Makanan ibu dalam pantang – Petua orang dulu-dulu

Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.

Jenis ikan

Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.

Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.

Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.

Ulam-ulaman

Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya:

Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.

Jenis sayuran dan buahan

Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung. Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.

Jenis ayam dan burung

Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.

95 Responses to Makanan ibu dalam pantang – Petua orang dulu-dulu

  1. vahnee berkata:

    Hi,

    masalah saya ialah, sekarang saya hamil tak sampai 1 bulan.

    saya belum bersedia untuk medapatkan anak sekarang.

    ada tak cara untuk medatangkan haid.

    seperti melalui makannan ke atau lain cara.

    terima kasih

    • Fairuz berkata:

      Adik ipar saya lambat hamil, dan seorang doktor homeopathy mengatakan dia mempunyai banyak asid di dalam perut, dan mengesyorkan adik saya mengambil habbatussauda & madu. Kebetulan saya mengedarkan produk makanan sunnah berasaskan madu, habbatussauda, buah tin dll, dan isteri saya mencadangkan agar beliau mengambilnya. Alhamdulillah dengan takdir Allah, selepas sebulan du, beliau telah disahkan mengandung, dan kini usia kandungannya sudah 5 bulan.

    • izzati berkata:

      hi vahnee..kalau u blm bersedia utk ada ank..n nk dtg haid u kne la mkn mknan or mnuman y tajam..sy xgalak kn untk u bt..tkot dimsa akan dtg ada effect..

      • safia berkata:

        Vahnee….dah sebulan kandungan u..dosa kalau buat sesuatu bertujuan menggugurkannya. Berfikirlah secara positif ,redha dan bersyukur dengan ketentuan serta anugerahNya..

    • chris berkata:

      cara untuk anda datang bulan…makan ubat malaria(anti-malaria 3 biji) dan minum dengan cola…confirm kandungan gugur…

    • mawar berkata:

      vahnee.. anak tu anugerah tuhan..jgn dibuang..mawar baru je keguguran buat kali yang ke 7..mawar nak sgt anak..tapi xada rezeki lagi..batapa susahnya untuk dapatkan anak..vahnee senang je nak buang.. lahirkan anak tu…dia xberdosa…

    • awin berkata:

      kalau xnk..sy nk baby tu

  2. fiza berkata:

    hai, saya patah kaki..sebab bermain netball..sekarang saya tak tahu nak pantang makan ape..then semua makanan saya makan, berat badan pun dah bertambah..

  3. nor berkata:

    saya hamil 4 bulan . saya nak tahu mcm mane rupenya sayur pucuk maman tuh?

    • Fairuz berkata:

      Daun maman tu orang negeri sembilan cukup suka buat rendang maman. Sedap sangat. Kalau ada kawanpkawan kat negeri sembilan minta mereka tolong cari.

    • yuri berkata:

      pucuk maman ataw jeruk maman tu sebernarya sayur yg dijeruk..xelok org mngandung mkn sbb byk asid.. rupanya mcm sayur bayam..

  4. anuar berkata:

    saya nak bertanya satu soalan…
    Di masa sedang berpantang bersalin seseorang wanita
    itu boleh makan daging?
    harap saya boleh mendapat jawapan dengan segera..

  5. anuar berkata:

    saya nak bertanya satu soalan…
    Di masa sedang berpantang bersalin seseorang wanita
    itu boleh makan sebarang jenis daging?
    harap saya boleh mendapat jawapan dengan segera..

  6. as berkata:

    saya nak bertanya selain daripada info yang diberikan ada tak resepi-resepi masakan untuk ibu yang sedang berpantang. ini kerana saya sudah tidak mempunyai ibu so…
    ingin tahu serba sedikit resepi masakan untuk memudahkan saya

  7. cda berkata:

    salam..
    saya baru lepas operation buang tiub kanan coz mengandung luar rahim (2 bulan). So, saya perlukan resepi yang sesuai untuk menjaga luka operate serta pantang. Hopefully dapat membantu saya dalam makanan harian. Thanks.

    • izzati berkata:

      hi cda..mknan untk cpt pulihkan luka dalm sethu sy la ikn haruan..coz sy msa bersalinkn ank pertama operate..so hari2 mak sy msk kn sup ikn haruan..mula2 mkn memng rse bisa cket..tp lme2 ok..

  8. liz berkata:

    saya nak betanya semasa dalam pantang saya tidak menghabiskan ubat tradisional
    adakah ubat itu wajib bagi wanita dalam pantang?tidak cukupkah hanya pantang makan dalam berpantang?kerana sepanjang dalam berpantang saya terlalu makan benda-benda yang berherba dan minum air dalam kuantiti yang sedikit dan membuatkan saya tidak mahu makan kerana bimbang badan saya akan menjadi lagi panas apabila saya memakan ubat tersebut.

  9. faezah berkata:

    sekarang saya dah nk habis pantang lg 6 hr nk habis.utk anuar yang bertanya td..daging dan ayam blh dimakan tetapi bisanya lp 3 mggu berpantang..buat la sup ke.. bakar pn blh jgk.

  10. valar berkata:

    sekarang saya hamil 3 bulan.
    saya belum bersedia untuk mendapatkan anak sekarang.
    ada tak cara untuk mendatangkan haid.
    tolong balas secepat mungkin.terima kasih.

  11. kebayan berkata:

    valar .. maksud you .. you nak gugurkan kandungan .Tiga bulan tu .. dah agak besar tau bahaya .. takut cedera rahim .Kenapa tidak you terima saja .Sekarang ni ada bermacam macam kaedah untuk merancang anak ..kalau dah ada dalam kandungan baik terima saja ..

  12. valar berkata:

    cara penjagaa badan semasa mengandung

  13. lina berkata:

    saya dah 10 hari lewat datang haid. selepas 10 hari haid saya keluar. pada awal haid tersebut saya ada test yg saya ni +ve hamil tetapi selepas 5 hari haid sekali lagi sya uji kehamilan saya telah bertukar menjadi -ve. adakah saya mengalami keguguran? sekiranya saya keguguran adakah saya perlu menjalani proses “cuci rahim” di klinik?

  14. cimin berkata:

    lina,sy baru mengalami keguguran n sedang dalam pantang.kandungan sy tlh hampir cecah usia 2 bln.pd mulanya dr kata mungkin sy perlu menjalani proses cuci rahim/d&c tapi slps pemeriksaan lengkap dr dapati sy tlh mengalami complete abortion,so she said xpe xperlu cuci rahim.so in your case, i dont think u need it.dia keluar bersama darah haid.

    satu lagi,keinginan yg terlalu tinggi utk mengandung boleh mengubah hormon dan bila test urine seolah2 mengandung (+ve)but sbnrnya tidak mengandung.haid akn dtg lewat sbb perubahan hormon.so kemingkinan juga anda tidak mengandung.

  15. ina berkata:

    hi, sy baru 18 hari bersalin melalui pembedahan. masalah sy tidak lalu makan slp bsalin dan mengalami tekanan emosi. mungkin kerana sy sndiri menguruskan anak sejak keluar hospital dan hanya mndapat sedikit pertolongan dr segi jagaan bpantang dari ibu sy. bagaimana sy hendak mengatasi masalah sy ni supaya tak berlarutan?

    • zee berkata:

      masa bersalin ank pertama saya pun sama, tak lalu makan,sebab makan benda yg hampir sama setiap hari dan agak stress, tp bila renung bby tu hilang segala tekanan..

      • rina berkata:

        sabarla bnyk2 setiap kali bersalin akan rase mcmtu..stess sgt2 tp mntkla tlg husband insyaallah…

  16. kebayan berkata:

    ina .. selepas bersalin memang kita agak tertekan kerana perubahan hormon .Ina kena bawa bertenang dan positif selalu jangan ikutkan sangat perasaan yang tertekan itu kerana kalau tidak dikawal ianya akan memudaratkan .Mungkin ina pernah dengar penyakit gila meroyan .Penyakit ini selalu menyerang ibu ibu yang lepas bersalin akibat emosi yang tidak terkawal .Berbincanglah dengan suami dan dapatkan sokongan darp pada nya ..

    • ina berkata:

      thanks kebayan. hubby cukup supportive sejak disahkan pregnant dulu. sy bpantang dikampung n bjauhan dari hubby dlm tempoh ni. btul ckp u tu sy x boleh ikut perasaan sgt. mybe sy cukup letih n sakit slp bsalin berlarutan smp 2 weeks. sy x salahkan ibu sy yg kurang pengalaman mjaga org bpantang. cuma sy sepatutnye dpt cukup rehat tp sejak hari ptama sy tpaksa sediakan uruskan anak n diri sndiri smp hari ini. sy bukan suka mengarah ibu utk sediakan ape2 utk sy atau baby. selagi sy mampu buat sndiri even tpaksa menanggung sakit pada mulanye.
      moralnye, ibu2 slp bsalin perlu dijaga baik dr semua segi so x kan timbul masalah emosi or ape pun

      • rina berkata:

        doa bnyk2 ckp ya allah sabarkan aku..sy dlu anak setahun sorang lg susah duk plak dgn mak mrtua klu dgn mak sndiri bole jgak die pkaikan stokin tp dgn mak mrtua hm..sy kne jga anak yg bru lahir (dlm ptang) juga anak lelaki yg brumor 1 thn lg susah tp kite kne kuat smgt utk anak kite tue..sabar yea…

  17. sha berkata:

    Sekrang sy sdg berpantang selama 1 hari. sy nk tanya samada buah-buahan apakah yang boleh dimakan oleh ibu yg sedang brpantang yang tidak akan memudaratkan diri dan anak yg sedang menyusu badan

  18. sha berkata:

    maaf ader kesilpn menaip. bkn selama 1 hari tetapi 17 hari

  19. ifa berkata:

    Sha,
    buah-buahan kalau ikut cakap nurse hari tu yg kita boleh makan waktu pantang ni..buah limau sunkist…cuma kalau baby yang masih menyusu tu boleh effect dia kerap buang air besar..so tak yah la makan banyak cukup la 1/4 sehari dr buah tu utk lepas gian. amalan ni elok juga kalau ada anak yg kena jaundis…kalau baby menyusu kerap lah dia membuang sisa – sisa dlm badan…boleh kurang kan kuning tu…

  20. nana berkata:

    thanx info pasal limau tu…saya baru termakan n tak tau plak ia bagus utk baby yg kena jaundis. anak saya ada jaundis dah tahap 10…so kena jaga2 jgn makin naik lagi.

  21. Ct berkata:

    Sy br b’salin 2 mggu.utk jaundis,blh bg kat bby buah kundur manis yg jual kt kedai mcm halwa,warna puth.masukn dlm botl susu berisi air suam.sy br dpt petua ni dn alhmdullh bby sy xkna jaundis.slmt mencuba

  22. yana berkata:

    salam..nk tnya..sy br gugur seminggu yg lps.usia kndungn 5 mnggu anak prtama.adakah perlu sy pntang mcm org bsalin slama 40 hr..adakah juga sy perlu mkn mcm org pntang??apa yg blh d mkn dan tak blh..janin sy kuar tnpa cuci..hrp bntu ye..tqvm

  23. watie berkata:

    sy cuma nk share pengetahuan.saya bru shj nk menimang chy mata yg 1st.utk penjagaan lam pantang,sy upah sorg mkcik dr 1 agensi ni.dia mmg pkr dan dilatih utk mnjaga org dlm pantang.so,jika mana2 bakal ibu yg tidak ada siapa nk menjga,leh ler hubungi agensi tuh.walaupun mhl,tp complete dia akn jaga kita dr segala hal.kiter relax jer.

  24. sabrina berkata:

    saya melahirkan secara ceasarian, so saya juga boleh makan limau sunkist? sekarang anak saya berumur 29hari

  25. norfarhana berkata:

    watie, blh bg no tel agnsi tu tak? apa nama agensi tu?

  26. nadia berkata:

    sy cuma nk bagi infor kpd bakal2 ibu yg akan melahirkan dan memerlukan penjagaaan rapi secara tradisional, spt berurut, berbengkung, param, pilis, mandi herba, minuman akar periuk, termasuk petua2 tradisional, blh menghubungi d talian 017-238 0009. Harga blh dirunding, juga blh menjaga ibu yg melahirkan secara ceaserian.

  27. anggunbeaute berkata:

    kepada bakal2 ibu @ ibu2 yg telah melahirkan..boleh cuba Lady’s Herbs Gold + Gula Herba..amat mudah diambil sewaktu dlm pantang..

    maklumat lanjut..layari

    http://www.anggunbeaute.blogspot.com

  28. Izzy berkata:

    Saya tengah mengandung 2 bulan lebih..boleh tak untuk saya menaiki kapal terbang dalam usia kandungan seawal ini…tak ada peape kesan ker?

    • jiemusa berkata:

      Salam Izzi,

      2 bulan pertama dan jika mengandung sulung dinasihatkan dapatkan advice doktor. Jangan pikir diri sendiri jer yer. Dah ada satu nyawa dalam perut tu :)

  29. PART TIMER berkata:

    satu lagi makan buah kurma banyak2 time mengandung.mudah bersalin…

  30. meow berkata:

    kepada yg mencari khidmat penjagaan lepas bersalin…
    saya ada simpan satu artikel yg penah kuar kat kosmo..
    bg ibu2 yg ingin mendapatkan khidmat penjagaan masa berpantang…

    sila lihat website ini

    http://www.shadirabeauty.com atau 012-2141 780

    saya hanya membantu :)

    • iekacute berkata:

      Salam Meow…I memang suke kat shadirabeauty.com dia orang ade kelas! u pun ade pernah ambik kat dia orang ke? … kekawan semua jangan lah dengar ada segelintir yang dengki PHD tinggi tu … shadirabeauty.com memang tukang urut tradisional yang the best!!!

  31. ella berkata:

    boleh makan daging, tapi kena salai pastu cicah ngan air asam..emmm cedapnyer…

  32. ruby berkata:

    saya hadapi masalah sembelit semasa hamil dan semasa berpantang..doctor ada beri cecair utk melawaskan pembuangan air besar tp utk beberapa hari sahaja..sakit bersalin dan sembelit adalah paling saya takut ketika berpantang..adakah melebihkan jus oren,tembikai dibolehkan?saya suka kaedah natural dari ambil ubat dr doctor..

  33. Hadzrin berkata:

    Buah durian belanda bagus untuk kanser. Lebih baik dari buat kimotheraphy.

  34. nur.. berkata:

    kawan saya menjadi mangsa… dia slalu menangis.. br seminggu kejadian… dia menjadi amat risau.. pendiam dan asyik menangis.. dia takut sekiranya dia hamil.. saya sebagai kawan, tak tau mcm mane nak tlg.. kawan saya seorang yg pandai, pelajar ipta, anak yg soleh.. bagai mane hendak mengelak kehamilan..
    sbb kenape saya ingin menolongnya..
    baru seminggu kejadian, dari belum hamil, baik dicegah. kerana kawan saya tidak ingin melakukan dosa akan datang dengan menggugurkan kandungan yag sudah 2,3 bulan. tlg la kawan saya yg menjadi mangsa ini..

    • jas berkata:

      cerita apa ni?

      • meowie berkata:

        skrg ni soh dia beli urine test.kalau negative,soh die makan buah nanas banyak2…tapi kalau keputusannye positif,sebaiknya die kna terima je laa…

      • rina berkata:

        jgn mkn buah nenas tue tajam sebaliknye mkn ubatan herba atau jamu yg panas…tp mmg kne buat urine test dlu..nenas tue tajam nnti bile da kawin nak mengandung susah nk lekat plak..

  35. sila berkata:

    hi…sye dlam berpntang sy tiada selera makan kerana masalah peribadi& kuarga…adakah a tak jejaskan kesihatan saya kelak?

  36. ayu berkata:

    hi..sya nur hidayu..sya keguguran..& msih dlm pantang..sya ingin bertanya bole kah sya bole mkn ubi kentang..& ikan merah air tawar?

  37. reen berkata:

    ubat ibu dlm pantang tak ada ke?

  38. Sheda berkata:

    bolehkh ibu2 yang bersaln melalui pembedahan makan sama seperti ibu2 yang bersalin secara normal sperti masakan ayam yang dicmpur dengan kunyit, halia dan lada hitam… ini adalah kerana saya mendengr pndapat yang mengatakan lada hitam bole menyebabkan kepedihan pada jhitan pada perut yg bersalin melalui pembedahan. sila reply jawapan saya di email add Rashida_ren@yahoo.com.my sekian terima kasih.

  39. mama3 berkata:

    masa akak dlm pantang dlm 2 mggu awal xdigalakkan mkn yg bergoreng,yg berkunyit takut jaundis baby naik..susukan bb 2 jam skali even dia tido.
    akak byk mkn sawi yg wat sup letak bwg +halia+garam supaya xsembelit.spirulina pun ok.ayam buat sup leh mkn dlm mggu ke 2.
    ikan merah gatal,xleh mkn.ikan haruan bkar,wat sup bagus untk sembuhkan luka.
    nk bg byk susu amalkn mkn minyak ikan time hamil.slalu minum susu.

  40. shasha berkata:

    saya mengandung 6 minggu dan didapati mengandung luar
    rahim dan tiub sebelah kiri saya dibuang sehingga kini
    sudah 1 tahun lebih saya masih tidak mempunyai anak.
    dan kitaran haid pun tidak menentu.tlg berikan pendapat
    tentang masaalah saya ini.

  41. ira berkata:

    saya sudah 3 bulan lebih tak datang bulan. sebelum ni memang saya ada masalah datang bulan tak teratur. kadang2, dua bulan sekali.
    sepanjang 3bulan tu, dah 4 kali wat urine test(mcm2 brand), tapi keputusan semua negative. So, apa yg patut saya lakukan sebab saya tak pasti apa masalahnya?
    please reply secepat mungkin.

    • MUMMYMPUTERI berkata:

      I PUN ADA MASAALAH CAM U GAK LEPAS ANAK FIRST UMUR 5 TAHUN I G JUMPA PAKAR PERBIDANAN DIA KATA HORMON TAK STABIL PAS TU DIA BAGI I UBAT HORMON DAN SKRG I TGH MENGANDUNG 3 BULAN ….

  42. siti rohani binti tugiman berkata:

    untuk mengatasi masalah sembelit ketika dalam pantang.saya amalkan makan jadam.x payah nak makan ubat doktor (cairkan najis).

    • natasha anis berkata:

      jadam 2 ape??
      sy bru je bsalin hr ke7..sejak bsalin xpenah buang air bsr lg…ubat doc hari2 makan tp still same jek..risau btol xbuang air bsr ni,tkt sembelit..

  43. sue88 berkata:

    slm..sue kawen bln 6 taon lepas.sblom kawen period ok je.pas kawen 2 bln kemudian trus xdtg period smpi hari ni.mt ubat soh dtg period mjd lima hari je n smpi hari ni xdtg2 period.can some1 help me?

  44. norliza idris berkata:

    salamm, saya eliz 33thn nak tanye mcmane nak hilangkan sakit batu merian dlm pantangg.. rasa nye seperti mcm sakit nak bersalin tuu.. saya now masih preggy lg anak keenam dah nak masuk 7 bulan.. harap leh membantu dan berikan jwpnn..

  45. shamiza berkata:

    saya dah lewat 5 hari tak datang haid.apakah cara nak kasi datang haid semula.boleh sesiapa kasi petua supaya turun haid saya ni.terima kasih.

  46. umi berkata:

    saya baru lepas keguguran. Apa yg patut saya lakukan memandangkan saya tinggal berjauhan dari orang tua saya.

  47. ain berkata:

    di mana boleh saya dapatkan info2 untuk pentang dalam pemakanan bagi yang keguguran?

  48. ain berkata:

    di mana boleh saya dapatkan info2 untuk pantang dalam pemakanan bagi yang keguguran?

  49. MissProtective berkata:

    Shamiza,
    saya pernah mengalami perkara yg sama.
    google pnya google, sy terjumpa petua ini..
    saya rs yakin sbb menggunakan ayat2 Al-Quran..jadi sy cuba..tak menyakitkan.. Alhamdulillah.. http://halaqah.net/v10/index.php?topic=3677.0

    saya nak berkongsi skit tentang 3 kes kawan saya yg mempunyai beberapa masalah..

    1)haid tidak dtg selama setahun
    -saya syor beli sebotol cuka dan dibacakan fatehah 1x,yasin ayt45 33x dan lauanzalna 3x (al hasyr 21)tiup sampai habis nafas pada cuka.Pastu sapu kat ari2 2x sehari…-setelah pesakit mencuba selama 2hari alhamdulillah dgn izinNYA telah datang haid…

    2)haid turun tanpa henti selama beberapa bulan
    -saya syor spt yg saya telah sebut diatas..
    -setelah pesakit mencuba selama seminggu,alhamdulillah ada perubahan dan darah haid semakin berkurangan..

    3) keguguran lebih empat kali
    -saya syor juga spt yg saya telah sebut diatas..
    -setakat nie alhamdulillah kandungan sudah mencecah 4 bln dan sihat wal afiat…

    ** kita hnya berusaha & berikhtiar, yg selebihnya Allah swt yg tentukan..

  50. Farizah Ismail berkata:

    Salam, sy ada pertanyaan,
    sy baru kguguran smasa mngandung 3 bulan, soalan sy:
    1. Berapa lama sy perlu bpantang?
    2. Sy masih brurut tp bidan kt x boleh disengkak krn luka dlm rahim perlu baik dulu, betulkah? hari kberapa blh sy sengkak rahim?
    3. Semasa dicuci blaku pdarahn yg byk, jd skrg sy cepat penat dan slalu pening.

    • Reny berkata:

      Hai Farizah.
      Saya sedang berpantang anak no4, tapi Allah lebih menyayangi nya. Saya sempat berjumpa arwah 4 hari setelah melahirkan dia. Nama arwah Kasih Zulaikha binti Abdul Halim. Kelahiran pra-matang(7 bulan). Nama saya Reny. Saya berurut selama 5 hari dan mak bidan sengkak dgn baik peranakkan saya secara perlahanan2. Kelahiran saya secara normal dan doktor memberi saya cuti bersalin 60 hari, jadi lebih baik saya pantang 44 hari penuh.
      Pengalaman saya kehilangan anak sebyk 2 kali (Y2008) (Y2011):Buat Farizah…
      (1) Pantang sebaik munkin (ikut cuti yg diberi doktor) untuk mengelakkan turun darah.
      (2)Ttg urut tgk pada pengalaman mak bidan. Biasanyer mak bidan akan urut dgn cara yg perlahan di tempat peranakkan. Sengkak juga mak bidan akan buat tk perlu tunggu lama(melainkan kelahiran bukan normal) untuk elak badan masuk angin dan biasanya mak bidan yg berpengelaman lebih tahu ttg urutan dan sengkak. Carilah mak bidan yg berpengalaman. Skrg ni byk tukang urut yg ngaku bole urut tapi hampeh. Selepas diurut, jgn lupa bertungku(penting) untuk buang angin dan mencairkan darah2 ketul lam peranakkan supaya bersih. Kalo bole ambil Polleney Pati Ikan Haruan sekali selepas urut minum, elok untuk mengecutkan rahim selain bertunku. (saya amalkan, segar selain itu)
      (3)Kita beranak untuk minggu pertama mmg nampak lesu, Pastikan Farizah urut, mandi daun herba, bertunku, berpantang(mkn dan kurangkan minum air utk elak buncit) insyallah awak akan dpt blk segaran setelah 2-3 minggu. selepas 44 hari ambik innershine. ermmm berbaloi. saya dh cuba.Ok jg diri. Kita cuba selebihnya kita serahkan pada Allah.

  51. Aida berkata:

    Macam mana ea nak elakkan sembelit time berpantang…..
    nak makan ape ea…

  52. ain berkata:

    Stakat ni,alhamdulilah sy tk smbelit..petuanya sy buat sup sayur sawi+bwg bsr+sdikit asam jawa+garam.dsamping blh mgurangkn bau darah nifas yg busuk dn kuning anak pun blh kurang.

  53. sya berkata:

    saya dalam 8 hari pantang anak ke2… masa pantang anak prtama dulu sy mengalami sembelit yang amat teruk walaupun bermacam ubat dr farmasi/hosp. dicuba.
    Tp untuk pantang kali ke2 ni saya cuba makan phytonatal (NR) je.. Alhamdulillah, masalah sembelit xde, hari ke 4 dah dapat buang dgn lancar.. cuma masalahnya beri kesan kat baby jga sebab saya BF kat dia.. baby pun asyik “lawas’jek

    • farah berkata:

      to sya..sy br 11ari berpantang..ari ke 3 n 4 ok je buang air bsr..pastu smp skg sembelit..mnr nk dpt ‘phytonatal’ 2..?? plz rply..risau sgt n jd tkt nk buang air bsr..

  54. nona berkata:

    sy 2008 kguguran ank ptama 4bln krana xmjaga kshihatan asyik sibuk,tp pas 2 sy xbpantang sbb xrase pepn.tp kira pas 6bln sy mngalami sjuk ngilu kaki smpi sy hamil ank kdua bln ramadan 2009.skg ank sy staun sbulan lebih,slpas 3bln bsalin sy kuat minum sjuk n dlu bpantang cme brurut.skang bdn sy xleh kne sjuk spt ps cuci pingan,kaki n jari seluruh bdn sy mgalami sjuk bisa yg xtrtahan myucuk spt mengigil,tkanan ingin mjerit nk marah n dsbbkn sjuk sy akn bselimut,pnah mgadu dgn mk mtua jwpn cme letak myk angin je.tlong sy apa patut wt seksanya..

  55. nak tau mak saya pantang dah dapat bayi perempuan

  56. pn lina berkata:

    saya bru dpt baby 22hb ogos ni…alhamdunillah baby siat…cuma yg menjadi masalah saya…skang dah masuk 22hari,tp masih ada darah yang mengalir…normal ke tu?saya bersalin normal…sebelum ni operate…kira ni anak yg ke 2…saya risaulah…boleh sapa2 tolong

  57. umufatim berkata:

    Sy sdg bpantang 2mggu 6hari anak ptama. Normal bg kluar darah plg lama 60hari.. Ttg mslh sy pTutlah sy mgalami satu tkanan emosi yg sy x pnah rsai sblum ni hgga mlihat muka bb rsa Mcm x bbaloi mrasa skit dr awal mgandung hgga bsalin. Rupanya itu lah mroyan.. Mujur ad ksdaran n sokongan jd ok da

    • lynda berkata:

      Hii,nk tny sesapa ade info psl khidmat org jge dlm pantang ni?sy due bulan depan,parents xde..hubby lak outstation..MIL da uzur..igt nk amik je kat jemari tradisional cume takut kna tpu laa..sb kna byr deposit 2minggu awal sbyk 1k,and mcm xde jaminan..takot pas2 bayar nt lesap..any suggestion ?slain dr,jaritimore,jemari tradisional,shadira n mutiarasygibu…ader x mane2 makcik urut yg wat khidmat camnih,just utk 20hari..need help.

  58. murni berkata:

    Salam..sy tengah berpantang skrg ni..hari ni dh hari ke 36 tp sy masih mengalami sembelit setiap kali buang air besar.Setiap hari sy buang air besar, tp sembelit masih berlaku..sy tlh banyakkan minum air, makan sayur, oren, epal..tp masih sembelit.apa yg perlu sy lakukan…satu lagi, luka jahitan saya masih belum kering walaupun sudah hari ke 36.luka tersebut tdk mndatangkan sakit, cuma belum kering lagi..kenapa ya??

  59. nurul berkata:

    sy nk tanye skrg ni sy bru 2 mggu melahirkn ank melalui pembedahan…klu kt hospital dieorg bg sy mkn roti dan sup serta bubur gandum tp tua sy kate x boleh bubur gandum tu angin pastu roti tu die x pasti yg die tau kena mkn nasi panas dan ikan bilis goreng tanpa minyak serta ikan haruan shj…blh bg pendapat kt sy x?

  60. safia berkata:

    Hospital mmg akn bg kite mkn apa sja..terpulang kepadaa wk,nak makan ke tak..lain orang,lain badannya.Kadang2 penyakit kesan xberpantang xterus datang kalau kite xpantang….umur 40an nanti baru rase.Kecuali kalau kena ujan……on the sport kite akan menggigil kesejukkan yang teruk(depend pd ketahanan tubuh)

  61. nzar berkata:

    saya dah lama bersalin, baby dah masuk 9 bln pn.bleh ke minum air tebu?x tajam ke..ada org samapi turun darah ke?

  62. Simply desire to say your article is as surprising.
    The clearness to your submit is just nice and that i could assume
    you are knowledgeable in this subject. Fine together with your permission let me to grab your
    RSS feed to stay updated with coming near near post. Thanks one million and please continue the rewarding work.

  63. click here berkata:

    Hi there to all, it’s really a pleasant for me to go to see this web page, it includes useful Information.

  64. ageless male berkata:

    I want to to thank you for this fantastic read!
    ! I definitely enjoyed every bit of it. I’ve got you saved as a favorite to look at new stuff you post…

  65. click here berkata:

    Wow! At last I got a web site from where I can actually obtain valuable information concerning my study
    and knowledge.

  66. I am regular reader, how are you everybody? This post posted
    at this web site is actually fastidious.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: