Ibu bapa pembawa Talasemia, apa risiko anak-anak?

Doktor,
SELAMA ini saya tidak pernah terfikir untuk menjalani ujian Talasemia kerana beranggapan tiada ahli keluarga saya sebagai pembawa gen penyakit tersebut. Malah, ketika membuat keputusan berumah tangga hampir dua tahun lalu, saya hanya menjalani ujian saringan HIV sahaja. Keadaan itu juga berlaku pada isteri saya.

Namun begitu, ketika isteri saya disahkan mengandung, paras hemoglobin darah isteri saya merosot hingga ke paras 8.0 walaupun mengambil vitamin yang dibekalkan oleh pihak hospital malah mengambil Obimin. Memandangkan tiada sejarah penyakit tersebut di dalam keluarga, kami menganggap ia perkara biasa bagi ibu yang mengandung.

Ketika kami mengunjungi sebuah pusat perubatan swasta bagi tujuan persediaan melahirkan anak kelak, pakar sakit puan di situ menyarankan agar isteri saya menjalani ujian darah lengkap termasuklah ujian Talasemia bagi mengesan punca sebenar paras hemoglobin isteri saya merosot walaupun dia mengesyaki isteri saya sebagai pembawa gen Talasemia.

Apabila keputusan diperolehi, isteri saya disahkan sebagai pembawa gen Talasemia Alfa Trait. Kemudian, doktor menyarankan saya turut menjalani ujian yang sama dan disahkan sebagi pembawa gen Talasemia Beta Trait. Perkara ini mengejutkan kami kerana tiada sejarah keluarga kami sebagai pembawa penyakit ini, walaupun diakui tiada seorang pun keluarga kami pernah menjalani ujian saringan Talasemia.

Isteri saya dijangka melahirkan anak kami tidak lama lagi. Yang menjadi kemusykilan kami adalah:

A- Apakah risiko bayi kami kelak, adakah dia berpotensi sebagai pembawa Talasemia Major sehingga memerlukan pemindahan darah?

B- Adakah ini bermakna bilangan ahli keluarga saya hanya terhad kepada saya, isteri dan anak yang bakal dilahirkan sahaja kerana kami pembawa gen Talasemia?

C- Pakar perbidanan dan sakit puan menyarankan agar kami menyimpan cord blood atau darah tali pusat sebagai persediaan di masa hadapan. Apa pandangan doktor?

D- Apakah peluang anak kami menjalani kehidupan yang sihat seperti orang lain?

– BAKAL ABAH & MAMA, Jerantut, Pahang

————-

Saudara,

A- Sekiranya kedua ibubapa adalah pembawa, anak mempunyai 25 peratus risiko untuk mendapat talasemia major yang memerlukan pemindahan darah.

B- Tidak, tetapi setiap kali hamil risikonya, 25 peratus anak adalah normal, 25 peratus talasemia major dan 50 peratus pembawa sihat

C- Jika mampu, digalakkan untuk menyimpan darah tali pusat. Boleh digunakan untuk pemindahan dalam kes-kes talasemia major dan juga kanser

D- Sebanyak 25 peratus normal dan 50 peratus pembawa sihat.

Jawapan disediakan oleh Pakar Pediatrik, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, Selangor, Dr. Fadzillah Ghazalli.

14 Responses to Ibu bapa pembawa Talasemia, apa risiko anak-anak?

  1. ahmad berkata:

    mana boleh saya menbuat uijian talasemia

  2. only human berkata:

    saya pembawa talasemia.bahaya ke?memberi effect kpd khdpn sy ke

  3. vivax berkata:

    Unfortunately, there is no other treatment for Thalassemia other than Regular Blood transfusion and desferal. However by strict dieting you can control the amount of iron you consume everyday.

    Try to avoid the following items(with their iron content) in the regular diet:
    Organ meat (liver, kidney, spleen)- 5 – 14 mg / 100 g,
    Beef- 2.2 mg / 100 g,
    Chicken gizzard and liver- 2 – 10mg / 100 g,
    Ikan pusu (with head and entrails)- 5.3 mg / 100 g,
    Cockles (kerang)- 13.2 mg / 100 g,
    Hen eggs- 2.4 mg /whole egg
    whole egg, Duck eggs- 3.7 mg / whole egg
    Dried prunes / raisins, Peanuts (without shell), other nuts
    2.9 mg / 100 g
    Dried beans (red, green, black, chickpeas, dhal)- 4 – 8 mg / 100 g
    Baked beans- 1.9 mg / 100 g
    Dried seaweed- 21.7 mg / 100 g
    Dark green leafy vegetables – bayam, spinach, kailan, cangkok manis, kangkung, sweet potato shoots, ulam leaves, soya bean sprouts, bitter gourd, paku, midi, parsley, – > 3 mg 1 100 g

    Safe food items (low iron content) are,
    Rice and Noodles
    Bread, biscuits
    Starchy Root vegetables ( carrot, yam,
    tapioca, pumpkin, bangkwang, lobak)
    Fish (all varieties)
    Fruits (all varieties except dried fruits)
    Milk, cheese
    Oils and Fats.

  4. vivax berkata:

    Talasemia ialah sejenis penyakit anemia yang juga penyakit keturunan. Walaupun biasa terdapat di kawasan Mediteranean, penyakit ini juga didapati di India dan Asia Tenggara. Talasemia boleh diwarisi oleh anak jika kedua-dua ibu dan bapa mempunyai gen yang terlibat. Walaupun kedua-dua ibu bapa tidak menghidap anemia, kebarangkalian anak menghidapinya ialah satu per empat. Anak yang menghidap talasemia tidak boleh menghasilkan hemoglobin yang normal, iaitu bahan yang menghasilkan warna merah dalam sel darah merah dan merupakan bahan pembawa oksigen ke seluruh tubuh badan. Masalah ini ketara semasa anak menjangkau tiga bulan. Pada masa ini, tanda-tanda penyakit anemia mula muncul seperti kelesuan, sesak nafas dan pucat. Lama-kelamaan anak akan semakin kekurangan tenaga dan mengalami kesukaran menyusu. Bahagian abdomennya juga akan menjadi besar disebabkan pembesaran limpa dan hati.

    Tanda-tanda

    Kelesuan.

    Bibir, lidah, tangan, kaki dan bahagian lain berwarna pucat.

    Sesak nafas.

    Hilang selera makan dan bengkak di bahagian abdomen.

    Apakah yang boleh dilakukan?

    Doktor akan mengambil contoh darah untuk diuji. Jika penyakit talasemia disyaki, anak akan dirujuk ke hospital untuk dilakukan ujian lanjutan. Jika anak disahkan menghidap penyakit ini, pemindahan darah biasanya diperlukan untuk mengelak anak daripada mengalami kesan buruk penyakit anemia.

    Apabila anak sudah cukup besar, anak mungkin perlu menjalani pembedahan untuk membuang limpanya. Ini akan mengurangkan kekerapan pemindahan darah kerana kekerapan pemindahan darah akan menimbulkan masalah lain, iaitu ferum boleh berkumpul di dalam tubuh badan dan merosakkan hati, pankreas dan jantung. “Lebihan ferum” ini merupakan ancaman utama penyakit ini dan ramai pesakit menemui ajal mereka semasa remaja. Kini rawatan baru memberi masa depan yang lebih cerah bagi pesakit. Kanak-kanak yang menghidap talasemia kini menerima suntikan ubat yang dapat membantu tubuh badan membuang ferum. Dalam beberapa keadaan, rawatan ini dilakukan secara suntikan yang berterusan pada waktu malam. Anak yang menghidap talasemia harus boleh menjalani kehidupan yang normal.

    Kegiatannya tidak perlu dihadkan tetapi dia memerlukan bantuan dan sokongan. Minta nasihat doktor dan cuba berhubung dengan keluarga lain yang juga ada anak yang menghidap talasemia.

    Jika anda tergolong dalam kumpulan yang berkemungkinan besar menjadi pembawa penyakit ini, pastikan anda dan pasangan menjalani ujian darah sebelum anda membuat keputusan untuk mendapatkan anak. Ujian untuk memnetukan kemungkinan bayi dalam kandungan menghidap penyakit tersebut boleh dilakukan.

    Stoppard, Miriam. Panduan Penjagaan Kanak-kanak. Tropical Press, 1998. ms 232.

  5. ulukulukman berkata:

    Orrg mengidap penyakit inin biasa nye kena menyawini pasangan yg sama-sama mengidapi nya.

    Apa2 jenis penyakit tersedia dari sesaorang itu akan memudarat pasangan yg sihat-perjangkitan penyakit sedia ada atu virus kuman atau aorganism tersebut akan mengubah keadaan dan menyebabkan pencambahan pengyakit kronik dlm bentuk atau keupayaan penyakit yg berbentuk baru..lebeh keronik lagi.

  6. mat tempoyak berkata:

    Se elok elok nya pasangan yg hendak berkawin atau sebelum memulakan adengan adengan hebat, kena jujor -memberitahu-keadaan diri atu penyakit yg tersedia ada dlm keluarga..mat dungu kata kat aku dulu..masa dea berasmara dana dgn isteri nya kata 100% free from any illness..last last mak bapak berpenyakit jantung..menyebab anak pertama ali dungu…kesayangan nya menderita berpenyakit kronik..yg luar sana tu tlg jujur laa dgn pasangan… (generasi ali memang 100% free from illness..alhamdullilah kata aku..)

  7. les berkata:

    sy pun aritu check.. ntah ape dr dr ckap 26.2.. saya pun xpaham.. die ckap klu normal 27.0.. pastu sy kena check ujian saringan thalelisemia.. risau nye sy cz sy ngah pregnant skang ni.. result kuar dlm 23/9 ni.. risau la

  8. sha berkata:

    saya adalah pembawa thalasimia trait..selepas melahairkan anak kedua badan saya selalu letih. anak pun selalu tak sihat walaupun saya memberinya vitaminn dan memberikan makanan yang berasakan sayur berzat besi..saya pun kurang faham bagaimana situasi ini boleh berlaku, kini anak kedua saya lambat membesar seperti kakaknya,,

  9. zamrie ismail berkata:

    anak saya mengalami talasemia HBE Beta talasemia,tiada masalah dengan mereka pun,cuma ubat jangan tinggal makan,ada minun air daun inai sebagai tambahan,

  10. Noor Hazwani berkata:

    apa makanan yg sesuai untuk ibu yg merupakan pembawa talasemia, tapi ayahnya sihat.

    • siti harisah hanim binti mohd jamalulain berkata:

      saya mengandung ank kedua,saya disahkan pembawa talasemia,tetapi saya hamil anak sulung tiada sebarang masalah,adakah ia membawa ketika hamil ataupun seumur hidup saya menghidap penyakit ini apa risiko pada bayi saya?

  11. azura berkata:

    saya baru je dapat keputusan. keputusan yang menyedihkan. saya pembawa beta talasemia trait

  12. zue berkata:

    Talasemia boleh dirawat dengan kaedah rawatan AYURVEDA. Kepada sesiapa yang dikenalpasti sebagai pembawa, jgn berputus asa kerana Dr Luqman – Pengamal Perubatan Ayurveda ada penawarnya.

    Jom LIKE facebook page REMEDI TV9 & join group REMEDI TV9. New programme for TV9 viewers related with alternative treatment and traditional treatment. Vaidya (DR) Luqman – Ayurvedic Specialist, pengasas LUQMAN HERBS CENTRE akan muncul dalam program REMEDI di TV9 pada Jumaat ini 25 Mei 2012 pada pukul 7.30 mlm (siaran ulangan) dan pada 29 Mei 2012 jam 9.30 malam dan ulangannya pada 1 Jun 2012 jam 7.30 mlm.

  13. Wow, this post is nice, my sister is analyzing such things,
    so I am going to convey her.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: