7 Tanggungjawab Selepas Penceraian

HUBUNGAN kekeluargaan dalam sistem rumah tangga Islam tidak terhenti setakat lafaz cerai dilafazkan. Sistem kekeluargaan dalam Islam sangat sempurna dan adil kepada semua pihak di kalangan ahli keluarga.

Sungguhpun ikatan pernikahan putus akibat jatuh talak, Islam memberi ruang kepada pasangan suami isteri untuk terus berhubung antara satu sama lain dengan batas pergaulan yang diharuskan oleh hukum syarak. Matlamat ini murni bagi memastikan hak bekas suami isteri dan anakdilindungi.

Hak yang boleh dituntut di mahkamah selepas sesuatu perceraian berlaku ialah:

Nafkah edah

Nafkah edah adalah nafkah yang wajib dibayar kepada bekas isteri dalam tempoh edah raji’e disebabkan sesuatu perceraian iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal mengikut hukum syarak.

Mutaah

Mutaah adalah satu bayaran yang wajib ke atas suami diberi kepada isteri yang diceraikan tanpa sebab munasabah mengikut hukum syarak.

Kadar mutaah boleh ditentukan menerusi persetujuan kedua-dua belah pihak. Sekiranya ada pertikaian mengenai kadar ini, mahkamah akan menentukan kadar bayaran mutaah itu.

Harta sepencarian

Harta sepencarian adalah harta yang diperoleh bersama oleh suami isteri ketika perkahwinan bekuat kuasa mengikut syarat ditentukan oleh hukum syarak.

Tuntutan harta sepencarian ini hendaklah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi Syariah.

Hak jagaan anak (Hadanah)

Hadanah bermaksud penjagaan anak-anak yang masih kecil yang belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri.

Mengikut hukum syarak dan Undang-undang Keluarga Islam yang berkuat kuasa, ibu adalah orang yang paling berhak bagi menjaga anaknya yang masih kecil (di bawah umur tujuh tahun bagi lelaki dan sembilan tahun bagi perempuan).

Bagi anak yang melebihi had umur di atas, jika berlaku pertikaian mengenai hak jagaan anak, mahkamah akan menentukan berdasarkan pilihan yang dibuat oleh anak itu sama ada hendak tinggal bersama ibu atau bapa.

Tuntutan hak jagaan anak (hadanah) hendaklah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi Syariah.

Nafkah anak

Nafkah anak adalah suatu nafkah yang wajib ke atas seseorang bagi menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan orang lain.

Tunggakan nafkah

Tunggakan nafkah adalah nafkah yang tidak ditunaikan oleh suami kepada isterinya dalam tempoh perkahwinan dan menjadi hutang ke atas suami dan wajib dibayar. Tunggakan ini boleh dituntut di mana-mana Mahkamah Syariah.

Hak tempat tinggal

Seseorang perempuan yang diceraikan berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tinggal ketika dia dalam perkahwinan selama edah.

6 Responses to 7 Tanggungjawab Selepas Penceraian

  1. Arya berkata:

    Bagaimana jika rumah tinggal tsb sdh kita berikan eh ternyata ybs menikah lagi, apakah pemberian tersebut bisa kita minta kembali atau bagi dua.
    Mengingat saat kita berikan pertimbangan ybs sulit bertempat tinggal
    Dan apakah boleh rumah tinggal tsb dijual kemudian ybs menikah dengan pria lain.

    Apa yg dimaksud masa edah itu?dan berapa lama?
    Dan apakah maksud dalam nafkah terhutang, bila selama ini saya (suami) tdk pernah memberikan nafkah langsung, karena penghasilan saya hanya cukup untuk menyicil rumah dan perabotan rumah tangga serta kendaraan, dan kebutuhan rumah dibiayai gaji istri.
    Terima kasih

    Arya

    • SAMSURIE RAMLI berkata:

      Apa yg dimaksud masa edah itu?dan berapa lama?
      Dan apakah maksud dalam nafkah terhutang, bila selama ini saya (suami) tdk pernah memberikan nafkah langsung, karena penghasilan saya hanya cukup untuk menyicil rumah dan perabotan rumah tangga serta kendaraan, dan kebutuhan rumah dibiayai gaji istri.
      Terima kasi

  2. roslinda binti yaakup berkata:

    saya nak tanya kalo bekas suami saya ada berhutng dengan saya bagaimana saya nak tuntut hutnag itu adalah hutang perbelanjaan sewktu perkahwinan iaitu wang hantaran?

  3. isteri berkata:

    saya nak bertanya tntang bekas isteri suami saya,suami saya dan bekas isteri berkahwin tanpa ada surat nikah,kerana bekas isteri suami saya tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah dalam erti kata lain tidak mempunyai kad pengenalan atau surat lahir yang sah…setelah berkahwin dengan saya barulah suami menceraikan dia kerana bekas isteri boleh dikatakan terlalu sosial,bekas isteri suami saya berasal dari filipina dan selalu balik ke sana untuk cop pasport dan pernah tidak balik selama setahun tanpa ada khabar berita dari bekas isteri suami,dan sekarang dia ingin menuntut nafkah selepas 1 tahun setengah bercerai,saya ingin bertanya boleh kah dia menuntut nafkah itu?dia nak tuntut nafkah dari mula kahwin sampailah mereka bercerai,

  4. ezal berkata:

    saya mempunyai anak yg bwh umur utk saya bawa ke mahkamah…jadi apakah hak saya terhadap anak2 saya? saya tak pernah lagi gagal dalm pemberian nafkah.

  5. Rosmawaty Ros berkata:

    saya telah bercerai pada mei 2011 yg lalu…semua proses tuntutan berjalan lancar,bekas suami setuju utk byr semua tuntutan yg saya buat…saya ingin bertanya,apa peranan/tanggungjawab/adab keluarga pihak bekas suami terhadap saya dan anak2…
    saya bertanya kerana pihak keluarga suami telah memburuk kan saya,contoh nya:saya betina yang tak sedar diri n tak da maruah untuk buat tuntutan…sehingga bekas suami saya termakan kata2 keluarga n mengharamkan duit tuntutan yang di beri,saya mohon pada pihak berkenaan utk memberi serba sedikit nasihat/panduan untuk saya….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 349 other followers

%d bloggers like this: