Pil perancang: Kenapa masih ‘termengandung’?

Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

TURUT dikenali sebagai oral kontraseptif, pil ini berkesan dan selamat untuk kebanyakan wanita. Dengan mengetahui fungsi sistem reproduksi, anda akan memahami dengan lebih baik bagaimana pil perancang keluarga bertindak.

Wanita mempunyai dua ovari di sebelah kiri dan kanan badannya di mana pada setiap bulan, salah satu daripada ovari ini akan mengeluarkan telur ke salur fallopio untuk disenyawakan dengan sperma.

‘‘Lazimnya pengeluaran telur ini berlaku di antara 12 hingga 14 hari sebelum datangnya haid yang berikutnya.

‘‘Puan boleh mengandung sekiranya berlaku hubungan kelamin semasa julat masa tersebut. Sperma yang diejakulasi (dipancut) akan berenang ke tiub fallopio untuk berjumpa dengan telur yang dikeluarkan.

‘‘Telur yang disenyawakan ini kemudiannya akan ke dinding rahim untuk diimplantasi (disemat), seterusnya membesar sebagai janin,’’ kata Pakar Perunding Perbidanan dan sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia, Dr. Shah Reza Johan Noor.

Menurutnya, pil perancang keluarga mempunyai hormon yang menghalang ovulasi dari berlaku. Ia mengubah mukus pada pangkal rahim dan juga mengubah suai dinding rahim, lantas menghalang implantasi.

Akibatnya, sperma tidak dapat memasuki pangkal rahim. Kombinasi kedua-dua ini menghalang seseorang wanita daripada mengandung.

Dr. Shah Reza berkata, pil sangat berkesan sebagai kontraseptif yang dapat melindungi wanita. Jika betul penggunaannya, kurang dari satu dalam 100 akan ‘termengandung’ dalam masa setahun.

‘‘Namun demikian, lazimnya lapan peratus pengguna biasa akan ‘termengandung’ disebabkan oleh kecuaian dari segi memakan pil ataupun mungkin pil tidak dapat diserap disebabkan oleh permasalahan muntah-muntah.

‘‘Sekiranya ini berlaku, puan terpaksa menggunakan kaedah lain untuk mencegah daripada termengandung,’’ ujar beliau.

Walaupun pil itu senang digunakan serta dapat menyelamatkan keadaan, ia tidak melindungi anda dari penyakit tularan seksual. Jika anda berisiko tinggi, lebih baik mengambil langkah berjaga-jaga dengan pemakaian kondom dan ubat pembunuh sperma.

Bila seseorang wanita itu tidak boleh menggunakan kaedah kontraseptif/pil perancang keluarga.

1. Pil yang mempunyai kombinasi kedua-dua hormon tidak elok untuk

* Perokok yang berumur 35 tahun ke atas

* Mempunyai masalah kesihatan dari segi pembekuan darah

* Baru bermula untuk menyusu badan. Hormon kombinasi boleh mengurangkan isipadu susu badan, dibenarkan hanya apabila aliran serta jumlah susu badan telah stabil pengeluarannya.

2. Sekiranya pil kombinasi tidak boleh digunakan, anda boleh juga menggunakan pil yang hanya mengandungi progesteron. Pil sedemikian mempunyai risiko-risiko tersendiri dan anda tidak boleh mengambilnya jika anda

* Berisiko atau mempunyai barah payudara

* Berlaku pendarahan yang banyak, tidak teratur

* Mempunyai masalah fungsi hati.

Kebanyakan wanita menggunakan pil kombinasi. Banyak jenama yang terdapat di pasaran, anda boleh memilih jenama yang bersesuaian.

Cara-cara pemakanan pil kontraseptif kombinasi

Bergantung pada kesesuaian serta nasihat doktor anda, kaedah penggunaannya diterangkan seperti berikut:

* Menggunakan pil pada hari pertama haid. Dengan cara ini anda tidak perlu melindungi dari termengandung dengan penggunaan kaedah sementara yang lain

* Anda juga boleh memakan pil pada hari-hari tertentu setelah haid bermula contohnya pada hari Ahad. Dengan cara ini anda mesti menggunakan kaedah kontraseptif lain untuk julat masa tujuh hari sebagai pelindung untuk minggu pertama kitaran.

* Ada juga wanita yang mengamalkan pil sebaik sahaja ia dibeli, tidak kira di mana anda berada dalam kitaran haid sekarang. Cara ini, anda harus menggunakan kaedah kontraseptif lain untuk julat masa sebulan. Pastikan yang anda juga tidak termengandung semasa pil pertama dimakan.

Tidak kira hari mana yang anda pilih, lazimnya, kata Dr. Shah Reza, anda akan menggunakan pek pil perancang yang baru pada hari yang sama seperti pek yang sebelumnya.

‘‘Sebaik-baiknya puan mempunyai pek yang baru supaya puan terselamat sekiranya pek asal untuk bulan tersebut hilang atau tersalah letak.

‘‘Puan juga mungkin terlupa untuk mengambil pil-pil tersebut, jadi sekurang-kurangnya anda mempunyai stok simpanan di dalam tas tangan,’’ jelasnya.

Tambah beliau, pil hanya berkesan sekiranya anda teratur dalam pengambilannya, tidak kira walaupun anda mungkin mempunyai pendarahan semasa pengambilan mahupun mengalami loya-loya atau muntah-muntah.

Hubungilah jururawat atau doktor yang mempreskripsikan pil tersebut. Pengambilan pil juga harus diteruskan walaupun hubungan kelamin tidak kerap.

Pil juga memerlukan penyerapan yang efektif/berkesan di dalam sistem pencernaan. Jika anda mengambil antibiotik, ia mungkin mengganggu penyerapan ubat, juga sekiranya anda muntah-muntah sentiasa, keberkesanan ubat sekarang menjadi persoalan.

Anda harus melindungi diri dengan menggunakan kaedah-kaedah lain.

Pil-pil yang anda beli mungkin mengandungi 21,28 ataupun 91 biji

* Pek yang mempunyai 21 biji: Amalkan pengambilan pil pada masa yang sama setiap hari untuk 21 hari. Kemudian, tunggu tujuh hari sebelum pek baru digunakan.

Semasa ini anda akan mengalami pendarahan haid. Pengambilan pil dari pek yang baru pada hari yang sama anda mengambil pil pertama dari pek yang lampau.

* Pek yang mempunyai 28 biji: Juga amalkan pengambilan pil-pil tersebut pada masa yang sama setiap hari untuk 28 hari.

Tujuh pil terakhir tidak mempunyai apa-apa nilaian hormon. Setelah selesai 28 biji, keesokan harinya, mulakan dengan pek yang baru. Tidak ada hari rehat dari pengambilan pil.

* Pek yang mempunyai 91 biji: Juga dikenali sebagai dos selanjar, pengambilan pil pada masa yang sama untuk 91 hari. Hanya 84 pil pertama sahaja yang mempunyai nilaian hormon manakala tujuh yang terakhir tidak ada hormon di dalamnya.

Anda akan mengalami pendarahan pada masa tersebut. Jadi untuk tempoh setahun, anda akan mempunyai empat pendarahan haid sahaja. Ada juga wanita setelah mengamalkan pil-pil ini langsung tidak datang haid.

Kebaikan kaedah pil perancang keluarga

Walaupun matlamat utamanya adalah untuk melindungi dari termengandung, ia juga memberikan manfaat dari segi mengurangkan kebarangkalian anda mendapat penyakit-penyakit tertentu.

Antaranya kanser rahim dan kanser telur, sista telur, infeksi/jangkitan organ peranakan, tulang rapuh, penyakit-penyakit payudara bukan kanser, rungutan sindrom ovari polisistik, kekurangan darah/anemia, kehamilan luar rahim dan jerawat.

Kata Dr. Shah Reza lagi, pil perancang juga menjadikan kitaran haid seseorang teratur manakala jumlah darah yang keluar turut berkurangan.

‘‘Masa datang bulan juga pendek, begitu juga dengan kekejangan abdomen yang kurang. Rungutan yang terhasil oleh penyakit-penyakit seperti endometriosis, fibroid, migrain dan juga kemurungan berkurangan dengan penggunaan pil.

‘‘Pil tidak meningkatkan risiko kanser payudara sekiranya puan mempunyai sejarah ahli keluarga yang mempunyai penyakit yang sama,’’ ujar beliau.

Pil perancang kecemasan

Juga terdapat dalam dua persedian hormon, secara kombinasi dan juga progesteron sahaja. Pengambilannya berkesan dalam masa 120 jam (lima hari) setelah menjalani hubungan kelamin.

Pil yang mengandungi hormon progesteron sahaja

Merupakan pilihan untuk mereka yang tidak boleh menggunakan hormon estrogen kerana permasalahan dengan pembekuan darah.

Mereka yang baru bermula dengan penyusuan dada juga dinasihatkan menggunakan pil hormon secara tunggal.

Ada juga mereka yang tidak tahan dengan kesan sampingan pil perancang secara kombinasi estrogen-progesteron.

Walaupun pil yang mempunyai progesteron sahaja tidak sebaik pil kombinasi, pil ini juga dapat melindungi anda dari kanser rahim dan telur, penyakit payudara yang tidak serius dan penyakit keradangan di pelvis.

Kesan sampingan pil perancang keluarga

Rungutan yang biasa adalah seperti sakit kepala, loya-loya, pening-pening lalat, pendarahan yang berlaku di luar jangkaan, mungkin juga haid tidak datang langsung, kemurungan dan rasa cemas.

‘‘Puan boleh mengambil pil perancang pada waktu malam supaya rungutan tersebut berkurangan pada waktu tidur. Sakit kepala boleh diringankan dengan mana-

mana ubat penahan sakit.

‘‘Mereka yang menggunakan ubat progesteron sahaja mungkin mengalami pendarahan di luar waktu jangkaan.

‘‘Jika puan gagal mengamalkan penggunaan pil secara teratur, termengandung terjadi. Sekiranya pil perancang ini masih diamalkan, puan tidak perlu takut, ia tidak meningkatkan risiko kecacatan janin,’’ jelas Dr. Shah Reza.

Apa yang perlu anda lakukan sekiranya amalan pengambilan pil perancang tidak teratur?

Anda mungkin lupa untuk mengambil pil, mungkin juga kerana kesibukan, pil lupa dibawa.

* Sekiranya hanya satu pil sahaja dilupakan, ambil pil tersebut sebaik sahaja anda mengingatinya.

* Ambil pil berikutnya pada waktu rutin anda untuk pil sebelumnya. Tidak apa jika dua pil dimakan untuk sehari, cuma anda mungkin merasai ketidakselesaan, loya-loya dan mungkin pening-pening lalat.

* Sekiranya dua biji atau lebih pil lupa untuk diambil, bulan tersebut tidak lagi selamat. Anda harus menggunakan kaedah perancangan yang lain.

Anda mungkin mengalami pendarahan, jangan khuatir, ia tidak membahayakan. Teruskan pil-pil yang masih ada supaya kesinambungan cara pengambilan tidak terganggu walaupun ia tidak lagi berupaya untuk melindungi.

Sumber: Mingguan Malaysia 18/3/2007

34 Responses to Pil perancang: Kenapa masih ‘termengandung’?

  1. neneng berkata:

    Adakah benar seperti kata orang bahawa pil perancang yang telah diambil lebih daripada 2 tahun akan menimbulkan kesan sampingan? atau apakah kesan-kesan setelah mengambil pil perancang keluarga lebih daripada 2 tahun..apakah kebaikan atau keburukannya. terima kasih.

  2. naktau berkata:

    Selamat atau tidak jika lupa mengambil pil 1 biji tetapi pil untuk hari berikutnya diambil macam biasa. Pil yang tertinggal dimakan pada hari esoknya. Contoh pil hari rabu tidak dimakan, pil hari khamis dimakan seperti biasa, pil hari rabu dimakan bersama pil hari jumaat..bagaimana?

  3. elli berkata:

    adakah benar seperti kata orang bahawa pil perancang yang di ambil lebih pada 2 tahun boleh menyebabakan lambat untuk mandapat zuriat lagi? terima kasih

  4. khayra jasmine berkata:

    macam mane pula kalau tersalah mkn… cntohnya pil hr sabtu tp tmkn pil hr jumaat?

  5. Shafiqa berkata:

    Bolehkah makan pil perancangan selepas melakukan sex?
    apakah risiko utk hamil adalah tinggi?

  6. Darling berkata:

    saya dah amalkan pil perancang selama 5 tahun. mulanya saya risau tidak dapat hamil. bagaimana pun kawan memberitahu jika makan ubat perancang, kalau berat badan naik maka perlu berhenti makan pil perancang jika tidak sukar untuk hamil. berat badan saya mulai naik pada tahun ke 5 saya makan pil perancang. saya memutuskan untuk hamil dan selepas 6 bulan berhenti makan pil perancang saya telah hamil.

  7. ORANGMINYAK berkata:

    Jikalau masa penggunaan telah luputnya,kuasa dosenya tidak berkesan atau anti bodi sipemakan mungkin dapat menangkis daripada berkesan, dosage tidak serasi -menyebab ianya tidak berkesan langsung,apa tak lagi bercampur gaul makanan yg mempunyai kesan tindak balas- yg boleh menjadi penawarkan reaksinya.

  8. satria_lena berkata:

    salam..sy nak tanya satu soalan..sy baru ber kahwin pada mac 2008.sy merancang untuk mendapatkan anak secepat mungkin.walaubagaimanapun haid saya tidak teratur bermula dari dec 2007. dan pada masa yg sama sy mengalami masalah jerawat yg teruk di bahagian dagu.saya juga mengalami haid setiap 15 hari setelah sy mengambil suntikan steroid untuk keloid(berdasarkan maklumat dr sakit puan). oleh itu saya telah berhenti mengambil suntikan tersebut dan dr telah memberikan saya pil perancang (loette) selama 3 bulan untuk membaiki semula kitaran haid. adakah sy berupaya terus hamil selepas mengambil mengmbil pil selama 3 bulan? memandang sy baru berkahwuin dan betul2 ingin kan zuriat.sy dangat bimbang,,

  9. Lily berkata:

    Bolehkah makan pil perancangan selepas melakukan sex?
    apakah risiko utk hamil adalah tinggi?

    • hofney berkata:

      PIL PERANCANG BUKAN SEPERTI PANADOL..MAKAN BILA SAKIT OR MAKAN BILA MELAKUKAN SEX..MEMANG X BERKESAN.
      TP ADA SEJENIS PIL UNTUK EMERGENCY YANG D JUAL D PASARAN..YANG DI MAKAN 3 HARI SELEPAS HUBUNGAN SEX….TETAPI PIL YA MMG KUAT DOSE
      nama pil ya ecp….

  10. ek ele berkata:

    Lily…i believe taking hormon pils is not about before or after sex…its about following
    the dossage….hari2 kene makan…kalau skip sehari tu yang bahaya bleh termengandong tu…rasa2 nye takde kene mengene makan pil tu lepas ke sebelum
    sex…

  11. Biby berkata:

    Hi…saya nak tanya…Saya habis makan pil pada 24 Ogos dan sepatutnya pada hari yang ketiga iaitu 27 ogos saya datang haid…tapi masalahnya sampai sekarang saya belum datang haid…Adakah itu tandanya saya akan mengandung?atau sememangnya kitaran haid saya lambat/terganggu…..

  12. naktahu... berkata:

    saya nk tanya…sebelum ini saya makan perancang nk period datang seperti biasa.tetapi kali ni saya makan perancang dn x pernah tertinggal 1 hari, tidak datang haid?selalunya bila kita bhenti makan ubat perancang dlm masa seminggu akan datang haid.tetapi, saya dh nak abis semiggu baru datang haid?adakah semasa 1 miggu bhenti makan perancang,kita melakukan hubungan seks dan adakah ia akan termengandung?

  13. miss mimie berkata:

    salam..
    saya ada masalah tentang pil perancang nie..
    saya baru 20thn tapi saya terpaksa makan pil itu kerana masalah kitaran haid tak teratur..
    jadi disini saya nak tahu adakn pil ini akan bagi kesan sebelum saya khwin????

  14. iema berkata:

    saya telah mengambil pil perancang iaitu mercilon selama 2 thn lbh,dan tlh berhenti mkn pil sejak 3 bln yg lalu,ttp sehingga ke harini sy msh lg blm mengandung,utk pngetahuan,slps sy berhenti mkn pil,sy mengalami sakit di bahagian peranakan,tp haid saya normal,xde masalah,doc bgtau itu biasa krn ia mengmbil ms utk m’jd normal stlh 2 thn lbh mkn pil,adakah sy boleh hamil dlm ms terdekat ni,sbb sy byk dgr citer ramai yg mkn pil prancang ni payah nak lekat,ade yg ambil ms b’thn2 br dapat ank

  15. Jelita berkata:

    iema dan lain2,

    Memakan makanan yang diperbuat dari dadah(ubat2an) ni amatlah bahaya untuk jangka masa yang panjang.

    Tapi tu lah, klau tak gunakan mesti “ter” kan?

    Cuma saya nasihatkan bagi yang belum pernah mengandung cuba lah jgn menggunakannya. Yang dah pernah mengandung tu, takut rosak rahim kita, then suruhlah cik abangnye “anu”! hehehe.. :)

  16. jannah berkata:

    saya hendak membayar denda puasa dua bulan berturut2, tetapi saya masih ada haid, relevan ke jika saya makan pil perancang untuk memberhentikan darah haid keluar untuk dua bulan dan ada pil yang tidak akan menyebabkan pendarahan berlaku?

    • hofney berkata:

      haid adalah salah satu anugerah tuhan…..dan pil perancang hanya d cipta untuk menjarakkan kehamilan dan bukan untuk menghentikan haid hanya untuk fully berpuasa..jgan disalah gunakan hehehehe
      kalau dh haid ms berpuasa apa boleh buat..ganti lain kali je lah….tq…

  17. along berkata:

    ada sesiapa kat sini yang mencuba pil perangcang jenama jasmine..?

  18. Lily_tangkak berkata:

    Salam, saya nak kongsi antara produk yg selamat utk family planning..sy sendiri dah mggunakan hmpir setahun dan alhamdulillah mmg selamat n byk kebaikan…Produk Maajun Anggun Bestari (MAB) hanya bharga RM15/botol…klu nak dptkan maklumat lnjut boleh hubungi saya 019-7231917 (analiana78@yahoo.com)..

  19. Lily_tangkak berkata:

    maklumat tambahan ttg MAB ni, periot kira akan teratur, masalah senggugut yg saya alami selama ni tiada lagi n migraine yg dah lama saya alami pun dah bkurangan…N selamat masalah keputihan, skit2 bdn pun alhamdulillah tiada lagi…Cubalah..insyaallah xkan menyesal malah husband pun akan senyum jea :)

  20. nisha berkata:

    saya baru kahwin 6 bulan yg lalu dan ingin mendapatkan anak..telah cuba selama 6 bulan lalu tapi tidak mengandung lagi..lalu, saya juga sedang mengalami waktu period sebanyak 10 hingga 15 hari.Oleh itu, saya menjumpa doktor dan dia telah menberi saya pil hormon untuk mengaturkan period saya untuk 28 hari. adakah pil ini akan mengganggu kehendak saya untuk menjadi hamil lepas 28 hari ini.

  21. kathy berkata:

    Hai..nk tanya sy baru jer sebulan kawin..Suami tak nak baby lagik..Sy dan suami bersama pada hari ke2 saya abis period dan terpancut kat dalam rahim sy..Adakah sy boleh mengandung..?? Hari ke4 last period baru saya memakan pil perancang jenis Loette..Adakah sy boleh mengandung dan apa efect nyer??

  22. azizah berkata:

    Saya nak tanya tentang mengandung tak saya ni.. saya makan pil perancang marvelon dan masih menyusu baby 4 bulan. Haid telah datang. sekali. Tapi selepas tu tiada haid keluar mengikut tarikh yang sepatutnya. saya telah bersama suami beberapa kali dalam tempoh itu dan masih memakan pil perancang sehingga skrg.

  23. Odie berkata:

    saya odie nak bertanya pasal pengambilan pil perancangan kelaurga dalam jangka masa panjang.Adakah ia selamat untuk diambil.saya dah mengambil pil perancangan tersebut selama 6tahun.

  24. noorhazlina binti samsudin berkata:

    saya mengalami period yg x teratur sejak 1 tahun kawin…3 bulan baru period.Doktor sarankan saya makan pil perancang regividon 21 ari untuk aturkan period saya selama 3 bulan.Saya terlalu inginkan cahaye mata..adakah pil perancang ini sama macam pil hormon?

  25. ash berkata:

    saya ade mengambil pil perancang slps 3 bln bersalin.. pada bulan pertama saya makan saya belum dtg haid..tetapi saya telah dtg haid sebulan selepas itu.. dan haid saya normal… saya telah mengamalkan selama 3 bln mknpil perancang..dan saya mengambil keputusan utk berenti beberapa bln yg lalu.. untuk pengetahuan juga saya masih memberi baby saya susu badan.. saya sudah 2 bulan tidak dtg haid.. persoalan saya adakah akan terjadi haid berhenti semula sekiranya saya masih brestfeeding baby?? kerana saya suda cek saya tidak hamil.. sekarang suda 2 bln saya tidak dtg haid..

  26. rina berkata:

    saya nk tnye.. sy bru berkahwin dan dalam proses merancang keluarga.. jd saya bru mengambil pil perancang shari selepas melakukan hubungan kelamin.. adakah sy berpontensi utk mengandung? saya pun bru 3 biji mengambil pil tersebut..

  27. zul berkata:

    2 minggu lepas hiad baru makan pil blh mengdum x?

  28. fi berkata:

    Sy bru hbs berpntg bby ptma so hri ne hri yg ke 69hri,sy ad mlkukan hbgan intim dan belum ambil lg mna2 pil perancang ingin thu adakh sy blh preggy….ada kesan tompokan drah n sy rsa mcm seggugut..tp tdk haid..sy berasa tkot sggt.

  29. noralinawati berkata:

    assalamulaikum saya nak bertanya saya telah mengamalkn pil perancang untuk anak k 8.anak saya dah masuk 1 tahun masa ne.tak.pernah lupa mkn ubt pil.perancang.tpi hari ne tlupa plg mkn biasa,mkn selepas smbhyng subuh.boleh kh d mkn waktu mlm atau dmkn esuk hari nya jdi dmkn menjdi 2 biji dlm.1 hari itu bagaimana boleh jelaskn

  30. jasssica jawai berkata:

    Saya makan pil prncang tpi smpai skrng sya xblm lgi dtang haid….adkh ia dsbbkn prbhn cra pencegahn..mula sya suntik lps tu sya mkn ubt

  31. jasmine berkata:

    selepas makan,noriday boleh minum arak ke tak?

  32. cheezygurl23@yahoo.com berkata:

    salam…sy nk tny sikit.sy dh ambil deanne 35 1thn 10 bln after klahiran ank 2nd.tp lately ni period biasa akn kluar pd hari ke 4 after stop pil tp dh 2 bln period dtg lewat pd hari ke 5..dan period jd sikit dua hari dah kering.adakah effect dr pil.dan klu kte preggy wlupn makan pil adkh period still dtg after dh abis mkn pil..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 351 other followers

%d bloggers like this: