Usah Rahsia Masalah Bilik Tidur

APABILA bercakap mengenai seks, ada yang berkata mana boleh berbicara secara terbuka kerana ia dianggap tabu atau sesuatu yang dilarang.

Justeru, topik mengenai seks ibarat VCD haram yang seronok untuk dibeli tetapi tidak dapat dijual secara terbuka atau jika dijual pun, ia dilakukan secara berhati-hati, bimbang dikesan pihak berkuasa.

Seks adalah suatu yang suci tetapi penyalahgunaan seks menyebabkan ia dianggap sesuatu yang malu untuk diceritakan di kalangan lelaki dan wanita termasuk antara ibu bapa dan anak-anak.

Walaupun ada cadangan kerajaan untuk mengadakan mata pelajaran seks di peringkat sekolah, sehingga kini ia belum menjadi kenyataan, sekadar polemik dan cakap-cakap kosong.

Justeru, apabila melangkah ke gerbang perkahwinan, masing-masing takut untuk berbicara mengenai seks. Suami malu untuk bertanya kepada isteri sama ada perhubungan seks mereka memuaskan, begitu juga dengan si isteri.

Apabila soal seks dianggap tabu sekalipun dalam perkahwinan, ia amat berbahaya kerana boleh menyebabkan gangguan mental yang akhirnya membawa kepada perkara tidak diingini.

Ada isteri sanggup curang dan melakukan hubungan dengan lelaki lain semata-mata tidak puas setiap kali bersetubuh dengan suami, tetapi dia (isteri) malu untuk memberitahu hal itu.

Begitu juga suami yang sanggup mencari pelacur atau perempuan lain semata-mata tidak puas hati kerana isteri tidak tahu atau mengikut kehendak seksnya.

Mahu tidak mahu, kita harus mengakui, dalam perkahwinan, hubungan seks adalah satu interaksi atau perhubungan yang penuh tanggungjawab. Suami isteri perlu saling membantu untuk menikmati keseronokan atau syurga dunia.

Tanpa kerjasama dan hubungan yang mesra, seks hanya menjadi satu rutin dan dilakukan atas dasar tanggungjawab atau terpaksa. Situasi begini akhirnya bertukar kepada kebencian apabila hubungan seks tidak lagi memberi apa-apa kenikmatan kepada pasangan.

Hubungan seks yang intim memberi manfaat kehidupan kepada kedua-dua pasangan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara mereka.

Ia hanya boleh berlaku apabila kedua-dua pasangan berinteraksi dengan baik dan membantu pasangan mencapai klimaks. Ini boleh dilakukan jika kedua-dua pasangan melakukan rangsangan bersama.

Tanpa kerjasama antara pasangan untuk memberi panduan dan galakan, suami isteri tidak akan sampai kepada kemuncak kepuasan dan ini menyebabkan hubungan seksual menjadi hambar.

Memang sukar bagi mana-mana pasangan untuk memberi rangsangan seksual tanpa panduan daripada pasangan masing-masing.

Contohnya si suami tidak boleh membaca apa yang tersirat dalam fikiran isterinya atau apa yang boleh memuaskan berahi isterinya melainkan kedua-duanya dapat berinteraksi dan bersama-sama memberi tunjuk ajar serta dorongan.

Anda perlu berterus terang. Ketika melakukan hubungan seks dengan isteri, nyatakan apa yang anda hajati supaya dia boleh memainkan peranan, bukannya melakukan sesuatu yang mungkin tidak memberi kepuasan atau ketidakselesaan kepada anda.

One Response to Usah Rahsia Masalah Bilik Tidur

  1. man berkata:

    ketahui rahsia senjata lelaki. sila layari laman web http://rahsia-senjata-lelaki.blogspot.com/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 350 other followers

%d bloggers like this: