Langkah hadapi kerenah isteri nusyuz

Hak Muslim: Bersama Mohamad Isa Abd Ralib

SAYA baru mendirikan rumah tangga hampir setahun. Saya dan isteri bekerja serta tinggal di Johor Bahru. Beberapa bulan lalu saya ditukarkan ke Shah Alam dan kami tinggal berasingan. Isteri saya masih bertugas di Johor Bahru dan tinggal di rumah sewa bersama kawannya. Masalahnya, saya beberapa kali mengajaknya pindah dan berhenti kerja supaya dapat mengikut saya ke Shah Alam tetapi beliau enggan. Alasan yang diberi, sukar mencari kerja baru di Lembah Klang, ingin mempunyai pendapatan sendiri kerana ingin membantu keluarganya di kampung dan bosan duduk di rumah tanpa kerjaya. Untuk pengetahuan tuan, saya membeli rumah dan menyediakan segala keperluan selain gaji yang mencukupi untuk menanggung kami sekeluarga. Buat masa ini isteri saya sanggup berulang alik setiap minggu dari Johor Bahru ke Shah Alam. Isnin hingga Jumaat saya tinggal bersendirian dan makan minum terpaksa dimasak atau beli di warung. Adakah tindakan isteri enggan mengikuti saya ke Shah Alam dikira nusyuz? Jika isteri nusyuz, adakah wajib saya memberi beliau nafkah? Apa yang perlu saya lakukan?

SUAMI RESAH,
Shah Alam

—————————

Seorang isteri perlu taat kepada suami kerana wujudnya ikatan pernikahan. Walau bagaimanapun, tanggungjawab itu bukan mutlak tanpa batas sempadan.

Antara syarat yang mewajibkan isteri mentaati suami ialah suami menjalankan sepenuh tanggungjawab terhadap isteri.

Segala hak dan tanggungjawab saling bertimbal balik.

Hak isteri adalah tanggungjawab suami, manakala, hak suami pula adalah tanggungjawab isteri termasuk mematuhi suruhan suami selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Jika suruhan suami bertentangan dengan ajaran Islam, ia bukan saja tidak wajib dipatuhi malah, suami perlu diperbetulkan dengan cara bijaksana.

Tanggungjawab isteri mentaati suami boleh difahami daripada hadis Sunan Abu Daud yang bermaksud: “Sekiranya aku (boleh) menyuruh manusia menyembah manusia nescaya aku akan menyuruh isteri menyembah suaminya.”

Rasulullah SAW membuat perumpamaan sebegitu untuk menunjukkan betapa pentingnya isteri mentaati suami selagi ketaatan itu tidak keluar daripada landasan syarak.

Bagi menentukan sama ada isteri saudara nusyuz dan saudara wajib atau tidak memberi nafkah, kita perlu meneliti kepada peruntukan undang-undang sedia ada.

Menurut Seksyen 60 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003: “Tertakluk kepada Hukum Syarak dan pengesahan Mahkamah seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya, iaitu antara lain:

Apabila dia menjauhkan dirinya daripada suaminya;

Apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya; atau

Apabila dia enggan bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain, tanpa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak.”

Berdasarkan peruntukan itu, seorang isteri tidak berhak menerima nafkah daripada suaminya sekiranya beliau enggan mengikut perintah sah suaminya dengan melakukan salah satu atau kesemuanya perkara (a), (b) dan (c).

Namun demikian, mengikut peruntukan di atas, seorang isteri tidaklah dikatakan nusyuz melainkan perbuatan itu tertakluk kepada Hukum Syarak dan disahkan oleh mahkamah terlebih dulu.

Seksyen 60 (3) Enakmen yang sama memperuntukkan: “Selepas saja isteri itu bertaubat dan menurut kemahuan dan perintah sah suaminya, maka isteri itu tidaklah lagi menjadi nusyuz.”

Oleh itu, mengikut peruntukan ini walaupun isteri nusyuz atau enggan mengikuti perintah sah suaminya tetapi kemudian dia bertaubat, maka isteri tidak dianggap nusyuz. Dalam keadaan ini, suami wajib memberi nafkah kepada isteri.

Kes saudara menunjukkan isteri enggan berpindah mengikut saudara ke Shah Alam. Namun begitu, beliau mempunyai alasan untuk mengambil keputusan enggan berpindah.

Sebagai suami isteri yang berhasrat untuk menjaga kebahagiaan rumah tangga, saudara wajar berbincang secara tulus, telus dan berhikmah dengan isteri.

Saudara wajar berbincang dan mungkin saudara boleh memberikan cadangan yang baik seperti menolongnya mencari kerja terlebih dulu dan kemudian baru berpindah ke Lembah Klang.

Namun demikian sekiranya isteri saudara masih lagi enggan tanpa alasan yang kuat, saya berpendapat saudara wajar merujuk kepada pendekatan Quran dalam menangani isteri nusyuz.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan isteri-isteri yang kamu curigai akan berlaku nusyuz (derhaka), hendaklah kamu menasihati mereka dan sekiranya mereka berdegil, tinggalkan mereka di tempat tidur, dan jika mereka masih berdegil juga, pukul mereka, kemudian jika mereka kembali mentaati kamu, maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka dan ingatlah bahawa sesungguhnya Allah itu Maha Tinggi dan Maha Besar.”

Ayat di atas menggariskan langkah yang perlu diambil suami dalam menghadapi kerenah isteri yang nusyuz iaitu menasihati, memulaukan (mengasingkan diri dari tempat tidur isteri) dan memukul dengan pukulan pengajaran yang tidak mencederakan.

Pertama, jika sudah diadakan perbincangan tetapi isteri tetap berdegil, cuba nasihatkan bersandarkan kepada ayat al-Quran dan sunnah bagi melembutkan serta mendekatkan isteri kepada nilai agama.

Jika isteri saudara masih lagi berdegil, tunjukkan rasa tidak reda dengan tidur berasingan bilik atau membelakangi isteri ketika tidur. Mudah-mudahan dia sedar atas kesilapannya.

Kaedah terakhir iaitu memukul dengan pukulan tidak melukakan atau mencederakan isterinya, tidak boleh dibuat di tempat sensitif seperti muka dan dada serta tidak menggunakan alat yang boleh mencederakan.

Apapun, saya sangat mengharapkan saudara berbincang dengan baik, gariskan kebaikan dan keburukan tinggal berjauhan, apa kemungkinan berlaku jika berhenti kerja dan cari alternatif yang baik.

Semoga kerjasama kedua pihak dapat memastikan perkahwinan berkekalan dan beroleh bahagia.

8 Responses to Langkah hadapi kerenah isteri nusyuz

  1. soft berkata:

    saya pun menghadapi dilema nusyuz yang sama…

  2. assalammualaikum,
    saya mepunyai masaalah rumah tangga saya telah diijabkabulkan pada 11.12.2008 dan sekarang isteri saya telah melarikan dari umah mukin salah saya sebab pukul dia tp sya pukul pun ada sebab tempoh saya bersama dgn dia hampir setahun 1 bulan isteri saya tak nak mendegasr ckap saya dan lebihkan mak dan ayahnya sendiri daripada suami sendiri . sekarang isteri saya telah menutut pasaskh ke atas saya .sebelum ni saya telah melarang dia berkerja di shah alam tapi dia tak menindahkan saya bukan sebasb apa sasya berkerja di melaka dia tak ingin ikut saya? dan saya pernah bertanya dia saya (suami) dan kerjas masna lg pinting jawapan yang telah dia ckap sangup mati kerna kerja . jadi siapa saya? masa itu baru 4 bulan kawin . selepas 2 bulan pas tu saya tanya lagi andai kata abg ( suami)mati dalam masa yang sama ayah pun mati siapa yasng akan sayang uruskan ? jawapan yang di berikan akan urus ayahnya jadi siapa saya? masuk bulan 8 .2009 saya masuk hospital melaka sakit darah tinggi mikin bayak mimikir massaalah rumah tangga saya asgaknya dan isteri saya datang tegok saya dan hantar pakaian saya saya suruh dia teman saya yang sakit tp dia tak mahu dan memalukan saya di dalam wad dia terus berlari keluar dari wad dasn saya kerja dia dan dalam mmasa yang sama terlash belaku perbalahan pertama dalam rumah tangga saya selama ni daslasm task sengaja tagan saya telah menmpar dia itu nkali pertama dasn kasli kedua bulan 10 kasli ketiga bulan 11 itu kali terakhir sebab dia telah mengadung lepas tu dan pada bulan 1 2010 telah belaku lgi perbalahan di antara saya dan isteri saya pada 26.01.2010 jam 10 mlm saya tanya kan dia 1 minggu saya cuti kenapa tak bertegur sapa padahal tak ader massaalahpun pupanya dia nak berpisah degan saya saya sendiri tak tahu apa sebab ? setiap soalan di asjukan di balas nak berpisah jadi dalam keadaan masa tu sya telah ugut dia dgn meletask wasyer cajer di tengkok dia dan tanya dia nak pisah lagi ker jawapan dia nak lalu saya buang wayer td dan berkata kepada dia nak pisah boleh tapi degan 1 syarat ia itu gugur kandungan itu lalu jari ditujukkan ker arah perut dia pebalahn berlaku sampai kul lima pagi .yang saya tak puas hati adalah laporan polis dia berbohong dias kata seya cekik dia tampar dia cuba bunuh kandungan menekasn perut dia dan dia selaslu di pukul dari bulan april 2009 dasn laporan polis di buat pada 10.02.2010 di alor star kedah di kampong dia saya rasa ayahnya yang suruh berbuat demikian jd saya ingin dapat hikmat nasihat dan aspa patut saya buat akhir kata saya sayangkan isteri saya

  3. sa-orang sahabat berkata:

    Isu begini memang banyak terjadi di dalam masyarakat di Malaysia. Yang penting kita harus faham bahawa sesiapa yang tidak mengikut hukum Allah, pasti akan mendapat kemurkaan Allah (dosa).

    Sebab itulah ramai wanita akan berada di neraka di akhirat nanti kerana melupai tanggungjawab sebagai isteri(lelaki pun sama juga).

    Dunia ini adalah medan ujian sebenarnya.Sekadar tempat untuk menguji adakah seseorang manusia itu layak untuk tinggal di Syurga atau pun neraka.

  4. zamani berkata:

    Salam. saya musykil tentang satu perkara berkaitan rumahtangga. Saya telah berkahwin dengan seorang wanita yg sy kenali di sebuah maktab kira2 20 tahun dulu.Kami telah mempunyai 4 org anak yg telah remaja. Sebelum saya berkawan dgnnya, dia sebenarnya berkawan dgn rakan semaktab dan merupakan kawan saya juga(lelaki).Saya juga ada berkawan dgn seorang gadis di kampung. Kami sepakat untuk bernikah dan mmembuat perjanjian agar masing2 tidak akan menghubungi terus bekas kekasih masing2,agar keharmonian rumahtangga terjamin. Perjanjian ini dipatuhi sehinggalah baru2 ini, semenjak Facebook diperkenalkan.Saya menyediakan laptop dan internet utk keluarga menggunakannya.Hari pertama isteri saya menggunakan Facebook, saya mengingatkannya agar tidak menghubungi kekasih lamanya.Dia akur dan menyatakan “tidak akan”. saya mempercayainya.ada ketikanya pula ketika dia asyik berFB, saya ingatkannya lagi, dan dia mengatakan “tak lah”. selepas 3 bulan, saya mengesyaki sesuatu, tetapi tidak membuat apa2 tindakan. Sehinggalah pada satu hari sy membuka emelnya (sy x tau password FBnya kerana telah ditukar pd bulan kedua),sy ternampak ada pesanan dr org yg sy tidak kenal, mereka berbalas mesej, sy tegur kerana dah ramai org kena tipu oleh org yg x dikenali.Dia jawab “saja je, bukan ada apa2 hubungan pun”.Namun begitu, tergerak hati sy utk menyemak semua emelnya dan sy dapati 3 bulan dia berhubung dgn bekas kekasihnya.Patutlah dlm tempoh itu, dia belanja sy pergi ke Langkawi, bila bergambar selalu berpegang tangan dll, rupanya dia menyembunyikan sesuatu. Kami telah bertengkar dan hampir terjadi perceraian.Dia telah pun minta maaf dan berjanji tidak akan buat lagi.Namun kepercayaan sy terhadapnya telah hancur, sy menjadi tidak keruan (kerana sy terlalu sayangkannya), makan sudah tak tentu, tidur terganggu,pelbagai bayangan peristiwa itu terbayang2 ketika sy bersendirian. Persoalannya: apakah yg perlu sy lakukan utk memaafkannya? bagaimana cara utk menghilangkan bayangan yg mengganggu saya ketika bersendirian, memandu kereta, mandi, dsb?

    • rangers berkata:

      salam,

      isteri telah mintak maaf.. maka maafkan lah.. dah 20tahun tuan kawin.. fikir apa semua kebaikan yang telah dia buat untuk tuan.. jangan kerana 20tahun berkhidmat untuk tuan.. sekali dia buat silap tuan nak berpisah…

      nasihatkan isteri tuan agar tidak menghubungi kawan lamanya… dan minta dia taat kepada tuan..

      buang yg keruh ambil yg jernih..

      • zamani berkata:

        tq rangers, sy sdg tabahkan hati, lukanya terlalu dalam sbb dlm keadaan sy x bersedia menghadapinya.insyaallah, semoga tuhan tetapkan iman saya. tq sekali lagi.

  5. kautsar berkata:

    hmmm aduh penin….

  6. suamisuram berkata:

    Salam,

    Kami dikahwinkan kerana keterlanjuran kami. Dan ketika itu isteri telahpun mengandung selama 5 bulan. Dan anak kami telah di bin kan kpd abdul majid.

    Selama 6 bulan pertama, semuanya manis bg saya dan isteri. Hinggalah, saya menyatakan hasrat utk berpindah ke johor. Kerana pd waktu itu saya menumpang dirumah kakak ipar.

    Tetapi malangnya hasrat saya utk membawa isteri dan anak utk berpindah ke johor tidak kesampaian apabila keluarga mertua masuk campur didalam urusan rumah tangga saya. Dan akibat drpd itu, saya membatalkan majlis persandingan kami kerana campur tgn mereka.

    Selepas itu saya memujuk isteri dan kami kembali normal spt biasa. Cuma isteri merungut kerana, wang hantaran dan juga cincin kahwin(cincin tanda), tidak diberikan.

    Utk makluman tuan/puan, saya mempunyai sebab knp saya tidak menyerahkannya. Ini kerana, isteri jarang-jarang utk mematuh/mentaati arahan saya yg penting. Sebaliknya hny mematuh/mentaati arahan saya yg kecil shj.

    Sekian hari isteri mengukit akan kisah lama. Dan jawapan saya pd dia adalah dia patut menemui keluarga saya jika menginginkan nya.

    Dan pernah sekali saya memukulnya kerana menghisap rokok dan juga tidak membuat kerja rumah.

    Dan yg terbaru sblm syawal 2012, ister mengajak saya utk menonton wayang dan membeli barang keperluan anak. Tp malangnya, isteri saya sentiasa tidak menghormati masa. Malahan tidak menghormati saya.

    Dah apa yg saya kesali, isteri sanggup memecah masuk ke rumah yg kami sewa bersama keluarga mertua hny krn ingin mengambil barangnya. Dek kerana saya enggan berbincang dgn nya. Dan utk makluman tuan/puan. Perbincangan yg isteri maksudkan meliputi hampir seluruh keluarganya turut bersama.

    Dan persoalan saya, jika isteri menuntu cerai, bolehkan saya menuntut hak penjagaan anak. Sedangkan anak tersebut anak luar nikah? Jika saya jatuhkan nusyuz keatas isteri, bolehkah saya menuntut hak penjagaan anak?

    Dan kini sudah hampir sebulan 15 hari saya tidak berjumpa dgn isteri dan anak.

    Salam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 349 other followers

%d bloggers like this: