Wanita lebih mudah hidap urat bersimpul

JIKA mengalami masalah urat bersimpul (varikos), jangan ambil mudah dan dibiarkan saja. Walaupun ia selalunya bukan petanda masalah kesihatan serius, tetapi dalam sesetengah kes, ia boleh menjadi berlaku tanda sekatan (blockage) dalam pembuluh darah. Keadaan ini dikenali sebagai ‘deep vein thrombosis’ dan memerlukan penilaian dan rawatan.

Urat bersimpul, urat berpintal atau apa saja nama yang digunakan ia sebenarnya merujuk pembuluh darah yang kembang dan berpintal-pintal. Ia kelihatan membesar dan timbul di permukaan kulit.

Varikos lazimnya terjadi di betis, kaki dan buku lali. Ia terjadi apabila secara tidak sengaja ada gelinciran atau kesilapan injap dalam pembuluh darah dan melemahkan dindingnya.

Secara normal, injap satu hala dalam pembuluh darah membantu darah mengalir secara efisien menentang grativiti menuju ke jantung.

Apabila injap tidak berfungsi sempurna, darah bertakung, tekanan terbina dan pembuluh darah menjadi lemah, membesar dan terpulas. Ia dikenali sebagai venous insufficiency.

Sesetengah orang lebih kerap berhadapan dengan varikos berbanding yang lain disebabkan genetik, obesiti dan proses penuaan. Wanita lebih kerap berhadapan dengan varikos berbanding lelaki disebabkan kognitif tisu dan kehamilan.

Anda Perlu Tahu

  • Selalunya anda akan berasa letih dan kaki terasa berat pada sebelah malam antara simptom awal varikos. Tidak lama selepas itu, kaki akan membengkak.
     
  • Mereka yang mengalami varikos selalunya tidak peka pada simptom sebaliknya lebih mengambil berat mengenai rupa pembuluh darah yang kelihatan di permukaan kulit.
  • Varikos mudah dilihat kerana kemunculannya menyebabkan kaki kelihatan hodoh. Biasanya ia berwarna biru gelap, bengkak dan kelihatan berpintal. Kaki juga terasa berat, gatal, sakit dan anda terasa letih.
  • Simptom semakin buruk selepas berdiri atau duduk terlalu lama.
  • Varikos juga boleh menyebabkan warna kulit berubah, kering, menipis, radang kulit atau berdarah selepas kecederaan ringan.
  • Superficial thrombophlebitis (apabila darah beku terbentuk dan radang terjadi dalam pembuluh darah kecil berdekatan permukaan kulit) juga boleh terjadi dalam varikos.Ada sesetengah lelaki percaya varikos boleh menyebabkan kemandulan. Sebaliknya, ia tidak memberi kesan kepada kesuburan jika urat buah zakar tidak kembang dan berpintal.

    Keadaan kembang dan berpintal pada pembuluh darah veins buah zakar dikenali sebagai `varicosele’ dan lelaki dapat mengenalinya jika pembuluh darah itu berpintal-pintal. Apapun, jika masih ragu, pesakit boleh berjumpa doktor untuk pengesahan.

    Faktor

  • Peningkatan tekanan pada pembuluh darah kaki
  • Kerosakan pembuluh darah di kaki
  • Kerosakan pada injap pembuluh darah di kaki
  • Genetik. Anda mungkin lahir dengan kecacatan injap atau lemah pada dinding pembuluh darah. Atau ia mungkin boleh terjadi kemudian dalam kehidupan anda.
  • Kehamilan adalah penyebab biasa terjadinya varikos. Ketika hamil, lebih banyak darah melalui pembuluh darah. Tambahan berat badan dan rahim yang memberat juga memberi tekanan pada pembuluh darah di bahagian kaki.
  • Selalunya juga walaupun tidak kerap, varikos adalah tanda penyakit yang lebih serius seperti darah beku, kecederaan pada pembuluh darah di bahagian dalam, abnormal salur darah antara arteri dan pembuluh darah (arteriovenous fistulas) atau tumor (jarang sekali) ~ health.yahoo
  • 3 Responses to Wanita lebih mudah hidap urat bersimpul

    1. missy berkata:

      urat sy selalu sakit..thank u for this article.. bravo!

    2. ZANA berkata:

      macam mana nk mengatasi masalah tersebut? bole diatasi ke?

    3. ezora berkata:

      urat tersimpul ini adalah akan terjadi juga dibahagian muka..sebab baru2 ini saya mengalaminya..nk buka mulut pn sakit,lebih2 lagi bila nk makan..terasa tegang kt bahagian pipi..dn juga terjadi di ibu jari tangan susah nk membengkok lebih2 lg bila bangun tido..
      adakah cara untuk mengatasinya..

    Tinggalkan Jawapan

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s

    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.

    Join 343 other followers

    %d bloggers like this: