Sperma Lemah

Oleh Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby

LELAKI sihat menghasilkan 200 hingga 300 juta sperma berkualiti sehari atau secara purata 70,000 sperma seminit.

Proses pembiakan sperma untuk satu pusingan mengambil masa 90 hari.

Justeru, jika seseorang lelaki diberi ubat untuk merangsangkan pembiakan sperma, dia perlu memakan ubat itu sekurang-kurangnya 90 hari atau tiga bulan.

Pada masa ini, ujian air mani satu-satunya kaedah yang dapat menentukan sama ada seseorang lelaki itu ada menghasilkan sperma. Jika ada sperma, ini bermakna lelaki itu tidak mandul.

Namun jika bilangan sperma dihasilkan kurang, keadaan itu dikenali sebagai ‘Oligospermia’ atau ‘Oligozoospermia’.

Bagi lelaki yang ada banyak sperma tetapi sebilangan besar tidak berbentuk normal atau kurang 30 peratus berbentuk tidak normal, keadaan itu dikenali sebagai ‘Teratospermia’, manakala jika sebilangan besar sperma itu tidak bergerak aktif dan sehala atau lebih 40 peratus sperma tidak bergerak aktif, masalah itu dikenali sebagai ‘Asthenospermia’.

Kadangkala semua masalah sperma itu berlaku sekali gus dengan bilangan sperma kurang, termasuk peratusan sperma yang kurang aktif dan yang berbentuk tidak normal. Keadaan itu dikenali sebagai Sindrom OTA (Oligo, Terato dan Astheno).

Pemeriksaan yang akan dilakukan ialah mengukur kedua-dua buah zakar dengan alat Orkidometer dan jikaperlu menjalani ujian hormon kesuburan FSH sebelum apa-apa rawatan.

Aspek fizikal juga perlu dalam mengatasi masalah sperma seperti perlu mengelak pakaian ketat, merokok, terdedah kepada bahang dan suasana tempat kerja yang berisiko merosakkan sperma seperti panas dan terdedah kepada kimia.

Masalah sperma sama ada kurang bilangan, kurang aktif atau kurang sperma berbentuk normal boleh berlaku pada bila-bila masa.

Ada lelaki yang satu ketika dulu mempunyai bilangan dan kualiti sperma cemerlang kemudian menghadapi masalah berkenaan.

Perlu diingatkan, masalah sperma boleh berlaku kepada lelaki yang sebelum ini dapat menghamilkan pasangannya tetapi kemudian mendapati dirinya gagal berikutan masalah sperma yang tercetus.

Sebilangan lelaki ada buah zakar kecil, sekali gus kilang spermanya tidak dapat menghasilkan sperma atau menghasilkan kurang sperma. Ada yang mengalami masalah hormon dan jika ubat penyubur diberikan, keadaan mereka akan pulih.

Jalani pemeriksaan kesuburan bersama pasangan.

Usah berlengah mendapatkan rawatan kerana lagi cepat masalah dikesan, lebih mudah dan cepat kaedah untuk mengatasi masalah kesuburan itu dapat dijalankan.

Ada juga lelaki mengalami masalah pembuluh darah buah zakar yang berpintal-pintal dan ini dikenali sebagai Varikosel.

10 Responses to Sperma Lemah

  1. Zam berkata:

    Saya telah berkahwin selama lima tahun , setelah dua tahun berkahwin , saya dan isteri telah melakukan pemeriksaan kenapa masih tidak lagi mempunyai anak. Rawatan kami yang pertama ialah di sebuah pusat pakar perubatan di Taman Tun Aminah, Johor Bahru. Daripada rawatan awal saya telah diberitahu bahawa saya mepunyai masalah sperma yang kurang dan tidak aktif manakala keadaan isteri saya pula normal dan tidak mengalami masalah kesuburan. Tapi doktor tersebut mengatakan bahawa saya perlu mengambil anak angkat jika mahukan anak. Rawatan yang kedua ialah di sebuah pusat rawatan homeopati di Terengganu, saya telah dibekalkan ubat , tapi memerlukan tempoh rawatan yang terlalu lama, dan masalah tempat rawatan yang terlalu jauh sebab saya tinggal di Johor menghalang saya untuk meneruskan rawatan. Kadang-kadang saya pelik dengan doktor yang saya jumpa, sebab yang ada masalah ialah saya tapi setiap kali dapatkan rawatan yang sering mendapat ubat ialah isteri saya. Macam mana tu yang sakit orang lain , yang terima ubat orang lain. Harap doktor dapat membantu saya , sebab saya dah mula terasa kesunyian hidup tanpa suara kanak-kanak.

  2. naim berkata:

    Semoga tuan dapat bersabar dan bersyukur kepada Allah kerana masih diberi nikmat hidup dan berbahgia di samping isteri tersayang. Saya bersetuju dengan kata doktor itu kerana banyak pengalaman membuktikan ambil anak angkat akan membuahkan anak sendiri jika diizinkan Allah.
    Saya ada nasihat untuk tuan menyuburkan sperma iaitu dengan mengamalkan makan sayuran seperti bendi, tauge , bawang merah setiap hari. Elakkan mengambil halia setiap hari kerana boleh memanaskan sperma tuan. Selalulah bersenam dan berjoging di waktu pagi untuk menyihatkan badan. Tuan boleh juga melakukan kerja-kerja di persekitaran rumah bagi mengeluarkan peluh.
    Bagi menambah kekuatan dan kenikmatan seks tuan bolehlah mengambil madu lebah asli + telur kuning ayam kampung mengikut selera tuan. InsyaAllah tuan dan isteri tuan selalu bahagia.
    Selalulah berdoa kepada Allah sebagaimana seorang Nabi sentiasa berdoa untuk memperolehi anak sehinggalah Allah memperkenankan doanya. Doa ini ada ditinggalkan kepada kita semua untuk kita mengamalkannya. Maaf saya dah lupa doa itu, harap tuan dapat mencari doa itu dan terus mengamalkannya. Doa itu telah terbukti kepada saya.

  3. Satriyo Wicaksono berkata:

    Saya laki-laki usia 40 tahun. Sudah 14 tahun saya berkeluarga namun saya belum di karuniai buah hati. karena Seperma yang saya keluarkan sangat lemah dan jumlahnya sedikit. Mungkin ada yang mengerti obatnya ? dan saya sudah operasi fericok tetapi, smapi sekarang Tuhan belum berkenan memberi saya momongan. Mohon batuan untuk memberikan informasi kepada saya apa yang harus saya perbuat.
    Terima kasih

  4. arini berkata:

    askum satriyo bykkan memakan makanan laut, ambil asid folik, multivitamin dan ekstrak tongkat ali yang blh menambah hrmon testosrone bagi penghasilan sperma yang sihat..amalkan asid folik bersama isteri..dan yg akhir sekali amalkan doa ali imran ayat 38.amalkan juga makan madu bersama telur ayam kampung mentah.byak2kan berdoa pa allah.untuk lebih lanjut anda hubungi raihan 0148185378..kak raihan mengamalkan pemakanan cara islam yang mengunakan ayat2 alquran sebagai penawar 1001 penyakit..cubalah.

  5. Ct berkata:

    salam…suami saya pnh menjalani ujian semen anlysis sblum ini kira2 5 tahun yg lps dan ujian mnunjukkan suami mgalami low count sperm.beliau dibekalkan dgn ubt Tribestan utk mnmbhkan blgan sperma.tp smuanya tidak brhsil & kmudian beliau brtukar kpd Biodex.Namun yg mgejutkan kami baru2 ini,melalui semen anlysis yg dibuat,doctor mgatakan suami saya tidak mmpunyai sperma..apakah yg tlah trjdi sbnrnya?

    • Mawar Ungu berkata:

      nasihat saya.. puan jangan menerima bulat2 keputusan ujian itu.. sya sarankan bawalah suami membuat ujian lg..pergi ke pusat perubatan yg lain.. sekurang2nya setiap 3 bln sekali.. selama setahun.. untuk memperolehi kepastian dn kebenaran..
      yg penting puan harus memberi sokongan yg padu dn semgat kpd suami.. jgn pertikaikn mslah tersebut.. suami jg harus mengetepikan ego untuk menjalani sbrg pemeriksaan dn rawatan.. jgn malu utk brubat.. semuanya utk kbahagiaan brsama.. insyaAllah selagi kta d jln yg btul dn halal.. Allah akn sentiasa mmbntu..
      x perlu la ambil produk kesihatan yg mahal2.. cukup la sekadar bersenam setiap pg.. brhnti mrokok ambil mkanan yg seimbang.. tidur yg seimbang.. urutan tradisional 2 kali sbln.. sedikit herba tradisional spt misai kucing dn mas cotek dijadikan minuman harian.. insyaAllah.. kualiti sperma akan meningkat…

  6. Nazim berkata:

    salam….saya ingin bertanya apakah cara untuk mengurangkan kuantiti sperma saya…kerana baru2 ini saya telah menjalankan pemeriksaan di Hospital dan didapati sperma saya terlalu banyak sehingga melepasi tahap yang normal…apakah caranya?

  7. Jauhari berkata:

    saya mempunyai empat orang anak perempuan isteri saya teringin sangat hendak membela seorang anak lelaki apa yang mesti saya lakukan.Tolong balas..

  8. ida berkata:

    Salam,sy dah 2 thun kwin tp msih x ade rzki anak. sy dah buat mdcl chekup dan dapti laki sy x mengeluarkan sperma.ada x cr lain untuk membuatkan sperma supaya ada

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 343 other followers

%d bloggers like this: