KONONNYA DIPANGGIL MAT REMPIT MAT SYAITAN,silalah kalian menghubungi no kod mafia kebaikan 999,atau hubungi terus 0132733354… LA ILAHAILLALLAH MUHAMMADURRASULULLAH…

  10. Hannah berkata:

    Salam.. Boleh saya dapatkan alamat dan contact no. Rumah SIDIM tu? dengan kadar segera..

  11. Sila hantar profile kalian ke

    penuhrahsia.5444c04_69@yahoo.com

    sekiranya tiada tindakbalas,bermakna folder saya telah penuh…
    maklumlah,sehingga 2500 e-mail seminggu seluruh mana-mana negara..

    hantarkan juga ke

    amirc04_69@yahoo.com

    atau hubungi terus ke talian

    013-2733354

  12. Maaf kepada seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberikan sebarang ulasan serta komen kepada Man Jaket…
    Oleh itu,gua x sanggup nak membalas mesej lu orang sebab terlalu ramai beb..
    itu blum termasuk anak-anak buah gua lagi..
    yang pasti lu orang e-mail kepada gua ok?!
    Sebab gua banyak nak tapis…

    Kepada Hannah,sila nyatakan hasrat..
    tetapi bukan disini,hantarkan terus ke e-mail gua…

    Gua akan sentiasa memastikan gua akan terus bersama-sama dengan kalian…
    oleh itu,undilah gua…
    Kah!kah!kah!
    cheh! macam Menteri la plak….

    Gua akan sentiasa berada didalam ruangan ini…
    Saat gua muncul dari pukul 8pm-12am
    Yang penting,time Solat,lu orang jangan memandai nak suruh gua layan lu orang…
    ok lah,gua nak tidur dulu..nanti bleh mendirikan dan penuhkan amalan 1/3 malam…
    Good night………………………..
    Ma’as Salamah…..

  13. Assalamu’alaikum………………………..
    Man Jaket Kembali lagi……………………………
    Bersama anda disisi……………………..

  14. M.B Mamet berkata:

    Minta alamat Sahabat Insan dan Iman Malaysia

  15. kameel berkata:

    A’alaikum..
    Boleh saya tahu alamat sidim kuala kubu bahru??

    thanks..

  16. nyda berkata:

    aku ader mslh…suami yang baru aku kawini 1thn tidak bersolat..puas aku pujuk malah paksa ttp dia masih liat…dulu dier bersolat tetapi sekarang amat sukar medekati sejadah…aper yg plu saya lakukan? saya taknak la tgk suami yang sy sygi menjauhi tuntutan islam. tolong la….

  17. gedik berkata:

    no komen

  18. Assalamu’alaikum?

    Kepada Nyda..

    tahniah gua ucapkan kpd saudari/ puan nyda krn puan sudi bertanyakan soalan ini..
    Ok,mcm ni,gua nak kata pandai x la, cuma gua sudi membantu walaupun gua blum berkahwin,tapi gua dah diberikan pertolongan oleh ALLAH,dapat membantu menyelesaikan masalah perkahwinan puluhan pasangan yang berhadapan dengan masalah seperti puan nyatakan..

    ok puan nyda, gua nak pesan pada puan, puan kena banyakkan sabar, cuba mentaati suami sebaik dan seikhlas yang terbaik dari puan,selagi suami tidak menyuruh kepada perbuatan kemungkaran, puan boleh membantu dan seterusnya puan adalah gen atau virus yang baik untuk disuntik kedalam iman suami puan. Puan,suami puan perlukan pertolongan puan,sayangilah iman dia puan!

    puan nyda, gua harap puan menggunakan pendekatan psikologi, dengan kaedah itu, dapat membantu anda menyelesaikan masalah puan,psikologi yang terbaik adalah menggabungkan teknik psikologi moden dan psikologi dalam islam.

    ok puan nyda, gua x dapat nak kongsi kaedah itu disini,
    puan nyda kirimkan alamat e-mail kepada gua,gua akan hantarkan kepada puan rahsia ini,insyaALLAH berkesan,dan x perlulah puan khuatir, gua x pernah mengenakan syarat atau apa-apa bayaran, semuanya kerana ALLAH sebab apa ilmu yang saya peroleh ini semuanya hak ALLAH dan bukan hak gua..

    ok puan, maaf gua lambat baca surat dari puan nyda..

    ok, semoga berjaya..

    – pesanan dari panglima:

    perkara halal yang paling ALLAH S.W.T benci adalah penceraian…

    renung-renungkanlah dengan mata hati beserta iman dan ketaqwaan..

    amirc04_69@yahoo.com

    013-2733354

    PANGLIMA BERSELIMPANG

  19. Ummu Kauthar berkata:

    Assalamualaikum,

    Saya ni sangat tertarik dengan ‘kisah benar penghuni sidim’. Untuk pengetahuan tuan punya blog ni saya sekarang sedang menulis buku untuk remaja. Jadi kat dalam buku saya tu ada saya selitkan beberapa kisah benar untuk teladan remaja. Saya berminat nak ambil beberapa cerita dalam ruangan ini. Itu pun jika mendapat keizinan dari tuan punya blog ni. Harap2 dapatlah demi untuk dakwah dan kebaikan para remaja. Kalau boleh tolong bagi respon secepat mungkin ya!

    Terima Kasih

    Wassalam

    http://www.isuwanita39.blogspot.com/

  20. faizah berkata:

    assalamualaikum…
    nk tanye…SIDIM ni ada byk cawangan ke?

  21. mr.muay berkata:

    akum abg2 sekalian…selamat berpuasa kpd semua yg mengenali sy.

  22. mr.muay berkata:

    buat abghanafi dan abgman,sy amat merindui kalian..
    doa2kan sy..salam..

  23. mr.muay berkata:

    sampaikan salam sy pada abg hanas…akum.

  24. amri berkata:

    boleh sy dapat kan alamat SIDIM? dengan kadar yang segera?no telefon?

  25. amri berkata:

    akum…boleh sy dapatkan alamat SIDIM?dengan kadar yg segera….

  26. kak shitah berkata:

    Salam. Boleh beritau rumah sidim terdekat dengan kedah & no tel ustaz hanafi?

  27. Ma berkata:

    Aku kini hidup dipenuhi penyesalan dan mimpi2 yang menakutkan akibat semasa arwah ibuku masih ada rutin harianku adalah derhaka semata2…
    YA ALLAH S.W.T
    KAU REDAKANLAH PERASAANKU DAN BERILAH AKU JALAN MENUJU KE ARAH MU YA ALLAH…
    AMIN YA RABBAL AL AMIN

  28. kakak yanna berkata:

    askum,

    saya ign meminta pertolongan
    di sini saya dan ibu kini mempunyai masaalah dengan adik yang terjebak dengan dadah.saya ingin sekali menghantar adik di sidim.kami amat terbelenggu dengan masaalah ini kerana dia masih berumur 16 tahun dan kami baru sahaja kehilangan ayah yg di sayangi.tolong beri kan saya alamat sidim yang boleh di hubungi.

  29. Basmalah./

    hmba kembali dengan imej sensasi terkini,

    hmba kagum kepada kalian, hantar butiran di nombor telefon,

    013 – 27 333 54 nnti hmba nyatakan alamat dan segala perkara tentang sidim, salam perjuangan..

  30. siti berkata:

    rase menyesal sgt2..
    walaupun xpenah buat mcm 2 kat mak sye,..
    tpi rase menyesal still ade dlm ati nie,..
    s0rry 2 say la,..
    sye ANTI ANAK DERHAKA kat mak ngan nayah di0rng,..
    dhla di0rng yg besarkan kite,..
    mcm 2 lak di0rng balas,..
    xmalu bt0l,..
    tumbuk kang bru tau,..
    oh m0mmy n daddyku!!
    aku syg pademu 4ever and ever!!

    p/s~~igt,..jgn jadi ank derhaka,..
    nnti trime padahnye,..
    wassalam..

  31. Nursyidah Osman berkata:

    Salam.. boleh ke kalau saya nk dptkan kaunseling/pembimbing SIDIM. Tlg msalah sya sgt kritikal..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 349 other followers

%d bloggers like this: