Cara pikat hati suami


KEHIDUPAN suami isteri memerlukan persediaan mental dan fizikal, justeru persediaan amat perlu dalam melayari kehidupan yang berpanjangan, ibarat berperang, kita perlu bersedia supaya tidak dikalahkan musuh.

Baik suami mahupun isteri, mereka mempunyai peranan masing-masing. Sebagai isteri misalnya, apa yang patut dilakukan bagi memastikan suami sentiasa melekat di rumah?

Ada suami yang seronok di rumah dan tidak sabar untuk pulang ke pejabat semata-mata mahu bersama isteri dan anak-anak tetapi ada juga lelaki yang sentiasa mengelak untuk pulang awal dan lebih gemar memerap atau menghabiskan waktu terbuang di pejabat.

Apakah puncanya kedua-dua situasi ini, ia tentu berkait rapat dengan layanan atau kemesraan kedua-dua pasangan. Jika masing-masing membuat hal sendiri dan teguh dengan ego, rumah bukan lagi syurga tetapi neraka dalam kehidupan suami isteri.

Di sini, ada beberapa panduan yang boleh diikuti golongan isteri untuk menambat hati suami.

- Berdoa agar disayangi

- Sambut, tegur dan sentuh suami sebelum sambung perkara lain apabila dia balik ke rumah.

- Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan sepanjang hari (jika suami dalam mood yang baik)

- Berlatih mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.

- Jangan tergesa-gesa menyelesaikan masalah suami. Apa yang lebih penting ialah simpati.

- Beri suami masa berkualiti sekurang-kurangnya 30 minit.

- Tanya ibu mentua, abang atau kakak ipar anda mengenai hadiah disukai suami dan belikan hadiah itu sebagai cenderahati ketika memujuk.

- Masak makanan kegemaran suami.

- Beri pujian mengenai penampilan suami seperti rambut, wajah dan pakaian.

- Pujuk suami bila dia marah atau kecil hati.

- Minta bantuan sesuai pada masa, tempat dan jenis kerjanya.

- Elakkan daripada suami menunggu terlalu lama apabila bersiap atau bersolek.

- Bila suami memberitahu dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu.

- Bila suami meminta bantuan, buatlah serta-merta secara ikhlas dan gembira tanpa banyak mengungkit atau komen.

- Ucapkan kata-kata sayang yang romantik dua kali sehari.

22 Responses to Cara pikat hati suami

  1. ina berkata:

    banyak info yang diberi saya dah cuba… tetapi masih tidak berkesan…ape harus saya buat?????????
    saya ada terbaca dalam kajian DR FADILAH KAMSAH mengenai penampilan mengikut tarikh lahir…ape yang saya lihat , sememangnye suami saya itu tidak suka duduk dirumah

  2. kebayan berkata:

    ina .. memang ada lelaki jenis yang tak suka duduk dirumah .. mungkin suka memancing ker .. lepak lepak kedai mamak ker .. ada yang suka ronda ronda sorang sorang diri dia je .. kat shopping shopping complex .Kadang kadang situasi rumah dengan karenah anak anak yang bergaduh atau dengan suara isteri yang macam petir marahkan anak anak menyebabkan dia tidak betah tinggal kat rumah .Apa yang penting adalah kefahaman diri kita sebagai isteri akan tingkah laku suaminya .Kebanyakan suami memang nampak pendiam dan sukar diramal akan perangainya .Tak tahu apa yang sebenarnya yang dia mahukan .Tapi .. bila kita sudah benar benar kenal akan karenah “ribut taufannya” bergitu mudah untuk meneruskan kehidupan bersamanya .Hanya memerlukan kesabaran dan masa untuk belajar mengenali siapa suami kita ..

  3. Dilemma berkata:

    Kak kebayan…saya sokong sgt2 dgn apa yang akak cakapkan tu…mmg kadang2 kita selalu jugak berjumpa dgn lelaki yang mmg tak betah lekat di rumah…wpun si isteri telah memberikan perhatian yang terbaik..layan makan minum…pakai..bilik tido..sume dah complete, tapi ada jugak yg masih suka cari hiburan atau hobi di luar. Tetapi ada pulak jenis suami yg terlalu homely…nak duduk rumah 24jam…keluar rumah hanya apabila pegi kerja..contoh paling dekat, husband saya sendiri. hehehhe…pendek kata apabila hujung minggu je, saya tak boleh langsung nak kacau masa ‘rehat’ dia..nak duduk rumah manjang! saya ni kdg2 nak juga kelura pegi jalan2..makan2 kat luar kan…sambil2 menghirup udara luar. Tetapi susah jugak ada suami yg mmg homely nih. However…I would rather choose the homely type than the one yg tak lekat dirumah…!! Thank God for giving me somebody like him…w/pun sometimes selalu jugak saya panggil dia ‘stone’!heheheh…

    Ada kawan saya tu..dapat pulak hubby yg jenis tak lekat di rumah..aduhh…merintih manjang le bini dia..tapi sebab dah hobi laki dia macam tuh…terpaksa lah akur juga dgn kehendak si suami..yang mmg gila bersukan!! kalau boleh segala macam sukan lah dia nak main…dari bolasepak, hoki sampailah ke rugbi! adoiii…mmg pening le kalau dapat hubby yg kaku sukan nih! Tapi saya selalu gak bagitahu kat my fren tuh…dia patut bersyukur jugak dpt suami yg kiranya kaki sukan…bukan kaki pompuan atau kaki clubbing!! muuahahaha..!!

  4. hihihi berkata:

    marah betul la pg ni..x de mood nak buat keje..apsal laki ni suka sgt tgk porn?alasan nak bagi power dlm game tp game mcm tu jgk x de yg best pun.asyik die je pancut dlu..ni yg nak marah ni..janji x nak tgk lagi..tp kantoi dlm laptop die smpan porn film..alamat lps ni x main la..ko teringin ko main la sndiri cik abg oiii….eeee geramnya…apa pandangan kawan2 kalau laki perangai mcm ni?tgk porn bkn main lagi..tp skillnye x improve2 pun..bsn la mcm ni…smpai dh xde hati nak main..buat penat mandi wajib je…tlg bagi respond

    • ida berkata:

      pasal blue film……
      saya salah isteri yang berhadapan dengan situasi ni…
      tp sekarang tidak lagi…
      bagitau bhwa kalau sayng keluaarga dan anak2 hentikan tengok benda haram, satu hari apabila anak kita besar dia akan ngikut jejak kita,…. tengok benda haram kehidupan kita tak berkat…
      saya ugut… jika dalam film dlm laptop , pendrive tak delete dan cd2 yang beratus2 dibaung ke luar saya akan keluar kerana saya tak nk berdosa….

  5. minah berkata:

    ha btol² kata “hihihi” tu..sy pon terkena mcm tu..bosan btol asek dia je puas, puas kita dia x pk..dia dh puas mula la stop, abih kita ni mcm mana nk puas ek?

  6. nana berkata:

    sy de pro dgn suami sy ni..bkn pe cm suami sy jenis pendiam..susah btl nak bk mlt tuk bergurau senda..klu de pro pon xnk bgtau,lbh2 klun sakit..sampai mak mentua sy yg tye sakit si huby da ok ke???geram sy diwat nye..puas sy tegur cr huby tp tiap kali ckp huby diam je..geram…geramm…tlg lah bg sy petua cr nak tegur suami sy yg malas nak buka mulut tuk beborak…buat pegetahun smua huby jd pendiam hye dgn sy…da 2thn kawin pon mcm2 jgk…

    • ida berkata:

      membuka mulut suami ibaratkan membuka kulit kerang…yang mana bila berjaya dibukak, sedap dapat makan isinya….
      suami i pun mcm tu….
      nak bersama pun tak nak bukak mulut…. seme malu…
      pe2 kena pratik… supaya dia boleh bercakap…
      sabar….

  7. sal berkata:

    PETUA DISAYANGI
    1. Sambut kepulangan suami & raikan permergian suami
    2. Peluk suami & cium setiap kali sebelum tidur
    3. Biasakan masuk tidur bersama-sama
    4. Sesekali sentuh ‘berahi’ @ cium suami tanpa seks
    5. Ketika kejutkan dari tidur peluk & cium & ucapkan kata-kata kasih sayang
    6. Sesekali mandikan suami @ mandi bersam-sama
    7. Makan bersama-sama suami @ raikan ketika suami makan
    8. Puji setiap kebaikan yg suami lakukan
    9. Diam ketika suami marah

  8. sy nak kongsi tiga benda nih :

    Cara pertama : Jaga emosi suami anda.
    Cara kedua ; Tunjukkan rasa cinta pada suami anda.
    Cara ketiga : Tarikan secara seksual.

    selamat beramal.. :)

  9. irfa berkata:

    saya kompius la cm nk nk wt laki saya buang perangai panas bran dy hari2 nk kna gduh pnat la cm ny..dah la 2 dy dah brubah banyak krang ny sya skit dy wat xpduli ja.lau nak bemanja an dy pn x lh dy x ska pning la cm ny

  10. Corry Syam Khan berkata:

    tak dinafikan suami sayang memang seorang yang penyayang terhadap keluarga.. memang suami saye pandai memikirkan pekara buruk dan baik… tp tu la satu saye tak suke suami saya suke melayan perempuan dan bermsj2 romantic bersama mereka… pernah saya berbincang pekara2 seperti ini bersamanye tp suami selalu menyuruh saya jagan berperasangka terhadapnye sebab bg suami saye dan ank2 la yang mejadi tulang belakang keluarga kasih dan sayang suami takkan tergugat walau ape pon rintangan yang datang…… tp disini nk saye nyatakan saya tak gemar dan ti senang bile saye terbaca msj2 omantic suami dengan perempuan lain sakit ati bertambah2… mcm mane saye nk jauh kan prasangka saya terhadap suami, takot lame2 nnti suami bosan dengan sikap saye yang cemburu sangat… tolong saye..

  11. nor atikah berkata:

    sye konfius dgn suami sye apbile die ad mslah ske simpn nty sye xtw ape sbb die sedemikian.mula lah nk gdw.ape cara yg trbaek utk selesaikn problem too

  12. siti noor idayu berkata:

    suami sya lekat kat umah tapi gila internet…sometimes rasa tak disayangi lagi…snggup ngadap laptop seharian baik pagi ataupun mlm…bila tegur pasal hal ini ,mula cakap bukan2…tension gler…

  13. maznah berkata:

    Salam..saya telah mdirikan rumahtangga 6tahun..setiap kali suami ditempat kerja sy akan menef0n btanya da makan ke bl0m atau shat tak wl kami baru berpisah 5jam..makan dan minum saya jaga,anak2 semua sihat,,suami spt tidak m’gedahkan saya contoh tidak pernah berbicara tentang cinta,kasih sayang,sejak 2,3 mejak sll tidur berasingan..

  14. EL berkata:

    susah kalau suami x pernah nak memahami isteri walau sekejap :(

  15. dillawatie berkata:

    Sye suke ckp ‘syg abg byk2′…dan suke ckp terima kasih stiap apa dia buat pd sye…bwa mkn ke beli brg ke…anta amik sye ke..sye ske ckp trima ksh

  16. dillawatie berkata:

    Sye suke ckp ‘syg abg byk2′…dan suke ckp terima kasih stiap apa dia buat pd sye…bwa mkn ke beli brg ke…anta amik sye ke..sye ske ckp trima ksh n ‘syg abg byk2′

  17. binipapa berkata:

    ajak berbincang dengan cara baik tiap kali ada mslah..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: