Membuat taklik tambahan

Mac 30, 2007

Soalan

Saya akan berkahwin tidak lama lagi. Tunang saya ada terbaca bahawa bakal mempelai boleh membuat taklik tambahan yang boleh memuatkan lebih banyak syarat berbanding taklik biasa.

Dia berniat membuat taklik tersebut agar kami jelas akan tanggungjawab masing-masing dalam perkahwinan ini di samping melindungi hak saya sebagai isteri. Saya bersetuju dengan cadangannya. Masalahnya, kami tidak pasti akan cara membuat taklik ini. Selain itu, bolehkah syarat taklik ditambah selepas perkahwinan berlangsung?

- Hayati Musa & Munir Mohammed,

Wilayah Persekutuan Labuan

———————–

Jawapan

Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 yang terpakai kepada anda berdua sememangnya ada memperuntukkan bahawa bakal mempelai boleh menetapkan taklik lain di samping taklik yang sedia ada dalam surat perakuan nikah.

Terima kasih kerana mengemukakan soalan ini – kami gembira apabila mendapati ada pasangan yang bukan sahaja celik taklik dan mengerti akan pentingnya membuat taklik yang terperinci sebelum berkahwin, malah mahu pula membuat taklik tambahan demi kebaikan pasangan masing-masing.

Taklik tambahan dikarang mengikut syarat yang dipersetujui oleh anda berdua, sebagai contohnya, bahawa tunang anda tidak boleh berpoligami – ini merupakan syarat taklik yang secara amnya diterima pakai di negara-negara Asia Barat, India dan Pakistan. Sebagai panduan kepada pasangan yang ingin membuat taklik tambahan, kami di Sisters In Islam ada menyediakan contoh surat taklik tambahan yang boleh dimuatturun di http://sis tersinislam.org.my/ BM/legallit.htm

Anda berdua juga boleh membaca taklik tambahan yang terperinci dalam Bahasa Inggeris di http://www. naeemjeenah.shams.za. org/wedding/contract. htm.

Taklik dibuat untuk melindungi hak suami dan isteri di samping menggariskan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan sepanjang tempoh perkahwinan demi memastikan wujudnya persefahaman antara kedua belah pihak. Atas sebab ini, adalah penting untuk memastikan anda berdua berpuas hati dengan draf taklik yang telah ditulis. Pindalah ia jika ada bahagian yang tidak dipersetujui, baik tentang syarat yang dimasukkan mahupun penggunaan perkataan atau olahan ayat.

Sesudah taklik tersebut siap, bawa sesalinan semasa akad nikah supaya ia boleh didaftarkan dalam Daftar Perkahwinan menurut Seksyen 22 akta yang sama. Prosedur untuk mendaftar taklik tambahan sama dengan taklik biasa. Apabila taklik itu dicatatkan di dalam Daftar Perkahwinan, ia kena diaku saksi oleh anda berdua, wali dan juga dua orang saksi. Kemudian, catatan taklik itu hendaklah ditandatangani oleh Pendaftar Perkahwinan.

Kini, taklik tambahan anda berdua dikira sudah berkuatkuasa dan segala syarat yang terkandung di dalamnya perlulah dituruti.

Mudah sahaja menambah taklik selepas berkahwin. Mula-mula, draf taklik yang ingin ditambah dan pastikan anda berdua bersetuju akan kandungannya.

Selepas itu, dapatkan dua orang saksi; mereka tidak semestinya saksi yang sama dengan saksi bagi taklik yang asal. Seterusnya, suami anda perlu melafaz taklik itu dan lafaznya mesti didengar dengan jelas oleh anda dan saksi-saksi tadi.

Pastikan yang suami anda membaca taklik tersebut mengikut draf yang telah anda berdua persetujui. Kemudian, anda berdua serta saksi-saksi perlu menandatangani taklik itu.

Akhir sekali, simpanlah taklik yang telah ditandatangani di tempat yang selamat. Ini amat penting kerana anda perlu membawa taklik itu bersama apabila membuat pengesahan di mahkamah bagi perceraian taklik sekiranya anda atau bakal suami anda melanggar syarat di bawah taklik itu.

Info
Satu talian khusus untuk Legal Clinic Sisters In Islam yang dinamakan TeleNisa kiniboleh dihubungi melalui 03-7784 3733.

Legal Clinic ini juga boleh dihubungi melalui e-mel:

sistersinis lamlegalclinic@yahoo.com.


Suri rumah boleh manfaat ilmu untuk kerja sukarela

Mac 30, 2007

Soalan:

SAYA seorang isteri dan ibu berusia 35 tahun. Selepas tamat pengajian dari universiti luar negara, saya bekerja sebagai Jurutera Awam dan menghabiskan masa di tapak projek. Apabila berumahtangga dan melahirkan tiga anak, saya berasa kehidupan berubah. Cabaran sebagai isteri dan ibu bekerja amat besar. Saya berasa bersalah terhadap suami dan anak kerana selalu balik lewat malam. Akhirnya saya memutuskan berhenti kerja. selepas lima tahun menjadi suri rumah sepenuh masa, saya berhasrat bekerja semula. Suami hanya mendiamkan diri apabila saya mengajukan hasrat dan anak tidak gembira. Adakah saya seorang yang pentingkan diri sendiri. Tolong berikan pandangan.

Ibu dilema
Subang Jaya

—————————–

Jawapan:

Apabila saya membaca masalah puan, saya berasakan puan seorang isteri dan ibu yang sempurna. Puan sudah mengecap erti kebahagiaan dalam kehidupan, keluarga bahagia, suami penyayang dan anak anugerah Ilahi yang puan harus syukuri.

Mungkin kebosanan dan perasaan sunyi menghantui jiwa puan. Bersihkan jiwa daripada belenggu itu. Apakah yang lebih mulia dalam hidup ini selain mendapat keredaan Allah, kasih sayang suami dan keluarga serta pengiktirafan masyarakat sekeliling.

Kepuasan diri tercapai apabila kita berjaya membahagiakan manusia lain. Kepuasan wanita boleh dicapai tanpa mengira dia bekerja atau tidak.

Ramai beranggapan selepas berhempas pulas belajar di menara gading, kita mesti bekerja di tempat yang setaraf dengan kelulusan dicapai dan memperoleh pendapatan tinggi.

Ada juga beranggapan dengan bekerja wanita akan memperoleh kebebasan dan memenuhi kepuasan diri. Menurut pandangan ini, wanita bekerja bebas daripada belenggu yang menyebabkan mereka tertinggal di belakang. Anggapan ini kurang tepat.

Wanita yang memilih untuk tidak bekerja, pasti mempunyai alasan kukuh. Tidak bekerja atau berhenti kerja bukan semata-mata kerana sudah cukup duit atau sudah puas mengecapi kebebasan. Alasannya jauh lebih murni daripada itu. Keperluan memilih sama ada keluar bekerja atau tidak bergantung kepada keperluan keluarga. Setiap keluarga mempunyai keperluan berbeza. Perkara penting wanita perlu tahu, dia punya alasan tersendiri.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah akan tetapi kekayaan yang sebenar-benarnya ialah kaya jiwa?”

Semua wanita ada impian apabila bergelar isteri dan ibu. Ramai bercita-cita menjadi pendidik dan pembimbing kepada anak seperti Asma’ Binti Abu Bakar yang tanpa jemu meniupkan semangat jati diri dan perjuangan kepada anaknya, Abdullah Ibn Zubair.

Ramai pula berhasrat menjadi wanita sejati dan mencontohi wanita teladan, ingin jadi teman dan penghibur suami di kala senang dan susah seperti Saidatina Khadijah, isteri Rasulullah.

Peranan yang dimainkan Saidatina Khadijah begitu besar dan berkesan, sehingga suaminya Rasulullah berkata: “Siapakah yang boleh terfikir akan berkahwin selepas ketiadaan Khadijah?”

Saya bekerja kira-kira 20 tahun dan menemui ramai wanita bekerjaya dan mengurus rumah tangga. Saya juga bertemu suri rumah yang memberi sumbangan hebat kepada keluarga.

Saya menyedari untuk mencontohi wanita mithali kita tidak semestinya ‘bekerja’ atau ‘tidak bekerja’. Perkara penting ialah niat dan matlamat kita bekerja atau tidak bekerja untuk apa, untuk siapa dan mahu ke mana?

Kita tidak harus memikirkan diri dan keluarga saja, sebaliknya perlu memanfaatkan potensi diri dengan melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri, ibu dan warga yang memberi manfaat.

Namun, saya juga dapati ramai wanita yang tidak bekerja, menjadi suri rumah berasa rendah diri dan bosan.

Pakar motivasi, Dr Robiah Kulup, berkata kerjaya suri rumah bukan sekadar nasi tambah, malahan wanita bergelar suri rumah adalah kunci kebahagiaan utama sesebuah keluarga. Ramai wanita bekerja yang mimpikan kesempatan itu, tetapi mereka tidak berpeluang.

Puan berpelajaran dan punya wawasan, mesti sentiasa peka, sentiasa meningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan, sentiasa memperkasakan diri dengan pelbagai kemahiran hidup. Gabungkan diri puan dengan sukarela.

Apabila puan bekerja semula puan akan risau, adakah anak diberi makan oleh pembantu rumah. Puan mula akan rasa bimbang anak keluar rumah sesuka hati, kerana puan tidak sentiasa ada di rumah untuk mengawasinya.

Jawapan disediakan oleh Endok Sempo Mohd Tahir dengan kerjasama Wanita JIM. Permasalahan dan jawapan boleh layari di www.bicarakalbu.blogspot.com

Sumber: Utusan Malaysia 30/3/07
 


Senaman kemut atasi masalah pundi kencing

Mac 30, 2007

WANITA yang sihat bukan saja membahagiakan dirinya sendiri tetapi keluarga, tetapi faktor usia, melahirkan anak selain hormon, gaya hidup dan ditambah sikap tidak suka bersenam, seseorang wanita akan berhadapan pelbagai masalah kesihatan berkaitan otot pelvis (atau disebut otot PC – pubococcygeus)
 

Sesetengah wanita berpendapat kaedah terbaik mengatasi masalah itu adalah menerusi pembedahan. Bagaimanapun sebelum berbuat demikian pelbagai perkara harus difikirkan termasuk keinginan mendapatkan anak dan otot pelvis lain mungkin terjejas.

Justeru, langkah pertama yang harus anda fikirkan adalah bersenam dan mulakan segera.

Sesetengah orang memahami senaman lantai pelvis khusus untuk nikmat seksual dan terhad kepada wanita saja. Sebenarnya senaman lantai pelvis atau dikenal juga sebagai senaman kegel bermula sebagai senaman untuk wanita yang berhadapan dengan masalah terkucil atau gagal mengawal air kencing selepas melahirkan anak. Ia senaman khusus untuk menguatkan otot pelvis dan lelaki juga sepatutnya melakukannya kerana mereka juga kerap berhadapan dengan masalah sama.

Sebahagian tubuh manusia termasuk tulang pinggul berada dalam kawasan pelvis. Di bawah pelvis ada beberapa lapis otot merintang antara dua kaki. Otot itu berkait dengan bahagian tulang depan, belakang dan sisi pelvis.

Dua otot pelvis ini – otot yang besar seakan berbentuk buaian manakala satu lagi seakan berbentuk tiga segi melakukan hampir semua tugas. Ia berfungsi mengekang kebocoran air kencing dan najis.

Justeru, senaman lantai pelvis ini dicipta hampir 58 tahun lalu oleh doktor perbidanan dan sakit puan, Dr Arnold Kegel, bagi menguatkan otot PC, otot bersilang sekeliling anus dan kelenjar prostat.

Ketika itu Dr Kegel mendapati senaman ini berupaya merawat pesakit wanita yang menderita masalah ketidakupayaan mengawal pundi kencing. Walaupun sudah berusia 58 tahun, senaman ini diiktiraf doktor sebagai senaman yang memberi faedah kepada lelaki dan wanita yang berhadapan dengan masalah itu.

Mungkin anda biasa mendengar keluhan ibu bapa atau mungkin rakan sebaya yang akan terkucil ketika batuk, bersin atau mungkin juga ketawa. Kebanyakan masalah ini dihadapi wanita yang kerap bersalin selain golongan berusia. Justeru tidak hairan jika di Amerika Syarikat saja AS5.2 bilion dibelanjakan untuk membeli lampin dewasa.

Semua itu sebenarnya boleh diatasi dengan senaman lantai pelvis. Semakin kerap anda melakukannya, semakin cepat anda berupaya mengatasi masalah.

Sebelum memulakan senaman, pastikan anda mengenali otot pelvis sendiri. Ramai membuat senaman ini dengan otot yang salah. Jika anda rasa tidak selesa di bahagian perut atau belakang ketika melakukan senaman ini, berkemungkinan anda salah dalam melakukannya.

Jangan kemutkan perut atau pinggang atau otot punggung ketika melakukan senaman ini. Elakkan juga dari menahan nafas dan mengetatkan dada ketika mengemut. Pastikan anda dalam keadaan tenang ketika bersenam. Jika anda menggunakan otot yang salah ia akan hanya memburukkan masalah terkucil yang anda hadapi.

Mengenali otot pelvis sangat mudah, jika anda ke tandas membuang air kecil, cuba berhentikan pengaliran air kencing dengan mengemut otot pelvis. Ulang teknik ini beberapa kali hingga anda biasa dengan rasa kemutan kumpulan otot itu.

Disebabkan senaman ini membabitkan otot dalaman, kebanyakan orang memahaminya sebagai senaman menahan air kencing.

Kata Haniza Mokhtar dari pusat kecergasan She’s Fit, di barat senaman yang diperkenalkan Dr Kegel ini cukup popular dan diajar di hospital kepada wanita juga lelaki. Di Malaysia, walaupun ramai mengetahuinya tetapi tahap pengetahuan mereka sangat terarah kepada satu tujuan saja – senaman untuk seksual.

“Senaman lantai pelvis membantu anda mengawal pundi kencing. Kita biasa dengar warga emas yang terpaksa memakai lampin kerana tidak berupaya mengawal pundi kencing. Begitu juga wanita yang kerap bersalin, mereka mungkin berhadapan dengan masalah sama,” katanya.

Katanya, kebanyakan wanita lebih teruja menggunakan rawatan herba seperti mengambil jamu atau manjakani tetapi jika yang bermasalah sebenarnya adalah otot pelvis, tentu lebih baik kita memperbaiki otot itu sendiri.

Senaman lantai pelvis tidak nampak kesan dan pergerakannya secara luaran kerana ia membabitkan otot dalaman tubuh. Kerana itu ia boleh dilakukan dalam pelbagai cara, duduk, berdiri atau pun berbaring di lantai.

“Senaman mudah ini seakan menahan air kencing, tahan untuk lapan saat sebelum mengulanginya semula. Lakukan dua kali sehari dalam tempoh lima minit,” katanya.

Senaman ini tidak diajar di pusat kesihatan tetapi setiap jurulatih kecergasan tahu mengenainya.

Pastikan ketika anda melakukannya pundi kencing tidak penuh dan jangan tahan nafas.

Malah, kerana ia senaman ringkas, anda boleh melakukannya walaupun ketika bermesyuarat! Senaman lantai pelvis ini boleh dilakukan dengan dua cara, senaman cepat dengan otot diketatkan dan dilepaskan dalam tempoh dua saat manakala senaman lambat otot diketatkan antara lima ke 10 saat sebelum dilepaskan.

Dalam masa tiga bulan atau kurang kata Haniza, jika anda bersenam dengan kerap, kesannya akan dapat dirasai.

FAKTA
Enam tanda amaran anda perlukan senaman lantai pelvis

  • Terkucil ketika mengangkat benda berat
  • Terkucil ketika ketawa, bersin dan batuk
  • Kerap terkena jangkitan kencing
  • Rasa sakit kerana pundi kencing penuh
  • Kerap kencing walaupun tiada jangkitan kencing
  • Rasa hendak terkucil tetapi tidak terkeluar

    INFO

  • Otot pelvis berkait antara tulang pinggul. Otot ini bertindak sebagai lantai yang kuat menyokong organ pelvis pada tempatnya.
  • Organ pelvis termasuklah pundi kencing (menyokong air kencing) dan rektum (menyokong pergerakan usus).
  • Otot pelvis boleh menjadi lemah dan kendur disebabkan faktor berikut; gemuk, aktiviti yang menekan pundi kencing, usia lanjut, tidak bersenam, kurang hormon estrogen, kerap bersalin dan menjalani pembedahan prostat.

    Langkah senaman lantai pelvis

    Duduk
    1 – Senaman lantai pelvis sambil duduk. Rapatkan kaki.
    2 – Tundukkan kepala dengan merapatkan kaki.

    Berdiri
    1 – Aksi senaman lantai pelvis sambil berdiri. Berdiri sambil mencekak pinggang.
    2 – Tahan nafas selama lapan saat dan lepas. Ketatkan otot sebelum dilepaskan.

    Baring
    1 – Senaman lantai pelvis sambil berbaring. Berbaring dengan mengangkat punggung sedikit dari lantai.
    2 – Sambil berbaring, angkat punggung lebih tinggi. Kemut selama lapan saat sebelum lepaskan ketegangan otot.
    3 – Senaman lantai pelvis sambil berbaring. Baring dengan merapatkan betis ke paha.
    4 – Angkat kaki rapat ke perut sambil mengetatkan otot selama lapan saat sebelum dilepaskan.
    5 – Berbaring dengan mengakkan lutut.
    6 – Angkat tangan mencapai lutut dan ketatkan otot.

    Aksi dengan bola
    1 – Berbaring dengan santai dengan meletakkan kaki di atas bola.
    2 – Angkat punggung dan ketatkan otot pelvis selama lapan saat dan lepaskan.


  • Rahsia Memimpin Wanita

    Mac 30, 2007

    Tidak dapat dinafikan bahawa hidup wanita dipengaruhi dan dikuasai oleh perasaannya. Ini kerana wanita kaya dengan perasaannya. Sembilan persepuluh (90%) daripada wanita adalah perasaannya. Hanya satu persepuluh (10%) adalah pertimbangan akalnya. Justeru itu, untuk menghadapi dan memimpin mereka agar tunduk kepada Allah SWT, maka kaum lelaki hendaklah bermain dengan perasaan mereka sebanyak yang mungkin.

    Jenis-jenis perasaan yang ada pada wanita amatlah banyak, antaranya perasaan marah, dendam, rasa malu, jemu, kecewa dan banyak lagi. Perasaan-perasaan ini boleh digunakan untuk kepentingan agama, dunia dan akhirat.

    Bahasa sama ada dalam lisan atau tulisan adalah alat bagi membangkitkan rasa bagi setiap perasaan di dalam dada wanita. Dalam memimpin kaum wanita, kaum lelaki hendaklah cekap menggunakan daya fikir untuk mengolah bahasa dengan lidah yang petah supaya tercetus apa sahaja perasaan yang dikehendaki dalam hati perempuan.

    Sekiranya lelaki inginkan perasaan kasih dan sayang berbunga dalam dada mereka, maka bawalah cerita-cerita kasih mesra dengan kata-kata hukamak (hikmah) mengenai kasih sayang. Sekiranya lelaki mahu perasaan rindu bertapak di hati mereka, maka bawalah kisah-kisah rindu dengan kata-kata yang berunsur kerinduan. Jikalau hendak membangkitkan rasa marah mereka, itu amatlah mudah kerana semua orang tahu caranya.

    Dalam membimbing dan memimpin wanita, lelaki hendaklah merancang untuk mengubah dan mewujudkan setiap rasa yang dikehendaki dalam dada wanita yang bergelar anak, isteri dan ibu. Untuk itu seharusnya, kaum lelaki tahu dan mempunyai daya kekuatan yang tinggi supaya dapat merancang apa yang diingini pada diri setiap wanita sebelum memiliki mereka.

    Disinilah antara kejayaan para Rasul, Nabi dan wali Allah swt dalam memimpin umat manusia. Mereka dapat menguruskan hati manusia kerana berjaya mencetak perasaan mereka hingga menjadi umat yang patuh dan taat kepada Allah swt.

    “PIMPINLAH KAMI DENGAN KASIH SAYANG”

    Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran, perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala- galanya. Apalagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s. tetap merindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mungkin mampu hendak meluruskan mereka.

    Tidak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, karena mereka diciptakan begitu rupa dari bahagian tubuh lelaki. Didiklah mereka dengan panduan dariNya:

    JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR, JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA.

    Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah, Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, disitulah kuncinya.

    AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU, HATI SERAPUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN, PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK .

    Suburkanlah kebaikan karena dari situlah nanti mereka akan nampak penilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator.

    Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya itulah kasih sayang Allah, karena rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki berwajah: negarawan, karyawan, jutawan, hartawan, dan wan-wan lain. Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak bisa diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan .

    LEBIH BANYAK LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI. SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI.

    Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja banyak boss telah kehilangan setiausaha, bahkan anakpun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita durhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rusaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan diri.

    Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah PIMPINLAH DIRI SENDIRI DAHULU KEPADA-NYA, jinakan diri dengan Allah, niscaya jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan anda.

    JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH BINTI RASULULLAH SAW, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI

    ~ Dipetik dari e-tazkirah.
     


    12 Cara Membahagiakan Suami Dalam Hubungan Intim

    Mac 29, 2007

    Anda memang sudah “pakar” dalam hal bercinta. Namun apakah anda sudah 100% pasti apa yg anda lakukan itu cukup memuaskan hati suami anda? Anda perlu ingat ketika “bercinta”, suami isteri haruslah mampu memberikan kepuasa kpd pasangannya. Jika anda merasakan bahawa anda masih belum mampu “memuaskan”suami sepenuhnya, 12 tips yg dipaparkan ini mungkin mampu membantu anda.

    1) Berani berinisiatif
    Selalunya terjadi ketika hendak mengadakan hubungan seksual inisiatif selalunya dtg dpd pihak suami. Sedangkan isteri hanya menunggu. Ini kerana kebanyakan isteri berasa malu (tapi mahu ) untuk mengambil inisiatif walaupun mereka teringin utk melakukannya.

    Sepatutnya dlm kehidupan seks suami isteri tidak boleh ada istilah malu. Isteri harus berani mengambil inisiatif sebab begini akan membuat suami gembira. Dan secara psikologi dapat mempengaruhi suami dalam bercinta.

    2) Menghias Diri
    Apabila ingin bercinta, isteri sepatutnya menghias diri. Jgn sesekali tampil ala kadar jer. Penampilan yg baik akan menambah semangat suami dlm bercinta. Sebab itu, sebelum bercinta, mandilah terlebih dahulu, pakailah pakaian yg bersih dan menarik. Juga sembur sedikit bau-bauan agar anda berbau harum.

    3) Rapikan Kamar Tidur
    Sebelum bercinta, rapikan tempat tidur. Bersihkan tempat tidur anda dari kain dan pakaian yg tidak berguna. Jika cadar dan sarung bantal kotor, gantikan dgn yg baru dan bersih. Jgn lupa untuk menyembur sedikit wangian agar ruang tidur terasa nyaman dan wangi. Tpt tidur yg rapi dan wangi secara psikologi akan dapat menambah semangat suami utk bercinta dgn anda.

    4) Bersifat Aktif
    Cumbuan adalah bumbu percintaan. Ia tidak boleh dipandang remeh kerana ianya sama penting dgn hubungan intim itu sendiri. Dan samada suami atau siteri, kedua-duanya dituntut utk aktif..

    Sayangnya, dlm perkara ini yg aktif selalunya suami. Isteri sering bersifat pasif dan menyerah. Agar suami cukup berghairah, isteri perlu bersikap aktif melakukan ransangan di tempat-tempat sensitif.

    5) Penuhi Kehendaknya
    Dlm bercinta isteri sering menolak untuk melayani permintaan suami. Ini sering menimbulakan rasa jengkel dan marah si suami. Sebenarnya tiada alasan mengapa isteri perlu menolak keinginan suami, kecuali dia ingin anda melukukan diluar tabii. Apabila apa yg diinginkan suami itu dipenuhi isteri, maka suami akan berasa gembira dan puas. Dan perasaan sayang akan semakin kuat.

    6) Tidak Statik
    Sering terjadi, isteri hanya mahu melayan suami dalam satu gaya sahaja. Hal ini boleh menyebabkan suami merasa bosan. Untuk menghindari kebosanan suami, layanilah suami dgn berbagai gaya.

    7) Bersikap Sopan
    Ketika bercinta, isteri jgn sesekali bersikap kasar. Sentiasalah mengamalkan sikap yg sopan. Sikap sedemikian secara psikologi mempengaruhi semangat suami utk bercinta.

    Tidak Mengungkit Kelemahannya
    Dalam bercinta jgn sesekali mengungkit kelemahan suami, misalnya mengungkit tentang ukuran penisnya yg agak kecil atau pendek. Ungkitan seperti ini boleh menurunkan ghairah suami.

    9) Tidak Mengeluh
    Jgn terlalu byk mengeluh kerana itu hanya akan menyebabkan semangat suami untuk bercinta menurun.

    10)Jangan Banyak Berbual
    Anda mungkin seorang yg suka berbual. tetapi perkara ini jgn diamalkan ketika anda dan suami anda sedang bercinta. Sebab hal ini akan menyebabkan tumpuan suami dlm menikmati percintaan.

    11) Bersifat Terbuka
    Bersifat terbuka dan jujur adalah satu kemstian dlm bercinta, katalah isteri tidak suka apa yg dilakukan oleh suami, jgn sesekali berdiam diri sahaja. Sebaiknya berterus terang dan memberitahu apa yg seharusnya dilakukan oleh suami. Sikap yg begini akan menambah semangat suami dlm bercinta.

    12) Beri Pujian

    Setelah selesai bercinta, jgn lupa utk memberikan pujian atas kehebatan suami. Dgn pujian suami akan berasa bangga. Tetapi kalau suami kurang hebat jgn dicela. Dgn cara yg baik beritahu tentang kekurangannya dan kalau boleh beri cadangan untuk mengatasinya. Semua ini akan membuat suami tampil lebih baik lagi di masa akan datang.

    Selamat mencuba!


    Seks Hebat. Keterangan lanjut, sila klik sini.


    Pancutkan Isteri Anda. Keterangan lanjut, sila klik sini.


    Pancutkan Suami. Keterangan lanjut, sila klik sini.


    Kamasutra Bergambar Melayu, sila klik sini


    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.

    Join 345 other followers