Maksud Harta Sepencarian

SAYA minta tuan jelaskan kepada saya apakah dimaksudkan harta sepencarian kerana saya sering terkeliru apakah yang boleh saya tuntut sebagai harta sepencarian.

Shakila
Kuala Pilah

—————————–

HARTA sepencarian adalah harta sama ada harta alih atau tidak alih diperoleh bersama ketika dalam perkahwinan yang sah, sama ada secara langsung atau sebaliknya dengan berlandaskan kepada hukum syarak. Harta sepencarian adalah merujuk kepada harta diperoleh bersama oleh suami isteri ketika perkahwinan berkuat kuasa mengikut syarat ditentukan hukum syarak. Harta sepencarian ini berperanan memastikan suami isteri mendapat hak masing-masing hasil daripada sumbangan mereka dalam rumah tangga selain memastikan kehidupan lebih sempurna dapat dikecapi terutama dalam keadaan isteri diceraikan suami. Ia penghargaan suami terhadap isteri atas sumbangan dicurahkan isteri dalam tempoh perkahwinan mereka.

Secara amnya, tuntutan untuk mendapatkan harta sepencarian berlandaskan kepada adat Melayu semata-mata. Tuntutan ini boleh dibuat hanya di Mahkamah Syariah saja. Suatu sumbangan terhadap harta perkahwinan dalam suatu perkahwinan itu juga, boleh dilihat menerusi sumbangan secara langsung atau tidak langsung. Sumbangan secara langsung adalah apabila suami dan isteri sama-sama bekerja atau berusaha bagi mendapatkan pemilikan sesuatu harta atau aset. Manakala, sumbangan secara tidak langsung adalah sumbangan dibuat pasangan suami isteri tanpa membabitkan sumbangan yang dapat dilihat secara hakiki seperti ketaatan seorang isteri menguruskan rumah tangga dan dorongan seorang isteri yang membolehkan suami berjaya di dalam kerjaya.

Sebenarnya, tidak terdapat suatu dalil khusus dalam al-Quran mahupun Sunnah menerangkan kedudukan harta sepencarian dalam Islam. Namun, dalam surah an-Nisa ayat 32 menerangkan bahawa setiap lelaki dan wanita mempunyai bahagiannya di dalam apa yang mereka usahakan (merujuk kepada kepada perhubungan suami isteri di dalam perkahwinan).

Dalam perundangan Islam, apabila sesuatu adat atau uruf diakui kebaikannya dan diberi pengiktirafan undang-undang, maka ia bertukar menjadi suatu peraturan yang mesti diikuti. Sejarah perundangan menunjukkan bahawa Rasulullah SAW apabila berdepan dengan persoalan uruf, baginda mengambil sikap berbeza-beza antara satu adat dengan adat yang lain sama ada menerima adat atau menolaknya atau menerima dengan pindaan terhadap sesuatu adat itu sebelum ia menjadi suatu hukum. Perkara ini boleh dilihat dalam kaedah fiqh Islam yang ada seperti dalam Kitab al-Asbah Wa Al- Nazair yang mana ia termasuklah ‘al-Adah Muhakkamah’ yang bermaksud adat mengambil tempat hukum dan ‘Al-Makruf Bi Al-Urfi ka Al-Makruf bi Al-Nas’ yang bermaksud sesuatu yang diterima mengikut adat samalah kedudukannya seperti dibuat mengikut nas.

Di Malaysia, rujukan mengenai harta sepencarian ini boleh dilihat fatwa dikeluarkan di negeri Melayu selain di dalam kitab ulama yang ada. Di dalam sistem perundangan kita, kaedah mengenai harta sepencarian diadaptasikan daripada undang-undang Islam dan ia kini diiktiraf oleh undang-undang negara dan diletakkan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Kini peruntukan harta sepencarian ada dinyatakan dalam semua Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri di Malaysia. Pada asasnya, suatu tuntutan harta sepencarian ini boleh dibuat di dalam beberapa keadaan iaitu apabila berlakunya cerai hidup, cerai mati dan poligami. Dengan itu dapat di simpulkan suatu harta sepencarian itu sebenarnya merangkumi suatu harta diperoleh suami dan isteri menerusi usaha bersama mereka ketika perkahwinan.

Bahkan, ia juga termasuklah harta diperoleh suami menerusi usahanya sendiri ketika perkahwinan dengan sumbangan secara tidak langsung daripada isteri. Disamping itu, apa-apa hasil dan nilai tambahan daripada perkembangan menerusi usaha sendiri oleh pihak yang satu lagi kepada perkahwinan itu ataupun usaha bersama pasangan itu dalam perkara yang membabitkan apa-apa harta kepunyaan suami atau isteri sebelum perkahwinan atau apa-apa harta diperoleh isteri menerusi usahanya sendiri ketika perkahwinan atau apa-apa hadiah, pemberian (hibah), wasiat, sedekah atau harta pusaka diterima atau apa-apa harta lain diperoleh suami atau isteri sebelum atau ketika perkahwinan itu juga boleh dianggap sebagai harta sepencarian.

Ini bermakna suatu harta diperoleh isteri menerusi usahanya sendiri, walaupun di dalam tempoh perkahwinan maka ia bukanlah suatu harta sepencarian. Bahkan, apa-apa bentuk sumbangan isteri di dalam menjaga keluarga atau urusan lain berhubungan dengan pemerolehan harta hendaklah dikira sebagai usaha bersama dan ia termasuklah di bawah takrifan harta sepencarian. Bagaimanapun, apa-apa sumbangan oleh suami dalam menunaikan kewajipannya menjaga keluarga dan rumah tangga seperti mana ditetapkan hukum syarak tidaklah dikira harta sepencarian kerana ia tidak dianggap usaha bersama pasangan suami isteri melainkan sekiranya sumbangan itu bukanlah kewajipannya sebagai seorang suami terhadap keluarganya yang mana sumbangan itu membawa kepada pemerolehan harta dengan ia dianggap harta sepencarian.

Perlu diingat suatu harta kepunyaan isteri atau suami sebelum perkahwinan, hadiah, pemberian (hibah), sedekah, harta pusaka diterima atau apa-apa harta lain diperoleh sama ada ketika perkahwinan atau sebelumnya tidak boleh dianggap harta sepencarian.

~  Bersama Zainul Rijal Abu Bakar
 

13 Responses to Maksud Harta Sepencarian

  1. ANAK UTARA berkata:

    JELAS KAN SISTEM PERKAHWINAN SEBELUM ISLAM

  2. t0-pax berkata:

    saya nak tanye bagaimana pula dengan wanita yg kematian suami..bagaimanakah harta sepancarian akan di agih-agihkan..

  3. XMAN berkata:

    -google-type under search : cara urus pusaka bawah rm600,000 atau type : pembahagian harta kematian suami….GOOD luck….alfatihah

  4. XMAN berkata:

    ……if u still have difficulties or problems,go to pejabat pusaka kecil daerah or in kl at 1st floor wisma jupem ,jalan semarak k.lumpur next to felda hq. …u also can refers to women aid organisation:
    - wao@po.jaring.my
    -03-78563488
    -fax 03-78563237

    (kalau harta tak seberapa jgn guna perkidmatan ARB-might be costly)

  5. Reseacher 0f ghost college berkata:

    sir urr question is incomplete…whether the women with or without children or next of kin…anyhow urr can also refers to-hanifiyah.multiply.com/journal /item/147/Pembahagian_harta_sepencarian…….

  6. tak bertauliah berkata:

    ANAK UTARA…SEBELUM ISLAM LEBEH KURANG MACAM HAIWAN LAH…NAFSU/PEMBIAKAN…MEREKA TIDAK ADA KONSEP KEHIDUPAN SEBAGAI PRINSIP MANUSIA BERAKAL.
    -PERSETUBOHAN DI ANGGAP NORMAL TAMPA IKATAN
    -WANITA MASA TU DI ANGGAP “BENDA” ….”BARANG” (DAGANGAN) AGAK NYA BUKAN MANUSIA,macam zaman firaun perempuan tak dihargai……mereka ini dikira daif…..(seronok juga dpt menenggek sana sini,,,macam tentera mongol…dapat kepuasan…no string attached…}

  7. sari yanti berkata:

    suami saya telah bercerai dengan isterinya 5 tahun lalu dan memiliki dua anak ketika bersama. Bekas isterinya itu kini meminta agar dia keluar daripada rumah yang dibelinya ketika bersama. Bekas isteri mengatakan rumah itu hak anak2 dan suami saya tiada hak sedangkan suami masih hidup dan rumah itu di atas nama suami. Bagaimana boleh selesaikan konflik ini?

  8. saya ni anak tunggal dalam keluarga,kedua orang tua saya telah pun meninggal dunia.tetapi saya mempunyai seorang ibu tiri yang telah berkawin dengan arwah ayah selepas ibu saya meninggal dunia.dan perkahawinan mereka hannya bertahan selama 4 bulan.kerana arwah ayah saya telah meninggal dunia.dan sekarang ibu tiri saya ingin menuntut hak dia semasa bersama arwah ayah saya.masalahnya sekarang arwah ayah hanya tinggalkan sebidang tanah dan sebidang tapak umah yang berukuran dalam 10 ekar sahaja.dan semua harta itu adalah diatas nama kedua orang tua saya,5 ekar atas nama arwah ayah dan 5 ekar lagi atas nama arwah ibu kandung saya.dan sebelum kedua-kedua arwah meninggal dunia mereka pernah meninggalkan wasiat berbentuk kata-kata kepada arwah atok saya supaya semua harta itu di wariskan kepada saya.dan sekarang yang menjadi kekeliruan saya adalah macamana pula bahagian yang dituntut oleh ibu tiri saya itu?adakah dia mempunyai hak untuk mendapatkannya

  9. mencarikebenaran berkata:

    pada pandangan saya jelas sekali konsep harta sepencarian ini yang bertunjangkan adat mempunyai sisi gelap yang perlu diharmonikan.kita dapat lihat disini konsep harta sepencarian ini bersikap tidak adil terhadap kaum lelaki/suami/bapa.Hanya sumbangan isteri sahaja dilebihkan sedangkan perkahwinan yang dibina adalah secara bersama.Sumbangan isteri seperti menjaga anak,mengurus rumahtangga tidak bolehlah dianggap sebagai sumbangan semata-mata tetapi juga sebagai tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh seorang isteri dan suami dalam melayari rumahtangga.Jika ada orang mengatakan tugas menjaga anak, mengurus rumahtangga bukanlah kewajipan isteri maka itu adalah tafsiran yang begitu sempit terhadap peranan dan kemuliaan seorang isteri dan juga ibu.apakah tugas isteri hanya melayani seks suami?rasanya tidak wajar kita meletakkan peranan isteri sebagai pemuas nafsu semata-mata sedangkan mereka seperti lelaki atau suami boleh menjadi produktif dan memberi sumbangan.Begitu juga dengan kaum suami yang banyak bertolak ansur dan memberi dorongan terhadap kejayaan isteri seperti yang kita dapat lihat dimasa ini turut perlu dihargai dan diberi pertimbangan.tugas seorang suami juga bukanlah mudah seperti disangka .mereka memikul beban yang besar dalam memastikan keluarga cukup pakai dan makan sehinggakan ada antara mereka yang terluka/tercedera/lumpuh dan sebagainya ketika mencari rezeki yang halal untuk isteri dan anak-anak.justeru dimanakah penghargaan buat mereka?apakah kerana itu tugas mereka maka tidak perlukan penghargaan sedangkan isteri yang diperintahkan suami juga menjaga anak wajib menjalankan perintah itu! maknanya perkara yang tidak wajib telah bertukar menjadi wajib kerana terdapat perintah dari seorang suami dan tidak menyalahi syarak.tetapi mengapakah ketika tuntutan harta sepencarian perkara ini diambil kira sedangkan pada suami ianya dinafi?hanya kerana itu menjadi kewajipannya?suami sebenarnya perlu diberi hak keatas harta sepencarian keatas isterinya seperti mana hak seorang isteri ke atas suami tanpa perlu kita memperlekehkan sumbangan disatu pihak yang lain.itulah yang lebih dekat dengan kebenaran.dan dalam memahami suatu hukum perlu juga bagi kita melihat hikamah dan asbab disebalik penurunan sesuatu hukum agar kita tidak terpesong atau salah tafsir mengikut pandangan minda kita yang sempit dan bias.apa yang saya lihat sekarang kita cuba mewujudkan satu sistem perundangan mengikut emosi dan memenuhi kehendak diri semata dan meninggalkan apa yang kita rasa merugikan diri sekalipun ia satu tuntutan agama.janganlah disebabkan tafsiran sempit kita menyebabkan orang lari dari islam.

  10. aziz ali berkata:

    mcmana contohnya jika rumah yang di beli sebelum berkahwin tapi bayaran harga rumah masih di bayar semasa berkahwin.adakah rumah itu dikira harta sepencarian jugak.

  11. jaja berkata:

    Jika isteri ada pekerjaan/pendapatannya sendiri serta pekerjaanya itu telah mendapat keizinan dari suami untuknya bekerja. Apakah pendapatan yang diperolehi oleh pihak isteri ini di kira harta sepencarian?

  12. hamba Allah berkata:

    adakah hrta spencarian patut dkekalkan atau dimnsuhkan ?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 349 other followers

%d bloggers like this: