Tanda amaran serangan jantung

Oleh: DATUK DR. KHOO KAH LIN

JIKA anda telah mengikuti siri berkenaan tentang penjagaan jantung dan diabetes ini, maka anda sudah ten Dalam perbualan bersama rakan-rakan anda, pernyataan “Penyakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di Malaysia” selalunya akan diikuti dengan “Diabetes merupakan faktor risiko utama bagi penyakit jantung.”

Dan, kini setelah anda berjaya menarik perhatian mereka, anda boleh menutup perbincangan dengan, “Tetapi tahukah anda bahawa anda tidak perlu menghidap diabetes untuk menjadi mangsa kepada serangan jantung atau strok?”

Pernyataan-pernyataan ini adalah benar dan di dalam bahagian terakhir daripada enam bahagian bersiri ini, kita akan mengkaji ketiga-tiganya dengan lebih mendalam lagi.

Apakah itu penyakit jantung? Bagaimana untuk mengekalkan jantung yang sihat tidak kira sama ada kita menghidap diabetes ataupun tidak? Bagaimanakah caranya untuk kita mengetahui sama ada jantung kita bermasalah?

*Penyakit jantung

Penyakit jantung merupakan satu keadaan yang menjejaskan otot-otot jantung (miokardium) dan saluran-saluran darah dalam jantung (arteri koronari). Punca penyakit jantung yang paling lazim adalah penyempitan arteri koronari iaitu satu proses yang dikenali sebagai aterosklerosis.

Aterosklerosis bermula apabila lapisan bahagian dalam arteri koronari telah rosak atau cedera akibat bermacam- macam faktor termasuk merokok, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan sesetengah penyakit seperti diabetes.

Kolesterol dan bahan-bahan lain akan berkumpul dalam dinding arteri untuk membentuk plak. Semakin lama, semakin banyak plak yang akan terbentuk. Akhirnya, plak ini akan menyempitkan ruang dalam arteri, menghalang bekalan darah serta mungkin akan pecah untuk membentuk darah beku.

Jika darah beku menghalang pengaliran darah ke jantung anda, maka anda akan mendapat serangan jantung; jika ia menghalang pengaliran darah ke otak anda, maka anda akan mendapat strok.

Kehadiran plak sahaja, walaupun jika ia tidak pecah, masih boleh membahayakan. Plak akan menyempitkan saluran darah dengan teruk hingga anda akan mempunyai simptom-simptom penyakit koronari jantung (CAD) seperti angina (sakit dada).

Jika tidak dirawat dengan betul, anda mungkin akan mendapat serangan jantung atau kegagalan jantung kongestif (kegagalan jantung).

Adakah ini akan berlaku kepada saya?

Risiko untuk anda menghidap penyakit jantung adalah tinggi terutama sekali jika anda mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit jantung atau anda sudah berusia lanjut.

Jantina turut merupakan faktor: lazimnya, kaum lelaki akan berisiko tinggi untuk menghidap penyakit jantung manakala risiko bagi wanita pula akan meningkat tinggi selepas menopaus. Malangnya, anda tidak boleh mengubah faktor-faktor risiko ini.

Di sini terdapat beberapa faktor risiko yang masih boleh anda ubah: merokok, gaya hidup tidak aktif (sedentari), tabiat makan yang tidak sihat, tekanan dan berat badan yang berlebihan atau obes.

Kesemua faktor ini akan mengkucar-kacirkan glukosa darah, tekanan darah serta kolesterol darah anda di mana ia akan meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung.

Seperti yang telah disebutkan tadi, diabetes merupakan faktor risiko yang utama. Mereka yang menghidap diabetes adalah dua hingga empat kali lebih cenderung untuk mendapat penyakit jantung ataupun strok, berbanding mereka yang tidak menghidap diabetes.

Dua daripada tiga orang yang menghidap diabetes akan meninggal dunia akibat penyakit jantung atau strok dan mereka mempunyai kemungkinan yang lebih untuk meninggal dunia akibat serangan jantung berbanding mereka yang tidak menghidap diabetes.

Jika anda mempunyai sebarang daripada faktor-faktor risiko ini, maka anda dinasihatkan agar segera mendapatkan nasihat doktor. Anda perlu sedar bahawa masalah jantung memerlukan perhatian perubatan yang segera.

Jangan tunggu sehingga berlakunya serangan jantung atau strok. Pengesanan serta rawatan awal akan dapat menyelamatkan nyawa anda.

*Tanda-tanda serangan jantung

Tidak semua serangan jantung akan berlaku secara mengejut dan sangat menyakitkan.

Sesetengahnya bermula dengan sangat perlahan serta kurang menyakitkan atau hanya rasa kurang selesa hingga ramai yang tidak sedar bahawa mereka sedang mengalaminya dan ini menyebabkan mereka gagal untuk mendapatkan bantuan perubatan dengan segera.

Majoriti akan mengalami simptom- simptom. Berikut adalah simptom-simptom yang menandakan anda sedang mengalami serangan jantung:

* Tekanan yang tidak selesa, rasa sesak, penuh atau sakit di bahagian dada yang berlanjutan selama lebih daripada beberapa minit, atau sakit yang hilang dan datang semula.

* Sakit atau ketidakselesaan pada bahagian- bahagian lain di bahagian atas badan.

* Pendek nafas dengan atau tanpa rasa ketidakselesaan pada bahagian dada.

* Berpeluh sejuk, rasa loya atau pitam.

*Gejala dan tanda amaran serangan jantung

Satu daripada tanda amaran adalah Serangan Iskemia Sementara (TIA) – iaitu satu gangguan sementara bekalan darah ke bahagian tertentu otak.

TIA adalah serupa seperti strok tetapi ia hanya berlaku untuk jangka masa yang lebih pendek sebelum terus hilang dengan tidak meninggalkan sebarang kesan kekal yang ketara.

TIA menandakan satu serangan strok yang betul mungkin akan berlaku tidak lama lagi. Jika anda mempunyai satu atau lebih daripada simptom-simptom berikut, maka anda perlu segera mendapatkan bantuan perubatan:

* Rasa kebas atau lemah secara tiba-tiba pada sebelah bahagian badan

* Kesukaran untuk bertutur atau memahami pertuturan, gagap

* Penglihatan menjadi kabur secara tiba-tiba

* Kesukaran untuk berjalan, rasa pening, hilang keseimbangan atau koordinasi secara tiba-tiba

* Sakit kepala yang teruk secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab

* Masalah ingatan atau kekeliruan

*Tujuh tip jantung sihat

1- Apakah sejarah keluarga anda?

Ketahui sejarah perubatan keluarga anda dan beritahu doktor anda tentang sebarang risiko-risiko keturunan.

Jika salah seorang daripada datuk nenek, ibu bapa atau adik-beradik anda pernah mengalami penyakit jantung sebelum berusia 55 tahun, maka anda turut cenderung untuk turut mendapatnya.

Mengetahui maklumat sedemikian akan membantu anda mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk mencegahnya daripada berlaku.

2- Di meja makan

Makan diet yang seimbang yang terdiri daripada buah- buahan, sayur- sayuran, bijirin penuh dan makanan tenusu rendah lemak. Amalkan masa makan yang tetap pada setiap hari dan elakkan dari terlebih makan.

Kesemua lemak mempunyai kalori yang tinggi dan akan meletakkan anda berisiko untuk mendapat kolesterol darah tinggi, jadi anda perlu mengehadkan pengambilannya. Jika anda mesti mengambil lemak, maka pilihlah lemak-lemak tidak tepu. Elakkan makanan yang mengandungi lemak tepu, asid lemak trans dan kolesterol.

3- Serat larut: senjata rahsia anda

Serat larut (terutama sekali beta-glukan) adalah karbohidrat kompleks yang sangat bermanfaat terutama sekali untuk kesihatan jantung. Ia telah terbukti secara klinikal akan menurunkan kolesterol darah dengan menggabungkan asid-asid hempedu (yang mengandungi kolesterol) di dalam saluran pencernaan anda.

Mereka kemudiannya akan dikeluarkan bersama bahan buangan badan anda dan ini bermakna kolesterol akan diserap dengan lebih sedikit ke dalam aliran darah anda. Ini akan membawa kepada paras kolesterol darah yang lebih rendah serta mengurangkan risiko penyakit jantung.

Oleh kerana serat larut (seperti beta-glukan) merupakan makanan rendah GI (Indeks Glisemik), maka ia juga berkesan untuk menstabilkan paras glukosa darah anda.

Ini dilakukan dengan memperlahankan pencernaan serta penyerapan agar glukosa (gula) akan mengambil masa yang lebih lama untuk memasuki aliran darah anda. Ini akan mengelakkan paras glukosa darah naik secara mendadak.

Oleh yang demikian, memasukkan lebih banyak serat larut serta makanan karbohidrat rendah GI ke dalam makanan seharian anda adalah suatu langkah yang bijak. Sesetengah contoh makanan rendah GI termasuklah barli, beras perang, muesli dan roti rendah GI yang telah dirumus khas.

4- Mengawal tekanan darah

Tahukah anda bahawa hanya enam daripada setiap 100 rakyat Malaysia dapat mengawal tekanan darah mereka? Jangan biarkan diri anda menjadi salah seorang daripada 94 orang tersebut! Periksa tekanan darah anda sekurang- kurangnya dua kali setahun dan pastikan anda mengekalkannya pada paras yang rendah (130/80 mmHg atau lebih rendah) tanpa mengira usia anda.

5- Awasi berat badan anda

Lakukan senaman selama sekurang- kurangnya 45 minit pada kebanyakan hari dalam seminggu (atau lebih baik lagi, lakukannya pada setiap hari).

Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan atau obes, maka anda perlu lebih kerap melakukan senaman (dan dalam tempoh yang lebih lama) untuk menurunkan berat badan yang berlebihan.

Secara amnya, anda perlu mengekalkan Indeks Jisim Tubuh (BMI) pada lebih kurang 18-23 kg/m2. Bagi orang Asia, ukur lilit pinggang yang kurang dari 90sm bagi lelaki dan kurang dari 80sm bagi wanita adalah ideal.

6- Berhenti merokok

Tembakau dalam rokok akan mengakibatkan saluran darah anda menjadi sempit serta mengurangkan bekalan darah ke jantung dan organ-organ penting anda yang lain. Jadi, jika anda merokok, hentikannya sekarang demi kebaikan jantung anda.

7- Jangan lupa berjumpa doktor!

Dan akhir sekali, jangan terlepas daripada menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan anda. Pemeriksaan yang kerap akan dapat mengesan serta merawat kes-kes awal penyakit jantung dan diabetes.

- Dr. Khoo Kah Lin merupakan Perunding Kardiologi, Yayasan Jantung Malaysia.

Artikel ini sumbangan oleh Program Menangani Wabak Diabetes (FAD) Penjagaan Jantung yang dianjurkan oleh Institut Diabetes Negara (NADI). Program ini juga disokong dengan geran pendidikan tanpa syarat daripada Roti Gardenia Breakthru. Untuk pertanyaan, sila hubungi NADI di talian 03-78761676/78761677.

28 Responses to Tanda amaran serangan jantung

  1. saya terkena serangan jantung pada 25 april 2007 iaitu kira-kira setahun yg lalu, pd hari ini saya telah mengalami pening kepala sebelah pagi dan pada sebelah petang sakit dada memncucuk-cucuk disebelah kiri dada mula terasa. Adakah itu simptom kepada serangan jantung? Untuk maklumat tuan saya telah melakukan rawatan angiogram dan dah diletakkan ‘stent’ pada tahun lepas dan pada salur darah yang 50% blocked belum dilakukan apa-apa.tq

  2. MYRA berkata:

    2 hari yang lepas saya mengalami pendarahan hidung di sebelah kiri selama 4 hari..tapi darah beku..pada masa yang sama saya sering sakit dada…batuk berterusan..nafas pendek…apa ni tanda sakit jantung???

  3. kebayan berkata:

    Myra .. baik pergi jumpa doktor .. hanya doktor yang boleh buat pengesahan . Kalau batuk batuk ni .. selalunya bersangkut paut dengan paru paru …

  4. maimon binti osman berkata:

    saya berketurunan penyakit jantung, ibu , nenek, bapak saudara berpenyakit jantung. saya berusia 45 tahun, sering berpeluh dengan banyak sejak akhir-akhir ini, sering sesak nafas bila banyak buat aktiviti dan tiba-tiba kebas sebelah tangan dan lengan kiri. adakah mungkin saya mengalami sakit jantung?. Apa yang perlu saya lakukan.

  5. songlina berkata:

    sekiranya keluarga tk pernah ada sejarah penyakit jantung, ada kemungkinankah untuk sy mghidapinya?

  6. songlina berkata:

    sy sudah membuat pemeriksaan, & dokt mendapati saya sihat tetapi hingga ke hari ini, sy masih mgalami sakit d dada bhgn kiri.. apa yg perlu sy lakukan?

  7. kedai-lelaki berkata:

    good info.thanks

  8. Nuryna berkata:

    hye..
    sy ingin bertnyakan….
    apakh sy turut mndapt penyakit jntung dalm umur 21??
    kerana,
    sjak 2 3 buln ni..
    dada sy sering skit.
    apabila sy minum air sjuk,
    jntung sy, trsa skitnye.. terasa sjuk sngt dibahagian dada…
    pandangna sy selalu kabur scra tibe2..
    kadg2…
    penglihatan sy jdi black…
    sy takut…

  9. din berkata:

    sya nk tanye…
    sya berumur 22 thn…
    sejak seminggu 2 ni…
    saya rasa kurang selesa badan, cepat letih, dan berasa pening…..jantung saya juga berdegup agak laju…
    adakah ini merupakan simptom penyakit jantung…saya risau la…

  10. princess berkata:

    hye..sy lin..sy agak risau..sejak sebulan yang lepas..sy mengalami denyutan jantung yang tiba2 berdenyut dengan laju..denyutan itu terlalu kuat dan pantas.. sy terasa sakit sangat.. adakah saya mengalami masalah dengan jantung?tolong la bantu saya.. umo saya 27 tahun.. tiada sejarah keluarga yg mengalami masalah jantung..tp saya ada mengambil ubat migrain.. sebelum ini ok..sy bercadang nak buat x ray..plz bantu saya..saya risau..tersangat risau.. saya juga mengamalkan cara hidup yg sihat..dan tidak merokok..harap dapat bantu saya..tp denyutan jantong saya memang berdenyut dengan kuat..kdg2 sukar untuk tidur.. kerana sesak nafas..

  11. ikin berkata:

    hii..sy berumur 21, saya mengalami sakit dibahagian kiri dada dan mgalami kebas pada tangan kiri..kadang kala sy rasa mcm da bnda tersekat didada..apakah itu simpton penyakit jantung.

  12. anna berkata:

    saya mempunyai keturunan keluarga yang menghidap penyakit jantung…. majoriti akak serta abg saya menghidap penyakit jantung…. sebelum membuat pembedahan, akak saya di arah supaya ke IJN dan die di dapati menghidap penyakit ini juga…. dan kini cuma saya sahaja yang tidak membuat pemeriksaan… saya nak tanya doktor perlukah saya membuat pemeriksaan jantung untuk diri saya????

  13. badrul berkata:

    saya berusia 19 tahun. Sejak akhir akhir ini, saya berasa tidak selesa di bahagian dada sebelah kiri saya. Apakah itu simptom penyakit jantung? Kadang2 saya rasa panas di bahagian itu.

  14. aryani berkata:

    Ibubapa & keluarga memang menghidap penyakit jantung dan bimbang akan mengalami. Saya berusia 43thn. Pd tahun ini pernah sakit kepala teramat sangat, hingga muntah dan terkulai. Dada berdebar-debar dgn cepat secara tiba-tiba. Kiri dan kanan dada terasa sakit seperti dibebani sesuatu, sakit merebak hingga ke atas bahu terus ke belakang.Sukar bernafas, nafas tersekat seperti susah untuk menarik nafas.Kadang2 terpaksa bangun dgn tiba2 sewaktu hendak tidur kerana kesukaran bernafas. Adakah gejala di atas petanda penyakit jantung?

    • fitri berkata:

      Saya juga mengalami masalah yg sama. Setahun setengah yang lepas, semasa saya tidur tiba2 dada saya berdebar, bernafas mcm tak puas. sejak dari hari tu badan saya tidak berapa sihat. saya kerap sakit kepala, darah saya tidak stabil, sekejap ok dan tiba2 jadi tinggi. nadi saya juga begitu selalunya kalau berdebar2 bacaan nya akan jadi 100>. saya sudah pergi ke hospital, membuat ECG,x-ray, urin test, kolestrol 3.5 (ok), gula dalam darah ok, tairod ok, ultrasound buah pinggang ok. tapi nadi saya dan darah tetap tidak stabil. Dalam dua minggu lepas dalam keadaan rehat tiba2 nadi saya laju dan rasa kebas di muka, saya pergi ke hospital dan kena tahan di wad kcemasan dalam tempoh satu jam kerana nadi saya 126 dan darah saya 149/96. keesokkan harinya saya diarah kan utk berjumpa dr semula nadi 82 dan tekanan darah 121/90. Hari ketiga pula nadi 72 dan tekanan darah 128/80. Ini lah masalah saya..dan dr juga tak declare saya sakit apa dan tanpa ubat. Tapi masalahnya keadaan badan saya tetap tidak rasa selesa seperti dulu….kadang-kadang jadi susah nak tidur, kerana rasa darah naik ke kepala, (tapi bila cek tekanan darah ok) kadang rasa sakit dada, kadang rasa pedih hulu hati, sakit belakang n tengkuk…

  15. al0ng berkata:

    masalah saya sama seperti fitri di atas,.apakah jalan terbaik untuk saya tahu apa penyakit yang saya hidapi…hospital H0SHAS & HKL pun saya sudah buat pemeriksaan. . tapi hptal bagi tahu tak ada apa2. . saya risau dengan masalah yang saya hadapi sekarang ini. .

  16. mata berkata:

    dalam 6 bulan ni sy dalam keadaan tertekan akibat masalah rumahtangga.apabila terkenang dan teringatkan masalah ini, sy sering pening kepala , dada kiri akan berasa sakit kadang2 berasa sejuk, nafas juga adakalanya terpaksa tarik dalam ketika dada rasa sakit. adakah ini merupakan gejala awal sakit jantung? tolong berikan komen anda dgn kadar segera……

  17. sharifah berkata:

    sy berumur 27tahun,perempuan dan mempunyai 4org anak.selepas melahirkan anak ke4 pd 2008..sy slalu sakit pd bahagian kiri dada..tak jauh dri bahagian tgh dada.rsa mcm ada benda tersekat dan sakit tu dlm bberapa saat paling lama 2-3minit.hinggakan sy x boleh berdiri atau tarik nafas..selain tu sy kerap pening,loya dan penglihatan gelap utk bbrapa saat.Dan skrg tubuh badan sy sgt cepat letih walaupun x melakukan apa2 kerja atau senaman.walaupun ketika sy berehat..badan rasa x sihat.pernah saya bersenam secara berjalan perlahan2 tak sampai 15minit dan sy hampir pitam di taman.sy jg terasa sebelah dari lengan(tangan)lenguh sgt.Dan akhir sekali,bila waktu sy marah..sedih..tertekan atau ketawa,sakit dada tu akn kerap serang.Sebelum ni 3/4 bulan sekali tetapi sekarang dada sy sakit 2-3kali sebulan.doktor pernah minta saya buat ecg(kalau x silap)tapi sakit tu hanya 2-3 minit.x sempat nk pergi klinik pun.jdi sy hanya bertahan di rmh.blhkah sy buat ujian tu walaupun sy dah seperti sediakala.?apakah penyakit sy,doktor?

  18. Rasidah Sarip berkata:

    Saya mengalami pening kepala secara tiba-tiba.kadang2 mcm nak pitam kadang2 loya dan sakit belakang.dah chek dokter ade kolestrol tinggi 5.5mg adakah ini tanda jantung problem.dan lagi satu mata kabur bila chek dokter cermin mata ok x perlu pakai cermin mata.

  19. hisham berkata:

    hii fitri…itu dinamakan anxiety,ataupn mslh tulang blakang@tengkuk,ataupn gastrik@IBS atau anda mengalami stress yg teruk dan myebabkn sakit blakang,tengkuk dan pening kepala brterusan…hanya semangat yg kuat,senaman,solat dan sokongan kluarge shj yg mampu myembhkn stress dan anxiety.jgn bgntung dgn ubt stress yg psychiatric bg. bnyk side effect. hrp cpt smbuh…

  20. ct berkata:

    salam saye ct,2 mggu lepas saye cek darah kt farmasi..didapati tekanan darah tggi, kandungan gula tinggi dan jantung laju.. Hari ini saye pergi cek doktor, doktor mengesahkan saya menghidap penyakit degupan jantung laju,doktor kata jika keadaan xterkawal,saya boleh mengalami seperti orang kena histeria dan lalu pengsan..penyebab kejadian ini berlaku kerana tekanan perasaan yang tinggi..

  21. zaidah berkata:

    saya pun mengalami masalah jantung berdegup laju tapi kadang2… bila lepas makan lagi ketara lajunye..kadang2 rimas sampai xboleh buat keje. badan memang selalu letih… dengan keadaan sekarang ni tengah mengandung… tapi masalah jntung laju ni sebelum mengandung lagi dah rasa. pernah pergi checkup n buat ecg, dr suspek tiroid n amik darah. bila dapat result xde tiroid, dr cakap xpyh datang checkup lg… tapi sampai skrg masih rasa kadang2 tanpa sebab pun jantung tiba2 laju… kalau masa checkup mengandung tu, xpernah plak bacaan denyutan nadi lebih 100.. 90 lebih la selalunya… skrg ni kadang2 rase macam nk muntah n pening… xtaula sbb mengandung ke ape.. tp keadaan tu berlaku xkira masa n bukan hari2 pun… skrg cuma kawal makan je.. sampai kadang2 nak makan ape2 slalu pk macam2 ok ke x..tinggi kolestrol x… susah hati jugak.. time checkup ok je plak..:(

  22. Sunny berkata:

    Since 2 days ago.. sy mula mengalami short breath atau nafas x habis(sy pon xtahu istilah nya..) it starting from Friday.. pd mulanya sy anggap biasa..without sweating…no chest pain n so on.. then hari sabtu.. masih lagi short breath itu berlaku,, so i start text my buddy MO.. and he ask me to go to hospital/clinic.. he told me maybe its become HEART ATTACK.. then sabtu mlm i trus pergi private klinik.. slps check Dr ckp xder ape2.. dia just bg ubat lelah sahaja.(walaupon sy x pernah ada lelah/asthma for airways).. then hari Ahad.. still ada short breath.. i try take that ubat lelah.. nothing happen.. so i decide to go again other private clinic.. still same.. Dr said nothing..all look normal.. sy minta utk pergi hospital.. n dia bantu buat satu letter.. so that sunday night i directly went to hospital ampang(emergency unit).. after show that letter from clinic.. that MA directly asked me to go inside emergency room.. n do it ECG test for me.. after he(MA) got result… he went to see MO.. n that MO asked me to make a few test.. (Blood test… another 2 ECG n X-RAY)…. after wait for 4 hours in the very relaxing bed with oxygen tube..BP kit n several wire on my chest… Dr(MO) said nothing happen… all normal.. my ECG test is equal to another.. my blood result just normal.. my BP ok… She (MO) just write a letter for me to attend specialist test… but till now.. i still got short breath.. why???

  23. nusmawati berkata:

    degupan jantung saya akan menjadi sangat laju dan kuat setiap 2 minute.. dah dua hati ni , makin ketara dan tak selesa. malam tadi sampai jam 3 pagi baru saya boleh lupakan degupan dan tidur. bangun pagi tadi , tak ada apa apa.. normal saja. tapi selepas sarapan , start balik dan sampai sekarang.. dah 3 @ 4 bulan dada saya kekadang menyucuk sebelah kiri ..kekadang rasa sakit , tapi tak kuat sangat. apa yang tak kena ?

  24. nusmawati berkata:

    saya benar benar berharap dr khoo dapat memberi sedikit nasihat . cara mengawal dan penjagaan awalsupaya saya selamat dari gejala penyakit jantung dan mati mengejut kerana serangan jantung. masyallah

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 343 other followers

%d bloggers like this: