RAMAI wanita mengamalkan kaedah merancang keluarga menggunakan pil perancang. Ada berbagai-bagai jenis pil perancang di pasaran.
Lazimnya pil perancang kombinasi iaitu yang mengandungi kedua-dua jenis hormon estrogen dan progestogen digunakan melainkan mereka yang masih menyusu ataupun mempunyai masalah penyakit seperti tekanan darah tinggi.
Oleh itu seseorang wanita yang ingin mengambil pil perancang perlu berjumpa dengan doktor sebelum memulakannya supaya kesesuaian dapat dikenal pasti dan nasihat yang tepat dapat diberikan.
Wanita yang berumur melebihi 35 tahun dinasihatkan mengambil pil perancang yang mengandungi kadar estrogen yang lebih rendah iaitu 20 microgram ethinyloestradiol.
Pemeriksaan tekanan darah perlu dibuat serta pemeriksaan ujian pap smear. Wanita yang mempunyai masalah seperti lemah jantung atau barah payu dara tidak boleh mengambil pil perancang jenis ini.
Pil perancang kombinasi bertindak melalui beberapa cara iaitu:
1. Menghalang proses ovulasi dengan menghalang pembesaran folikel.
2. Menyebabkan mukus daripada serviks menjadi kental dan menjejaskan pengangkutan sperma ke dalam rahim.
3. Tisu pada dinding rahim menjadi nipis dan tidak sesuai untuk pelekatan janin. Oleh kerana tisu dinding rahim ini nipis, pendarahan haid menjadi sedikit dan hanya beberapa hari saja.
Cara pengambilan pil perancang kombinasi adalah seperti berikut:
Untuk pengambilannya pada kali pertama, seseorang wanita perlu mengambil pil pertamanya pada hari pertama pendarahan haid berlaku. Pengambilan pil seterusnya diambil selama 21 hari mengikut arah anak panah pada paket pil perancang.
Kesan bagi menghalang kehamilan berlaku serta-merta dalam kes ini. Jika pil pertama ini diambil pada hari kelima haid, seseorang wanita perlulah menunggu selama 14 hari sebelum penghalang kehamilan berkesan. Keadaan ini disebabkan pengambilan pil pada hari kelima haid tidak menjamin menghalang pembesaran folikel yang akhirnya akan melalui proses ovulasi dan menyebabkan wanita itu subur walaupun sedang mengambil pil perancang. Oleh itu wanita yang memulakan pengambilan pil pertamanya pada hari kelima haid dinasihatkan supaya mengguna cara lain seperti azal atau kondom untuk menghalang kehamilan selama 14 hari.
Untuk pengambilan pil perancang pada bulan kedua dan seterusnya, ia perlu diambil setelah berhenti selama tujuh hari. Lazimnya pendarahan haid berlaku dalam masa tujuh hari berehat daripada mengambil pil perancang. Pil pertama untuk paket kedua dan seterusnya perlu diambil pada hari kelapan dari tarikh mula berhenti tanpa mengambil kira pendarahan haid berhenti atau tidak.
Sebagai contoh, wanita A ingin memulakan pengambilan pil perancang:
Pendarahan haid wanita A berlaku pada 1 Julai 2005. Wanita A mula mengambil pil yang pertama pada Jumaat, 1 Julai. Dia akan mengikut arah anak panah pada paket pil perancang hinggalah habis pil pada 21 Julai 2005.
Beliau kemudian berhenti mengambil pil selama 7 hari dan akan mula mengambil pil perancang paket kedua pada 29 Julai 2005 ia itu hari Jumaat juga. Lazimnya pendarahan haid akan mula berlaku pada 22, 23 atau 24 Julai dan hanya untuk beberapa hari saja.
Apa yang perlu dilakukan jika terlupa mengambil pil perancang?
Jika seseorang wanita lupa mengambil pil, teruskan pengambilan pil apabila teringat semula dan teruskan pengambilan pil yang seterusnya pada masa yang lazim diambil. Jika jangka masa terlupa melebihi 12 jam (terutamanya bagi pil pertama atau terakhir pada paket) pencegahan kehamilan mungkin tidak berapa berkesan.
Oleh itu sebaik saja ingat, teruskan saja pil yang sepatutnya diambil macam biasa. Oleh kerana ia mungkin tidak lagi berkesan, pasangan perlu mengambil langkah lain selama tujuh hari untuk menghalang kehamilan. Jika tujuh hari ini menjangkau melebihi paket yang ada, mulakan dengan paket baru tanpa berhenti selama tujuh hari.
Bagi bulan itu, wanita ini mungkin tidak akan mengalami pendarahan haid sehinggalah ia habis paket yang seterusnya, iaitu pada bulan kedua. Kemungkinan juga pendarahan yang tidak normal berlaku, tetapi wanita ini perlu meneruskan pengambilan pil setelah memastikan bahawa ia tidak hamil.











Oktober 3, 2007 at 6:24 pm |
camner ek nak elak dari mengandung???takde cara lain ke selain ambil pil2 yang maybe effect besar pada kesihatan?contoh makan nenas ke or something yang sewaku denganya??help me!!!
Oktober 22, 2007 at 3:21 pm |
Pada hari ke 13, saya terlupa makan pil selama 3 hari berturut-turut. ada darah keluar. Soalan saya, adakah ini darah haid. Patutkah saya berhenti makan pil ?
Disember 31, 2007 at 12:56 pm |
Pada hari ke-13, saya kehilangan pil. 3 hari beturut-turut saya tidak makan kemudian ada darah keluar. Adakah darah tersebut adalah darah haid. Hari ke 3 darah tersebut turun seperti mula-mula datang haid..
Februari 2, 2008 at 9:46 am |
pada 11/1/08 saya telah menjalankan 1 cuci keguguran dan pada mlm itu saya telah start mkn pil perancang jenis ricevidon selama 21hari..seningga cukup 21hari pada 31/1/08.tapi saya pernah terlupa memakan pil sepatutnya saya akan mkn pada setiap malam..tapi saya terlupa..awal pagi bila saya sedar saya termakan..adakah ada masalah dari kesan lewat makan..dan berapa hari haid saya akan keluar selepas saya abis makan pil perancang itu.
Februari 13, 2008 at 10:36 am |
pada tahun lepas saya telah keguguran sebanyak 2 kali (jun & november). Untuk menjarakkan kehamilan, saya baru mula mengambil pil perancang jenis diane 35 pada hari haid ke 5 (1/2/2008). selepas beberapa hari saya mula berasa mual2 dan loya2 serta pening2. adakah mual dan loya itu kesan daripada pil berkenaan. bolehkan saya terus berhenti dari mengambil pil tersebut dan apakah akibatnya?
Februari 18, 2008 at 1:15 am |
assalamualaikum…saya ingin mengemukakan satu kemusykilan. saya biasanya mengambil pil perancangan (mercilon) pada pukul 7- 8 pg. pada hari ke-7 makan pil. saya terlupa dan hanya teringat pd jam 6 ptg kira-kira 10- 11 jam kemudian. adakah kaedah pil perancang kehamilan ini masih berkesan digunakan?
Oktober 9, 2008 at 12:07 pm |
saya ingin memulakan pengambilan pil perancang, tetapi, saya lupa mengmbilnya pada hari pertama kitaran haid saya. jadi, bila saya boleh mula mengambil pil.
Oktober 9, 2008 at 12:29 pm |
eda ..apa lagi….bulan depan lah pulak makan….dan pakai topi lah sebulan…he he
Salam
Februari 11, 2009 at 11:02 am |
saya baru bersalin anak no 2..bilakah perlu saya mengambil pil perancang? untuk makluman saya masih lagi menyusu badan..
Mac 1, 2009 at 8:51 pm |
saya telah mengambil pil perancang marvelon selama 2bulan.dalam waktu tu berat badan sy naik mendadak.ada kaedah lain x yg boleh sy amalkan….
Mac 4, 2009 at 8:30 am |
ader x care lain utuk menghalang kehamilan?..contohnya mkn buan nenas ker?..hehe
satu lagik pil perancang tue aper?..hehehe
Mac 10, 2009 at 1:28 pm |
Saya mengambil pil perancang selepas saya melahirkan. Pil yang diambil bernama Rigevidon, saya baru sebulan mengambil pil ini.Saya bermula memakan ubat ini pada 16/2/09 dan tarikh terakir saya makan pada 8/3/09 dan pada 8/3/09 malam saya bersama suami saya, tetapi hari yang keesokan nya saya tidak memakan pil lagi kerna saya menunggu darah haid saya selama 7 hari. Adakah saya beresiko untuk mengandung? sedangkan saya tidak mengambil pil pada hari terakhir saya mersama suami saya?…please bagi tau saya
Mac 10, 2009 at 2:38 pm |
sarie .. selepas hari ke 21 adalah tempoh yang selamat ..
Mac 10, 2009 at 8:12 pm |
askum..
nk kongsi citer skit..
seri dh kawen slama 8 taun..
slama 8 taun gk seri x mbik pil perancang..
seri ade 2 owng anak ..
yg sulung 8 taun n then yg bongsu 5 taun..
actually,seri x brani nk mkn pil perancang..
coz seri x takut mkn ubat..
so seri merancang anak ngn cara seri sendiri..
dan pe yg seri taw mkn pil perancang ni mbhyakan kesihatan..
seri ade sowng kawan..
kawan seri nie mgamlkn pengambilan pil perancang..
slama 15 taun mkn pil perancang..
tapi smpai ke 1 tahap..
kawan seri b’henti mkn pil perancang..
berat bdn dier naik mendadak..
dan sering rase sakit..
datang lak haid x menentu..
skang ni..
seri x taw dh cmne keadaan kawan seri 2..
coz seri dh hmpir staun x jumpe..
seri blik kg..
tapi kawan seri 2..
stil kat slgor..
insyaAllah..
bulan jun nie..
seri b’cuti kat slgor..
jumpe my hb n jumpe my frenz 2..
nnt seri tnye kwn seri 2 pasal pggunaan pil perancang ni eh..
heheheh..
nnt seri kongsikn citer dlm pages nie ye..
Mac 10, 2009 at 8:15 pm |
pembetulan..
“coz seri x takut mkn ubat”..
sebenarnye..
“seri takut mkn ubat”..
Mac 19, 2009 at 10:41 am |
saya baru bersalin… bila waktu sesuai untuk saya ambil pil perancang dan selalu nya berapa lama tempoh masa untuk wanita bersalin akan datang haid semula.
April 7, 2009 at 8:13 am |
askum..org baru nih..saya bersalin dah msk 4 bulan..saya dah ambil pil perancang (marvellon) pada hari ke 21 saya lepas bersalin.bulan ni,saya terlupa mkn pil yang ke 13 (hari ahad lepas)..jadi, hari ke 14 (isnin)tu saya mkn plak pil yg ke 13 tu..hari ni dah hari ke 15 (selasa)..macam mane nih?tolong saye..saya perlu mkn lagi pil tu pagi hari selasa tu ker?sebab saya mkn pil tu mlm hari jer..
April 7, 2009 at 8:19 am |
nape tak der org nih..
April 7, 2009 at 8:55 am |
qisya ..kalau terlupa satu hari , tak mengapa .. tinggalkan dan sambng untuk hari yang seterusnya ..
April 17, 2009 at 4:22 pm |
saya baru bersalin dan merancang nak amik pil perancang…….pil mane yg bagus yg tidak menaikkan berat badan….satu lagi,waktu bila saya nak ambil selepas bersalin nih…..
Ogos 6, 2009 at 3:20 am |
SY.X FHM LAH…BYK ARTIKAL YANG SY BC,BYK JGAK NASIHAT YG SY DPT TTG CRA PENGAMBILAN PIL PERANCANG,SEMUA MENYATAKAN PENGAMBILAN HANYA SELEPAS SEHARI@2 HARI DARAH KERING TAPI ARTIKAL INI PLAK MENYATAKAN HARI PERTAMA DTG HAID.SY KELIRU..TLG JELASKAN
Ogos 6, 2009 at 8:37 am |
lyn, awk x yah ler ambil pil…sebab makan pil…jadi subur.awk buat lah cara lain…pancut kat luar ker…ok gak…
ko bincanglah dgn asben..pancutkan kat luar..tapi aku x tahulah..maybe kepuasan agak kurang kut…maybe otai2..somi2 leh bagi pedpt…
aku pun nak tahu sebab..somi aku sll pancutkan kat luar…
September 2, 2009 at 12:32 pm |
salam..mcm ner pengambilan pil diane 35?saya berhajat untuk mengambilnyer
Oktober 19, 2009 at 9:10 pm |
erm,macam ne kte nk prevent after..
maksudnye i x pasti samada i lekat ke x..
tp i risau kalo lekat baby..
hubby i n i da rancang xnak baby masa terdekat ni..
de pe2 ubat x yang bley gugur mase peringkat darh lagi??
Oktober 29, 2009 at 11:40 am |
saya ambil pil jenis mercilon pada 3/10/09.lepas 21 ari saya brenti dan rehat 7 ari tapi tak datang peroid.caner ni?
November 2, 2009 at 12:12 pm |
aku lum kawin lg…tp aku try mkn pil perancang ni..just nak naikkan berat badan….apa kesan klu aku ambi pil perancang..