Hukum suami isteri menggunakan nama panggilan mama dan papa

Soalan: Apakah hukum suami isteri menggunakan nama panggilan mama dan papa dalam perbualan seharian. Adakah ini termasuk dalam zihar atau lain-lain yang dilarang oleh agama?

Jawapan: Panggilan yang baik dalam hubungan interpersonal adalah suatu yang amat dituntut bagi mewujudkan adab hubungan yang mesra dan hormat. Islam tidak menetapkan sebarang panggilan yang khusus antara suami isteri asalkan ia dapat menjaga kredibiliti dan hubungan kedua-dua belah pihak. Panggilan nama penuh, nama timangan, gelaran yang baik, panggilan kasih hatta panggilan fungsi seperti mama atau papa tidak menjadi halangan selagi mana ia dapat menjaga nilai hormat dan kasih sayang suami isteri. Tidak menjadi zihar menggunakan panggilan seperti itu kerana asasnya ia bertujuan untuk memuji serta menghargai dan bukan sebaliknya. Nama-nama berhala, syaitan, neraka atau haiwan tidak boleh digunakan sebagai nama panggilan kerana ia bukan setakat gelaran yang tidak baik tetapi juga tiada nilai adab dan kasih sayang. Malah ia merupakan laknat atau doa keburukan bagi mereka yang dipanggil dengan nama tersebut.

Dijawab oleh MOHD FARID. RAVI ABDULLAH ~ pensyarah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

5 Responses to Hukum suami isteri menggunakan nama panggilan mama dan papa

  1. saodah berkata:

    apakah hukum sekiranya bekas suami (9thn telah bercerai) itu mengongkong kehidupan bekas isterinya? sedangkan bekas isterinya sudah pun hidup berdikari dan mahu mencari pasangan lain utk menjadi pasangan hidupnya. sebab perceraian adalah kerana suami itu suka memukul. perlukah di laporkan pada pihak polis? bekas suami mahu berkahwin semula sbb kesian kat bekas isterinya (anak yatim). apa pula hukum dia memukul anak yatim? sekarang bekas isterinya hidup dalam tekanan jiwa kerana bekas suami masih mengekori dirinya.

  2. effa berkata:

    itu dikira sbgi satu kesalahan dn blh buat laporan polis. Bekas suami xda hak utk berbuat begitu dn sudah dikira sbagai pengacau. Ada seksyen dlm akta polis.

  3. zaid berkata:

    apakah hukum kalau cucu panggil nenek ‘emak’?

  4. niza berkata:

    salam,
    apa hukum nye jika suami kerap mengeluarkan perkataan “awk nk saya tinggalkan awk ke? dan apa hukum jika suami mengeluarkan kata2 kesat seperti haramjadah,perempuan sial,perempuan haram dan sebgai nya kepada isteri nye..

  5. pojieachie berkata:

    tinggalkan di ceraikan laen tak jadi masalalh…ken a tengok keadaan ..kata2 kesat memang di haramkan oleh islam..dah tentu dia akan menanggong dosa..tapi kena lihat jugak situasi nya.. ..mengapa dia berbuat sedemikian ..atau pun di sebalik nya ..aku selalu di dera oleh isteri..memohon di ceraikan tetapi aku buat dont jerr.. walau terpaksa menahan diri ..kesakitan hati amat sangat….dengan kata2 yang kesat..tindak tanduk keadaan ngeri tak payah nak diperkatakan..sering belaku..tapi di sebalik nya…dia complain kat kawan mak bapak … aku lanyak dia..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 343 other followers

%d bloggers like this: