Keputihan bermasalah perlu rawatan segera

Keputihan dihadapi kebanyakan wanita adalah sesuatu yang normal. Umumnya, setiap wanita ada keputihan kerana ia sebenarnya proses perubahan hormon dan pembersihan yang mana sel sudah mati pada lubang faraj dikeluarkan.

Pensyarah Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr Nur Azurah Abdul Ghani (gambar), berkata selain wanita yang sudah berkahwin dan hamil, remaja perempuan juga ada mengalami masalah keputihan, malah ada kalanya budak kecil turut tidak terkecuali.

Bagaimanapun, beliau berkata, kebiasaannya remaja jarang dapat keputihan kecuali mereka mengambil ubat tertentu seperti mengambil ubat untuk penyakit diabetes, mempunyai sistem badan rendah atau seorang yang aktif secara seksual.

Berbanding wanita hamil memang berisiko mengalami masalah keputihan kerana perubahan hormon yang berlaku ketika kehamilan menyebabkan wanita berkenaan sesuai untuk mengalami jangkitan kulat. Secara anggaran, hampir 80 peratus atau 8 dalam 10 wanita hamil mungkin ada masalah keputihan.

Begitu juga wanita yang sudah berkahwin, dianggarkan 75 peratus akan mengalami masalah keputihan. Masalah itu berlaku sebab wanita itu sudah ada pendedahan seksual dan ini menyebabkan dirinya senang dijangkiti.

“Ada ibu yang risau tengok anak perempuan daripada usia bayi lagi sudah ada keputihan. Hal itu tidak perlu bimbang kerana keputihan adalah kitaran perubahan hormon dalam badan yang menyebabkan cecair itu keluar.

“Remaja dan wanita lain juga tidak perlu bimbang jika ada keputihan kerana selagi tidak mendatangkan gatal dan tiada kemerah-merahan pada bahagian sulit, ia dikatakan keputihan yang biasa atau disebabkan kitaran hormon,” katanya ketika ditemui Berita Harian di HUKM, Cheras, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dr Nor Azurah berkata, keputihan dianggap bermasalah atau yang lain daripada biasa, seandainya ia keluar terlalu banyak, berbau busuk dan hanyir serta menyebabkan bahagian sulit berasa gatal atau radang. Keputihan itu juga tidak berwarna putih lagi, tetapi berketul-ketul seperti keju dan menjadi kekuningan serta hijau.

Keadaan seumpama itu selalunya disebabkan penyakit lain atau dikaitkan dengan jangkitan kuman seperti tricomonas, bakteria dan flagellat.

Jika keputihan keluar banyak sehingga menyebabkan berasa gatal dan sakit pada bahagian sulit, beliau menasihatkan wanita berkenaan perlu berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan rapi. Ini berikutan, kegatalan yang amat sangat menyebabkan seseorang itu menggaru sehingga kulit vagina akan melecet dan terasa pedih atau seperti terbakar.

“Faraj mengandungi kuman semula jadi bacillus asidofilus yang menghasilkan asid lactate berfungsi melindungi faraj dari kemasukan kulat dan kuman. Kadangkala pembiakan kuman asidofilus meningkat dan menyebabkan pengeluaran cecair berwarna putih kekuningan dan berbau masam.

“Bau masam pun boleh berlaku akibat tindak balas kuman kepada peluh yang sering berlaku pada bahagian kemaluan. Kadangkala keasidan faraj kurang dengan tahap yang memudahkan sejenis kulat yis menghinggapinya dan membiak serta menjadi masalah,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Nor Azurah berkata kebanyakan wanita malu untuk membuat pemeriksaan doktor dan menganggap masalah seumpama itu perkara biasa. Hanya kurang 15 peratus yang datang untuk membuat pemeriksaan doktor.

“Rata-rata yang datang pula apabila sudah ada radang dan tidak tahan lagi menahan sakit. Selain itu, ada yang lebih suka merawatnya dengan kaedah tradisional dan cuba mengubah amalan pemakanan. Jika tidak berjaya, baru mereka datang berjumpa doktor untuk rawatan. Tetapi bagi kebanyakan wanita hamil masalah keputihan dirawat dan dikesan doktor apabila wanita berkenaan membuat rutin pemeriksaan,” katanya.

Dr Nor Azurah berkata, masalah keputihan disebabkan jangkitan kulat tidak membawa kesan pada kesuburan. Tetapi dari segi hubungan seksual antara suami isteri memang ada kesan. Apabila masalah keputihan teruk dan berbau sudah tentu tiada keinginan untuk melakukan seks.

Katanya, radang pada kawasan sulit menyebabkan pasangan berasa sakit dan tidak selesa apabila hendak bersama. Malah, walaupun tidak dikategorikan dalam penyakit kelamin berjangkit, jika isteri ada masalah keputihan, suami boleh mendapat jangkitan kuman itu dan kesan yang dialaminya juga sama termasuk, sakit ketika hendak buang air.

“Pakai seluar dalam pun berasa sakit apatah lagi hendak bersama. Keadaan itu sama seperti bayi yang berasa sakit dan sering menangis apabila melecet dan ada masalah ruam atau radang lampin,” katanya.

Mengenai kaedah rawatan herba yang digunakan untuk mengatasi masalah keputihan, Dr Nor Azurah berkata, ada penggunaan rawatan itu yang menyebabkan kes pendarahan berlaku. Rawatan itu bukan saja menyebabkan keputihan hilang, tetapi membuatkan rahim mengecut.

Pengecutan rahim kadang-kadang menyebabkan keluar darah beku dan darah yang banyak. Tetapi pendarahan yang berlebihan dan tidak mudarat, tidak mengapa selagi wanita itu sendiri boleh toleransi dengan keadaan berkenaan.

“Banyak yang kata, herba berkesan tetapi tiada data untuk menyokong. Jadi, biarkan individu buat keputusan sendiri. Seperti rawatan moden yang juga ada kesan sampingan, begitu jugalah rawatan herba. Cuma bezanya, rawatan moden ada kajian dan data yang menyokongnya.

“Tidak adil menyatakan rawatan herba itu berkesan atau sebaliknya. Tetapi satu perkara kita perlu faham, kaedah perubatan tradisional itu sudah lama diamalkan orang dulu dan didapati berkesan serta diperturunkan dari generasi ke generasi hingga kini. Jadi, jangan membelakangkan kaedah tradisional kerana sudah ada kesahihan walaupun tiada sokongan data,” katanya.

FAKTA: Keputihan yang dihadapi kebanyakan wanita
Secara umumnya, wanita mudah mengalami keputihan pada sekitar sebelum waktu haid mereka.

Rawatan masalah keputihan boleh dirawat tetapi boleh berulang jika tidak mengambil dos ubat yang ditetapkan.

Ada dua jenis rawatan iaitu pil makan dan ubat sapu atau ubat suppofositori berbentuk peluru yang dimasukkan ke dalam ruang faraj.

Wanita yang berkahwin, hamil dan sudah ada hubungan seksual lazimnya, akan diberikan suppofositori yang diambil untuk pagi dan malam. Wanita yang belum berkahwin atau belum pernah ada aktiviti seksual rawatan lebih sesuai ialah pil makan.

Rawatan selalunya seminggu tetapi yang menjadi masalah ada pesakit yang ambil tiga kali seminggu kemudian berhenti apabila sudah nampak kesannya.

Krim sapu bertujuan untuk mengurangkan masalah radang, gatal dan melecet pada bahagian sulit dan celah kangkang.

Individu yang mengalami masalah keputihan disarankan mengamalkan amalan pemakanan dengan membanyakkan makan sayur hijau dan dadih yang ada kandungan lactobasillus.

Wanita yang ada masalah radang digalakkan kerap menukar seluar dalam dan pakai yang diperbuat daripada kain kapas serta longgar.

Ada kes yang mengambil pil perancang mengalami masalah keputihan yang teruk, tetapi tidak semua yang mengambil pil perancang ada masalah keputihan.

Cara pemeriksaan ialah doktor meneliti faraj wanita itu dengan menggunakan alat pembuka faraj dan mengambil cecair untuk melakukan kajian mikrob supaya dapat mengenali jangkitan sebenar serta ubat yang lebih spesifik diberi.

Contoh jenis jangkitan

Kulat Candidiasis (keputihan seperti kepingan susu basi) yang perlu dirawat.

Kuman Tricomonas (lelehan keputihan atau tidak berwarna cair, banyak, berbuih)

Bacterial vaginosis (lelehan berbuih, berbau hanyir)

Kuman Chlamydia (jarang menyebabkan lelehan)

Kuman Gardneralla (lelehan cair berbau busuk)

Oleh Nor Affizar Ibrahim


Rawat Keputihan. Nak tau, sila klik sini

43 Responses to Keputihan bermasalah perlu rawatan segera

  1. nyusi berkata:

    ada nggak prosentase remaja wanita yang mengalami keputihan di indonesia?

  2. masieza berkata:

    saya perlukan, cadangan untuk mengubati masalah kaputihan atau berbau yang tidak selesa. Tolong saya…

  3. mimie berkata:

    saya ingin bertanya adakah masaalah kuputihan ini akan menyebabkan seseorang itu sukar memiliki zuriatt,…tolong saya… keputihan yang saya alamai adalah jarang-jarang sekali..tetapi berbau ….dia berwarna putihh..kadang-kadang dari jenis gumpalan.

  4. Quintas berkata:

    to mimie,

    keputihan tu biase nyer disebabkan oleh jankitan bakteria2 kan? Baek u pergi jumpe pakar doktor untuk wat checkup.

    Mane tau bnde seriuz ke, sebab bdn pempuan dah la bnyk hormon2…payah nak kendalikan hehe.My best advise pi jumpe doktor yg lebh mengetahui. Ikut cakap dia and sure akan elok punyer insyallah.

  5. kebayan berkata:

    Quintas….mana mana ada je ko….pasal keputihan pun ko nak tumpang semangkuk,dasyatlah ko ni…..

  6. Quintas berkata:

    haha kebayan, selagi aku leh tolong aku tolong da…lagi pun siape lg nk tolong?…
    im just doing my part..kite sesame saudara pe salah nyer kan..

  7. nazrida berkata:

    mimie, betul kata kebayan.

    Kalau gumpalan putih susu tu biasanya menunjukkan waktu kita tengah subur!

    Masa lepas buang air kecil, cuba basuh dengan air rebusan sireh, atau pun daun jambu batu yang direbus.

    Air rebusan sireh juga boleh diminum untuk mengubati keputihan.

    Jangan biarkan seluar dalam basah/lembap. Tiap kali lepas buang air kecil, lap kering bahagian alat sulit, gunakan panty liner supaya keputihan yang keluar dapat diserap, ini boleh mengurangkan kegatalan. Jangan digaru.

    Jangan gunakan sebarang ubat/krim tanpa nasihat doktor sebab alat sulit tu banyak bakteria baik yang menjaga keseimbangan persekitarannya…

  8. farah berkata:

    Sy sudah lama mengalami masalah keputihan ini.Tp ia nya tdk menetu.Kdg2 tdk ada lngsung.Masalah terbaru yg sy hadapi sekarang ini adalah sy mengalami kegatalan di dalam lubang vagina di mana sy juga mengalami kesakitan ketika buang air kecil.Jd sy ingin tahu apa yang perlu sy buat utk menyelesaikn masalah ini.

  9. kebayan berkata:

    Farah..pergilah jumpa doktor,benda ni perkara biasa aja..sakit buang air tu,pasal dah luka.

  10. MOHD FAkRULRAZI berkata:

    masalah farah ni..lain mcm la…

    ade kegatalan di dalam lubang vagina ye..lpas tu sakit ye..

    ermmmmmm rujuk klinik berhampiran

  11. Quintas berkata:

    dey..pi la jumpe doktor…

  12. lisz berkata:

    sy mengalami masalah keputihan yg serius..ianya berwarna kuning dan berau terlalu kuat..ape yg patut sy lakukan? sy dah cuba menggunakan basuhan air sireh tp x menjadi..

  13. SinarisBeauty berkata:

    salam lisz

    Apakata u cuba amalkan Ladys Herbs Gold…ramai pembaca kat sini telah menghubungi saya…dan telah mencubanya. Kebanyakannya mengalami masalah keputihan disamping masalah dalaman wanita yg lain. Alhamdulillah…feedback yg kami terima amat menakjubkan…sebotol dah nampak kesan!! Kini, ramai yg telah mengamalkannya untuk kesihatan dalaman yg berpanjangan.

    Jika lisz atau sesiapa saja yg berminat…hubungi saya untuk mendapatkan keterangan lanjut tentang ladys herbs gold ini 013-3903443 (Kak Jah).

    Terima Kasih kepada anda yg telah menghubungi saya …dan juga kepada anda yg telah mencuba serta mengamalkan ladys herbs gold ini.

  14. intan berkata:

    dekat sini dah jadi tempat promosi …

  15. SinarisBeauty berkata:

    Salam intan

    Tepat sekali…tapi ini bukan sebarang promosi tau…promosi sambil menolong kaum2 wanita kita yg bermasalah…tak salah kan. Setakat ini dah lebih 20 orang wanita yang telah menghubungi saya…ada yang bermasalah keputihan (anak dara lagi), tiada nafsu nak bersama suami, payudara lembik, senggugut dan macam2 lagi…Ada yg telah mencuba dan menghubungi saya untuk kali ke2..3…memuji keberkesanannya!!! Lagipun, saya rasa terpanggil utk tampil kat blog ini memandangkan Ladys Herbs Gold ini telah mendapat sambutan yg menggalakkan dari peminat kat blog ini…

    Terima Kasih kepada Kak Kamariah ….kerana sudi berkongsi pengalaman beliau ttg Ladys Herbs Gold kat blog ini…dan menjadi pencetus inspirasi kepada pembaca lain..

    • vita berkata:

      Saya dah cuba Ladys Herbs Gold ni tapi warna keputihan tu tukar jadi warna coklat…macam darah pun ada…takut juga dibuatnye..kenapa ye Sinaris. Nak tanye masa menses boleh makan LHG jga ke?

      • SinarisBeauty berkata:

        Kepada vita dan juga kepada anda yang telah mencuba Ladys Herbs Gold…

        saya amat berbesar hati sekiranya anda semua dapat menghubungi @ sms saya sekiranya ada berlaku perubahan @ tindakbalas yg tidak menyenangkan..kerana setiap tindakbalas yg berlaku adalah berbeza bagi setiap individu..

        Sila hubungi saya di no. 013-3903443.
        Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya…
        insyaallah saya akan cuba membantu.

  16. siska berkata:

    intan…kau pun boleh buat promosi jugak ….kalau elok nak jugak aku try. Aku memang suka benda2 mcm ni..ye la …demi kabahgiaan rumahtangga aku..
    Aku tahu pasal Ladys Herbs ni pun kat dalam blog ni…nasib baik diorang promosi kat sini,,,kalau tak…keputihan aku tak putih lagi…jadi hijau kot…hehe
    mana kak kamariah ni………??

  17. intan berkata:

    siska ..lady herbs gold ni ..malu pulak aku nak cakap .. boleh mengesatkan tak ..maksud aku ,aku ni .. bila bersama .. berair banyak sikit … tak apa ke .. malunyer aku .

  18. siska berkata:

    aku ni cuma ada masalah keputihan je intan…tu yg aku dok promosi sama..sebotoi ja dah ada perubahan…syukur sgt2…aku pun baru mencuba…apa kata kau tanya ja kat stokis tu..

  19. kamariah berkata:

    salam siska….akak ada la…saja je…bagi peluang la kat orang lain kongsi pengalaman lak!! asik akak je yg kuar kat sini…nanti terlebih promote lak….hehehe anyway..time kasih je la kerna siska ingat kat akak ni…moga hidup siska akan lebih sempurna dan bahagia bersama suami tercinta…pesan akak..amalkan je la makan ladys herbs tu…

    intan…klu dah byk air…bahaya tuuu..!!!bising!!!
    Nak tau tak..klu intan amalkan lady ni…bukan hanya mengesatkan tapi …akan memekatkan …experience aku la…..

  20. kiki berkata:

    sy br je kene keputihan yg serius mm ni. tak berbau tp gatal sampal radang di bhgian vagina. rs nak cuba air rebusan sireh tu dulu.. kl x jd nak cuba lady’s herb la..

  21. effa berkata:

    Syabas kiki, apa2 pun yg penting usaha..selagi ada usaha, mesti ada hasil..sy saranan utk dlman amalkan produk herbs yg ada di pasaran dn yg telah terbukti dpt membantu ramai wanita bergelar isteri dn ibu adalah lady herbs gold..

  22. kak ngah berkata:

    Akak baru je try Ladys Herbs Gold dengan Gula Herba…tak tahu lagi macam mana…tapi selepas 2 hari akak makan, ada keluar keputihan agak banyak…knape yekk…nak bersihkan ke ape? Breast pun blum nampak apa2 perubahan lagi. Akak makan kau2 punya 2 biji pagi dan 2 biji malam (nak cepat kesan) dengan gula herba, buka kapsul tu campur sekali…

  23. cahayamata berkata:

    sy ada amalkan satu produk utk mengetatkan..tapi yg ni bukan nya makan ..tapi sapu dan air pencuci. kesannya mmg menakjubkan. Ubat ni buatan org kampung dr akar2 kayu sahaja. Klu kawan2 kat sini nak tau lebih lanjut sila ym saya nz199204@yahoo.com. bukan nak promote produk tapi nak tlg kawan2 yg bermasalah sbb sy tau kesannya..

  24. cahayamata berkata:

    lupa nak bgtau..masalah keputihan pon akan hilang..insyaAllah.

  25. julia berkata:

    salam
    saya julia.sudah berkhawin.saya ada masalh keputihan cecair tidak lagi berwarna putih.brwarna kuning. rasa gatal, berbau dan keputihan keluar terlalu banyak.
    bila berjumpa doktor ada bgi antibiotik mkn ok
    bila xmakan brlaku lagi perkara sama..dulu saya pernah ambik produk minuman herba untuk mengurangkan keputihan.tapi sekarang sudah tinggal…

  26. nor berkata:

    salam,
    baru berkahwin, saya nk tny ni….(malu ni) emm sblm kahwin dlu sy x da mslh sgt dgn kpthn ni normal j tp pas kahwin makin mnjd2 lak lebih banyak kuar dan terlalu cair rs mcm period lak tp x gatal..normal k bhaya??? lagi2 pas bersama .. terpaksa lak pakai pantiliner y tebal skit.same mcm intan sy jns yg byk air bak kate kak kamriah bising!!!! (malunyer) hu mslh sy tu bahaya k????bleh bt sy ssh nk mngndung k?sy konfius la maklum la x byk pngalaman.mntk tlg bg ncht?

  27. bella berkata:

    masalah keputihan yg sya alami berbau hanyir..kdg2 sya rasa gatal….boleh sya tahu apa masalh nya??? n bagaimana mau rawat supaya keputihan ini tidak berulang..????

  28. ainul berkata:

    entahlah stakat nih sy tak pernah ada keputihan

  29. siti berkata:

    salam…saya da brkahwin 2 tahun..baru2 ni saya mgalami kputihan tak hanyir tapi gatal dan mcm susu basi….wa….tolongla…x tahan rasanya…gatal..

    • Farhana Mohamad berkata:

      asslmualaikum harap siti dapat balas..anna pun ada mslh sama mcm siti..jadi masa tu mcm mana siti buat?harap dapat bantu anna :((

  30. rasha berkata:

    saya berumur 17 tahun..dan kini say amat risau tentang keadaan diri say..keran amengalami keputihan dan gatal…kadan-kadang haid say adatang tidak menentu..terutamanya sekiranya saya aktif bersukan…sejak kebelakangan ini, saya kerap berasa gatal…saya tidak pernah memberitahu hal ini kepada ibu saya kerana malu..ada tak cara untuk mengatasi masalah ini tanpa perlu berjumpa dengan doktor…kalau makan sayur hijau….bolehkah cara ini membantu?

  31. gee berkata:

    sy mengalami keputihan yg sgt teruk semenjak 5 bulan yg lepas..sebelum ini ada juga keputihan tp biasa2 saja..keadaan sekarang membuatkn saya rasa sgt risau kerana keputihan keluar dgn byk dan b’ketul2 malah baunya sgt busuk..sy ada baca cara nk rawat keputihan di internet dgn meminum air rebusan pegaga dicampur dgn garam..skrg tgh mencuba tp masih x nampak perubahan lg…

  32. jesy berkata:

    hye.saya seorg ibu ank 1….tahun pertama kawin saya inject utk perancang..lepastu cuba mkn pil perancang..lps mkn pil saya mula ada keputihan yg mulanya xputus2 warna hijau..lepas dtg haid hilang balik..nextime pastu warna keputihan hijau yg sangat gatal..hingga myebabkan luka..ditepi..melecet..sakit sungguh..nak tanya apa ubat yg mujarab ya..tolonglaaa….huhuhu

  33. rara berkata:

    hmm , im a 17 teenage girl , n right now im facing the same problem , i dont have the guts to tell my mom bout this problem , usually , seminggu sebelum uzur , keputihan akan keluar n akn rsa gtal kat situ , sometimes i garu n rasa pedih sangat , seriously takut dan malu untuk jmpa doktor,, i pakai panty liner yng ada herbs , n kdg2 pdih sgt kena air ? tanak jmpa doktor n tanak bgtau mom .. please help me .. :(

  34. dya ida berkata:

    hm , nak tanye . kalau kputihan bwarne coklat pekat ape makne nye ? Saye binggung nak buat mcm mane nie . Takut sgt . tp ibu saye tak tau . Hm , ade tak petua slain jumpe dokter . Tlong saye :(

  35. SELVI berkata:

    saya nak ubat yang blh sembuhkan

  36. shafika berkata:

    hai..saya pun alami masalh keputihan jugak..saya dah 6 bulan kwen tp still der tanda2 prgnt……..keputihan saya akn keluar dgn byk mcm susu pekat bila saya buang air besar sja….bila time biasa xder pun..cuma time tu jer…..sya dah cuba pkai pantiliner herba tp xdak respond pun..boleh tlog share dgn saya petua yg lebih mujarap daripa ubt dri doc….cuma nk try cara tradisional dlu…tq

  37. riaradit berkata:

    keputihan memang masalah yang di alami oleh hamppie semua wanita…segera obati agar tidak berkelanjutan

  38. sandman futura berkata:

    I really love your site.. Pleasant colors & theme.
    Did you make this web site yourself? Please reply back as I’m planning to create my very own blog and would love to find out where you got this from or exactly what the theme is called. Many thanks!

  39. hani berkata:

    saya mengalami masalah keputihan yang banyak sebelum berkahwin..bagaimana untuk mengatasi nya:)

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: