Kanser prostat: Tanda, keadaan dan rawatan

Oleh: DR. SULAIMAN TAMANANG

Pengenalan
Tahap keseriusan kanser prostat boleh menentukan sejauh mana kanser tersebut telah merebak. Pengetahuan tentang tahap keseriusan kanser ini membolehkan doktor pakar menentukan rawatan yang sepatutnya dijalani oleh pesakit tersebut.

Tanda-tanda awal kanser prostat

Kanser prostat di peringkat awal sering kali tidak menunjukkan apa-apa gejala. Apabila tanda-tandanya muncul, ia mungkin melibatkan beberapa masalah berikut:

* Sering membuang air kecil terutamanya pada waktu malam

* Kesukaran sewaktu mula membuang air kecil atau air kencing yang tertahan

* Tidak boleh mengeluarkan air kencing

* Aliran air kencing yang lemah atau tersekat-sekat

* Kesakitan atau kepanasan semasa mengeluarkan air kencing

* Terasa sakit ketika air kencing keluar

* Terdapat darah dalam air kencing atau air mani

* Sering mengalami kesakitan atau ketegangan di bahagian belakang, pinggang, atau paha.

Bagaimana cara mengesan kanser prostat:

Kanser prostat dapat dikesan dengan menjalani pemeriksaan prostat melalui rektum dan membuat ujian PSA dalam darah. Sekiranya tahap PSA tinggi, ujian biopsi dilaksanakan olek pakar urologi untuk memastikan kehadiran kanser. Semasa ujian biopsi pakar urologi akan mengambil contoh sel-sel prostat menggunakan jarum melalui rektum setelah diberi ubat kebas. Contoh sel-sel ini akan dikaji oleh ahli patologi, iaitu seorang doktor yang pakar dalan kaji penyakit. Pakar patologi akan mengesahkan sama ada seseorang itu mempunyai kanser atau tidak.

Kanser prostat boleh dihuraikan dari segi gred dan tahap.

Gred menerangkan bagaimana tumor itu menyerupai tisu-tisu prostat yang normal. Berasaskan dapatan kajian biopsi melalui mikroskop, pakar patologi melaporkan kanser prostat sebagai gred rendah, sederhana atau tinggi. Salah satu sistem yang digunakan untuk menyalurkan gred kanser prostat ialah sistem Gleason. Ia menggunakan skor dari 2 hingga 10. Skor yang tinggi menunjukkan gred yang tinggi. Tumor gred tinggi biasanya membiak lebih cepat dan mempunyai besar kemungkinan untuk merebak jika dibandingkan dengan tumor gred rendah.

Tahap pula menunjukkan sejauh mana kanser itu telah merebak.

Empat tahap dalam kanser prostat

Tahap ini diambil kira dari segi saiz tumor tersebut, sama ada nod limfa telah dijangkiti atau sama ada tumor tersebut telah merebak ke bahagian badan yang lain.

* Tahap 1: Kanser adalah kecil dan terletak di bahagian dalam kelenjar prostat dan tiada simptom apabila pemeriksaan rektal dijalankan.

* Tahap 2: Kanser masih berada dalam kelenjar prostat, tetapi kebengkakan boleh dirasai apabila pemeriksaan rektal dijalankan.

* Tahap 3: Kanser telah pecah melalui selaput prostat dan kemungkinan besar telah merebak ke bahagian seminal.

* Tahap 4: Kanser telah merebak ke bahagian pelvis (tulang pinggul), atau telah merebak ke nod limfa atau bahagian-bahagian badan yang lain, seperti tulang, hati atau paru-paru.

Bagaimana kanser prostat merebak

Kanser prostat merebak melalui saluran limfa dan darah. Kanser prostat kerap merebak ke tulang berbanding bahagian-bahagian tubuh yang lain.

Untuk mengenal pasti tahap kanser ujian ultrasound, skan tulang dan skan berkomputer untuk paru-paru, abdomen dan pelvis dijalankan.

Peringkat TNM dalam kanser prostat

Para pakar dan doktor menggunakan sistem berperingkat yang rumit yang juga dikenali sebagai sistem TNM. Kaedah ini digunakan di seluruh dunia.

Ia mengimbas 3 bahagian iaitu:

* Tumor (T)

* Nod Limfa (N)

* Kanser peringkat kedua atau Metastises (M).

Doktor boleh mengulas lanjut tentang kaedah pengesanan kanser dan peringkat-peringkat/tahap keseriusan kanser dengan lebih mendalam.

9 Responses to Kanser prostat: Tanda, keadaan dan rawatan

  1. hilman berkata:

    ada seperti urat2 yang berada d bahagian telur sebelah kiri dan kekerapan buang air sekerap sejam sx

  2. hilman berkata:

    ada seperti urat2 yang berada d bahagian telur sebelah kiri dan kekerapan buang air sekerap sejam sx.lelaki.berumur 23tahun

  3. fahmi berkata:

    saya ada masalah bile saya buang air kecil saya rasa macam tak berape puase dan susah nak keluar..kadang-kadang saya nak buang air besar pun najis saya selalu sgt keras boleh dr tolong saye terangkan masalah saya ni teri me kasih

  4. Bazarina jazimin berkata:

    bapa saya 79 tahun pesakit kanser prostat , score 8. beliau menggunakan rawatan s/c lucrin 3.75mg monthly. masalahnya beliau sering mengalami sakit dibahagian pinggang diwaktu malam dan kerap demam diwaktu malam. buat masa ini hanya ubat penahan sakit dan ubatan demam sahaja yang diberikan. adakah kanser ini telah merebak dan apakah rawatan yang lain perlu dijalankan.

  5. haizad berkata:

    bahgian telur sebelah kiri saya kedudukannya kebawah sedikit daripada kanan dan ada seperti urat membengkak sedikit. saya juga kerap membuang air kecil sejam sekali

  6. Salam..suami saya merupakan pengamal perubatan AYURVEDA (perubatan herba india paling lama di dunia) sejak 20 tahun yang lalu base di Balik Pulau, Pulau Pinang (dikenali sebagai Balik Pulau Selva Vaidyar AYURVEDIC & HOMEOPATHY SPECIALIST) sebelum memindahkan operasi di SUMMIT, Subang Jaya dan dikenali dengan nama LUQMAN HERBS CENTRE. Beliau telah merawat ramai pesakit yang mengidap berjenis penyakit dan mereka sembuh sepenuhnya. Antara masalah kesihatan yang boleh dirawat adalah:- kencing manis, darah tinggi, arthritis, rheumatoid arthritis, lumpuh, sakit tulang belakang, batu karang, buasir, resdung, gaot, asma, psoriasis, eczema, sopak, epilepsy (sawan tarik), sakit kepala, barah, sakit tuan / puan, ketidaksuburan (susah dapat anak), lupus dan lain-lain penyakit. Sesiapa yang ingin mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan perubatan alternatif, bolehlah berhubung melalui talian: 03 56502948 (Off) / 014 6332307 (Dr Luqman) untuk sebarang pertanyaan atau menetapkan tarikh temujanji atau layari http://www.luqmanherbscentre.com menerusi GOOGLE untuk malumat lanjut. Tq.

  7. zue berkata:

    Luqman Herbs Centre (LHC) akan menganjurkan seminar ‘Kursus Penjagaan Dan Pemulihan Tenaga Batin Lelaki’ sebagai satu langkah memberi maklumat serta kaedah penjagaan dan pemulihan tenaga batin lelaki bagi mereka-mereka yang inginkan kebahagiaan dalam hubungan seks.

    Kepada yang berminat untuk menghadiri kursus ini sila google http://www.luqmanherbscentre.com untuk maklumat lanjut. terima kasih.

  8. maran berkata:

    maran. saya mendapati ada kesan bonjolan pada skrontom,adakah ini salah satu simptom kanser prostat

  9. zul berkata:

    * Kesakitan atau kepanasan semasa mengeluarkan air kencing

    * Terasa sakit ketika air kencing keluar

    Dua simptom di atas yang saya amat pasti saya hadapi sekarang. adakah saya menghidapi kanser tersebut????. kadangkala kemaluan saya seperti bernanah pada hujung.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: