Guaman: Tuntutan nafkah anak boleh dibuat bila-bila masa

Soalan:

TUAN, saya bercerai dengan suami kira-kira dua tahun lalu. Kami dikurniakan anak istimewa. Suami dan keluarganya tidak dapat menerima kehadiran anak sindrom down. Bagi mereka, keturunan mereka tidak pernah melahirkan anak sebegitu.

Saya reda dengan ketentuan ini. Selain menyalahkan saya, selepas bercerai, suami tidak membayar nafkah anak. Ketika itu, saya terlalu kecewa dan tidak pernah terfikir mengenai tuntutan nafkah.

Kini, saya boleh menerima perceraian itu dan apa yang penting saya ingin pastikan anak mempunyai masa depan. Selain anak istimewa itu, kami mempunyai dua orang anak lagi.

Bolehkah saya memohon bayaran nafkah walaupun perceraian sudah dua tahun berlalu? Saya seorang pendidik, dan gaji saya boleh dikatakan mencukupi untuk menanggung anak.

Puan Ida,
Terengganu.

————————————-

JAWAPAN

Kewajipan untuk membayar dan menyediakan nafkah anak merangkumi makan, minum, pakaian, tempat tinggal, perubatan, pendidikan dan keperluan lain adalah menjadi kewajipan asas kepada bapa kandung kepada anaknya.

Ini adalah berdasarkan kepada firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud “…dan ke atas bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya…” .

Ulamak mentafsirkan bahawa wajib ke atas bapa membiayai nafkah anaknya dengan sebab kelahiran seperti wajib ke atasnya membiayai nafkah isteri dengan sebab anak juga. Undang-undang Syariah yang diseragamkan di hampir seluruh negeri di Malaysia dengan jelas memperuntukkan hak anak untuk mendapatkan nafkah itu.

Contohnya dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-wilayah Persekutuan 1984 (Akta 303), di bawah Bahagian VI iaitu dari seksyen 72 hingga seksyen 80 memperuntukkan dengan jelas berkaitan kewajipan menanggung nafkah anak, kuasa Mahkamah memerintahkan nafkah anak, mengubah perintah Mahkamah dan juga mengenai lamanya tempoh sesuatu perintah nafkah anak.

Merujuk kepada persoalan puan berkaitan tuntutan nafkah anak selepas tempoh perceraian yang lama, undang-undang memperuntukkan di bawah seksyen 72 Akta 303 yang mewajibkan bapa menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu di dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain dengan mengadakan tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran seperti yang munasabah atau membayar kosnya. Undang-undang tidak mengehadkan tempoh masa tertentu untuk membuat tuntutan itu.

Seksyen 73 pula memperuntukkan bahawa mahkamah boleh pada bila-bila masa memerintahkan bapa atau mana-mana orang lain; sekiranya bapa tiada; membayar nafkah atau faedah mana-mana anaknya, jika dia enggan atau cuai mengadakan peruntukan dengan munasabah bagi anak itu.

Oleh yang demikian, undang-undang tidak pernah sesekali meletakkan syarat bahawa nafkah anak hanya boleh dipohon selepas saja berlaku perceraian. Bahkan nafkah anak ini boleh dipohon pada bila-bila masa apabila bapa itu telah enggan atau cuai mengadakan nafkah bagi anaknya dan anak berkenaan juga masih layak dan berhak mendapat nafkah daripada bapanya.

Kewajipan bapa mengadakan nafkah ke atas anak tidak akan hilang dengan semata-mata penjaga kepada anak itu berkemampuan untuk menampung keperluan anaknya. Oleh itu, dalam kes puan, walaupun puan mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk menanggung anak, puan masih lagi layak menuntut nafkah anak puan daripada bekas suami puan.

Apabila suatu permohonan untuk mendapatkan nafkah anak dibuat, mahkamah hendaklah, dalam menentukan jumlah atau kadar sesuatu nafkah yang hendaklah dibayar oleh bapa, terlebih dulu membuat pertimbangan kepada keperluan anak dan juga kemampuan bapa mengadakan keperluan tersebut.

Sesuatu perintah Mahkamah yang dibuat terhadap bapa bagi mengadakan nafkah anak, perintah itu akan berkuatkuasa sehingga ianya dibatalkan, atau dipinda dengan permohonan mana-mana pihak.

Dalam keadaan tiada sebarang perubahan dan pembatalan, perintah itu akan berkuat kuasa; sehingga anak berkenaan mencapai umur 18 tahun atau sekiranya anak perempuan, sehingga berkahwin.

Namun demikian, dalam keadaan sekiranya seseorang anak mencapai umur 18 tahun, tetapi masih lagi memerlukan pelajaran, mahkamah boleh dengan suatu permohonan melanjutkan perintah nafkah sehingga anak itu tamat pelajarannya. Perkara itu diperuntukkan dengan terperinci oleh undang-undang dalam seksyen 79 Akta 303.

Bagi situasi seperti puan yang mempunyai anak istimewa, penguatkuasaan perintah mengadakan nafkah kepada anak istimewa akan berkuatkuasa selagi hayat anak itu.

Apa yang paling penting dalam membuat permohonan untuk mendapatkan nafkah anak ialah bagaimana pembayaran nafkah hendak dibuat. Ini kerana suatu perintah pembayaran nafkah yang dikeluarkan tanpa suatu bentuk pembayaran yang tepat dan teratur, akan menyusahkan pihak dalam kes pelaksanaan perintah sekiranya berlaku kecuaian melaksanakan pembayaran nafkah itu.

Oleh itu, sebelum puan membuat apa-apa permohonan berkaitan, dinasihatkan agar puan terlebih dulu mendapatkan nasihat daripada pengamal undang-undang yang berkenaan.

Jawapan disediakan oleh peguam syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim, e-mel: admin@faizadnan.com, 03-22831400. Jika anda mempunyai persoalan mengenai undang-undang kekeluargaan, hantar soalan kepada e-mel bhnita@bharian.com.my.

20 Responses to Guaman: Tuntutan nafkah anak boleh dibuat bila-bila masa

  1. Rashid Ibrahim berkata:

    Kedua ibubapanya telah bercerai sejak 2002. Sibapa kepada anak itu tidak memberikan nafkah sepertimana sepatutnya dan mengabaikan. Pada 2005, ibu anak tersebut telah berkahwin dengan lelaki lain. Soalannya: (1) Apakah masih tertanggung keatas bapa kandung anak itu nafkah untuk anakanya itu. (2) Adakah masih boleh (tempoh masa) untuk membuat tuntutan nafkah yang tertunggak selama masa sengsara anak dan ibu itu, dan siapa yang patut buat aduan. (3) Adakah nafkah itu dikira hangus atau langsai setelah ibunya berkahwin lain. Terima kasih.

  2. kepada Rashid Ibrahim..
    Lu bagi E-mail kat gua tentang soalan ni..
    Nanti gua reply jawapan tersebut…
    amirc04_69@yahoo.com

  3. roseliza bt chemat berkata:

    asalamulaikum saya roseliza yg hendak dptkan penjelasan bg pihat tuan ttg bekas suami buat pindaan ttg nafkah anak..pindaan dari 400 rm ke 100 asalasan dia behenti kije..saya punye anak 3 org sorang berumur 23 tahun berada bersama bekas suami..dan anak lelaki saya yg kedua berumur 11 tahun dan sorang anak angkat yg saf taraf yg saya ambik masa bersama dia dari berusia 6 hari skrg 10 th..kedua2 saya jaga segala kebajikan saya adakan..saya tak bersetuju dia beri 100 rm nie kerana mmg tidak mencukupi bg seoranng anak pada zaman skrg..bekas suami adalah pengurus syk telekom dgn gaji 7 ribu lebih..dia behenti secara sukrela skim (vss) yg mendapat imbuhan wang pampasan sehingga dia pencen ..adalah tak logik dia mengatakan x ade duit n x mampu tangung anak..anak saya yg lekaki disahkan oleh pakar perubatan dia mengidapi penyakit dyslexia…yg memerlukan wang utk merawat dan menhantar sekolah khas..

  4. nis berkata:

    a’ssalam saya nak mintak pendapat pada pihak tuan, kakak angkat saya telah pon b’cerai hampir 4 bulan lalu.tapi sekarang suami beliau tidak mengizinkan kakak ipar sy utk mengambil anak-anak nya. bagai mane cara nya saya dapat membantu.

  5. m berkata:

    PANDUAN DARI JABATAN AGAMA ISLAM MALAYSIA …Hadhanah bermakna pemeliharaan anak lelaki atau perempuan yang masih kecil yang belum boleh berdikari, menjaga kepentingan anak, melindunginya dari segala yang membahayakan dirinya, mendidik rohani dan jasmani serta akalnya supaya si anak dapat berkembang dan dapat mengatasi persoalan hidup yang akan dihadapinya.
    Dalam Islam, hukum memelihara anak adalah satu kewajiban ibu bapa kerana si anak memerlukan asuhan dan kasih sayang ketika dalam proses pertumbuhan hidupnya. Persoalan yang timbul ialah siapa yang berhak memelihara dan menjaga anak jika ibu bapa bercerai-berai?
    Menurut sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar,
    ‘Bahawasanya seseorang perempuan telah datang menemui Rasulullah saw dan bertanya: ‘Ya Rasulullah, bahawa anankku ini, perutkulah kandungannya, susukulah minumannya dan ribaanku rumahnya tetapi bapanya telah menceraikan aku dan hendak merampas anak itu daripada aku’. Selepas mendengar aduan itu Rasulullah saw bersabda,’Engkaulah yang lebih berhak menjaga anak itu selagi engkau belum berkahwin lain’.
    (Riwayat Abu Daud)

    Hadith ini menetapkan bahawa ibu adalah lebih berhak terhadap pemeliharaan anak daripada ayah. Berdasarkan kepada kiasan hadith tersebut ternyata orang perempuan lebih diutamakan tentang hak pemeliharaan anak, kemudiannya barulah diikuti oleh orang lelaki. Islam mengutamakan perempuan dalam hal hadhanah ini kerana ibu lebih sayang kepada anaknya, lebih tahu bagaimana mendidiknya dan lebih sabar dalam mengasuh anaknya daripada ayah. Demikian juga mempunyai masa yang luas berdampingan dan bermanja dengan anak-anak berbanding dengan bapa yang selalu sibuk dengan tugas di luar.

    Hadhanah bermakna pemeliharaan anak lelaki atau perempuan yang masih kecil yang belum boleh berdikari, menjaga kepentingan anak, melindunginya dari segala yang membahayakan dirinya, mendidik rohani dan jasmani serta akalnya supaya si anak dapat berkembang dan dapat mengatasi persoalan hidup yang akan dihadapinya.
    Dalam Islam, hukum memelihara anak adalah satu kewajiban ibu bapa kerana si anak memerlukan asuhan dan kasih sayang ketika dalam proses pertumbuhan hidupnya. Persoalan yang timbul ialah siapa yang berhak memelihara dan menjaga anak jika ibu bapa bercerai-berai?
    Menurut sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar,
    ‘Bahawasanya seseorang perempuan telah datang menemui Rasulullah saw dan bertanya: ‘Ya Rasulullah, bahawa anankku ini, perutkulah kandungannya, susukulah minumannya dan ribaanku rumahnya tetapi bapanya telah menceraikan aku dan hendak merampas anak itu daripada aku’. Selepas mendengar aduan itu Rasulullah saw bersabda,’Engkaulah yang lebih berhak menjaga anak itu selagi engkau belum berkahwin lain’.
    (Riwayat Abu Daud)

    Hadith ini menetapkan bahawa ibu adalah lebih berhak terhadap pemeliharaan anak daripada ayah. Berdasarkan kepada kiasan hadith tersebut ternyata orang perempuan lebih diutamakan tentang hak pemeliharaan anak, kemudiannya barulah diikuti oleh orang lelaki. Islam mengutamakan perempuan dalam hal hadhanah ini kerana ibu lebih sayang kepada anaknya, lebih tahu bagaimana mendidiknya dan lebih sabar dalam mengasuh anaknya daripada ayah. Demikian juga mempunyai masa yang luas berdampingan dan bermanja dengan anak-anak berbanding dengan bapa yang selalu sibuk dengan tugas di luar.

  6. m berkata:

    Oleh Nor Affizar Ibrahim

    Islam larang perbuatan memutuskan tali silaturahim apatah lagi mereka ada hubung kait, darah daging.

    PERCERAIAN yang membawa permusuhan sehingga menyimpan dendam kesumat antara suami isteri sering kali menimbulkan perebutan hak hadanah atau penjagaan anak.

    Apabila masing-masing bertegas ingin mendapatkan hak itu akhirnya tercetus konflik yang berpanjangan dan semakin sukar dirungkai.

    Malangnya, tersepit dan dihimpit dilema dalam situasi itu adalah anak yang sepatutnya mendapat kasih sayang daripada ibu dan bapa tanpa berbelah-bahagi sebaliknya, turut diseret dalam permasalahan berkenaan.

    Lebih kusut, apabila hak hadanah sudah diputuskan atau dipersetujui ketika perceraian, ada bapa atau ibu yang seolah-olah ingin menguasai kasih sayang anak sehingga tergamak tidak membenarkan bekas pasangan menjenguk atau menziarahi anak.

    Akibat dendam ada juga bekas pasangan yang sanggup melakukan pelbagai cara demi memastikan anak, langsung tidak dapat bertemu dengan ibu atau bapanya, sekali gus memutuskan terus hubungan kasih sayang pernah terjalin.

    Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar (gambar), berkata apabila suami isteri bercerai dan hak hadanah sudah diputuskan Mahkamah Syariah atau persetujuan bersama, ibu atau bapa berkenaan tetap mempunyai hak masing-masing untuk melawat anak mereka.

    Beliau berkata, lazimnya apabila perceraian berlaku dan ada tuntutan hak hadanah, perintah mahkamah mengenai hak itu biasanya berkembar dengan hak lawatan kepada bapa atau ibu, di samping pemberian nafkah yang diwajibkan kepada anak berkenaan.

    “Walaupun hak penjagaan anak sudah diputuskan, bekas suami atau isteri tetap berhak menjenguk anaknya. Bekas suami atau isteri mesti membenarkan bekas pasangan melawat anak dalam tempoh hari dan waktu sudah dipersetujui bersama atau yang ditentukan mahkamah.

    “Ini bermakna, apabila tiba hari dan waktu ditetapkan bekas suami atau isteri perlu memenuhi syarat membenarkan anak berjumpa dengan bapa atau ibunya. Apapun, hak berjumpa anak bukanlah tanggungjawab, tetapi hak keistimewaan yang diberikan kepada bekas suami atau isteri yang bercerai dan mempunyai anak hasil perkahwinan sebelum itu,” katanya.

    Zainur berkata, jika bekas suami atau isteri tidak menggunakan hak itu tidak boleh hendak berbuat apa-apa.

    Katanya, bagaimanapun, jika bekas suami atau isteri menghalang anak bertemu ibu atau ayahnya, ia boleh dianggap menghina keputusan Mahkamah Syariah.

    Contohnya, jika sepatutnya ibu atau ayah berkenaan ditetapkan berjumpa pada jam 5 petang setiap hari hujung minggu, bekas suami atau isteri yang diberi hak penjagaan mestilah membenarkan perjumpaan itu. Bekas suami atau isteri tidak boleh sengaja memberi pelbagai alasan sehingga anak berkenaan tidak dapat berjumpa dengan ibu atau bapanya.

    “Keengganan ibu atau bapa membenarkan perjumpaan itu boleh dianggap menghina keputusan mahkamah dan boleh dihukum penjara yang mana tempohnya adalah mengikut budi bicara Hakim,” katanya.

    Beliau berkata, bagi bekas suami atau isteri yang dihalang berjumpa anak pula boleh membuat laporan polis dan membuat permohonan mahkamah supaya dibenarkan melawat. Tujuannya ialah hendak membuktikan kepada mahkamah bahawa perkara itu berlaku.

    Zainur berkata, perebutan hak hadanah anak antara bekas suami dan isteri di mahkamah bukanlah jalan penyelesaian terhadap masalah yang timbul.

    Katanya, dalam sesuatu kes hadanah, perkara paling utama diberi pertimbangan oleh Undang-undang Keluarga Islam adalah kebajikan anak.

    Beliau berkata, secara umum jika kebajikan anak terabai, Mahkamah Syariah yang memutuskannya akan menyerahkan hadanah anak itu kepada orang yang pada pandangan mahkamah dapat menjaga kebajikan anak itu. Begitupun, dalam undang-undang tiada tafsiran khusus berhubung hadanah berkenaan.

    “Tuntutan hadanah membabitkan kanak-kanak yang belum mencapai umur tujuh tahun bagi lelaki dan sembilan tahun bagi perempuan kerana pada usia itu mereka tidak mampu membuat pilihan mana satu yang baik dan buruk.

    “Kes hak hadanah lebih mudah diputuskan jika ada persetujuan bersama antara kedua belah pihak pasangan yang hendak bercerai itu.

    “Jika ada persetujuan dan tolak ansur kedua belah pihak kes tuntutan hak hadanah boleh diselesaikan dalam tempoh lebih kurang dua bulan.

    “Bagaimanapun, jika tiada persetujuan atau penyelesaian bersama dicapai, kes mungkin mengambil masa sehingga dua tahun dan mahkamah akan menentukan siapa yang berhak mendapat hadanah anak,” katanya.

    Bagaimanapun, Zainur menegaskan meskipun dalam kes tuntutan hak hadanah di Mahkamah Syariah ada ibu atau bapa yang menang dan kalah, hakikinya tetap kalah sepenuhnya adalah anak kerana kehilangan satu daripada kasih sayang orang tuanya.

    Beliau turut menjelaskan, demi keadilan seseorang itu walaupun mendapat hak hadanah kanak-kanak itu, orang yang tidak mendapat hak hadanah sewajarnya tidaklah dihalang daripada menziarahi kanak-kanak berkenaan. Islam melarang perbuatan memutuskan tali silaturahim sesama Muslim, apatah lagi orang yang mempunyai hubungan kerabat atau darah daging.

    Zainur berkata, mengikut Undang-undang Keluarga Islam tuntutan hak hadanah bukan saja boleh dibuat selepas perceraian, tetapi ketika pasangan masih lagi dalam ikatan perkahwinan. Lazimnya, permohonan tuntutan hak hadanah dalam perkahwinan dibuat ketika pasangan dalam proses perceraian.

    Bagaimanapun, katanya kebanyakan pasangan yang tidak melantik peguam hanya membuat permohonan hadanah selepas berlaku perceraian.

    Mengulas persetujuan isteri yang membenarkan hak hadanah kepada suami kerana semata-mata untuk mendapatkan perceraian dan kemudian ingin menuntut semula penjagaan anak, beliau berkata, individu menuntut perlulah membuat permohonan perintah Mahkamah Syariah.

    Katanya, bekas isteri terbabit bukan saja perlu menyatakan sebab untuk berbuat demikian, tetapi perlu mengemukakan beban bukti kepada hakim. Misalnya, ibu itu perlu buktikan perubahan mantan anak berkenaan seperti selalu sakit sepanjang di bawah jagaan bapa dan sebagainya.

    “Cara memutuskan perceraian dan hak hadanah seumpama itu tidak betul dan tidak mengikut konsep Islam yang sebenar. Walaupun Islam tidak sukakan perceraian, tetapi menghalalkannya. Perceraian mungkin jalan terbaik jika kedua belah pihak tidak boleh bersatu lagi tetapi janganlah jadikan anak sebagai barang komoditi untuk tujuan itu,” katanya.

    INFO:

    * Proses tuntutan hak hadanah perlu dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah. Prosedur tertentu perlu dipatuhi ketika membuat tuntutan dan perbicaraan.

    * Hak hadanah bukan secara automatik diberikan kepada ibu kanak-kanak itu, tetapi berdasarkan kepada fakta yang dibentangkan oleh pihak di hadapan hakim.

    * Hakim perlu menilai keterangan yang dikemukakan dan membuat perintah berdasarkan undang-undang dan hukum syarak.

    * Walaupun dinyatakan dalam seksyen 82 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 bahawa ibu paling berhak daripada segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan, ibu itu masih perlu memenuhi syarat yang dinyatakan.

    * Hak hadanah anak tamat sebaik kanak-kanak itu mencapai umur tujuh tahun bagi lelaki dan sembilan tahun bagi perempuan. Begitupun, mahkamah boleh membenarkan pihak ibu menjaga kanak-kanak itu sehingga si kecil mencapai umur sembilan tahun bagi lelaki dan 11 tahun bagi perempuan.

    FAKTA:

    Hadanah dari segi hukum syarak bererti tanggungjawab menjaga seseorang yang tidak mampu menguruskan dirinya sendiri. Mengikut hukum syarak ada syarat umum bagi pihak yang diberi penjagaan anak adalah:

    * Cukup umur.

    * Sempurna akal.

    * Berkeupayaan mendidik anak.

    * Berkelakuan baik dari segi Islam.

    * Seorang Islam.

    Syarat khas pula bagi pihak yang diberi penjagaan anak adalah:

    * Dia masih belum berkahwin dengan lelaki lain yang tidak ada hubungan waris dengan anak.

    * Dia daripada kerabat terdekat kepada anak.

    * Dia boleh menyusukan anak.

  7. erin berkata:

    assalamualaikum,sy nk bertanya sy baru becerai pd 22/02/2009.masalahnya sekarang ialah:
    1. suami mengabaikan nafkah edah sy dan anak sy selama ini.tapi baru smlm dia bg nakkaf rm100.00 berbentuk kiriman wang.

    2. suami ada ckp dia nak menuntut harta sepencarian.utk makluman tuan kesemua brg2 keperluan rumah sy beli secara ansuran,tetapi dia ada buat pinjaman peribadi dan tolong melangsaikan baki hutang2 brg2 tersebut tetapi dgn baki yg tinggal sedikit shj.boleh x dia menuntutnya sedangkan dia tidak mempunyai bukti yg menunjukkan dia membeli brg2 tersebut krn kesemua brg2 tersebut nama saya.

    3. dgn baki gaji bersihnya sebanyak rm700.00,agak2nya berapakah jumlah nafkah sy dan anak saya.dia x punya tanggungan lain spt kereta atau ape2 yg lain.cuma dia perlu membayar sewa bilik,shj.

    4. dia x tuntut hak penjagaan anak sbb diri dia sendiri pun xmampu nk tanggung.

    5. sebelum ini,ada seorang perempuan sedang mengandungkan anak bekas suami sy skrg,6bln.tp dia x bertanggung jawab..danskrg dia jalinkan hubungan dgn perempuan lain sehingga melakukan maksiat,saya ada bukti2 msg yg perempuan tu hantar pd sy yg dia melakukan maksiat dhn ex sy.

    harap tuan dapat membantu saya.(e-mail sy ernieyusmila23@yahoo.com)
    bila saya failkan pd mahkamah,dia mcm takut je dan mengugut saya.

  8. assakum..saya ada masalah tentang tuntutan nafkah ank angkat..saya dan bekas suami sudah bercerai.saya dan bekas suami mengambil anak angkat semasa berumur 3 bln berbintikan bekas suami..bolehkan anak angkat saya dapat tuntutan nafkah seperti zuriat kami

  9. NAINATUL NORRAISYAH BINTI MOHD FATHIAR berkata:

    assalamualaikum…………. TUAN….Saya dan suami dah pun b’pisah hampir 7 tahun.Kami d’kurniakan seorang cahaya mata.Pada awal p’ceraian bekas suami m’bayar nafkah anak mengikut perintah mahkamah s’perti mana yang d’tetapkan…..Tetapi ianya tidak b’tahan lama kerana ada gangguan dari isteri bekas suami saya.Dalam tempoh itu saya tidak dapat lagi tuntutan nafkah bagi pihak anak saya sehingga sekarang….Saya pernah berbaik dengan bekas suami dan juga isterinya tetapi mereka tidak pernah menunjukan kan tanda2 b’baik….Saya cma mahu kan k’adilan dan masa depan anak saya…Dari masuk tadika hingga sekarang semua p’belanjaan sekolah saya yang tanggung.Bekas suami tidak pernah ambil tahu….Anak sakit pun tidak ambil kisah. Saya harap pihak tuan dapat m’bantu saya…………

  10. scyda berkata:

    salam…
    tuan sy nk tanye bagaimanakah proses tuntutan nafkah anak??… jika leh ke uat tuntutan nafkah tertunggak??
    jk menggunakan lawyer.. berapa byran??
    adakah cara yang kurang menggunakan wang bg menyelesaikan hal ini…
    sy telah cuba berbincang dgn ex dan keluarganya tetapi mereka uat slumber j… bila ckp dgn nak die pon x ada respon.. bgai mencurah air ke daun keladi…
    sy terpaksa berentikan ank sy tadika kerana masalah kewangan yg sy alami.. mereka tau tp still x mau membantu sy…
    tuan,
    sy juaga ingin mendapatkan perintah agar ex sy tdak pat mengambil ank sy.. krn sy khuatir dgn keselamatan ank sy jk die berapa bersama die dan keluarga nya hal ini krn die ada membuat pinjaman dgn AHLONG… spt mana yg kita tau tentang ahlong mereka akn uat pe saja..

    sy arap pihak tuan dpt beritahu sy jalan terbaik bg menyelesaikan hal ini.. sekian
    wassalam…

  11. yatie berkata:

    saya ingin tahu bagaimana cara nak tuntut nafkah anak saya.saya bercerai sudah setahun.mempunyai 2 anak. 6 tahun dan 1 tahun 10 bulan.

  12. dayang rosmawati bt awg osman berkata:

    Asslm,saya ingin bertanya kepapa tuan mengenai bapa saya yang tidak pernah memberi nafkah sejak perceraian nya dengan ibu saya..kini umur saya telah menjangkau 22 thn..adakah saya layak untuk menuntut nafkah yang tertunggak itu.sekarang saya masih belaja adakah wajib bagi bapa saya membiayai pengajian saya dan bagaimana cara untuk mendapatkan hak saya sebagai seorang anak yang terabai..terima kasih dan assalamulaikum

  13. rashidah berkata:

    salam.saya ingin bertanya,perkahwinan saya baru mencecah usia 5 tahun dan saya dikurniakan sepasang cahaya mata. namun begitu sepanjang tempoh perkahwinan suami saya tidak pernah memberi kami nafkah tempat tinggal,pakaian dan keperluan asas rumah. suami hanya memberi nafkah makanan sahaja.apabila ingin berbincang dgn suami,dia mengugut saya dengan perceraian.selama ini saya yang terpaksa menanggung segala-galanya termasuk membayar hutang-hutang suami,serta bayaran pengasuh anak,apakah cara terbaik untuk saya selesaikan masalah ini?

  14. norzaida berkata:

    salam..saya ingin membuat aduan tentang alias b othman iaitu bekas suami saya yang tinggal di selangor..sejak beberapa bulan ini beliau enggan @gagal membayar nafkah anak seperti yg dijanjikan…sedangkan beliau mampu menyara anak org yg dijadikan ank angkat..akibat dari pengabaian nafkah ini anak2 kami jarang ke sekolah kerana tdk mempunyai wang belanja persekolahan..juga mereka tidak mendapat rawatan yg wajar apabila demam @sakit kerana tidak mempunyai wang yg mencukupi…sehingga skrg beliau belum membayar rm450 tidak termasuk hutang2 lain sblm ini..beliau bekerja membawa teksi yg tentunya mempuntai wang setiap hari…tapi beliau enggan membayar walaupun sy meminta secara ansuran sebyk 50 slps stiap 3 hari…harap tuan dpt mengambil tindakan susulan..beliau boleh dihubungi melalui no ini…0126096240

  15. nurhasliza berkata:

    sy nk tnye blh ke seorang anak brumur 20 tahun mndpt nafkah ??

  16. izzaty tasnim berkata:

    assalamualaiku
    saya nak bertanya aya bercerai tahun 2006, bekas suami pula kadang-kadang jer bank in kan duit, boleh ke jika saya menuntut?

  17. abuya berkata:

    Dah umur 20 tahun tak reti nak cari rezeki sensiri ke… Anak ayam pun tahu!!!!

  18. abuya berkata:

    Ramai wanita yang bercerai menggunakan Undang undang syariah untuk membuat keuntungan mudah. Tuntut itu tuntut ini. Mahkamah pulak cenderung mebela mereka. Undang undang perkahwinan sivil jauh lebih adil daripada undang-undang syariah.

  19. Fizatul Ain Binti Masani berkata:

    Assalamualaikum…saya sdh bercerai selama 5 thun dan mempunyai 2 org ank iaitu lelaki dan perempuan berusia 7thun dan 5thun…bekas Suami saya telah gagal memberi nafkah kepada ank2 sepnjang ank bersama saya…mahkamah telah membenarkan bekas Suami saya untuk mengambil anak 2 Kali sebulan,,tetapi bekas Suami tidak mengikut perintah yg telah mahkamah tetapkan…bolehkah pihak tuan beritahu apa yg patut sy buat supaya bekas Suami sy dikenakan tindakkan diatas kesalahn ingkar perjnjian perintah mahkamah…

  20. Hi, this weekend is fastidious in favor of me, since this occasion i am
    reading this fantastic informative paragraph here at
    my residence.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 351 other followers

%d bloggers like this: