Cara berpantang masyarakat Melayu

14vic3.jpg 

BERPANTANG yang diamalkan dalam masyarakat Melayu, Cina dan India lebih kurang sama kerana tumpuan lebih kepada aspek pemakanan. Makanan yang sejuk seperti sayur-sayuran tertentu sepatutnya dikurangkan kerana ia boleh menyebabkan badan berasa sejuk, lantas menyebabkan tubuh menjadi ‘tidak kuat’ pada waktu tua.

Selain menitik beratkan aspek pemakanan ada juga cara berpantang yang melarang mandi dan menyikat rambut atas alasan melindungi ibu dan bayi daripada kecelakaan. Ada banyak lagi amalan yang ‘diharamkan’ dilakukan ketika berpantang, tetapi sejak kebelakangan ini dipandang sepi masyarakat moden.

Sungguhpun begitu secara ringkasnya berpantang bertujuan merehatkan tubuh badan dan memberikan kembali tenaga dan darah yang banyak hilang akibat proses kelahiran. Umumnya berpantang ini hanya membabitkan 44 hari atau sebulan lebih.

Cara berpantang masyarakat Melayu:

  • Urutan – bertujuan melancarkan peredaran darah dan biasa dimulakan tiga hari selepas kelahiran. Ia tidak boleh dielakkan kerana akan menyebabkan tubuh berasa sengal.
  • Bertungku – bertujuan mengeluarkan darah kotor terutama saki baki darah beku, membuang angin dan menyembuhkan luka peranakan selain mengecutkan urat yang kembang. Ia selalu dilakukan pagi dan petang.
  • Bertangas – bertujuan membuang angin meroyan, mengecutkan vagina, menyihatkan sistem peranakan, membetulkan kedudukan salut peranakan dan mengecutkan rahim.
  • Berbengkung – perlu dilakukan sepanjang tempoh berpantang. Elakkan perut buncit selain berfungsi mengembalikan kedudukan peranakan. Ia juga dikatakan sebagai alat membantu ‘mendapatkan’ kembali tubuh langsing kerana ia menghalang daripada makan banyak.
  • Mandi rempah ratus – bertujuan membuang angin dalam badan selain menghaluskan kulit. Ia juga dikatakan mampu mengekalkan kesegaran dan naik seri wajah.
  • Memakai param dan pilis – bertujuan mengelakkan pening dan menyebabkan mata rabun.
  • Minum jamu – bertujuan memanaskan badan, mempercepatkan rahim mengecut selain merapatkan kembali bahagian sulit.

    Elakkan:

  • Keluar rumah
  • Membuat pergerakan pantas atau lasak dengan kata lain kurangkan berjalan
  • Makan dan minum berlebihan
  • Membaca dan melaksanakan kerja yang memerlukan tumpuan seperti menjahit
  • Terdedah kepada cuaca sejuk

  • Sumber: Berita Harian

    3 Responses to Cara berpantang masyarakat Melayu

    1. Anak Sultan berkata:

      + jangan berhubungan intim dulu dengan suami

    2. julya berkata:

      sekarang ni, makin ramai yg pandang sepi pada amalan berpantang. Ada beberapa kes yg melibatkan mereka yg culas berpantang… sehingga terpaksa dibuang rahim kerana kedudukan rahim yg terbalik akibat tidak berbengkung. Ada juga yg diceraikan suami kerana alat kelamin yg ‘rosak’ kerana berbau dan mengeluarkan lelehan teruk kerana tidak menjaga pemakanan dan masuk angin. Ada juga yg kematian bayi setelah dibawa jalan2 dalam kereta (kematian mengejut).. mungkin kerana masuk angin dan ekon… pandai2 la jaga badan masing2…

    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s

    Ikut

    Get every new post delivered to your Inbox.

    Join 350 other followers

    %d bloggers like this: