Makanan punca kolesterol tinggi

SELAIN faktor sejarah keluarga, makanan yang anda ambil turut menjadi punca kandungan kolesterol tinggi dalam darah anda.

Memakan makanan terlalu banyak lemak tepu dan kolesterol mempengaruhi tahap kolesterol anda. Lemak tepu dan kolesterol ialah berpunca daripada daging, susu, telur, mentega dan keju. Begitu juga makanan dalam tin termasuk minyak kelapa, minyak kelapa sawit dan mentega.

Malah, lemak tepu juga terdapat dalam sesetengah jenis sayuran dan majerin. Biskut, biskut manis, kentang goreng juga mengandungi sebahagian lemak tepu yang boleh meningkatkan tahap kolesterol dalam darah anda.

Sebenarnya kolesterol adalah sejenis lemak. Tubuh memerlukannya untuk banyak perkara seperti menghasilkan sel baru, tetapi terlalu banyak kolesterol dalam darah meningkatkan risiko serangan jantung atau strok.

Anda memperoleh kolesterol daripada makanan yang anda ambil atau daripada hati. Hati menghasilkan kebanyakan kolesterol untuk keperluan tubuh.

Begitupun tahap keperluan kolesterol adalah kurang daripada 200 miligram per decileter (mg/dL). Sempadan tahap kolesterol pula 200 hingga 239 mg/dL manakala kolesterol tinggi diukur pada kadar 240 mg/dL ke atas.

Kolesterol ‘mengembara’ melalui darah dan berkait rapat dengan protein. Pakej kolesterol-protein dikenali sebagai lipoprotein. Lipoprotein dirujuk mengikut kadar ‘high-density’ atau ‘low-density’ berdasarkan berapa banyak protein dan lemak yang anda miliki.

Lipoprotein low-density (LDL) kebanyakannya adalah lemak yang hanya memiliki sejumlah kecil protein. LDL adalah kolesterol jahat yang boleh menyekat arteri anda. Jika anda mengalami tahap kolesterol tinggi, doktor akan menyarankan anda menurunkan tahap LDL.

LDL yang baik mesti kurang daripada 100 mg/dL. Tahap antara 100 hingga 129 mg/dL masih dikira baik, tetapi jika tahap LDL anda adalah 130 ke 159 mg/dL, ia dikira sebagai ‘atas pagar’. Jika LDL anda di tahap antara 160 hingga 189 mg/dL, ia dikira tinggi manakala 190 mg/dL ke atas disifatkan sebagai sangat tinggi.

Lipoproteins high-density (HDL) adalah kolesterol baik yang membantu menyingkirkan kolesterol jahat dari dalam darah sekali gus menyukarkannya menyekat arteri.

Tahap kolesterol baik (60 mg/dL dan ke atas) melindungi anda daripada serangan jantung, tetapi jika kolesterol baik anda kurang 40 mg/dL, ia dianggap angka yang tidak diinginkan.

Satu lagi jenis lemak dalam darah anda dikenali sebagai ‘triglycerides’. Jika anda memiliki tahap triglycerides dan kolesterol jahat yang tinggi, risiko anda diserang sakit jantung agak tinggi.

Tahap triglycerides ‘atas pagar’ adalah antara 150 hingga 199 mg/dL. Angka 200 mg/dL dikira tinggi manakala 500 mg/dL pula sangat tinggi.

Simptom

Tahap kolesterol yang tinggi tidak membuatkan anda sakit, tetapi jika ia menyekat arteri, boleh menahan aliran darah ke jantung atau otak dan menyebabkan serangan jantung serta strok.

Pada sesetengah orang, lebihan kolesterol dipanggil ‘xanthomas’ dan ia mungkin datang daripada bawah kulit. Ia kelihatan seperti bonggol kecil.

Bagaimana kolesterol tinggi didiagnos?

  • Analisis lipoprotein adalah ujian paling lengkap. Ia mengukur ukuran semua kolesterol anda, kolesterol jahat, baik dan triglycerides. Anda tidak boleh makan untuk 12 jam sebelum ujian ini dibuat.
  • Ujian ringkas kolesterol mengukur jumlah semua kolesterol. Anda boleh makan sebelum ujian ini. Kadangkala doktor menggunakan ujian ini terlebih dahulu dan ujian lipoprotein yang lain jika anda memiliki tahap kolesterol jahat yang tinggi.

    Faktor penyebab kolesterol tinggi

  • Amalan makanan
  • Terlebih berat
  • Tidak bersenam
  • Merokok
  • Usia
  • Faktor latar belakang keluarga
  • Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s

    Ikut

    Get every new post delivered to your Inbox.

    Join 351 other followers

    %d bloggers like this: