Cerai guna SMS sah jika suami tak gila

APAKAH kedudukan perceraian sebenarnya dalam pandangan Islam. Apakah cerai patut dilakukan sekiranya suami tidak menyukai isteri dan tidak suka melihat isterinya lagi. Bagaimana pula jika suami hanya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbunyi ‘Aku sudah ceraikan kau’ tetapi ketika SMS dikirimkan, suami berada dalam keadaan tekanan penyakit mental (skizophrenia). Maksudnya, suami tidak sedar perlakuannya dan tidak berniat menceraikan isteri. Apakah sah perceraian itu.

Ingin Tahu
Johor Bahru

Lafaz ijab dan kabul pada upacara akad nikah bermaksud lafaz penerimaan lelaki terhadap perempuan sebagai isteri, bukan satu akad bertempoh tetapi ikatan selama-lamanya.

Walaupun begitu, Islam juga ada mensyariatkan perceraian jika rumah tangga dibina tidak mampu diteruskan atau sudah tidak wujud persefahaman di antara pasangan.

Benci melihat isteri mesti bersebab dan tidak wajar dengan berdasarkan rasa saja suami ingin menceraikan isterinya. Walaupun Islam membenarkan perceraian, ia bukan tindakan digalakkan.

Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Perkara halal yang paling dibenci Allah ialah talak.”

Dalil pensyariatan talak dinyatakan dalam firman Allah bermaksud: “Talak (yang boleh dirujuk itu hanya dua kali. Kemudian bolehlah ia memegang terus (merujuk isterinya) dengan cara sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara baik.” (Surah al-Baqarah, ayat 229)

Talak satu dan dua saja yang boleh dirujuk ketika isteri dalam edah, dan rujuk tidak boleh kepada talak tiga.

Ia dipanggil talak bain kubra. Perceraian dalam Islam dianggap sah jika memenuhi serta menepati lima rukun talak ditetapkan.

Rukun itu ialah suami yang menjatuhkan talak; tempat talak dijatuhkan iaitu isteri yang sah; wilayah; suami yang berakal, baligh dan tiada paksaan (mukalaf) dan sighah, iaitu perantaraan sama ada talak dibuat dalam bentuk tulisan atau lafaz.

Tetapi, talak dibuat melalui tulisan media elektronik seperti SMS atau e-mel termasuk dalam lafaz yang boleh diterima dan perlu disahkan di mahkamah.

Rukun terakhir adalah qasad, iaitu lafaz talak sama ada dibuat dalam keadaan sarih (jelas) atau pun kinayah (sindiran).

Lafaz talak secara sarih seperti, “Aku ceraikan engkau dengan talak satu” tidak memerlukan kepada niat untuk menjatuhkan talak memandangkan lafaz itu nyata dan terang menggugurkan talak.

Berbeza dengan lafaz kinayah seperti, ‘Kita berpisah’ memerlukan niat suami bagi menggugurkan talak kerana mungkin lafaz dibuat mempunyai maksud dan pengertian lain selain daripada perceraian.

Secara jelasnya, talak yang dilafazkan suami puan termasuk dalam talak secara kinayah iaitu dinyatakan secara tulisan melalui SMS.

Perceraian jenis ini kurang jelas dalam dua rukun iaitu sighah yang digunakan berserta niat atau qasad suami ketika perbuatan berkenaan dilakukan.

Untuk menentukan sama ada lafaz talak melalui SMS itu sah terhadap isteri, seharusnya hakim yang mendengar kes ini memanggil suami berkenaan bagi memastikan lafaz diucapkan itu bermaksud talak atau tidak.

Namun begitu, perceraian melalui SMS perlu disahkan di hadapan hakim. Jika suami mengaku mempunyai niat semasa menulis SMS itu, maka jatuh talak dari sudut hukum syarak.

Persoalan adakah gugur talak yang dibuat ketika suami dalam keadaan tidak sedarkan diri, iaitu suami berada dalam keadaan sakit atau mengalami gangguan mental (skizophernia).

Pendapat ulama daripada ‘Uthman bin ‘Affan, ‘Umar ‘Abdul ‘Aziz, Tawus, al-Qasim dan satu riwayat lain daripada Imam Ahmad Hanbali menyatakan, mereka yang mabuk menyebabkan hilang akal tidak mempunyai perasaan, hukumnya seperti orang gila atau mereka yang sedang tidur atau mereka yang terpaksa kerana akal adalah sebagai syarat taklif syarak ke atas seseorang, sama ada suruhan atau larangan dan hukum adalah tidak diwajibkan ke atas mereka yang tidak faham.

Begitu juga hukum seseorang yang waras akalnya, tetapi dipukul kepalanya menyebabkan gila, maka gugur hukum taklifnya. Perceraiannya yang dilakukan ketika hilang akal bukan kerana mabuk, ulama bersependapat perceraian itu tidak dikira talaknya.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Tidak diambil dosa daripada tiga jenis manusia, daripada mereka yang tidur sehingga sedar, kanak-kanak sehingga baligh, daripada orang gila sehingga sedar.”

Sabda Baginda: “Setiap perceraian adalah diharuskan, melainkan perceraian yang dilakukan oleh mereka yang bodoh dan mereka yang hilang akalnya.”

Begitu juga perceraian dilafazkan dalam keadaan marah, ulama bersepakat perceraian dalam keadaan marah sama ada menggunakan perkataan sarih atau kinayah yang disertakan niat adalah diambil kira talaknya. Tetapi, jika kemarahan itu sampai ke tahap hilang akal atau pitam, tidak dikira talaknya.

Ia berdasarkan hadis Khuwailid binti Tha’labah, isteri Aus bin al-Samit, Khuwailah menyatakan suaminya menziharkannya dalam keadaan marah. Beliau berjumpa Rasulullah SAW dan menceritakan apa yang berlaku. Baginda SAW bersabda maksudnya: “Aku tidak nampak kecuali kamu diharamkan ke atasnya.”

Suami anda termasuk dalam golongan orang tidak sedar dan di luar kawalan kewarasan disebabkan penyakit skizophernia dan mengalami gangguan mental ketika melafazkan talak itu.

Tetapi mengikut prosedur mahkamah, jika benar suami tidak sedar ketika melafaz talak, kes itu memerlukan pengesahan pakar seperti doktor yang menyatakan suami menghidap penyakit mental.

Jika doktor dapat mengesahkan keadaan itu, barulah dapat diputuskan sama ada lafaz itu menggugurkan talak atau tidak. Namun jalan sebaiknya, puan mendapatkan pengesahan status perkahwinan melalui Mahkamah Syariah.

Melalui perbicaraan di mahkamah, hakim akan memutuskan adakah sudah gugur talak atau tidak.

  • Penulis ialah Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sebarang soalan boleh dihantar ke admin@pgsm.org.my
  • 3 Responses to Cerai guna SMS sah jika suami tak gila

    1. Ingin tahu berkata:

      1)Saya ingin tahu adakah seseorang suami itu dalam keadaan sedar dan dia berniat dalam hati jika isterinya membuka surat @ handphone akan menceraikan isterinya dengan talak satu tanpa kebenaran suami dan adakah sah talak tersebut?,dan 2)adakah jika suami dalam keaadaan marah,sedar dan hatinya mahu berpisah @ bercerai…suami berkata “esok saya antar kerumah emak ayah kamu” ini disebabkan isteri telah menarik telingga suami…buatkan suami marah,adakah jatuh talak tersebut?.3)adakah dalam keadaan tertentu suaminya beriya-iya @ berniat dalam hati @ nekad ingin menceraikan isterinya dengan talak satu disebabkan suami berlaku curang,adakah jatuh talak tersebut?.

    2. ingin tahu.. berkata:

      suami saya ada menghantar sms berbunyi” mulai dari sekarang,abang ceraikan kau” dalam keadaan marah.Adakah jatuh talak?

    3. nora berkata:

      suami saya ada melafaskan cerai sms yang berbunyi jika ibu keluar dengan mana-mana lelaki dan eika( bukan nama sebenar )
      maka jatuh talak 3 …dan pada masa tu saya sudah pun berjumpa dengan yang bernama eika itu ..ada kah jatuh talak

    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s

    Ikut

    Get every new post delivered to your Inbox.

    Join 351 other followers

    %d bloggers like this: